Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemimpin UMNO yang ada menjaga kepentingan diri saja dedah Mahathir

Posted: 16 May 2015 09:30 AM PDT


Patutlah.. walaupun dah nampak kepincangan dan kelemahan pentadbiran Najib.. tak ada siapapun pemimpin UMNO yang berani bersuara menegurnya..


Semuanya memekakkan telinga, membutakan mata dan buat bodoh saja seperti lembu yang dicucuk hidungnya.. diheret ke kiri ke kiri lah mereka.. diheret ke kanan.. ke kananlah mereka..

Semuanya kerana perut..

Baca apa Mahathir kata ni...

Dr Mahathir berkata Dewan Rakyat boleh mengadakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun ahli Parlimen Umno tidak berani melakukannya. 

Katanya, jika benar Dewan Rakyat meluluskan usul undi tidak percaya itu, ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu turut sama memberi sokongan agar usul berkenaan mendapat sokongan majoriti. 

"Sebenarnya Parlimen boleh menjatuhkan Najib dengan mengadakan undi tidak percaya kepadanya. Ahli Umno bukan majoriti. Mereka terpaksa juga mendapat sokongan daripada ahli BN. 

"Saya dapati ahli Umno agak lemah dan mereka tidak berani buat apa pun. Takut-takut lagi satu pilihan raya tidak boleh jadi calon kot, tidak tahulah. 

"Masing-masing semua takut belaka menjaga kepentingan diri. Sebab itu hendak ada undi tidak percaya agak sukar," katanya dalam dewan yang dipenuhi lebih 1,000 orang. 

Menjawab soalan salah seorang hadirin mengenai kelantangannya mengkritik Najib boleh menyebabkannya dipecat daripada Umno, Dr Mahathir berkata, 

"Nak pecat saya, pecat. Saya sudah kena pecat daripada (zaman) Tunku (Abdul Rahman) lagi." lapor The Malaysian Insider

Nampak?? Rakyat didahulukan konon...


1MDB: Mahathir sedia debat dengan Najib.. tapi Najib?

Posted: 16 May 2015 07:30 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kesediaan beliau berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ada sedikit kebolehan. Kalau hendak debat, OK la," katanya menjawab soalan Tamrin Ghafar ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Negara di Ipoh, Perak hari ini.

Ketika diminta mengulas hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Najib kekal sebagai perdana menteri, Dr Mahathir berkata ia akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat (PR) menumbangkan Umno.

"Itulah harapan mereka. Kalau Najib terus sebagai pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), mereka mudah mengalahkan.

"Sebab itu mereka minta nak dia. Kalau dia ada situ, BN tetap akan kalah. Mereka nak kekalkan kepimpinan Najib. Bukan saja gambarnya tidak ditunjuk di Permatang Pauh, tetapi di Rompin pun tidak tunjuk," katanya merujuk poster kempen pilihan raya kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata jika Umno tewas ketika pemerintahan Najib, PR bukanlah pengganti yang terbaik kerana gabungan itu tidak menunjukkan kepimpinan yang memberangsangkan di peringkat negeri.

"Kalau kita kalah, Najib kalah, apa yang akan berlaku? Saya fikir huru-hara sebab parti lawan, dia kata Pakatan, tetapi dia tidak pakat langsung.

Sama-sama dengan dia pun kelahi. "PAS nak kena hudud, DAP dan PKR bantah. Mereka tidak menunjukkan kerjasama. Mereka akan terus dengan politik parti dan tidak ada bukti mereka ada kebolehan membangun negeri yang diperintah mereka. Itu yang akan jadi kalau kita kalah.

"Sebaliknya, kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, kita ada masa pulih Umno," katanya lapor The Malaysian Insider


Morsi dan Yusuf al-Qaradawi dijatuhkan hukuman mati

Posted: 16 May 2015 06:09 AM PDT


Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit rusuhan dalam penjara pada 2011.

Morsi bersama 105 yang lain menerima hukuman berkenaan selepas didapati bersalah ketika bantahan menggulingkan kepimpinan Hosni Mubarak memuncak.

Turut sama menerima hukuman berkenaan ulama terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang kini berlindung di Qatar.

Hukuman ke atas Morsi dan mereka yang lain masih belum dimuktamadkan kerana keputusan akhir akan ditentukan Mufti Besar Mesir, badan tertinggi agama di negara berkenaan.

Selain itu mereka yang dijatuhkan hukuman masih boleh membuat rayuan walaupun Mufti Besar memberi persetujuan hukuman mati dijalankan.

Menurut laporan al Jazeera, mahkamah akan membuat keputusan akhirnya pada 2 Jun ini. Ia hukuman terbaru yang dijatuhkan ke atas Presiden Mesir yang pertama dipilih rakyat melalui proses demokrasi.

Sebelum ini, Morsi yang juga salah seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana dituduh memberi arahan untuk menahan dan mendera penunjuk perasaan ketika berkuasa.

Beliau yang digulingkan tentera pada Julai 2013 selepas rusuhan jalan besar-besaran yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat Mesir. Sejak itu negara yang dicengkam rejim tentera di bawah pimpinan Jeneral Abdul Fattah al-Sisi, mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan para pemimpin dan penyokongnya.

