Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahli Perniagaan cuba bunuh diri kerana GST..

Posted: 11 May 2015 07:04 AM PDT


Seorang ahli perniagaan dilaporkan cuba membunuh diri menjelang penutupan kedai perkakasannya akibat tertekan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam laporan muka depan akhbar China Press hari ini, Tan Huo Ming dari Teluk Intan, Perak tertekan kerana menghadapi masalah kesan daripada GST yang mula dilaksanakan 1 April lalu.

Akhbar itu melaporkan, Tan beberapa kali mengadu kepada keluarga dan jirannya kerana belum melengkapkan kedainya dengan kemudahan komputer yang merekodkan transaksi GST di kedai berkenaan.

"Pada awalnya Tan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perniagaan atau menutupnya. Selepas dipujuk ahli keluarga dia akhirnya bersetuju menutup kedai itu hari ini," lapor akhbar berkenaan.

Bagaimanapun berlaku kejadian tidak dijangka semalam ketika ahli keluarga Tan bersiap-siap untuk meraikan dia dan isterinya sempena sambutan Hari Ibu di sebuah restoran.

Dengan rasa yang sedih, Tan dilaporkan memanjat pagar ke rumah jiran sebelahnya, menyerahkan sejumlah wang sebelum menelan sebotol kecil racun.

Enggan dipujuk

Menurut jiran yang enggan dikenali itu, dia cuba menghalang Tan membunuh diri sebaliknya gagal apabila lelaki menyerbu ke rumah berkenaan dan mengurung dirinya di dalam bilik.

Tan kemudian memecahkan kaca dan mengelar pergelangan tangannya.

Apabila dipujuk, Tan enggan melayan jiran berkenaan sebaliknya meminta supaya dia dibiarkan mati. Jiran berkenaan memanggil rakannya dan mereka kemudian memecah pintu bilik rumah jiran Tan.

Di situ mereka menemui Tan terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan sempat diselamatkan.

Menurut anak perempuan Tan, bapanya itu sangat susah hati sejak GST mula dilaksanakan.

Isteri Tan pula berkata, dia berjaya memujuk lelaki itu menutup kedai beberapa hari lalu tetapi percaya keputusan itu amat berat untuk diterimanya sehingga dia memutuskan cuba membunuh diri lapor Malaysiakini


Ahmad Maslan mengamuk sebab dia kata kena fitnah..

Posted: 11 May 2015 02:59 AM PDT


Timbalan Menteri yang penuh kontroversi, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan sesiapa yang mempersoalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disaman.

Timbalan Menteri Kewangan itu juga menafikan beliau menyarankan pihak yang mempertikai GST supaya pindah dan tinggal di bulan.

Ahli Parlimen Pontian itu menyifatkan pihak yang menyebarkan fitnah itu sebagai 'bangkrap moral' dan kerja bodoh.

"Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara itu. Orang yg suka fitnah ialah kumpulan bangkrap moral," tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, ejaan 'bangkrap' yang digunakan Ahmad Maslan itu salah. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ejaan betul ialah 'bankrap'.

Ahmad yang sering menjadi mangsa tohmahan berhubungan pendiriannya mengenai GST membuat penafian itu selepas gambarnya dengan dua ayat "Siapa persoalkan tentang GST akan disaman!" dan "Tak mampu Bayar GST Duduk Kat Bulan" disebar dan dikongsi di media sosial.

Ahmad Maslan sebelum ini menegaskan beliau tetap akan menjelaskan kepada rakyat mengenai GST walaupun berisiko dibaling batu oleh pihak yang tidak berpuas hati lapor Free Malaysia Today


Panglima Angkatan Tentera jelaskan sebab Tentera Malaysia mendarat di Arab Saudi

Posted: 11 May 2015 01:00 AM PDT


Laporan Saudi Press Agency menyebut tentera Malaysia tiba di pangkalan udara Arab Saudi semalam bagi mengambil bahagian dalam kempen ketenteraan menentang pemberontak Yaman. 

Penglibatan tentera Malaysia sebagai negara ke-12 selepas Senegal dalam operasi itu adalah sebahagian daripada "perikatan yang menyokong kedaulatan Yaman..

Lagi.. baca laporan di bawah ni..

Malaysian troops have arrived Sunday in Saudi Arabia to join the Saudi-led coalition against Shia Houthi group in Yemen, the Saudi state news agency reported. 
According to the agency, Malaysia became the 12th country to join the coalition, a week after Senegal announced that 2,000 of its troops would join the coalition. 
The coalition's operations centre is preparing plans for the participation of the Malaysian and Senegalese forces and the nature of the tasks to be assigned to them, the report said. 
The news agency gave no details about the number of Malaysian troops that had arrived or whether other would follow. It did not clarify whether they were ground troops or air force personnel. 
Fractious Yemen has remained in turmoil since last September, when the Houthis overran capital Sanaa, from which they sought to extend their influence to other parts of the country. President Abd Rabbuh Mansour Hadi fled to Riyadh in late March after Houthi forces attacked his residence in Yemen's southern port city of Aden. 
In the same month, Saudi Arabia and several allies began an extensive military campaign targeting Houthi positions across Yemen. Riyadh says its air campaign comes in response to appeals by Hadi for military intervention against the Houthi militia. 
The Shia group has agreed to a Saudi-proposed five-day humanitarian cease-fire in Yemen and called for resuming political dialogue under the auspices of the United Nations. 
On Friday, Saudi Foreign Minister Adel al-Jubeir and US Secretary of State John Kerry announced a humanitarian truce in Yemen as of Tuesday provided it would be respected by the Houthis.

