Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


"Kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST" kata MP Bagan Serai

Posted: 28 May 2015 07:37 AM PDT


Siapalah yang pilih orang macam ni jadi Ahli Parlimen kawasan depa ni.. singkat sekali cara berikirnya.. dengan selamba saja dia boleh kata Kerajaan tidak paksa rakyat bayar GST..

Katanya ".. ini.. kita tak pernah paksa sapa-sapa bayar GST" lalu disambut dengan sorakan dari Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat..

"Inilah masaalah.. GST ini adalah cukai penggunaan dan hanya orang-orang yang membelanjakan pada barang-barang tertentu saja dikenakan GST".. tambahnya lagi..

Memang tak paksa.. tapi kalau bayar tak ikut harga yang kedai dah tetapkan tu.. pekedai nak biarkan saja ke?

Nak perhidup cukai jalan lori kena pergi PUSPAKOM kena GST.. tak bayar tak boleh re-new road tax.. tak paksa ke namanya tu?

Barang apa bendanya yang tak dikenakan GST agaknya?..


Hakikatnya.. MP ni taklah bodoh.. tapi yang bodohnya ialah tangan-tangan yang memilih dia sebagai Ahli Parlimen..


Kem Transit PATI di Wang Kelian dah ujud dua atau tiga tahun dakwa Timbalan Pengerusi Rohingya Society..

Posted: 28 May 2015 05:30 AM PDT


Siapalah yang berbohong mengenai kem transit PATI di Wang Kelian ni.. sorang kata masih baru tapi seorang lagi kata dah dua atau tiga tahun..

Yang berkata kem tarnsit ini baru ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya ini berdasarkan berdasarkan kain kafan yang digunakan untuk membalut mayat yang digali adalah masih dalam keadaan elok serta daun dan ranting pokok yang ditebang di kawasan itu juga masih baharu. 

"Barang-barang makanan yang ditemui juga didapati masih baharu termasuk bumbung plastik kem," katanya kepada pemberita... sepenuhnya sila baca di SINI

Tapi dakwaannya itu disangkal oleh Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali.

Selain mendedahkan nama ejen besar sindiket jual orang tu.. beliau turut mendedahkan bahawa kem tersebut sudah wujud sejak dua ata tiga tahun yang lalu..

Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang "dibeli" oleh ejen besar sindiket itu dikenali dengan nama "Yassin". 
Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali kepada Bernama hari ini yang turut berkata, Yassin berbangsa Rohingya dan dikenali sebagai seorang daripada ejen utama sindiket itu. 
Menurutnya, walaupun berasal dari Myanmar tetapi Yassin, yang berumur dalam lingkungan 30-an tinggal di selatan Thailand, manakala operasi sindiket pemerdagangan manusia diketuainya pula menjangkau sehingga ke negara ini. 
"Hasil maklumat kami, beliau merupakan ejen yang bertanggungjawab "membeli" warga Rohingya dan Bangladesh terbabit daripada sindiket di selatan Thailand dengan harga tertentu dan ditempatkan secara sementara di kem-kem transit di Wang Kelian sebelum dijual kepada pihak lain." 
"Yassin merupakan ejen sindiket pemerdagangan manusia yang besar dan nama beliau amat dikenali ramai di kalangan Rohingya memasuki Malaysia yang menjadi mangsanya," menurutnya, yang tinggal di negara ini sejak 20 tahun lalu. 
Yusuf berasal dari sebuah bandar sempadan Myanmar-Bangladesh, Maungdaw, turut mendedahkan, kem-kem transit mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian itu beroperasi sejak dua hingga tiga tahun yang lalu. 
Pendedahan beliau itu turut diperakui rakannya, Mohammad Hussain Abu Hassan yang turut bergiat aktif di dalam RSM Kedah membantu kebajikan pendatang Rohingya dari Myanmar. 
Tiga hari lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan kem-kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand. 
Sehingga hari ini, pasukan forensik polis menemui tiga mayat yang sudah reput dari kubur-kubur yang terletak di dalam kem transit terbabit. 
Yusuf berkata, apa yang berlaku di dalam kegiatan pemerdagangan manusia adalah ejen-ejen besar sindiket seperti Yassin akan membeli pendatang-pendatang Rohingya atau Bangladesh yang baru tiba di selatan Thailand. 
Disebabkan beliau tinggal dan beroperasi di selatan Thailand, Yassin mempunyai hubungan rapat dengan ketua-ketua sindiket lain yang terdiri daripada rakyat Thailand atau rakyat Myanmar berbangsa Rakhine. 
Yassin kemudiannya akan menempatkan pendatang-pendatang yang baru dibelinya itu di suatu lokasi seperti di kem transit di kawasan hutan di Wang Kelian sebelum diagih-agihkan kepada ejen-ejen kecil dengan bayaran tertentu untuk memperoleh keuntungan berlipat-ganda, katanya. 
"Ejen-ejen kecil inilah atau orang suruhan mereka yang akan mengambil pendatang-pendatang seperti di Wang Kelian untuk dihantar ke serata Malaysia," katanya. 
Kedudukan Wang Kelian yang dikelilingi hutan-hutan tebal, bukit-bukit curam batu kapur serta berhampiran dengan sempadan Thailand, katanya, menjadikan ia laluan kegemaran bagi sindiket-sindiket pemerdagangan manusia. 
Pintu sempadan Wang Kelian terletak berhadapan dengan pintu sempadan Wang Prachan, Satun dan sejak beberapa tahun lepas, pengunjung bebas keluar masuk di kawasan sempadan Malaysia-Thailand pada Sabtu dan Ahad menerusi pintu masuk ini tanpa menggunakan pasport, namun kelonggaran itu dibatalkan baru-baru ini atas sebab-sebab keselamatan. 
Ditanya tentang kedudukan terkini Yassin, Yusof berkata, beliau dipercayai melarikan diri dengan menyelusup masuk ke Myanmar selepas kegiatannya di selatan Thailand itu dibongkar pihak berkuasa negara jiran itu. 
"Saya diberitahu oleh sumber-sumber saya yang mengatakan Yassin telah melarikan diri ke Myanmar, tidak lama selepas pihak berkuasa Thailand membongkar pembabitannya di dalam sindiket itu," katanya. 
Yassin menurutnya, berkemungkinan berasa lebih selamat berada di negara asalnya di Myanmar pada ketika ini, daripada di Thailand apabila beliau sedang diburu. - Bernama

Kita nak percaya siapa ni?.. yang berpengalaman melaluinya atau yang baru sehari dua menyedari kewujudan kem itu?


Apa dah jadi dengan Saham FGV ni??

Posted: 28 May 2015 01:47 AM PDT


Dengan keadaan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 dan jam 11 pagi hari ini harga saham itu terus turun kepada RM1.92 sesaham berbanding RM4.55 seunit sewaktu disenaraikan enam pihak ini sedang menanggung kerugian..

Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang.

Keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion. 

Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion, Felda Aseet Holding Company SB rugi sebanyak RM1.26 bilion, Lembaga TH rugi RM717.7 juta, KWSP pula rugi RM527.7 juta,

Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.

Tapi apa yang perlu juga kita ketahui ialah RUGI jika pihak terbabit menjual pegangan mereka, jika masih mengekalkan pegangan atau belum menjualnya.. tak rugi lagilah..

Kan Menteri dah kata.. lagi dua tahun naiklah harga saham tu... naik jadi RM5 seunit.. tapi akupun dah lupa berapa tahun dah Menteri kata macam tu...

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV) yang kini hanya tinggal RM2.02 sesaham pada 25 Mei 2015 menyebabkan enam pemegang saham utamanya mengalami kerugian hampir RM5.4 bilion. 
Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr. Rosli Yaakop berkata, keenam-enam pemegang utama saham FGV memegang saham lima hingga lapan peratus yang disifatkan satu jumlah yang agak besar. 
Enam pemegang tersebut adalah Lembaga Tabung Haji, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan, Felda Badan Berkanun, Felda Asset Holding Company SB dan Kerajaan Negeri Pahang. 
Menurut Rosli, keenam-enam pemegang saham terbabit membeli saham pada 25 April 2013 pada harga RM4.55 berjumlah RM9.6 bilion dan nilai saham ini pada 25 Mei lalu telah merundum kepada RM4.3 bilion.

