Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib dan Pembohongan oleh Tun Mahathir Mohamad

Posted: 24 May 2015 06:01 AM PDT


Sebelum itu.. kita baca salah satu dari beberapa komen yang ditinggalkan dalam Blog Tun Mahathir bila Tun menulis tentang Najib dan Pembohongan ini..

Berikut adalah komen yang dimaksudkan itu..

Salam tun, 

Apa da jadi dengan BN/Ummo sekarang ni tun? makin lama makin melampau..Langsung tak da belas kasihan dekat golongan bawahan ketegori miskin. 

Kami rakyat setengah je kaya tapi bukan semua kaya mana pun.Gaji pun ada setengah tak sampai rm2000 habis leceh rm1200. zaman sekarang ni nak bijak menambung duit pun tak lepas.Cukup makan je. 

Sejak gst dilaksanakan gaji menteri naik rakyat duk bayar cukai2 hari.. Duit rakyat gi kemana? 

Pembangunan? pembangunan untuk orang kaya kut..agaknya la kut. macam kami ni kakitangan swasta gaji pun sikit lain laa kalau kakitangan kerajaan gaji tinggi.

Kerajaan duk umum gaji naik untuk kakitangan kerajaan je yg swasta ni ketinggalan la kebelakang. Tak ramai yg kerja kerajaan yg swasta ni banyak. kerajaan pun agak2 laa sikit. 

Harga barang duk naik duit pun makin kecil.Nak beli kereta pun tak mampu habis tinggi pun kami naik motor je.

Beli barang kat tesco ataupun giant plastic pun tak leh bagi.Suruh kami duk angkat banyak2 bubuh dalam raga motor.Barang jatuh sapa susah? 

Kami juga rakyat biasa yg merana. kerajaan sekarang ni langsung tiada perihatin kat rakyat.Terus terang cakap la diorang bukanya turun merasa kesusahan rakyat. 

Setiap kali piliharaya kerajaan BN menang harga barang naik dan naik. Kerajaan BN duk kutip duit rakyat duk bayar hutang yg kerajaan sendiri buat.

Sejak zaman pak lah sampai laa zaman najib macam tu laa juga. 

Cakap tak serupa bikin. 

Seksa gila laa kami rakyat ni.haiz..

Berikut pula adalah tulisan Tun dengan tajuk Najib dan Pembohongan..

1. Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan bahawa Perdana Menteri membohong . Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

2. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik.

3. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

4. Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah USD 1.103 billion (RM3.6 billion), dimasuk dalam bank BSI tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank. Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai.

5. BSI bank telah menyatakan selepas itu bahawa dokumen yang menyatakan simpanan dibuat oleh "Brazen Sky" anak syarikat 1MDB adalah palsu dan bukan daripadanya. Maka jelaslah kenyataan bertulis yang kedua oleh Najib kepada Parlimen bahawa yang disimpan adalah dokumen juga tidak benar.

6. BSI bank telah lapur kepada Monetary Authority of Singapore (MAS – Penguasa Kewangan Singapura) bahawa tidak ada wang 1MDB yang disimpan dengannya.

7. Pada kebiasaannya MAS melapur maklumat ini kepada Bank Negara. Ini jelas dari pengakuan bahawa kononnya lapuran ini tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Dari kenyataan ini adalah jelas bahawa Bank Negara telah terima lapuran Monetary Authority Singapore.

8. Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang telah dilakukan apabila Najib menjawab soalan bahawa wang tunai telah disimpan dengan bank BSI di Singapura.

9. Perbuatan "cover-up" atau menyembunyi kesalahan dalam urusan Kerajaan adalah salah di segi undang-undang.

10. Saya perturun di sini peruntukan dalam Malaysia Penal Code (Undang-undang Jenayah Malaysia) Section 218.

11. "Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both."

