Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pengundi Hantu mula muncul di Permatang Pauh...

Posted: 06 May 2015 03:30 AM PDT


Usaha gigih jentera PRK BN Permatang Pauh menggantungkan poster, banner dan juga bendera hingga ke jirat Cina dan lain-lain tanah perkuburan membuahkan hasil akhirnya..

...Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa berjaya mengesan 2 'pengundi hantu' yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Permatang Pauh.

Katanya, perkara itu dikesan selepas 2 pemilik rumah yang beralamat di 2 tempat berbeza mengadu kepada PKR mengenainya.

Mereka mendakwa menerima slip ucapan selamat mengundi daripada Barisan Nasional (BN) yang dialamatkan kepada 2 individu yang tidak pernah menetap di rumah mereka.


Rafizi berkata, 2 pengadu itu menetap di rumah mereka sejak 14 tahun lepas namun terkejut selepas slip daripada BN itu dihantar kepada 'Nur Fadilawaty Hanafi' dan 'Sakinah Ahmed' yang tidak pernah mereka kenali.

Lapor The Malaysian Insider


Pekeliling arahan supaya Ahli PAS undi Calon BN di Permatang Pauh adalah palsu!!.

Posted: 06 May 2015 01:07 AM PDT


Kempen PRK Permatang Pauh yang masuk hari terakhir, hari ini dicemari dengan penyebaran surat yang mengarahkan ahli Pas wajib mengundi calon BN, Suhaimi Shabudin.

Surat yang didakwa dikeluarkan dan ditandatangani oleh Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mad Piah itu bagaimanapun dinafikan beliau sendiri.

"Palsu," demikian katanya secara ringkas kepada Sinar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), sebentar tadi.


Penyebaran surat palsu itu, hari ini mengarahkan semua ahli Pas di Permatang Pauh mengundi calon BN itu dengan alasan calon dari PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan PKR menolak hudud yang dibawa Pas.

Selain itu, usaha sabotaj itu dipercayai berpunca daripada tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang berdiam diri daripada menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lapor Sinar Harian


Ahli Parlimen Baling mai buat lawak ka kat Permatang Pauh ni?

Posted: 05 May 2015 11:00 PM PDT


Parlimen sendiri pun dia tak terjaga tiba-tiba dia nak jadikan Permatang Pauh sebagai 'Parlimen Angkat' Baling pulak.. kah.. kah.. kah..

Lainlah kalau di Baling tu semua penduduknya senang lenang, berbagai kemudahan dan prasana lengkap.. jalan raya tak berlubang-lubang.. Hypermarket bercambah-cambah.. penduduknya tak perlu keluar dari kawasan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik..

Barulah orang Permatang Pauh rasa bangga jika Azeez nak jadikan Permatang Pauh sebagai Parlimen Angat..

Ini tidak.. penduduk Baling sendiripun dia tak terjaga.. nak sibuk jaga Permatang Pauh pulak..

Daripada Azeez ni sibuk nak jadikan Permatang Pauh sebagai Parlimen Angkat lebih baik dia salurkan peruntukan berjuta RM yang dia dapat sebagai Ahli Parlimen tu untuk membantu penduduk Baling yang menderita kerana harga getah yang rendah dan tak menentu tu..

Laporan berkaitan..

Parlimen Baling akan menjadikan Permatang Pauh sebagai 'Parlimen angkat' sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil kawasan ini esok. 
Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tindakan tersebut akan membolehkan kedua-dua kawasan Parlimen tersebut berkongsi pengalaman pembangunan sebelum dilaksanakan di Permatang Pauh. 
"Walaupun saya pemimpin UMNO adalah menjadi tanggungjawab saya di bawah payung BN mendampingi masyarakat berbilang kaum dan saya yakin sejarah baru, pembangunan baru bakal bermula untuk masyarakat Permatag Pauh jika BN menang nanti," katanya yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO. 
Menurut Abdul Azeez, apa yang dilakukan semasa berkempen ialah menjelaskan kerja-kerja kebajikan yang bakal kita lakukan dan apa yang beliau dapati setelah 17 tahun kebajikan masyarakat setempat masih tidak dibela. 
Sementara itu, kehadiran lebih 1,000 pengundi India pada majlis makan malam bersama calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Shabudin di Permatang Pauh malam tadi secara tidak langsung memberi isyarat mereka mendahagakan perubahan. 
Seorang pengundi dari Seberang Jaya, Shant Vijayan, 40an berkata, beliau kecewa kerana tidak banyak perubahan di Permatang Pauh walaupun Pakatan Rakyat diberi peluang untuk melakukannya. 
"Keturunan kami sejak datuk saya lagi merupakan penyokong setia BN yang membawa pelbagai agenda pembangunan khasnya untk masyarakat India," katanya. 
Bagi Vijayan Murugaiyah, 56 mula bosan dengan ritorik politik keluarga yang dimainkan atas nama Reformasi yang dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
"Pada awalnya, kerana mahukan perubahan kami memilih PKR, malangnya nasib kami tidak berubah. Kami mahukan perubahan di sini, calon muda tempatan yang sentiasa bersedia berkhidmat, kita cuba beri peluang kepada beliau (Suhaimi Shabudin)," tegas beliau. - MalaysiaGazette.

