Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pasal tak puas hati dengan tandas Pandikar nak letak jawatan?

Posted: 19 May 2015 07:48 AM PDT


Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad  mengatakan kekurangan kelengkapan tandas mungkin menjadi sebab antara faktor Tan Sri Pandikar Amin Mulia ingin meletakkan jawatan pada awalnya.

"Ia mungkin kemuncaknya. Bagaimana kita boleh tidak menghormati atau mengambil kira suara speaker. Ia paling penting," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pengakuan Pandikar ingin meletakkan jawatan.

Menurut ahli Parlimen Johor Baru itu, tandas di pejabat speaker akhirnya sudah diperbaiki .

Pejabat Pandikar yang dahulunya di terletak di bangunan lama Parlimen dipindahkan kerana kerja-kerja pembinaan.

Bagaimanapun, Shahrir berkata, selain masalah tandas, Pandikar juga berdepan isu lain seperti berhubung Dewan Negara dan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mengikut protokol, lebih tinggi kedudukannya dari Speaker Dewan Rakyat.

"Bukan semata-mata sebab Shahidan. Ia juga tentang Dewan Negara. Kita ada Dewan Negara, Dewan Rakyat, jabatan Parlimen, menteri yang menjaga Parlimen - ia gabungan semua perkara ini," katanya.

Pandikar mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju menerima saranannya bagi menambah baik perjalanan Parlimen.

Pandikar berkata, antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker.

Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat yang Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan lapor The Malaysian Insider


Mahathir tak menipu rupanya...

Posted: 19 May 2015 03:00 AM PDT


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia pertemuan mereka yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari pada 13 Mac yang lepas.

Tegas Pandikar, pertemuan yang dikatakan perbincangan hati ke hati dan seumpama seorang anak dan ayah itu diakui memang berkisar kepada isu mahu meletakkan jawatan kerana kecewa dengan sistem Parlimen pada masa itu.‎

‎ "‎Saya mohon kemaafan jika ia mengguris hati Tun M, saya tak mahu aibkan dia, sebagai respon Tun M semalam yang menyifatkan saya memalukan dia, bagi saya kenyataan Tun M yang memalukan dirinya sendiri apabila melanggar etika kerahsiaan yang seharusnya pertemuan itu tidak patut dizahirkan kepada sesiapa.‎

"Saya jumpa Tun M di Yayasan Bukhari pada 13 Mac lepas. Dalam pertemuan itu kami bincang banyak perkara politik semasa dan saya akui sudah curahkan isi hati kekecewaan dan tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat selain meluah rasa hendak meletak jawatan Speker‎.

‎ "Saya curahkan isi hati kepada Tun M seumpama seorang anak kepada bapa. Seperti mana dimaklumkan, Tun M mungkin terlalu ghairah ‎hendak menjatuhkan Najib kerana menyarankan saya untuk meletak jawatan," katanya semasa sidang media di kediaman rasminya di sini hari ini.

Sidang media yang diadakan di Bukit Tunku berlangsung kira-kira 20 minit pada sekitar jam 2.00 petang Selasa.

Pandikar juga memaklumkan bahawa dia tidak akan mempengerusi mesyuarat pertama penggal ketiga di Parlimen pada 11 Mac lepas.

"Saya kata tugas saya akan diambil kedua-dua timbalan dan seperti yang sedia maklum, saya tidak ada untuk mempengerusikan mesyuarat," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, dia bertemu Najib pada 19 Mac dan membincangkan mengenai soal politik negara dan isu perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

"Saya maklumkan untuk meletakkan jawatan dengan serta merta, namun Najib tidak menerima surat itu dan bertanya apa masalah saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Saya memperincikan masalah di Parlimen kepada Najib seperti isu pentadbiran Parlimen yang tidak memberi kerjasama kepadanya.

"Rintihan saya disambut selain memberitahu tugas Speaker itu tidak boleh mengikut kepada arahan sesiapa," jelasnya.

Jelasnya lagi, Dr Mahathir juga sepatutnya menghubunginya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian samada beliau telah benar-benar mahu meneruskan hasratnya untuk meletakkan jawatan atau tidak dan bukannya hanya berdasarkan perbincangan sulit yang diadakan pada Mac lepas.

Pada akhir sidang media tersebut, Pandikar berseloroh dengan berpesan kepada wartawan agar tidak mengejarnya lagi di Parlimen untuk bertanya isu berkenaan.

"Saya harap selepas ini semua selesai, jangan kejar saya di parlimen atau telefon saya untuk isu ini lagi," katanya.

Tun Mahathir baru-baru ini, berkata Pandikar telahpun meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat lapor Astro Awani


1MDB: Dikatakan tiada masaalah.. tapi kenapa ada 'Pelan Pemulihan'?

Posted: 19 May 2015 01:00 AM PDT


Biasanya pemulihan dilakukan jika terdapat masaalah.. menariknya dalam kes 1MDB ini Menteri-mentri dari UMNO bermati-matian menegaskan tiada masaalah yang melanda 1MDB..

Tetapi ucapan Najib di Sabah telah menimbulkan persoalan.. dimana beliau telah menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh..

Dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menghadapi masalah besar selain persepsi negatif terhadap syarikat tersebut..

Persoalannya ialah dikatakan tiada masaalah tapi kenapa harus ada pelan pemulihan?