12. Adalah jelas bahawa dalam kes wang tunai yang didakwa oleh Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kerajaan, Bank Negara dan 1MDB telah dibawa balik dari Caymans Islands dan disimpan di BSI bank di Singapura serta pindaan kepada jawapan pertama bahawa bukan wang tunai yang dibawa balik dan disimpan di Singapura, tetapi dokumen, kesemuanya tidak benar. Mereka yang membuat lapuran yang salah ini telah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

13. Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik Kerajaan yang dihutang dengan jaminan Kerajaan sebanyak tujuh billion (tujuh ribu million) Ringgit sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan Negara berkenaan dengannya. Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

Tapi.. jangan takut Najib.. tak akan ada pihak yang berani nak siasat dan dakwa punyalah..

Lagi komen-komen menarik bacalah di Blog Tun Mahathir di SINI


Najib mengungkit lagi.. kali ini jasanya kepada Mahathir pula..

Posted: 24 May 2015 03:00 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak yang hebat digasak pengkritik hari ini menggesa penyokongnya di Pahang menjadi "panglima" baginya dalam mempertahankan dirinya supaya agar beliau boleh "menyelesaikan masalah" negara.

Katanya, beliau sendiri dahulu pernah menjadi "panglima" mempertahankan pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga tidak terkecuali daripada masalah.

"Kita tahu kalau ada masalah kita selesaikan. Takkan ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

"Dulu pun banyak masalah, waktu Dr Mahathir, saya jadi panglima, pertahankan dia.

"Jadi sekarang ini tuan-tuanlah jadi panglima pertahankan saya.

"Kalau pemimpin ada orang pertahankan dia, tak ada masalah yang tak boleh dirungkai," katanya sewaktu berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan petang ini.

Pemuda Umno Pahang mengadakan program di pangkalan udara itu bagi menyatakan sokongan kepadanya sebelum beliau berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet rasmi negara.

Kenyataannya petang ini mengulangi dakwaannya sebelum ini yang Dr Mahathir kekal berkuasa kerana mendapat sokongan beliau sewaktu Umno dilanda masalah pada tahun 1987.

Najib berkata, Dr Mahathir kekal memerintah negara selama 22 tahun kerana sistem pemilihan Umno yang kurang demokratik sewaktu pentadbiran bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir kini rancak mengkritik pentadbiran Najib dan menggesanya agar meletak jawatan bagi memastikan Umno kekal berkuasa pada pilihan raya umum ke-14.

Di antara modal kritikan Dr Mahathir terhadap Najib ialah operasi dana pengurusan strategik negara yang sarat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan Altantuya Shaariibuu oleh bekas pengawal Najib dan dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor lapor The Malaysian Insider


"Saya ahli UMNO tetapi tidak sokong Najib," kata bekas Timbalan Menteri Kewangan

Posted: 24 May 2015 01:00 AM PDT


"Saya masih lagi pemimpin Umno. Saya tahu forum ini ramai yang mengkritik kepimpinan Umno, tetapi saya datang bukan untuk membela mana-mana pemimpin Umno tetapi untuk mengambil bahagian kerana untuk mencari kebenaran".

Demikian penegasan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Afifuddin Omar ketika menyatakan sebab kenapa beliau hadir sebagai panel dalam Forum "‎Mencari Pemimpin Baru Malaysia" di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.

Jelas Dr Afifuddin, kehadirannya itu adalah untuk menyatakan yang benar dan tidak mempertahankan Umno sekiranya parti itu melakukan kesilapan.

"Kalau abang (perumpamaan kepada Umno) saya buat salah. Saya kena kata salah," katanya.

Dr Afifuddin bagaimanapun turut tidak bersetuju dengan cara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan.

"Saya tidak setuju 100 peratus dengan Tun Mahathir. Kritik boleh tapi jangan suruh letak jawatan.

"Saya juga hairan kenapa Najib sahaja yang menjawab tetapi bukan lembaga pengarah 1MDB," katanya.

