Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hebatnya.. dalam masa sembilan bulan Najib dah tambah lagi RM44.148 Billion hutang negara..

Posted: 18 May 2015 09:30 AM PDT


Betul-betul cakap tak serupa bikin Presiden UMNO yang jadi Perdana Menteri ni.. tahun lepas dia kata nak kurangkan hutang tapi tahun ni hutang negara meningkat lagi..

Sekitar Oktober 2014 yang lalu Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan belanjawan bagi 2015.

Najib menegaskan pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

Beliau menyatakan, "Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil…"

Kata Najib tu...

Apa yang kita perlu tahu perbezaan antara defisit dan hutang ialah..

Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain bagi menampung belanjawan.

Defisit ditunjuk dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi jumlah defisit terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya. 

Sejak 1970 hingga 2014, Malaysia mengamalkan belanjawan defisit sebanyak 43 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada 2013.

Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2014/2015, dinyatakan hutang domestik negara, sehingga akhir Jun 2014, berada pada kadar RM552.652 billion, sementara hutang luar negeri bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, sehingga tempoh yang sama, berada pada kadar RM335.572 billion (termasuk hutang swasta).

Sejak 2010, faedah yang dikenakan terhadap pinjaman bersih dalam dan luar negeri berjumlah antara RM15 billion hingga RM22 billion setahun. Kerajaan menjangkakan defisit pada kadar 3.5 peratus bagi 2014 dan menurun pada kadar 3.0 peratus bagi 2015... bacalah kat SINI untuk lebih menyeluruh..

Walaupun telah berkata adalah salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang... tapi hutang negara dibawah pentadbiran Najib terus meningkat..

Baca ni..

Jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac lepas sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus atau RM579.2 bilion merupakan hutang domestik manakala RM17.6 bilion atau tiga peratus lagi membabitkan pinjaman luar pesisir. 

"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hebat sekali Najib ni.. akhir Jun 2014, kadar hutang negara RM552.652 Billion.. Manakala akhir Mac 2015 kadar hutang dah menjadi RM596.8 Bilion

Dalam masa lebih kurang sembilan bulan Najib dah meningkatkan hutang negara lagi RM44.148 Billion..

Aku musykil sikit bila Tee Young tu kata RM17.6 Billion hutang luar pesisir.. cuba tengok angka kat bawah ni..

SUMBER
 Ada sesiapa boleh tolong jelaskan tentang perbezaan tu?


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Biar betul Mahathir ni.. takkan lah sebab ni Pandikar tak jadi resign?

Posted: 18 May 2015 07:40 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkemungkinan "berkecil hati" susulan kekurangan kelengkapan dalam pejabatnya, sehingga mengakibatkan beliau ingin melepaskan jawatan tersebut.

Menjawab soalan ketika pelancaran buku bertajuk "Dr Mahathir: Selected Letters to World Leaders" bahagian 2 di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, perkara itu dibangkitkan Pandikar ketika bertemu dengannya sebelum ini.

"Beliau mengaku ada berjumpa saya. Bukan saya suruh beliau berjumpa saya. Beliau jumpa saya kata tidak puas hati dengan kerajaan.

"Beliau kata nak bersidang, beliau akan beritahu perdana menteri beliau ingin lepas jawatan.

"Sebagai speaker, beliau perlu berjumpa VIP. Bilik beliau tidak selesa. Mungkin sebab itu dia nak berhenti. Kemudahan dalam bilik tidak diberikan," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, tindakan Pandikar, yang masih mempengerusikan mesyuarat di Dewan Rakyat dan bercanggah dengan kenyataannya untuk meletakkan jawatan seolah-olah melihatkan dirinya seperti "penipu".

"Dia (Pandikar) memalukan saya dengan kata dia tak resign. Dia datang jumpa saya, dia cerita perasaan tidak puas hati dengan Najib.

"Dia kata tak jadi speaker dah, dia cerita tidak puas hati layanan Parlimen sebagai speaker. Apa yang perlu dia buat, dia kata bagi surat dah kat Najib nak letak jawatan," kata Dr Mahathir.