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkeyakinan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan Putrajaya dapat mengurangkan jumlah hutang dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Najib yang juga menteri kewangan berkata, langkah pemulihan itu dapat dijayakan bersama Kementerian Kewangan (MoF) walaupun 1MDB sedang berdepan kritikan pelbagai pihak. 
"Langkah pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan. 
"Saya yakin MoF boleh sama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. 
"Lambat laun kita boleh membuktikan langkah menyelamatkan atau memulihkan 1MDB boleh dicapai matlamatnya," katanya ketika berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini. 
Najib berkata, segala persoalan mengenai 1MDB akan terjawab sedikit masa lagi apabila ketua audit negara selesai melakukan audit terhadap syarikat pelaburan bermasalah itu. 
"Saya amat berharap semua pihak akan menunggu laporan tersebut," katanya.
Minggu lalu, Jabatan Audit Negara memaklumkan sedang giat melakukan pengauditan ke atas 1MDB, dan berusaha menyiapkannya seberapa cepat yang boleh.
 
Jabatan itu merancang mengemukakan laporan awal pengauditan tersebut kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir bulan depan. 
"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataannya menjawab pihak yang ingin mengetahui status terkini pengauditan jabatan itu terhadap 1MDB lapor The Malaysian Insider



GST: Bila Najib mula mengungkit.. terselah 'Kurang Cerdik' nya...

Posted: 18 May 2015 11:00 PM PDT


Kata Najib "Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

"Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,"

Kurang cerdiknya sebab dia benar-benar yakin BR1M yang diberikannya kepada rakyat Malaysia yang terpilih berjumlah lebih kurang 7.5 Juta orang itu mampu mengurangkan beban rakyat..

Walaupun jumlah BR1M itu dinaikkannya ianya telah dipecah kan kepada 3 kali pemberian, kebanyakkannya menerima RM200 pada pemberian pertama, RM200 lagi pada pemberian kali kedua dan bakinya pada kali ketiga.

Ianya memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan rakyat sepanjang tahun.. tetapi adakah BR1M itu cukup untuk menampung GST yang terpaksa rakyat bayar setiap hari?

Dalam masa yang sama Najib perlu tahu bukan seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah hampir 30 Juta itu menerima BR1M tapi hanya 7.5 Juta sahaja.. lebih kurang 25% rakyat saja..

Paling ketara ialah BR1M dibayar kerajaan kepada rakyat setahun tiga kali.. GST pula terpaksa dibayar oleh rakyat kepada kerajaan selagi hayat dikandung badan ataupun dari mula beranak sampai mati..

Rakyat bising kerana kenaikkan harga gagal di kawal oleh Kerajaan malah ada kes yang memperlihatkan Kerajaan tunduk kepada kemahuan puak kapitalis sedangkan kuasa di tangan kerajaan.. contohnya isu Pre Paid.

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang 'bising' apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun 'senyap' selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM300. 
"Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap. 
"Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya," katanya. 
Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini. 
Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu. 
Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu. 
"Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan. 
"Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus," katanya. 
Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera lapor Malaysiakini



KWAP disahkan punya RM1.4 Bilion pelaburan dalam 1MDB

Posted: 18 May 2015 08:32 PM PDT


Putrajaya hari ini mengesahkan, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mempunyai sejumlah RM1.4 bilion pelaburan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui anak-anak syarikatnya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata, jumlah itu adalah pelaburan KWAP dalam anak-anak syarikat 1MDB seperti Bandar Malaysia Sdn Bhd, 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment Limited, dan Jimah Energy Ventures Bhd setakat 31 Mac 2015.

"Bagi kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) pula, pelaburan dan pegangan KWAP di dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya setakat 31 Mac 2015 adalah berjumlah RM1.4 bilion," kata jawapan bertulis tersebut.

Jawapan bertulis berkenaan dikeluarkan untuk menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang bertanyakan kepada Kementerian Kewangan untuk menyatakan secara terperinci pelaburan dan pegangan (ekuiti, bon, pinjaman, dan lain-lain) oleh KWSP dan KWAP di dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya, termasuk bekas anak syarikat iaitu SRC International Sdn Bhd) setakat 31 Mac 2015.

Sementara itu, bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kementerian kewangan berkata, ianya melanggan bon terbitan 1MDB pada 2009.

"KWSP melanggan bon terbitan 1MDB yang berjumlah RM200 juta pada tahun 2009 dan ia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia," kata jawapan bertulis tersebut. Selain itu, KWSP turut mempunyai pendedahan pelaburan terhadap anak-anak syarikat 1MDB iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd yang berjumlah RM1.52 bilion.

"Penglibatan pelaburan KWSP di dalam anak-anak syarikat tersebut berlaku pada tahun 2003 (PPSB) dan 2005 (JEV), iaitu sebelum pengambil alihan oleh 1MDB ke atas PPSB dan JEV, masing-masing pada tahun 2012 dan 2014," kata jawapan berkenaan.

KWAP, kumpulan dana pencen terbesar negara dikritik hebat susulan berita ia merancang membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM2,300 sekaki persegi.

TRX dimiliki oleh 1MDB. Rafizi semalam mendedahkan dakwaan Kabinet dalam mesyuaratnya minggu lalu mendedahkan menteri kewangan kedua membentangkan senarai perjanjian ditandatangani antara 1MDB bagi membangunkan TRX termasuk oleh KWAP.

Rafizi mendakwa, dokumen itu menunjukkan 1MDB dan KWAP bercadang membangunkan ibu pejabat baharu di atas kawasan seluas 900,000 kaki persegi dengan KWAP sebagai pemilik dan 1MDB Real Estate akan menjadi penyelia projek lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...