Felda Badan Berkanun mengalami kerugian sebanyak RM1.84 bilion, Felda Aseet Holding Company SB rugi sebanyak RM1.26 bilion, Lembaga TH rugi RM717.7 juta, KWSP pula rugi RM527.7 juta, Kumpulan Wang Persaraan rugi sebanyak RM546.2 juta dan Kerajaan Negeri Pahang menanggung rugi RM461.5 juta.
 
"Keenam-enam pemegang ini memegang kira-kira 2/3 daripada jumlah saham FGV yang diurus niaga di Bursa Saham Malaysia. Keadaan ini umpama pemilikan yang tidak sihat bagi mana-mana pasaran saham apabila saham merundum pemegang akan kerugian. Hanya dalam masa dua tahun kerugian yang begitu besar," katanya kepada Harakahdaily. 
Berdasarkan semakan saham FGV pada jam 11 pagi hari ini harga saham itu terus turun kepada RM1.92 sesaham. 
Yang menjadi kebimbangan, katanya, prospek harga saham FGV akan kekal rendah dalam tempoh dua hingga enam tahun dan jauh sekali untuk mencapai nilai saham RM4 hingga RM5 sesaham. 
Ini kerana katanya, beberapa faktor penting akan menekan harga saham FGV iaitu harga minyak sawit rendah, kos pengurusan FGV agak tinggi, dan hasil buah sawit yang terhad kerana 50% pokok sudah tua.

"Dalam jangka masa pendek ini enam badan dan dana awam terbabit akan terus tanggung kerugian yang besar.
 
"Kenapa badan ini melabur begitu banyak dalam FGV sedangkan FGV sebuah syarikat perladangan khasnya kelapa sawit. Risiko barang-barang sektor pertanian ini sangat tinggi. Kita hairan mengapa syarikat ini sudah tahu risiko tinggi tetapi terus melabur dalam FGV," soal beliau.

Justeru, katanya, Anak menuntut pengurusan badan-badan dana awam ini memberi penjelasan mengenai perkara ini sama ada kepada pendeposit Tabung Haji dan pencarum KWSP.
 
"Ini adalah perkara yang kita perlu beri perhatian, sepatutnya pemegang saham ini melabur dalam pelaburan yang selamat dan menguntungkan bukannya berisiko tinggi. Akhirnya rakyat yang menampung kerugian ini," katanya. – HARAKAHDAILY

Tapi.. kalau dinyah senaraikan macam laporan The Edge di bawah ni memang menanggung rugilah pihak terbabit..




12 anggota polis ditahan berhubung sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Posted: 27 May 2015 11:00 PM PDT


Kat atas tu laporan awal dari Utusan yang menafikan pendedahan yang dibuat oleh The Malay Mail mengenai kewujudan kem atau kubur PATI dari etnik Rohingya..

24hb Mei.. Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan penemuan kubur-kubur besar berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit Komando VAT 69 menemui 14 khemah besar dan tiga khemah kecil yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.

25hb Mei pulak.. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan kubur besar yang dijumpai di Padang Besar, Perlis sepertimana dilaporkan semalam, mengandungi mayat pelarian Rohingya..

Tapi setelah terbongkar benar wujud kem dan juga kubur itu..