"Dia kata macam saya ini bohong, tak baiklah" lapor The Malaysian Insider

Sementara itu The Malay Mail pula melaporkan.. Mahathir berkata Pandikar mungkin menarik balik perletakan jawatannya kerana office dah di tukar..

Tan Sri Pandikar Amin Mulia chose to stay on as Speaker of Dewan Rakyat after his office was "refurbished", Tun Dr Mahathir Mohamad said today as he stood by his claim that the former had wanted to resign. 

The former prime minister said Pandikar was unhappy about the state of strategic investment firm 1 Malaysia Development Bhd (1MDB), but might have changed his mind after he was provided with new "furnishings". 

"He admitted himself, he came to see me. He did express unhappiness with the present government and he said, 'I'm going to resign'," Dr Mahathir said in reply to a question by former Umno assemblyman Datuk Mazlan Harun. 

Mazlan had asked during a book launch, questioning the discrepancy between Dr Mahathir's claim over the weekend and the subsequent denial by Pandikar yesterday. 

"It's about the furnishing of his room. He has to meet lots of VIPs who come to his room, and his room was too shabby. 

"Maybe it was because of that [that he wanted to resign]. Maybe now furnishings have been provided," Dr Mahathir suggested in apparent mockery ~ The Malay Mail

Nampak macam mengarut saja Tun kali ni.. takkanlah pasal tak puas hati dengan peralatan dalam office pun nak resign kot?


Mengapa Najib tidak jawab isu Rosmah?

Posted: 18 May 2015 02:21 AM PDT


Sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak menjawab langsung kritikan terhadap isterinya yang dituduh berlagak seperti Perdana Menteri boleh menimbulkan persoalan kepada rakyat.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, rakyat kemungkinan berangganpan bahawa Najib takut untuk menyentuh isu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, katanya, hanya Najib tahu sebab-sebab mengapa beliau tidak langsung menjawab kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap isterinya.

"Satu perkara yang Najib tidak sentuh langsung ialah mengenai karenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Rosmah, sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular dalam kalangan rakyat, malah Dr Mahathir pernah mendakwa perkara itu.

"Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya," tulisnya di blog, shahbudindotcom.blogspot.com,

Shahbudin berkata, Najib menerusi blognya najibrazak.com tidak menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir tetapi hanya mengulangi fakta-fakta lama selain Dr Mahathir.

Beliau berkata, Najib mempunyai jawapan bagi setiap persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir dan rakyat namun beliau memilih untuk tidak menjawab.

Beliau memberi contoh jawapan yang tidak menjawab soalan yang diberikan oleh Najib kepada Dr Mahathir.

"Kenapa persoalan ini hanya diperkatakan sekarang dan bukannya lapan tahun lalu? Shahbudin berkata, soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir ialah siapa yang mengarahkan pembunuhan itu?

Shahbudin berkata, Najib mencatatkan sejarah kepada negara kerana menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang gagal mendapat majoriti dua pertiga dan undi popular selepas mengambil alih kepemimpinan negara.

"Tentunya ini menggambarkan beliau tidak popular di kalangan rakyat pelbagai peringkat.

"Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah, ketika pertama kali mengadakan pilihan raya umum sebaik mengambil alih teraju parti dan negara, semuanya berjaya mendakap kemenangan dua pertiga dalam pelukan masing-masing. Hanya Najib gagal memeluknya," katanya lapor Free Malaysia Today


GST: Barang naik harga, Peniaga pula di'kambing hitam' kan Ahmad Maslan...

Posted: 17 May 2015 11:49 PM PDT


Kata Ahmad Maslan "Sepatutnya apabila GST digantikan dengan SST, semua harga barangan akan turun, 10% diganti dengan 6%.

"Banyak barangan yang selama ini ada SST, yakni baju Tan Sri (Speaker), pakaian dalam wanita, pakaian lelaki, sepatutnya harga turun, tetapi peniaga yang salah,"

Peniaga pulak yang dikambing hitamkannya..

