Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kadar Tol Naik Lagi Ogos Ini?..

Posted: 05 May 2015 05:30 AM PDT


Belumpun hilang kejutan disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu, satu lagi kejutan bakal berlaku apabila dikhabarkan kadar tol pula akan dinaikkan.

Sumber-sumber memberitahu FMT, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini.

FMT difahamkan, kadar itu melibatkan kenaikkan antara 50 hingga 100 peratus.

Bagaimanapun, kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi.

"Kita tunggu pengumuman sepenuhnya, " kata sumber itu.

Tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi.

Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2.

Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol ialah adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

Turut dibenarkan Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Kenaikkan itu turut melibatkan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).


Milik Bekas Ketua Menteri rupanya Ferrari plet 'MAT 1' itu..

Posted: 05 May 2015 03:00 AM PDT


Sebuah kereta mewah berjenama Ferrari menarik perhatian orang ramai di Jalan Raja Chulan apabila menggunakan nombor pendaftaran unik MAT 1 yang juga boleh diterjemah sebagai MAT1 (Mati).

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta itu didaftarkan di bawah nama seorang bekas Ketua Menteri.

Namun, jumlah harga yang dibayar untuk nombor berkenaan tidak didedahkan.

Dipercayai, nombor pendaftaran unik seperti itu boleh dibeli pada harga mencecah RM80,000.


Pada 2001, nombor pendaftaran 'SAB4H' dijual pada harga yang tinggi walaupun angka 4 merupakan taboo kerana ia kedengaran seperti perkataan untuk "kematian" dalam dialek Cina.

Nombor-nombor unik seperti ini terdiri daripada digit tunggal dari 1 hingga 10 dan beberapa aturan menarik seperti 333, 555, 8888, manakala nombor popular ialah 2020 dan 8383.

Pada 2010, nombor pendaftaran kenderaan 'TAY 1′ yang dikeluarkan oleh JPJ Terengganu mencipta sejarah apabila ia telah dibeli dengan harga RM220,000.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata, harga tersebut rekod baharu selepas harga yang dibayar untuk plat 'TAN 1′ pada harga RM200,090 di samping plat bernombor 'CUKAI 1 ' yang dijual pada harga RM165,000.

Pada 2012, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperoleh nombor pendaftaran Kuala Lumpur yang ketika itu baru diperkenalkan.

Nombor plat pendaftaran tersebut ialah WWW 5.

Manakala, Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berjaya memiliki nombor plat WWW 1 yang diperoleh dengan bayaran RM520,000, menjadikan ia sebagai jumlah yang tertinggi pernah dibeli untuk nombor pendaftaran tunggal bagi tahun tersebut.

Ia menewaskan rekod terdahulu untuk nombor plat MCA 1 yang telah dijual pada harga RM300,100 pada tahun 2010 lapor Free Malaysia Today


Kritik GST dianggap menghasut?

Posted: 05 May 2015 01:00 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata polis memberitahunya, perbuatan mengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dianggap menghasut.

Bercakap di Permatang Pauh malam tadi, beliau yang ditahan polis berhubung penyertaannya dalam himpunan Hari Pekerja membantah GST berkata,polis memberitahunya, kandungan ucapannya yang mengkritik GST semasa himpunan 1 Mei itu dianggap menghasut.

"Polis beritahu saya, saya disiasat mengikut Akta Hasutan kerana ucapan saya mengkritik GST. Sekarang baru saya tahu, kutuk GST ini menghasut, kalau ikut kerajaan Malaysia," katanya.

Cukai penggunaan itu menjadi fokus kempen PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh yang sedang berlangsung ketika ini.

PKR mengambil kesempatan daripada rasa tidak puas hati orang ramai terhadap cukai itu dalam usahanya mempertahankan kerusi itu, yang ditandingi presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebagai sebahagian daripada kempennya, beliau membeli-belah di sebuah pasar raya, dengan diiringi media, bagi menunjukkan berapa banyak yang rakyat terpaksa bayar lebih untuk cukai itu apabila membeli barang keperluan asas.

PKR juga mengadakan majlis memanggang udang kara, menghidangkan kepada pejalan kaki di kawasan itu, mempersendakan pelaksanaan cukai itu yang tidak dikenakan ke atas udang itu, yang dianggap makanan orang kaya.