Pada 2014, al-Sisi mengadakan pilihan raya presiden dengan jumlah peratusan mereka yang keluar mengundi hanya 46 peratus.

Siapa dari pihak Kerajaan putuskan belian tanah 1MDB oleh Tabung Haji?

Posted: 15 May 2015 11:30 PM PDT


Keputusan kontroversi Lembaga Tabung Haji (TH) membeli tanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepatutnya dibawa ke peringkat Kabinet, kata peguam dan bekas menteri, berikutan perkara itu difahamkan tidak dibincangkan sidang menteri.

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mempersoalkan siapa membuat keputusan untuk kerajaan, memandangkan sesuatu yang serius seperti pembelian tanah berharga jutaan ringgit melibatkan sebuah syarikat milik negara yang bermasalah, tidak melalui perbincangan Kabinet.

Katanya, tidak ada konsultasi dengan Kabinet walaupun wang pembayar cukai digunakan. Arahan mungkin datang daripada perdana menteri.

"Ini yang menjadi masalah," kata Aziz mengulas pembelian tanah oleh dana bakal haji itu daripada 1MDB yang sarat berhutang.

"Kamu guna duit rakyat tapi mekanisme yang memegang mandat daripada rakyat tidak dirujuk," katanya.

Aziz berkata, Kabinet mendapat mandat daripada rakyat, seharusnya ia dirujuk terlebih dulu sebelum sesuatu keputusan melibatkan kepentingan umum diputuskan.

"Kabinet jika dilihat daripada sudut perlembagaan, mereka perlu jawab kepada Parlimen atau Dewan Rakyat, jadi kamu boleh soal mereka.

"Tapi sekarang ini dalam Kabinet, setiap seorang kata mereka tidak tahu, jadi ini kebimbangan utama," katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pembelian tanah itu tidak dibincangkan oleh Kabinet.

"Lembaga Pengarah 1MDB dan TH perlu menjawab semua pertanyaan yang dibangkitkan orang ramai terutamanya pendeposit bagi kepentingan ketelusan dan tadbir urus yang baik," katanya.

April lalu, TH membeli tanah di Tun Razak Exchange (TRX) seluas 0.63 hektar daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta. Pembelian itu mengundang bantahan meluas oleh pemilik akaun, dan ahli politik pembangkang dan juga kerajaan.

Punca kemarahan kerana hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion, dan kerana syarikat pelaburan strategik yang lembaga pengerusinya diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu pada asalnya membeli tanah kerajaan itu pada harga jauh lebih rendah.

1MDB membayar hanya RM64 sekaki persegi, berbanding RM2,773 sekaki persegi dibayar TH, dan ini mencetuskan spekulasi pembelian itu merupakan usaha menyelamatkan firma itu yang perlu melangsaikan sejumlah faedah hutangnya.

Masyarakat sivil dan ahli politik pembangkang juga menimbulkan isu konflik kepentingan melibatkan pegawai tertinggi TH yang juga menjawat jawatan dalam 1MDB, walaupun TH mendakwa mereka memilih berkecuali dalam keputusan pembelian itu.

Aziz berkata, kemelut ini berpunca apabila seorang perdana menteri pada masa sama menjawat jawatan menteri kewangan dan menyebabkan tidak wujud semak dan imbang.

Katanya, amalan ini bermula semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas beliau mengambil alih portfolio kewangan susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Pandangan mengenai isu semak dan imbang juga dikongsi pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr Azmi Sharom yang berkata fungsi Kabinet dicacatkan apabila seorang perdana menteri pada masa sama juga menteri kewangan.

"Isunya di sini mengenai semak dan imbang," kata Azmi kepada The Malaysian Insider.

Peguam perlembagaan, Syahredzan Johan pula berkata urus niaga TH boleh dimuktamadkan dengan kelulusan menteri tanpa melalui Kabinet, namun dalam perkara ini, ia sewajarnya terlebih dulu didebatkan dalam Kabinet.

"Pertama kita perlu lihat Akta Tabung Haji, sama ada urusan pembelian seperti ini perlukan kelulusan kabinet kerana mereka memiliki lembaga dan jawatankuasa yang membuat keputusan sendiri.

"Terdapat setengah badan statutori yang memerlukan kelulusan menteri, tidak semestinya Kabinet, tapi saya berpendapat kalau ia suatu perkara yang major ia perlu melalui Kabinet terlebih dulu walaupun keputusan juga boleh diputuskan oleh menteri," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom merupakan menteri bertanggungjawab sepenuhnya mengenai TH. Beliau masih belum menjawab permintaan The Malaysian Insider bagi mengulas isu pembelian tanah itu.

Sebaliknya, hanya Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim banyak menjawab mengenai isu tersebut.

Namun, Aziz berkata Jamil, dan bukan pengerusi TH, yang layak menjawab segala kemelut melibatkan skandal tersebut, kerana beliau adalah ahli Kabinet yang memegang portfolio menjaga TH.

