Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Fitnah Felda! Stopa Ali Kena Bayar RM100K!

Posted: 09 Apr 2015 04:36 AM PDT


Siapa masih ingat bagaimana FELDA difitnah oleh mereka ini yang berniat jahat untuk mencemarkan nama baik FELDA. Tindakan mereka memfitnah kononnya FELDA menghantar bekalan minyak ke Israel, semata-mata mahu rakyat Malaysia membenci kerajaan, sekaligus mereka mahu para peneroka menolak saham FELDA yang baru diperkenalkan ketika itu.


Antara tajuk fitnah yang dikeluarkan oleh akhbar 'Suara Keadilan'



Disebabkan itu (tajuk dua akhbar diatas) pada 7 Januari 2013. FELDA menyaman 6 individu terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkaitan dengan 2 artikel fitnah bertajuk "2,000 Himpunan Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" yang diterbitkan di "Suara Keadilan" pada 27 November 2012.

Tindakan saman itu untuk membantu FELDA membersihkan namanya yang rosak akibat difitnah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Kaitkan perdagangan Malaysia bekerjasama dengan Israel merupakan fitnah yang paling besar.

Disebabkan itu selain Saifuddin Nasution, 4 orang lagi turut disaman ialah Setiausaha Agung Pas, Mustapha Ali, Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Editor, Taufek Yahya, penulis rencana, Mohd Arif Atan dan pencetak, Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pada 21 April 2013 mencapai penghakiman persetujuan bersabit saman fitnah itu dan bersetuju menerima serta mengakui bahawa FELDA IFFCO OIL PRODUCT SDN BHD, PADA MAC 2010, membuat PENGHANTARAN KE PALESTIN dan BUKAN ISRAEL.

Sehingga ke saat ini, FELDA tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat Israel serta Felda dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd adalah dua entiti yang berbeza.

Apa yang pasti, pembetulan fitnah ini pastinya tidak akan disiarkan semula dalam Suara Keadilan atau Harakah. Kerana kita pun tahu, dua akhbar tu, hanya untuk memfitnah, bukan untuk membetulkan fitnah.

Aplikasi 'MeterOn' Tingkat Keyakinan Terhadap Pengkhidmatan Teksi #SPAD

Posted: 09 Apr 2015 12:52 AM PDT

Seorang model sedang menunjukkan aplikasi terbaru dari SPAD.

Sebelum ini admin pernah membuat posting mengenai aplikasi baru yang agak menarik diperkenalkan oleh SPAD, diberi nama 'MeterOn'.

Boleh rujuk SINI.

Wujudnya aplikasi ini apabila pihak penguatkuasa menyedari bahawa, banyak aduan yang diterima oleh pengguna, berkaitan salahlaku pemandu teksi yang tidak menggunakan meter, pemandu tidak dikenali/tak berdaftar dan sebagainya, hinggalah paling kritikal, ada perompak menyamar jadi pemandu teksi, untuk menyamun dan boleh membunuh penumpang.

Bagi mencegah dan mengurangkan risiko terhadap penumpang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengambil satu langkah proaktif dalam memperkenalkan sebuah aplikasi 'Meter On' bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh pengadu.

Gambar pelancaran dibawah,

Pelancaran Meter On disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Kamal dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad

'MeterOn' - Aplikasi ini membantu penumpang mengenalpasti pemandu teksi dengan hanya memasukkan 'no pendaftaran teksi' segala info mengenai pemandu teksi dan pengangkutan teksi terbabit akan keluar. Ia memudahkan penumpang mengenalpasti pemandu dan membuat aduan jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pemandi teksi terbabit.

Meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan teksi.

Jika sebelum ini nyawa pelanggan yang mengunakan perkhidmatan teksi ini umpama dalam permainan 'hidup dan mati'. Nasib tak baik, jumpa pemandu teksi jahat, pelanggan pasti menjadi mangsa. Dengan aplikasi ini, kita dapat mengesan lebih awal!

Selain membantu dan meningkatkan keyakinan pengguna dalam perkhidmatan teksi, objektif aplikasi 'MeterOn' ini juga, mahu meningkatkan mutu perkhidmatan teksi supaya mereka (pemandu teksi), mereka dapat dinilai oleh pengguna dan seterusnya, dapat memberi 'rating' (kepada pemandu teksi) bagi melabel mutu perkhidmatan.

Detail mengenai 'MeterOn' ini boleh dirujuk pada poster dibawah,




Aplikasi 'MeterOn' ini boleh di download mengunakan Google Play bagi penguna android dan iTunes bagi penguna iPhone.

Bagi mengunakan atau download aplikasi boleh rujuk SINI.

Kedah Tidak Memandang Remeh Gerakan Ajaran Wahabi - Exco

Posted: 08 Apr 2015 08:07 PM PDT


Kerajaan Negeri Kedah tidak memandang remeh gerakan ajaran Wahabi walaupun ajaran itu tidak dikesan di Kedah tetapi bimbang dengan gerakan ekstrem dibawa fahaman Wahabi yang dilihat mampu menjurus kepada kecenderungan untuk menyertai kumpulan militan.

Semasa sesi kedua sidang Dun Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid telah menjawab isu tersebut di dewan.

"Kami tidak mahu pemikiran ekstrem yang diperolehi mereka dari negara luar dibawa masuk ke Malaysia kerana bimbang ia boleh menyebabkan perpecahan berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Kami takut fahaman ini akan merosakkan negara kerana fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang kita pegang sama sekali tidak menggalakkan kekerasan seperti membunuh orang," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Yahya (PAS-Alor Mengkudu).

Kerajaan Negeri telah meminta imam dan guru pondok untuk memberi penerangan lebih jelas tentang bahaya fahaman itu.

Selepas sidang DUN tamat, beliau berkata walaupun fahaman Wahabi tidak menyesatkan tetapi ia dilihat cenderung ke arah fahaman ekstremis.

"Contohnya, ulama yang tidak sealiran dengan fahaman mereka akan dianggap sebagai kafir. Lebih memeranjatkan apabila ada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama Wahabi yang mengkafirkan Imam Nawawi," katanya.

Katanya, sehingga kini kerajaan negeri Kedah tidak mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman fahaman Wahabi di negeri ini namun pemantauan untuk memastikan fahaman itu tidak tersebar sentiasa dijalankan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...