Tapi sebenarnya bukan untuk menyertai peperangan tersebut pun sebenarnya cuma memudahkan cara pemindahan keluar rakyat Malaysia saja...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan laporan berita yang mendakwa Malaysia terlibat dalam kempen ketenteraan kerajaan Arab Saudi memerangi pemberontak di Yaman.  
"Saya mahu tegaskan, misi tunggal ketumbukan kita di Arab Saudi ialah memudah cara pemindahan berjalan lancar dan menyelamatkan baki rakyat Malaysia di Yaman," kata Panglima ATM Tan Sri Zulkefli Mohd Zin ~ The Malaysian Insider



Azeez Kantoi lagi!!

Posted: 10 May 2015 11:00 PM PDT


Mula-mula dia kantoi bila didapati berbohong dengan menafikan Tabung Haji membeli tanah daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan harga yang melampau tinggi.

"Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin," katanya di Twitter, bagi menjawab pertanyaan yang diajukan mengenai dakwaan tersebut.

Tapi bila Tabung Haji mengesahkan badan pengelola dana simpanan bagi umat Islam untuk ke tanah suci Mekah itu membeli sebidang tanah itu dia kata communication breakdown..

Lepas tu dia jual pulak nama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.. katanya Jawatankuasa Fatwa itu telah sahkan pembelian daripada 1MDB..

Apa kena mengena Jawatankuasa Fatwa dengan pembelian tanah ni entahlah.. tapi mungkin kerana Pengerusi Majlis Fatwa ni salah seorang dari Lembaga Pengarah yang ada dalam TH kot?


Malangnya... Azeez kantoi sekali lagi bila Dr. Maza menafikan tentang dakwaan Azeez itu kononnya pelaburan TH itu pernah dibincangkan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan..

Kesian.. Letak jawatan lah Azeez.. ramai lagi orang Islam yang berkemampuan untuk mentadbir organisasi yang besar tu lebih baik dari hang..

Laporan berkaitan..

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pernah mengesahkan transaksi pembelian tanah Lembaga Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengikut syariah. 
Asri berkata, sejak menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Februari lalu, badan agama itu tidak pernah membincangkan isu pelaburan tanah antara Tabung Haji dan 1MDB. 
"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB. 
"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang e-mel saya tentang hal ini," katanya dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya, hari ini. 
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin dilaporkan berkata, pembelian sebidang tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dengan nilai RM188.5 juta itu menepati syarat-syarat pematuhan syariah, sah, dan dijalankan tanpa melibatkan unsur gharar (meragukan). 
Menurut Shukor yang juga ahli lembaga pengarah Tabung Haji, pembelian itu bukan satu perkara luar biasa dan urusannya dijalankan dengan sangat telus serta mengikut kaedah jual beli dalam Islam. 
"Dalam menentukan harga barang, bukan pembeli yang menentukannya dan kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan harga ditawarkan. 
"Dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu," katanya pada sidang media Sabtu lalu bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail serta Timbalan Pengarah Urusannya Datuk Johan Abdullah. 
Shukor turut mempertahankan Tabung Haji mengikuti sepenuhnya proses dan prosedur selepas dua tahun menunggu urusan jual beli selesai. 
"Dua tahun kita menunggu untuk membeli tanah di TRX, kita melihat proses tersebut. Kita membelinya kerana ia akan beri faedah untuk Tabung Haji dan memberi untung kepada pendeposit. 
"Kita menilai sebagai seorang Islam. Saya lihat tempat itu sangat strategik," katanya, dipetik laporan akhbar. 
Katanya, pembelian itu dijalankan tanpa ada unsur penipuan dan ia juga dijalankan tanpa melibatkan pengaruh mana-mana pihak. 
Azeez berkata, Tabung Haji akan menjual semula tanah seluas 1.56 ekar tersebut, dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta dan setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membelinya. 
Katanya, dibuat atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengelak penyebaran fitnah secara berterusan, selain meredakan persepsi kurang baik dalam kalangan pendeposit ~ The Malaysian Insider



Lagi dana awam terlibat dengan pembelian tanah milik 1MDB didedahkan..

Posted: 10 May 2015 08:41 PM PDT


Menurut sumber The Star, KWAP akan membeli tanah di TRX itu dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki per segi berbanding Tabung Haji yang membayar RM2,774 bagi setiap kaki per segi atau RM188.5 juta bagi 0.64 hektar tanah di TRX.