Persoalannya mudah jika benar Peniaga yang menyebabkan harga barangan meningkat, kemana menghilang semua agensi penguatkuasaan yang ada dalam negara kita ini?

Kenapa Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap mereka?

 Datuk Ahmad Maslan hari ini menyalahkan peniaga atas kenaikan harga barangan yang berlaku selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.  
Timbalan menteri kewangan itu berkata, harga barangan seharusnya jauh lebih murah apabila GST dilaksanakan kerana ia hanya mengenakan cukai sebanyak 6% berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelumnya pada 10%.  
"Sepatutnya apabila GST digantikan dengan SST, semua harga barangan akan turun, 10% diganti dengan 6%.  
"Banyak barangan yang selama ini ada SST, yakni baju Tan Sri (Speaker), pakaian dalam wanita, pakaian lelaki, sepatutnya harga turun, tetapi peniaga yang salah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.  
Beliau berkata, kerana sikap peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun SST tidak dikenakan lagi, menjadi punca kemarahan rakyat selain terpaksa membayar cukai GST.  
"Rakyat marah kerana dua sebab. Pertama, harga barang dinaikkan oleh peniaga, dan kedua, kena bayar cukai (GST). Sebab itu mereka marah berganda," katanya lapor The Malaysian Insider



TAHNIAH Kak Wan!! sah sebagai Ketua Pembangkang hari ini..

Posted: 17 May 2015 09:00 PM PDT


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen hari ini.

Upacara angkat sumpah itu diadakan di hadapan Speakder Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wan Azizah, yang kembali ke Parlimen selepas tujuh tahun, juga diumumkan oleh Speaker sebagai ketua pembangkang baru.


Sidang Parlimen bermula hari ini sehingga 18 Jun, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijangka membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 pada hari Khamis.

Speaker berkata beliau puas hati mendapatkan kata sepakat (dari pihak Pakatan Rakyat), dan mengumumkan Wan Azizah sebagai ketua pembangkang serta mengalu-alukan kehadirannya semula di Parlimen.

Anak-anak Wan Azizah - Ehsan Anwar dan Ilham Hana Anwar - menghadiri majlis tersebut.

Pada 7 Mei, Wan Azizah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Beliau mendapat 30,316 undi berbanding 21,475 undi yang diperolehi calon BN Suhaimi Sabudin. lapor Malaysiakini


20 persoalan mengenai 1MDB..

Posted: 17 May 2015 05:30 PM PDT


Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu melihat 20 persoalan yang masih belum terjawab, daripada urusan sebenar syarikat pelaburan negara itu sehingga individu berpengaruh yang terlibat di dalamnya, kata Datuk A. Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, persoalan itu harus diambil perhatian agensi yang terlibat dalam kertas siasatan 1MDB iaitu pejabat Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

"Unsur penipuan, subahat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, kealpaan tanggungjawab korporat dan pecah amanah ialah antara isu yang wajib dirungkaikan para penyiasat supaya yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan duit serta aset negara yang digunakan ke atas 1MDB diperoleh semula.

"Kesan sistemik skandal 1MDB wajib disekat dan dihadkan demi melindungi ekonomi negara," katanya dalam blognya semalam.

Katanya, lebih ramai individu yang berkaitan 1MDB wajib dijejaki bagi mengetahui bagaimana krisis kewangan serta ketidaktelusan 1MDB boleh berlaku di depan mata dan hanya baru-baru ini sahaja terbongkar.

"Kalau kita tak buat sesuatu dengan segera untuk atasi masalah 1MDB, ia akan muflis dan kita serta anak cucu akan tanggung beban dan bala yang dahsyat.

"Masalahnya sekarang bukan lagi sama ada 1MDB perlu di'bailout' (diselamatkan) tapi sejauh mana kita melaksanakan proses itu dan belanja yang terpaksa kita keluarkan," katanya.

Menyenaraikan 20 soalan yang wajib ditanya dan didapatkan penjelasan oleh para penyiasat, Kadir berkata, siasatan perlu dimulakan terhadap peranan wang royalti minyak dan gas Terengganu dalam urus niaga Terengganu Investment Authority (TIA).