Balik jenguk Baling lah Azeez..

Ni laporan mengenai penderitaan penoreh getah yang disiarkan Sinar pada tahun 2014 sebelum GST dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional..

Nasib penoreh getah kini boleh dikatakan seperti pada era 80-an kerana walaupun harga getah sekarang sekitar RM2.60 sekilogram (kg) tetapi kos kehidupan yang tinggi seperti tidak ada nilainya. 
"Masalah ini bertambah perit bagi mereka yang menoreh secara sistem pawah yang mana mereka terpaksa membahagikan hasil dengan pemilik kebun getah. 
"Kami hanya mendapat sekilo pada harga getah sekarang ialah RM1.30 sahaja dan hendak beli gula pun dah tak mampu," katanya yang mempunyai empat anak bersekolah. 
Oleh itu, dia berharap kerajaan dapat memberi subsidi kepada penoreh getah seperti yang diberi kepada nelayan dan petani kerana getah juga merupakan eksport utama negara selama ini. 
Bagi Jewe Jeman, 60, jika kerajaan tidak masuk campur dalam menentukan harga, sudah pasti harga getah turun lagi. 
Katanya, selain harga getah semakin menurun, masalah kuantiti hasil yang semakin berkurangan juga turut menjadi masalah kepada penoreh terutamanya pada musim kemarau ini sebab daun getah akan luruh dan mengeluarkan pucuk hingga menjejaskan pengeluaran. 
"Dulu, setiap 10 hari saya mampu memperoleh 100kg iaitu RM140 untuk kebun seluas 0.6 hektar, tetapi kini ia mampu menghasilkan 60kg sahaja," katanya. Seorang peniaga makanan, Shahidan Sabu, 43, berkata, pendapatannya sejak kejatuhan harga getah menyebabkan perolehannya juga turut merosot. 
Katanya, dahulu setiap kali penoreh pergi atau pulang bekerja, mereka akan singgah ke kedainya untuk membeli makanan dan minum tetapi kini sebaliknya. 
"Saya yakin kesan kejatuhan harga getah menyebabkan penoreh terpaksa berfikir beberapa kali untuk membeli barang. Kesan kejatuhan getah kini turut dirasai saya yang kebanyakan pelanggan terdiri daripada penoreh," katanya

Itu dulu sekilo getah RM1.30.. tapi masa tu tak ada GST lagi...

Sekarang harga getah lebih kurang RM1.80 hingga ke RM2.00 sekilo.. tapi barang keperluan meningkat harganya kerana GST.. ditambah pula cuaca yang tak menentu.. cukup ka depa nak makan Azeez?

Kalau boleh batang getah tu depa kokak.. batang getah tu pun depa kokak kata seorang sahabat dari Baling..

Poodah!! nak jadikan Parlimen Angkat konon....

MB Pahang akui GST punca penurunan undi di Rompin..

Posted: 05 May 2015 08:05 PM PDT


Barisan Nasional (BN) diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin malam tadi, tetapi dengan memperoleh kurang 6,244 pengundi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 2 tahun lalu.

Tetapi, bukan itu saja fakta yang perlu direnungi pakar strategi BN. Pilihan raya kali ini, calon mereka Datuk Hasan Arifin berjaya memperoleh 61% undi, kira-kira 5% kurang daripada 66% yang diterima parti itu pada 2013.

Peratusan itu mungkin kelihatan kecil, kata penyelidik bebas, Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center, namun di peringkat nasional, ia menunjukkan petanda lebih besar untuk BN, khususnya Umno.

Ini kerana, Rompin kubu kuat Umno. Kawasan Parlimen yang dianggarkan seluas gabungan Negeri Sembilan dan Melaka itu, mempunyai penduduk luar bandar yang besar, majoritinya dibentuk oleh peneroka Felda.

