Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Menteri yang tak faham 1MDB diminta berhenti..

Posted: 27 May 2015 12:04 AM PDT


Menteri yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun membuat keputusan bersama dalam mesyuarat Kabinet digesa supaya melepaskan jawatan.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Tegasnya, Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggung jawab bersama dan mana-mana Menteri yang masih enggan memahami isu itu dianggap telah melanggari keputusan bersama.

"Prinsip Kabinet, prinsip tanggung jawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan bersama.

"Pilihankan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri…itu tak jadi masalah, kalau ada Menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet)," katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li pada Isnin dilaporkan berkata, keseluruhan Kabinet perlu dipertanggungjawab atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

Ku Li berkata jika Menteri Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

Mengulas lanjut, Shahrir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, jika Menteri Kabinet masih tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB, mereka boleh berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri sehingga berpuas hati (keputusan Kabinet).

"Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita puas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi jumpa Perdana Menteri tanya lagi dan tanya Kementerian Kewangan.

"Jika ada Menteri kata tak faham, cakaplah tak faham, tanyalah. Jangan sampai tak reti nak tanya, prinsip dalam Kabinet kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak faham tanya lagi," tegasnya.

Shahrir turut ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Ku Li itu, bagaimanapun beliau hanya menyifatkan ia sebagai dakwaan semata-mata lapor Free Malaysia Today


Bukan Arul tapi Najib yang sepatutnya dipanggil PAC

Posted: 26 May 2015 08:24 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berdasarkan pendedahan bahawa urusan kewangan kontroversi 1MDB mungkin dibuat dengan keizinannya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini selepas Malaysiakini mendedahkan semalam bahawa Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada 1MDB, menghendaki semua urusan perlu diluluskan oleh perdana menteri.

Katanya, keterangan Najib akan membersihkan sebarang keraguan sama ada atau tidak, beliau tahu terdapat salah urus dalam 1MDB.

"Saya fikir adalah terbaik untuk Najib memperuntukkan satu atau dua hari untuk datang ke Parlimen dan menjelaskannya," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Menurutnya, Najib juga perlu disoal oleh PAC kerana ia kini bukan hanya setakat pengurusan kanan - beliau adalah sebahagian daripada transaksi 1MDB dan dalam kedudukan untuk menjelaskan. 

Walaupun TIA telah menukar namanya kepada 1MDB, Rafizi, yang juga ahli Parlimen Pandan, berkata beliau yakin 1MDB mewarisi sepenuhnya M&A TIA.

"Apabila anda menukar nama syarikat, anda tidak menukar M&A kerana ia adalah entiti yang sama" katanya.

Tambahnya, apa yang bermula sebagai TIA jelas akan diwarisi sepenuhnya oleh 1MDB dan "jika anda merujuk kepada nombor syarikat mereka, ianya sama."

Pendedahan Malaysiakini yang dimaksudkan sila baca di SINI


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...