KUALA LUMPUR: Seramai 12 anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, empat daripadanya ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lapan lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara termasuk anggota polis dalam sindiket penyeludupan manusia yang bertanggungjawab atas kematian pendatang pelarian-pelarian yang ditemui dalam kubur besar di Wang Kelian, Perlis. 
Tegas beliau, tiada pihak yang terkecuali termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhutanan mahupun kakitangan kerajaan sekalipun daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati mendalangi sindiket berkenaan. 
"Saya tidak menolak kemungkinan penglibatan termasuk anggota polis pun kita akan ambil tindakan apabila kita ada cukup keterangan dan bukti. Tiada sesiapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang dalam perkara ini," kata Khalid dalam sidang media selepas mengadakan progran lawatan hospital di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-208. 
Sejak penemuan kubur dan khemah pelarian berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu, beliau mengesahkan tiada lagi penemuan kubur atau khemah pelarian baru di kawasan terbabit. 
"Kita tidak percaya ada lagi sebab kita telah buat screening dan combing yang menyeluruh daripada Tangga 100 hingga ke Kampung Y. Jadi kami yakin tiada lagi kubur atau khemah yang mungkin didirikan oleh pendatang," kata Khalid. 
Tambah Khalid berikutan permukaan muka bumi berbukit di kubur dan khemah pelarian berkenaan yang mencabar, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand untuk menggunakan laluan darat melalui negara berkenaan. 
"Keadaan muka bumi di tempat itu amat sukar untuk kita akses ke lokasi itu. Malah semalam ada pegawai daripada Jabatan Forensik yang cedera kerana jatuh tebing." 
"Kita sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand untuk menggunakan laluan darat melalui Satun untuk membawa masuk kenderaan kami ke lokasi untuk mengangkut apa sahaja yang dapat ditemui. Tambah lagi sekarang musim hujan kami tidak dapat mengakses masuk ke kawasan itu," katanya lagi. 
Tegas beliau, tiada pihak yang terkecuali termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhutanan mahupun kakitangan kerajaan sekalipun daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati mendalangi sindiket berkenaan. 
Khalid juga tidak menolak faktor lokasi berkenaan dipilih sebagai transit penyeludupan manusia berikutan kawasan berkenaan yang berhutan serta berbukit dan tidak meliputi kawasan rondaan polis. 
"Khemah didirikan dalam kawasan kita (Malaysia) sebab nak elak penguatkuasaan Thailand. Khemah berkenaan terletak 400 meter ke dalam kawasan kita dari sempadan." 
"Mereka tahu bahawa kita tidak meronda kawasan itu sebab permukaan buminya dan mereka dapat berselindung dari pihak berkuasa Thailand kononnya ini kawasan Malaysia dan menjangka pihak berkuasa Thailand tidak akan ambil tindakan. Tetapi mereka silap."kata beliau lapor AstroAwani

Boleh pulak dia kata "Mereka tahu Mereka tahu bahawa kita tidak meronda kawasan itu sebab permukaan buminya dan mereka dapat berselindung dari pihak berkuasa Thailand kononnya ini kawasan Malaysia dan menjangka pihak berkuasa Thailand tidak akan ambil tindakan. Tetapi mereka silap"

Yang jelasnya silap ialah kita.. silap kerana tidak meletakkan kawasan berkenaan dalam rondaan sedangkan ianya adalah kawasan negara kita!

Hmm.. cuba bayangkan bagaimana keadaan negara kita jika kem itu dibina oleh IS atau lain-lain kumpulan yang dilabel sebagai pengganas..

Huru-hara dah negara kita..

Sempadan di darat bocor.. sempadan di laut juga bocor.. sempadan udara pun sama lebih teruk lagi hingga Kapal Terbang yang tak dikenali melintas pun buat bodoh.. tu tak dikira lagi dengan pencerobohan oleh Singapore Air Force..

Apalah nak jadi dengan negara kita ni?


Adakah 1MDB terlibat dengan 'money laundering'? soal Mahathir

Posted: 27 May 2015 08:08 PM PDT


Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri atau Menteri oleh ahli Parlimen walaupun jawapan itu disediakan oleh pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan.

Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku. Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi.

2. Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran. Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama.

3. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar. 4. Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta.

5. Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000/-. Jika urusan tidak ada kaitan dengan "money laundering", iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.

6. Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.

7. Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?

8. Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih satu billion U.S. dollar sudah hilang.

9. Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi, pegawai dan menteri bersalah kerana membohong.

10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.

11. Sesuatu yang aneh dan salah ialah keengganan jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik Kerajaan. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan money laundering.

12. Ada pemberita akhbar yang ditangkap kononnya kerana bersalah di bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

13. Saya sendiri biasa digeledah oleh jabatan hasil dalam negeri semasa memiliki klinik perubatan. Saya terpaksa bayar cukai tambahan kerana segala penjelasan saya tidak diterima. Dijelaskan kepada saya jika saya bawa kes ke mahkamah, besar kemungkinan saya didenda tiga kali ganda. Siasatan ke atas saya dibuat kerana sangkaan bahawa sebagai doctor awam saya tentu kaya dan tidak bayar cukai sepenuhnya.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...