Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mula-mula tunai, lepas tu aset sekarang unit pula.. mana satu yang betul 1MDB ni?

Posted: 21 May 2015 07:00 AM PDT


Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Putrajaya tersalah tafsir mengenai wang disimpan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sebuah bank di Singapura.

Sebaliknya, Husni menjelaskan aset yang dibawa pulang dari Pulau Cayman dan disimpan di sebuah bank Singapura itu adalah dalam bentuk unit, bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura," kata Husni yang tidak menamakan bank di Singapura itu semasa ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat.

"Ia sebenarnya simpanan, ia dalam bentuk unit, ia disokong oleh dana kekayaan berdaulat."

Husni berkata, Putrajaya sedang berusaha membawa pulang aset yang disimpan itu secepat mungkin. 

"Jadi, kami harap untuk membawanya pulang secepat mungkin," kata Husni.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.

Dalam jawapannya di Dewan Rakyat, menteri kewangan itu menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.

"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang sudah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti dolar AS.

"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis semalam kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Husni juga berkata 1MDB akan cuba mengelak daripada berdepan "cross default" seperti yang dilaporkan oleh akhbar Business Times dari Singapura.

"Kami tidak mahu ia berlaku, jika ia berlaku ia akan beri kesan sistemik, jadi kami tidak mahu ia berlaku," katanya.

Mengenai masalah aliran tunai yang dihadapi 1MDB, Husni berkata ia hanya jangka masa pendek. 

"Ia bukan masalah besar, ia hanya masalah aliran tunai untuk jangka masa pendek, hanya untuk jangka masa pendek," katanya.

Husni turut memberitahu satu laporan akan dibawanya sendiri ke mesyuarat Kabinet pada Isnin depan bagi membentangkan langkah penstrukturan 1MDB.

"Saya sedang menyiapkan laporan dan kemudian akan bentang kepada Kabinet minggu depan.

"Mungkin selepas itu kita akan umum langkah seterusnya untuk menstrukturkan 1MDB," katanya.

Pada 10 Mac lalu, Najib dalam jawapan bertulis mengatakan sejumlah wang AS$1.103 bilion yang dibawa pulang dari Pulau Cayman sudah ditebus dalam bentuk wang tunai dan disimpan dalam mata wang dolar AS di BSI.

Najib juga mengatakan tujuan ia disimpan di Singapura adalah untuk memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ketat BNM.

Bagaimanapun, sebuah laman pembocor maklumat, Sarawak Report mendedahkan wujud bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh presiden 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014‎.

"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah ‎mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor Sarawak Report.

Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank kemudian dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac lalu, 2 hari selepas perdana menteri yang juga menteri kewangan mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky ‎di Pulau Cayman dan kini "disimpan" di BSI di Singapura ~ The Malaysian Insider


Puad Zakarshi pula menyerang Muhyiddin.. Pemalas katanya..

Posted: 21 May 2015 04:10 AM PDT


Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang didakwa malas turun padang bagi meninjau kemudahan di sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu berkata, pegawai-pegawai pendidikan tidak sepatutnya tidak dipersalahkan kerana tidak turun padang kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga tidak berbuat demikian.

Beliau meluahkan kemarahan itu susulan beberapa keping yang menunjukkan kedaifan sebuah sekolah di Keningau, Sabah, yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, Muhyiddin yang telah dua penggal menjadi Menteri Pelajaran sepatutnya cepat membela sekolah-sekolah daif terutamanya di pendalam Sabah dan Sarawak.

"Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.

"Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya.

"Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman. Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama," tulisnya di Facebook.

Untuk rekod, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan lapor Free Malaysia Today


Video Luahan Hati Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tersebar!! Saksikan!

Posted: 20 May 2015 10:30 PM PDT


Semoga Najib dan macai-macainya yang masih bermati-matian mempertahankan 1MDB faham dengan apa yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO ini..

Di hadapan beratus pemimpin-pemimpin peringkat tertinggi UMNO dan juga pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dengan jelas Muhyiddin menyatakan kegusarannya mengenai isu 1MDB.