Perbezaannya ialah RM474 bagi setiap kaki persegi.. kenapa begitu besar perbezaannya?

Tak apa.. kita berbaik sangka kita anggaplah tanah yang Tabung Haji beli tu ada emas sebab tu lebih mahal..

Tapi persoalan utamanya ialah Tabung Haji adalah dana milik awam, KWAP juga adalah dana milik awam.. kenapa hanya dua pihak ini yang nampak akan bernilai tingginya tanah milik 1MDB itu?

Apakah lain-lain pelabur tidak dapat melihat bernilainya tanah milik 1MDB itu?

Laporan berkaitan...

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dikatakan sudah bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan bangunan untuk membina ibu pejabat baharunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 15% lebih murah daripada apa yang dibayar Lembaga Tabung Haji kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor The Star Online. 
Menurut sumber yang dipetik portal berbahasa Inggeris itu, perjanjian pembelian sudah termeterai di antara KWAP dan 1MDB yang menyaksikan KWAP akan membayar di antara RM1 bilion hingga RM1.2 bilion untuk bangunan 40 tingkat dan tanah di TRX, Kuala Lumpur. 

Menurut sumber itu lagi, KWAP akan membeli tanah itu dengan harga RM2,300 bagi setiap kaki per segi berbanding Tabung Haji yang membayar RM2,774 bagi setiap kaki per segi atau RM188.5 juta bagi 0.64 hektar tanah di TRX. 

"Perjanjian utama ialah permulaan kepada proses perjanjian jual beli (S&P). Syarat-syarat perjanjian juga ketat di mana KWAP hanya akan membayar 10% terlebih dahulu dan selebihnya apabila bangunan siap," ia memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata. 

Tindakan Tabung Haji membeli tanah seluas 0.64 hektar dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta atau RM2,774 sekaki persegi, bagi membina sebuah menara kediaman, menimbulkan kegemparan di kalangan pendeposit, sesetengahnya bertindak mengeluarkan simpanan di cawangannya di Shah Alam pada Khamis. 
Pemimpin politik pembangkang mendakwa Tabung Haji membayar jauh lebih mahal bagi setiap kaki persegi daripada yang dibayar 1MDB kepada kerajaan ketika pertama kali membeli tanah itu, iaitu RM64 setiap kaki persegi, menyifatkan ia langkah "bailout" untuk syarikat yang sarat dengan hutang itu. 
Pada Sabtu, Tabung Haji mengumumkan akan menjual tanah yang dibeli daripada 1MDB itu, berikutan kemarahan orang ramai ke atas urus niaga berkenaan. 
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihati beliau melupuskan tanah itu agar reputasi dana tidak "tercemar" kerana berurus niaga dengan 1MDB, dan demi menghormati "sensitiviti " pendeposit. 
Menurut The Star, KWAP selama ini menyewa di Menara Yayasan Tun Razak, bagi menempatkan ibu pejabatnya, pada RM4 kaki persegi, daripada pemilik bangunan iaitu Yayasan Tun Razak dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. 
Oleh itu, satu "langkah semula jadi" untuk ia berpindah ke TRX memandangkan projek tersebut dipromosikan sebagai hab pasaran kewangan Islam. 
"KWAP mahu berada di kawasan di mana wujudnya pasaran, terutamanya ia akan menjadi pusat kewangan Islam," akhbar harian berbahasa Inggeris itu memetik sumber sebagai berkata, sambil menambah, KWAP dijangka menduduki 10 tingkat ibu pejabat baru itu dan menyewakan selebihnya. 
Sumber juga memberitahu The Star walaupun perjanjian S&P masih belum ditandatangani, mereka yakin termanya akan "lebih baik" daripada perjanjian 1MDB-Tabung Haji. 
"KWAP akan membayar deposit sebanyak 10% dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow," kata satu sumber. 
Sumber itu juga berkata, bangunan KWAP baharu itu akan bertentangan dengan stesen Mass Rapid Transit (MRT) bawah tanah yang akan dibina di TRX. 
Stesen itu dikatakan terbesar sepanjang laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang sedang dalam pembinaan. 
The Star berkata, KWAP digalakkan oleh Putrajaya mempertimbangkan aset dalam negara dan pada April lalu, mengumumkan pembelian Integra Tower pada harga RM1.065 bilion, pertama kali menceburi dalam pengambilalihan hartanah domestik. 
Dalam laporan mengumumkan urus niaga itu, KWAP berkata, bangunan pejabat gred-A 39 tingkat itu, dengan keluasan 760.715 kaki persegi dan 850 tempat letak kereta, mempunyai hasil sebanyak 6%. 
Hartanah itu, yang merupakan sebahagian daripada The Intermark, yang juga merangkumi Vista Tower, Double Tree by Hilton dan Intermark Mall, terletak di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. 
The Star berkata KWAP juga mempunyai enam hartanah di Australia dan tiga di London lapor The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...