Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Undur?.. Nih jawapan Najib kepada Mahathir

Posted: 10 May 2015 06:17 AM PDT


Ni falsafah Bugis yang dibacakan oleh Najib kepada rakyat sabah..depa faham atau tidak aku pun tak tahu.. tapi kalau jenis specis macai tu orang lain tepuk mereka pun ikut sama bertepuklah walau pun tak faham apa-apa..

Ianya berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Hebat sekali bunyinya.. sebelum Mahathir jawab falsafah Bugis yang tiba-tiba jadi pegangan Najib tu.. biar aku jawab falsafah tu dengan puisi kangkung..

"Pucuknya angkuh memanjat bukit, tak sedar akar terendam air parit, rakyat mengeluh lelah dan sakit, sedikit diberi banyak diungkit,,

"Pucuknya angkuh memanjat Bukit, Tak sedar akar diair parit,'Bagaikan melepas anjing tersepit, Dah jadi pemimpin, rakyat digigit..."

Puisi itu hasil nukilan Prof Ungku Aziz..

Laporan berkaitan...

TAWAU: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.

Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.

Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di sini dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," katanya.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.

Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh lapor AstroAwani


Benarkah Tabung Haji beli RM1.6 bilion bond 1MDB Bandar Malaysia?

Posted: 09 May 2015 09:04 PM PDT


PAS hari ini mendesak kerajaan memberi penjelasan apakah benar Lembaga Tabung Haji (TH) membeli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia sebelum membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang kini menjadi pertikaian.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog The Benchmark, risiko yang perlu ditanggung TH ialah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan itu direalisasikan.

"Namun, apa yang menarik, RM3.2 bilion ialah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion ialah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia," kata naib presiden PAS itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Apakah ini bermakna TH sudah melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus, soalnya.

Menurut dokumen itu, pada 18 Februari 2014, 1MDB mengumumkan menjual sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion.

"Jika dakwaan di atas benar, ini bermakna TH membiayai 66% daripada sukuk yang dikemukakan 1MDB," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, tampil menafikan perkara ini sekiranya ia tidak benar.

"Sekiranya ia benar, apakah status pelaburan sukuk ini? Apakah ia sudah memberikan pulangan atau sudah digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang bertimbun sehingga perlunya TH membeli tanah TRX daripada 1MDB?

"Apakah ini cara pemimpin Umno menggunakan duit TH? 1MDB menggali hutang, Tabung Haji diguna untuk menutupnya?" soal pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.

TH sebelum ini membuat laporan polis berikutan pendedahan blog berkenaan terhadap dokumen sulitnya yang membawa implikasi dokumen itu disahkan sebagai tulen.

TH mengesahkan pembelian hanya satu tanah di TRX tetapi tidak mengesahkan pembelian satu lagi tanah serta pembelian sukuk itu lapor The Malaysian Insider


Ibrahim Ali marah digelar sebagai 'katak', Saifuddin Nasution lebih layak katanya..

Posted: 09 May 2015 05:30 PM PDT


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada portal media supaya tidak menggelarnya sebagai katak.

Beliau yang berang dengan panggilan itu, menegaskan terdapat orang lain yang lebih sesuai dengan panggilan itu, dan bukan dirinya.

Jelasnya jika panggilan itu ingin digunakan, ia sesuai dipakai oleh bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution.

"Saya tidak suka portal media menulis saya dengan gelaran katak. Janganlah media portal menuduh saya dan menulis berulang-ulang perkataan katak itu.

"Tulislah nama jawatan saya baik-baik, bukankah lebih elok. Saifudin Nasuition itu juga seharusnya dipanggil katak kerana lompat parti banyak kali, tapi tak panggil dia katak pun," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA.

Selain gelaran "katak", Ibrahim turut meluahkan rasa kurang senang apabila dilabel bersifat perkauman. Sebaliknya menegaskan apa yang dibangkitkan mengenai isu Bible dan Kalimah adalah bersandarkan fakta.

"Saya ada bukti dan video sebab itu saya cakap. Saya berani sebab saya cakap perkara yang betul," tegasnya lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...