"Azeez ini siapa? Benar, beliau ahli Parlimen Barisan Nasional, tetapi beliau bukan ahli Kabinet, jadi macam mana beliau yang menentukan dasar dan mengapa Najib mengarahkan beliau, mengapa tidak menerusi Kabinet?" soal Aziz.

Beberapa bekas menteri juga berkongsi pengalaman dengan The Malaysian Insider semasa menjawat jawatan penting mereka, antaranya bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

"Setiap perkara, kertas cadangan akan dibawa menteri untuk dikemukakan dalam Kabinet," kata Zainuddin menjelaskan proses suatu perkara dibincangkan dalam Kabinet kepada The Malaysian Insider.

Mengulas isu TH, Zainuddin berkata sebarang perkara melibatkan kepentingan awam tidak boleh lagi dibuat secara tersembunyi memandangkan zaman sekarang semua perkara mudah terdedah.

"Perkara yang melibatkan orang awam ini tidak boleh dibuat secara tersembunyi lagi, tambah-tambah zaman kecanggihan sekarang di mana mudah ia terdedah," katanya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim pula berkata kemelut yang berlaku memberikan imej buruk kepada Najib.

"Ia dilihat buruk kepada perdana menteri kerana beliau membenarkan perkara tersebut berlaku," kata Zaid.

Beliau berkata, kebiasaannya Kabinet membincangkan isu penting tetapi di bawah Najib, seolah-olah jemaah menteri tidak tahu tentang isu utama.

"Kabinet perlu bincang semua isu, tidak ada perkara yang dianggap isu kecil.

"Dalam kes ini, jelas isu besar tidak dibincangkan dalam Kabinet, sebagai contoh isu 1MDB, ada (menteri) mereka kata tidak mengetahui tentangnya," kata Zaid.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata isu besar selalu dibawa ke Kabinet, sebagai contoh isu mengenai 1MDB selalunya dibincangkan bagi mendapat pandangan.

"Setakat pengetahuan saya, isu utama melibatkan undang-undang dan polisi diputuskan dalam Kabinet.

"Isu seperti 1MDB pasti dibincangkan dalam Kabinet, saya rasa. Tapi isu seperti pembelian tanah oleh Tabung Haji mungkin di bawah autonomi menteri yang bertanggungjawab," katanya.

Pembelian tanah TRX oleh TH itu pertama kali didedahkan sebuah blog yang turut memuat naik dokumen berkaitan. Selepas pengakuannya membayar 1MDB, TH mengumumkan akan menjual semula tanah itu atas nasihat Najib ~ The Malaysian Insider


Dah setahun dah ni.. 400,000 Netbook 1Malaysia yang dijanjikan untuk Guru tu mana Ahmad Shabery?

Posted: 15 May 2015 08:19 PM PDT


Hari ini genap setahun pengumuman pemberian 400,000 netbook 1Malaysia sebagai hadiah Hari Guru 2014 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Namun Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata, sehingga menjelang sambutan Hari Guru esok, para guru masih tertanya-tanya tentang janji pihak kerajaan tersebut Shabery pada 19 Jun 2014 dalam jawapannya di Parlimen berkata, sebanyak RM400 juta telah dibelanjakan untuk Netbook 1Malaysia.

Tegas Kok Seong, RM400 juta merupakan angka yang sangat besar dan perbelanjaan itu perlu diperjelaskan kepada warga guru dan seluruh rakyat Malaysia.

"Jika RM400 juta telah dibelanjakan, saya rasa pihak kerajaan harus menjawab ke mana perginya kesemua Netbook 1Malaysia yang telah dibeli itu," kata Kok Seong dalam kenyataannya hari ini.

Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada Kok Seong di Parlimen pada April 2015, bilangan netbook untuk para guru tidak mencukupi dan hanya dipinjamkan sekiranya ada keperluan.

Ini kerana 218,002 unit telah diserahkan kepada 4,501 sekolah dan 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia, manakala 126,231 unit dikekalkan sebagai unit gantian.

KPM beralasan bahawa penggunaan netbook ini dapat dioptimumkan sekiranya ditempatkan di makmal komputer sekolah dilengkapi perkhidmatan sokongan teknikal.

"Mengapa kerajaan perlu menampung kos untuk menyimpan sebanyak 126,231 unit gantian?

"Tidakkah 48 pembekal yang dilantik menawarkan 'after sales service' yang menjamin kualiti netbook yang dibekalkan?

"Kalau ikut logik KPM, bermakna setiap orang yang membeli netbook atau notebook untuk penggunaan persendirian sekurang-kurangnya perlu dua unit; satu untuk digunakan, dan satu atau dua lagi perlu disimpan di rumah untuk dijadikan gantian? soal Ahli Parlimen Rasah itu.

Ujarnya, tindakan kerajaan memungkiri janji kepada para guru merupakan penghinaan kepada sumbangan warga pendidik.

"Hari ini 16 Mei, adalah sambutan Hari Guru yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa warga pendidik dalam memberi ilmu dan didikan kepada anak-anak kita.

"Saya menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan memberi penjelasan yang munasabah dalam perutusan beliau sempena Hari Guru 2015," tegas Kok Seong. – Roketkini.com


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...