"Apakah peranan wang royalti minyak/gas negeri Terengganu dalam urus niaga TIA apabila ia ditubuhkan pada tahun 2008?

"Adakah benar sejumlah besar wang royalti minyak/gas Terengganu (berjumlah berbilion ringgit) dimasukkan ke dalam sebuah bank tempatan sebagai persediaan menggerakkan TIA?" katanya.

Katanya, soalan itu perlu dikemukakan kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Azlan Zainol, Presiden Sime Darby Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, dan pengarah pengasas TIA yang juga CEO Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail.

"Adakah benar Bakke menarik diri atau digugurkan daripada Lembaga Pengarah 1MDB kerana tidak bersetuju dengan urus niaga yang membabitkan PetroSaudi?" soal Kadir seterusnya.

Wajib juga katanya, ditanyakan kepada Bakke dan ahli lembaga pengarah lain, termasuk Lodin dan Ismee, mengenai kemunculan Jho Low sebagai ejen 1MDB.

Beliau juga mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada hartawan T Ananda Krishnan memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB bagi membayar balik hutang kepada Maybank dan RHB Capital.

Juga, mengenai namanya yang digunakan untuk menyembunyikan hakikat sebenar yang wang itu datangnya daripada Perbendaharaan atau sumber-sumber kerajaan yang lain.

Katanya, siasatan perlu dibuat membabitkan Ananda dalam penjualan penjana elektrik bebas (IPP) miliknya kepada Edra Global Energy, anak syarikat milik penuh 1MDB.

Kadir mendakwa mendapat maklumat terbaru mengatakan andaian Ananda mendahulukan RM2 bilion kepada 1MDB mungkin songsang.

"Ananda terlalu licik dan pintar untuk mengambil risiko sebesar itu. Ini ada kena mengena dengan penilaian (valuation) harta Edra yang dikatakan sangat berbeza," katanya.

Beliau turut mempersoalkan peranan bekas pengerusi dan pengarah urusan Goldman Sachs di Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob, dalam urusan pinjaman 1MDB yang mewujudkan konflik kepentingan yang serius.

"Apabila Goldman Sachs mengatur penjualan AS$4.75 bilion (kira-kira RM17.1bilion pada nilai sekarang) bon 1MDB dalam dua 'tranche' pada tahun 2012-2013, Yusof adalah pengerusi dan pengarah urusan Goldman Sachs di Malaysia.

"Mengikut agensi berita ekonomi Bloomberg, Goldman Sachs mendapat komisen AS$500 juta (kira-kira RM1.8 bilion).

"1MDB membayar yuran ASS$196.2 juta bagi bon bernilai ASS$1.75 bilion yang diterbitkan pada bulan Mei 2012 dan AS$283.2 juta bagi bon bernilai AS$3 bilion pada bulan Mac 2013," katanya.

Kadir berkata, Yusof kini ialah ketua pegawai negeri Deustche Bank bagi Malaysia dan bank itu sedang menuntut agar 1MDB membayar lebih awal hutang bernilai AS$975 juta (RM3.5 bilion) yang diaturnya tahun lalu.

Katanya, agensi siasatan juga perlu mengkaji perhubungan yang disifatkannya satu pelakuan "sumbang muhrim" antara 1MDB, Tabung Haji dan Felda, serta peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dalam tiga entiti ini.

"Apakah peranan dan pendirian Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam hal-hal yang melibatkan hutang dan pergerakan wang 1MDB yang sudah pun menyebabkan nilai ringgit jatuh?" soalnya.

Beliau juga mahu Jho Low dan seorang lagi ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, disiasat sama ada mereka mengenali satu sama lain memandangkan kedua-duanya rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta kaitan Low dengan Felda.

"Soalan-soalan di atas, dan banyak lagi soalan lain yang berkaitan dengan 1MDB dan pihak yang berkuasa ke atasnya, wajib ditanya oleh para penyiasat," kata Kadir lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...