Rafizi berkata beliau dimaklumkan polis yang mengkritik perdana menteri juga dianggap menghasut.

"Kedua, ucapan saya katanya, banyak kritik perdana menteri. Itu pun dah tak boleh sekarang. Itu pun kira menghasut.

"Dan, banyak ucapan dan laungan 'Hidup Rakyat'. Lepas ini kena jerit mampus rakyat baru Umno suka," katanya kepada hadirin di tapak ekspo Seberang Jaya dalam siri kempen menjelang hari mengundi Khamis ini.

Ceramah beliau selebihnya malam tadi penuh dengan sindiran kerana beliau memuji GST dan mengatakan perkara yang positif saja mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Naib presiden PKR itu juga menyindir PRK Permatang Pauh itu diadakan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim "bercuti" di penjara Sungai Buloh.

Ketua pembangkang itu terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan liwat terhadapnya dan hukuman 5 tahun penjara pada Februari.

"Sebab itu saya berazam untuk sepanjang PRK ini ucapan saya semua baik-baik dan memuji Najib dan Rosmah. Tak ada dah saya nak kacau Najib dan kutuk GST. Saya akan puji betul-betul," katanya sinis.

"Kalau saya cakap macam ni, saya tak akan kena tangkap, kan?," soal ahli Parlimen Pandan itu, sambil menambah, pada saat-saat begini, senang untuk seseorang ditangkap polis.

Rafizi ditahan pada 2 Mei, ketika beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur untuk memberi keterangan mengenai penglibatannya dalam himpunan itu, yang menarik kira-kira 10,000 orang bersesak di tengah-tengah ibu kota.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyalahi undang-undang perhimpunan dan Akta Hasutan. Beliau dibebaskan pada malam hari yang sama.

Selain Rafizi, pemimpin pembangkang lain yang turut ditahan berhubung himpunan itu termasuk Ahli Parlimen Batu daripada PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua, Ahli Parlimen Kuala Kerai (PAS) Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Seremban (DAP) Anthony Loke, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan.

Beberapa aktivis juga ditangkap, termasuk penaung Negara-Ku dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan lapor The Malaysian Insider

Calon tolak hudud Zalim.. bagaimana pula yang dah jadi Ahli Parlimen tapi tolak perlaksanaan hudud ini Ustaz Kazim?

Posted: 04 May 2015 11:00 PM PDT


Kazim Elias berkata,Pengundi perlu berhati-hati dengan bakal ahli Parlimen Permatang Pauh yang menolak pelaksanaan hudud, ini kerana berdasarkan hukum Al-Quran, mereka yang menolak pelaksanaan hudud sebenarnya cenderung bersikap zalim.

"Undang-undang hudud memerlukan banyak benda termasuklah kekuatan.

"Kekuatan apa? Kekuatan perpaduan.

"Kalau dibawa di Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang? 

"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun - ini Parlimen - dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak.

"Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud.

"Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran), orang yang menolak hudud ini adalah zalim.

"Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim," katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menegah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi. 

Kazim dalam ceramah sama turut menyindir secara halus perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang pelaksanaan hudud.

"Dulu depa kata Umno tak sokong.

"La ni Umno angkat tangan Umno juga yang sokong.

"Nak kata apa? Orang yang depa kutuk dulu pula sokong sedangkan yang geng sendiri pula tak sokong," katanya tanpa merujuk secara langsung kepada DAP, PKR atau PAS dalam ucapannya.. sepenuhnya bacalah di SINI


.. Setahu akulah yang menyokong RUU Hudud itu hanyalah UMNO Kelantan.. bukannya UMNO seluruh Malaysia.. UMNO Permatang Pauh pulak tak pernah aku dengar menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan hukum hudud tu..

Jadi bagaimana pula si penyebar hadis palsu menurut Dr. Maza ni boleh kata UMNO sokong hudud?

Jika calon Ahli Parlimen menolak untuk menyokong hukum hudud itu dikatakan sebagai zalim.. yang dah jadi Ahli Parlimen dan Perdana Menteri ni.. bagaimana pulak Kazim?

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...