Beliau menambah, sebagai rakyat yang terdedah dengan informasi terkini, masyarakat kena menimbang maklumat yang diterima.

"Bukan saya sokong atau saya pertahankan tetapi biarlah ia diadili dengan proses keadilan," katanya.

Sementara itu ketika sidang media, Dr Afifuddin berkata, walaupun beliau seorang ahli Umno, namun tidak bermakna beliau menyokong kepimpinan Najib.

"Saya ahli Umno tetapi tidak sokong Najib," katanya.


Bukannya Melayu dipinggirkan dlalam perumahan 'i-Condo' tu.. sebenarnya..

Posted: 23 May 2015 08:36 PM PDT


Akhirnya tindakan beberapa pihak pro pembangkang Pulau Pinang menerusi media baru seperti facebook dan whatsapp seakan cuba menggambarkan pentadbiran Guan Eng menindas kaum Melayu di negeri ini, disanggah oleh EXCO Perumahan sendiri.

Lambat memang diakui sangat lambat dan lembab sekali respon mereka, mungkin mereka buta IT atau yang seangkatan dengannya hingga hampir seminggu baru isu ini dijawab..

Tapi lebih baik lambat dari tak dijawab langsung.

Berikut adalah penjelasnnya..

Seorang Melayu dan 32 Cina berkenaan sebenarnya adalah mereka yang berjaya mendapat surat tawaran daripada Kerajaan Negeri sahaja, untuk membeli rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di Projek i-Condo @ One Foresta dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan bahawa Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri setakat kini baru menerima dan memproses 238 permohonan sahaja, sungguhpun bilangan rumah mampu milik berharga RM300,000 dalam projek tersebut keseluruhannya berjumlah 2,685 unit.

"Kelulusan permohonan dilakukan secara berkala, dan 33 ini adalah senarai penerima pertama yang diluluskan oleh Jawatankuasa (Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan, SPEC).

"Masih ada banyak lagi unit untuk ditawarkan kepada semua kaum, (maka) saya sarankan Bumiputera yang layak supaya mohon sekarang (rumah mampu milik) kerana senarai menunggunya tidaklah sepanjang permohonan untuk rumah kos rendah dan kos sederhana rendah," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat di sini, tengah hari tadi.

Penjelasan itu sekaligus menyanggah dakwaan pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri hari ini cuba menafikan hak Melayu dan Bumiputera untuk menikmati kuota 30 peratus unit rumah dalam projek tersebut.

"Soal mengambil pihak mana-mana kaum langsung tak timbul, dan adalah suatu fitnah yang besar. "Sekiranya mereka memohon dan layak, maka unit rumah akan ditawarkan di dalam projek-projek perumahan yang lain.

"Selain daripada unit perumahan berharga RM300,000 ini, ada juga jenis harga yang lain, termasuk (Rumah) Kos Rendah (RM42,500 seunit) dan Kos Sederhana Rendah (RM72,500 unit) untuk dimohon oleh semua kaum, termasuk Bumiputera," jelas Jagdeep.

Tambahnya lagi, kuota Rumah Kos Rendah untuk Bumiputera adalah sebanyak 50 peratus, manakala Cina dan India masing-masing diberi 35 peratus dan 15 peratus.

Bagi Rumah Kos Sederhana Rendah pula, katanya, kuota agihan untuk Bumiputera adalah sebanyak 30 peratus, manakala, Cina dan India masing-masing diberi 55 peratus dan 15 peratus.

"Rumah Mampu Milik (berharga RM200,000, RM300,000 dan RM400,000) ini adalah kategori yang baru di Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) ikut kuota seperti Rumah Kos Sederhana Rendah," jelas Jagdeep lagi.

Terdahulu, kontroversi isu ini timbul susulan tersebarnya gambar surat pekeliling Kerajaan Negeri yang menyebut seorang Melayu sahaja ditawarkan rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di projek i-Condo @ One Foresta, sedangkan baki 32 penerima lain adalah berbangsa Cina.




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...