Dan kebanyakan peneroka Felda tidak lagi dianggap pengundi Umno secara automatik, kerana pecahan di pusat pengundian di Felda menunjukkan sejumlah besar pengundi muda mengundi PAS.

Peratusan berkurangan

Pada 2013, penyandang kerusi tersebut Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang meninggal dunia 4 April lalu, memenangi 30,040 daripada sejumlah 45,849 undi. Bermakna, beliau memperoleh 66% undi.

Malam tadi, Hasan menewaskan calon PAS, Nazri Ahmad, dengan memenangi 23,796 daripada 39,288 undi, atau 61% daripada keseluruhan undi.

Ibrahim berkata, perbezaan ini sangat penting kerana peratusan undi popular memberi gambaran lebih tepat mengenai tahap atau trend sokongan kepada parti.

Peratusan undi popular lebih bermakna berbanding majoriti undi yang dimenangi kerana majoriti undi bergantung kepada bilangan pengundi yang keluar mengundi, biasanya lebih kecil ketika PRK.

"Hakikat yang ia dilihat sebagai kerusi selamat dan pengundian tidak berlangsung pada hari minggu, membuatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi menurun," kata Ibrahim.

Semalam, peratusan keluar mengundi adalah 70%, berbanding 85.89% pada 2013.

"Jadi, jika tidak diambil kira pengundi muda, pengundi luar dan penduduk bandar yang tidak pulang mengundi, hanya tinggal pengundi tempatan, yang secara tipikalnya penyokong tegar Umno," katanya.

Ini bermakna, 5% kejatuhan sokongan itu adalah di kalangan mereka yang kebiasaannya mengundi BN, kata Ibrahim.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui penurunan itu, dan memberitahu wartawan malam tadi, beliau menjangkakan BN mendapat majoriti 8,000 undi.

"Pengundi cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan Felda adalah isu yang memberikan kesan kepada rakyat. Kita perlu menanganinya.

"Saya harap kerajaan persekutuan boleh menjelaskan bagaimana kita boleh mengendalikan isu tersebut," katanya.

Ibrahim yang turut berpendapat dengan analisis ini berkata, cukai yang tidak popular itu dan kejatuhan harga minyak kelapa sawit turut memberikan kesan kepada sentimen pengundi.

Malah, pergaduhan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memainkan peranan dalam perkara itu.

Adnan bagaimanapun berkata, GST semata-mata bukanlah masalahnya, namun bagaimana kaedah penjelasan kerajaan kepada orang ramai mengenai cukai berkenaan.

"Kita tidak menerangkan secara efektif kepada rakyat berkenaan GST. Pembangkang mengelirukan mereka," kata Adnan.

Undi protes

Sokongan kepada PAS bukan saja diperoleh daripada pengundi di kawasan bandar seperti di Muadzam Shah dan Bandar Baru, yang dimenangi mereka, tetapi juga pengundi muda di kawasan penempatan Felda.

Sekitar 70% pengundi Rompin adalah peneroka Felda.

Kawasan pengundian utama di Felda seperti Felda Keratong, Selancar dan Selendang menunjukkan dua pertiga generasi tua memilih BN berbanding PAS.

Namun PAS berjaya menawan antara 40% hingga separuh undi generasi muda di kawasan mengundi ini.

Malah, sekurang-kurangnya di 2 pusat mengundi, Keratong 2 dan Keratong 4, PAS memenangi lebih banyak undi pengundi muda berbanding BN.

Di Keratong 2, PAS dilihat memperoleh hampir separuh undi pengundi berusia apabila meraih 151 undi berbanding BN yang mendapat 162 undi.

Walaupun begitu, Ibrahim melihat perubahan ini dengan berhati-hati dan tidak menganggapnya satu gambaran yang penyokong BN di Rompin kini beralih angin atau ia petanda baik buat PAS.

Di sesetengah penempatan Felda, isu membabitkan pengurusan Felda dan peneroka berkemungkinan juga menyebabkan mereka menzahirkannya melalui undi protes.

Meskipun dengan peningkatan undi di Felda, PAS masih menerima sekitar jumlah yang sama diperolehnya pada 2013. Kali ini parti Islam itu menerima 14,901 undi, kurang 52 undi berbanding PRU13.

"Di kerusi Umno, alternatifnya selalu PAS, jadi pengundi yang kebiasaannya mengundi Umno mungkin akan menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan mengundi PAS. Atau langsung tidak mengundi.

"Saya rasa ia lebih kepada undi protes terhadap Umno berbanding sokongan yang penuh yakin kepada PAS atau PR," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...