Beliau mahu isu ini diselesaikan dengan segera selain dari memecat seluruh Lembaga Pengarah 1MDB, Muhyiddin juga mahu isu mengenai 1MDB ini disiasat oleh pihak Polis..

Laporan berkaitan...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membawa masuk polis menyiasat syarikat sarat hutang itu. 
Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang. 
"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi," katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 
"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube. 
Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion. 
Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.

"Kita perlu ambil tindakan, tak boleh beri sedikit masa.
 
"Jadi rakyat tengok barulah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius," katanya. 
DAP hari ini menggesa presiden dan ketua pengarah kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy segera dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai AS$1.1 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura, kata DAP. 
Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, Najib dan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti menyingkirkan Arul daripada terus memimpin syarikat sarat hutang itu. 
"Kegagalan memecat Arul dengan segera akan mencemarkan nama baik perdana menteri dan ahli lembaga pengarah 1MDB. 
"Jika beliau terus memimpin 1MDB akan menghalang usaha mencari kebenaran dan dalang yang akan menyebabkan lebih kerugian kepada syarikat itu," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini lapor The Malaysian Insider

Video berkenaan...

 



Patutlah beratus juta dilabur untuk ESSCOM, penculik masih bermaharaja lela...

Posted: 20 May 2015 08:21 PM PDT


Kalau beginilah jawapan Shahidan Kassim mengenai penculikan di Sabah yang masih berterusan biarpun beratus juta RM telah dilabur untuk ESSCOM..

Aku cadangkan kepada Shahidan supaya menulis surat kepada kepala-kepala lanun yang sering datang menculik rakyat Malaysia di Sabah tu.. minta mereka tangguhkan dulu segala perancangan untuk menculik hingga segala kelengkapan yang di beli oleh Malaysia tiba atau siap..

Persoalannya dalam hal ini ialah dalam keadaan yang jelas sering diancam puak lanun itu kenapa negara masih memilih untuk membeli bot-bot atau kapal-kapal yang baru?.. kenapa tidak di beli yang second hand atau yang sudah sedia ada dalam pasaran?

Beli jet untuk 'keselamatan' Najib pandai pulak cari yang second-hand dah tu boleh pulak naik taraf hingga lebih RM28Juta.. untuk keselamatan rakyat tak boleh nak fikir pulak?

Laporan berkaitan..

Susulan insiden penculikan yang timbul semula di Sabah minggu lepas, Putrajaya hari ini mengakui beberapa aset yang dibeli bagi tujuan pemantauan keselamatan di perairan negeri itu tidak dapat digerakkan atas sebab tertentu.  
Bagaimanapun, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak berkuasa masih menyiasat insiden terbaru di Sandakan itu, yang menimbulkan persoalan dan kritikan orang ramai bagaimana boleh berlaku di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).  
"Selepas kerajaan meluluskan peruntukan, kita tidak boleh menggunakan aset itu serta merta. Seperti kapal dan bot, ia mesti dibina terlebih dahulu," katanya, sambil menambah, ia memakan masa sebelum boleh digunakan.  
"Namun, kita akan fikirkan selepas ini, untuk membeli yang pasang siap," kata Shahidan membentangkan jawapan kementerian kepada usul persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berhubung langkah menangani isu penculikan di Sabah.  
Beliau juga berkata, kegiatan menculik dengan menuntut wang tebusan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat selatan Filipina.  
Katanya, faktor kemunduran ekonomi yang dihadapi rakyat negara tersebut antara penyumbang terhadap beberapa insiden penculikan yang berlaku di Sabah.  
"Budaya menculik dan meminta wang tebusan menjadi sebahagian budaya masyarakat selatan Filipina.  
"Ini kerana masalah ekonomi mereka yang menyumbang kepada aktiviti tersebut," kata Shahidan.

Beberapa siri penculikan berlaku di perairan negeri itu sejak beberapa tahun kebelakangan dan yang terbaru di sebuah restoran Khamis lepas, melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. 
 
Ia menimbulkan kegusaran orang ramai termasuk wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang yang turut mempersoalkan fungsi Esscom ~ The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...