Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


1MDB hampir cagar minyak dan gas asli di laut Terengganu dakwa Mat Said

Posted: 12 May 2015 07:26 AM PDT


Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu, namun keputusan itu ditarik balik, lapor Sinar Harian.

Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal 2008.

Menurutnya, beliau turut dimarahi Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan semula pelaburan itu atas beberapa masalah yang timbul.

"...Ini salah satu sebab saya dimarahi perdana menteri, termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.

"Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar," katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peka, Satiful Bahri Mamat mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar ketika itu.

Sebelum ini, 1MDB yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion itu dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi, dan minggu lalu blog The Benchmark mendedahkan ia menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.

Keputusan itu mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menggesa Najib meletak jawatan.

Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya semalam menyatakan sokongan padu pimpinan tertinggi Umno kepada Najib.


Haji Hadi dan Mat Sabu sokong Najib kekal Perdana Menteri..

Posted: 12 May 2015 01:52 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak tidak perlu tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya, beliau berkata, Najib seharusnya dibenarkan untuk mengukuhkan kedudukannya dan diberi masa dan ruang untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapi.

"Setiap Perdana Menteri mempunyai masalah sendiri tetapi perubahan kepimpinan bukanlah jawapannya. Biarkan dia menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu," katanya sebelum menghadiri mesyuarat Terengganu Dewan Undangan Negeri hari ini.

"Masalah tidak diselesaikan dengan menjatuhkan satu sama lain," kata beliau.

Beliau berkata, tuduhan tidak harus menjadi asas untuk menghapuskan pemimpin dan menegaskan bahawa sebagai pemimpin, Najib menghadapi banyak isu dan masalah.

Beliau berkata dalam bergerak ke hadapan, senario politik di negara ini harus matang dan berakhlak mulia.

"Kita tidak mahu senario lama yang sama, Petronas, Maika Holding, PKFZ. Setiap Perdana Menteri mempunyai isu-isu dan kita menggunakannya untuk membawa dia turun. Ini bukan budaya yang baik, " katanya.

Mengenai kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilemparkan terhadap Najib, Abdul Hadi berkata ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi lebih kepada drama lama.

Beliau berkata Dr Mahathir dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga terpaksa melalui proses yang sama apabila mereka telah mentadbir negara.

"Dr Mahathir dan Abdullah juga diminta untuk meletakkan jawatan pada satu masa dalam kerjaya mereka. Kita mengulangi senario yang sama di sini. Itulah drama," katanya.

Mengulangi seruannya untuk politik yang matang, Abdul Hadi mengingatkan semua orang bahawa Najib telah dipilih melalui proses demokratik dan bahawa hanya rakyat boleh menentukan pemimpin mereka.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikenali dengan Mat Sabu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi itu.

Bagaimanapun Mohamad, menegaskan Najib perlu mendapatkan mandat baru daripada rakyat dengan membubarkan parlimen bagi memboleh pilihan raya umum dijalankan.

"Saya bersetuju dengan kenyataan presiden supaya Najib tidak meletak jawatan.

"Meletakkan jawatan menampakkan beliau lari daripada tanggungjawab dia," Malaysiakini memetik Mohamad sebagai berkata.

Mohamad berkata, Najib tidak sepatutnya menyerahkan kepada pihak lain untuk menjelaskan isu yang timbul, sebaliknya Presiden UMNO itu perlu berdepan sendiri dengan rakyat lapor Astro Awani


APA?.. Ahmad Maslan bakal disingkir dari kabinet?

Posted: 11 May 2015 11:00 PM PDT


Kalau benarlah laporan yang disiarkan oleh portal mStar ini.. maka rugilah kita rakyat Malaysia secara amnya..

Rugi kerana kita kehilangan sumber humor dari Parlimen yang lebih menyamai seorang badut dengan pencapaian 3.85 CGPA.. kah.. kah.. kah..

Semoga Najib kekalkan dia dalam kabinet.. naik jadi Menteri lagi baik..

Sekurang-kurangnya ianya membuktikan apa yang Mahathir sebut berulang kali sebelum ini adalah benar..

Apa yang Mahathir kata berulang kali dah tu.. bacalah kat ( SINI ) aku malas nak ulang lagi dah..

PETALING JAYA: Kritikan terhadap kenyataan pihak tertentu berkaitan isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikhabarkan memberi kesan kepada Umno apabila parti itu dikatakan merancang untuk menstruktur semula pentadbirannya. 
Sebagai permulaan, perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang lebih besar dilakukan. 
Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya dan juga media. 
Sumber-sumber memaklumkan, khabar untuk melakukan perubahan ini sudah lama dibincangkan di peringkat bawah tetapi tidak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno. 
"Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi perkara itu pernah dibincangkan beberapa pihak, bagaimanapun perkembangan terkini menyebabkan timbul semula spekulasi berhubung perubahan jawatan tertentu dalam Umno. 
"Malahan, sudah ada pihak mula melobi untuk menggantikan jawatan yang penting di peringkat Umno dan Barisan Nasional itu," katanya yang menjangka perkara itu akan diketengahkan pada mesyuarat MT Umno pada Isnin. 
Kenyataan yang dilabelkan sebagai tidak matang hingga digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menimbulkan kemarahan masyarakat diambilkira dalam melakukan perubahan ini. 
Malahan, sumber itu mendakwa, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh baru-baru ini, ada pihak meminta supaya timbalan menteri itu tidak hadir berkempen untuk calon BN kerana bimbang akan memberi persepsi negatif kepada pengundi. 
"Perubahan yang dibuat di peringkat parti ini mungkin membawa kepada rombakan Kabinet, jika Perdana Menteri benar-benar mahu pemimpin negara dihormati ramai," katanya lapor mStar

Blog Zakri Ali pula melaporkan 7 nama akan digurkan dari Kabinet Najib.. bacalah di SINI


Akhirnya Mahathir akui penyokong UMNO/BN dibayar...

Posted: 11 May 2015 05:30 PM PDT


Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.

2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.

3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.

4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.

5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.

7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.

8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.

9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.

10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.

11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan "I love PM" dan menyanyi lagu "IM4U". Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.


12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan "Ah Jib Gor" abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.

14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.

15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.

16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.

17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.

18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.

22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.

27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.

28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.

29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.

30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.

31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.

32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.

33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.

34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.

35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.

36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.

39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.

41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

~ Chedet.cc


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...