Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MP Kota Belud!! Mahathir kata Tabung Haji memang bailout 1MDB.. err.. Mahathir ni berlagak bodoh jugak ke?

Posted: 08 May 2015 11:14 AM PDT


Menjawablah seorang MP dari BN bila Rafizi mempersoalkan di manakah suaranya bila Tabung Haji bailout 1MDB..

Jawabnya kepada Rafizi.. "Jangan jadi badut politik YB, jangan nak lagak bodoh tak tau beza antara pelaburan dan bail-out..

Sedap saja dia kata Rafizi berlagak bodoh..

Sekarang.. Tun Mahathir menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan.

"Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.

"Wang ini bukan milik Tabung Haji.

"Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB," katanya merujuk urus niaga tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Baca nih!..

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya. 

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji. 

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji. 

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB. 

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar. 

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini. 

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit. 

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga. 

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah. 

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! 

Jika tidak dapat diam sajalah ~ Chedet

MP Kota Belut!! Mahathir ni berlagak bodoh jugak ke?..

Macai nak kata apa sekarang?.. pertahankanlah 1MDB yang diilhamkan oleh Najib tu...


Adakah Tabung Haji beli tanah 1MDB untuk bantunya bayar faedah pinjaman?

Posted: 08 May 2015 05:30 AM PDT


Dalam satu kenyataan media hari ini, Naib Presiden PKR yang juga Setiausaha Agung Rafizi Ramli berkata jumlah RM188.5 juta yang dibayar oleh Tabung Haji itu nampaknya lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutangnya.

Ia, katanya juga, sama dengan laporan The Edge yang 1MDB perlu membayar faedah pinjaman AS$52.5 juta minggu depan.

"Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?

"Keadaan ini hampir sama dengan tindakan kerajaan persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB,"

Berikut adalah kenyataan media Rafizi..

Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau "TH") dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan ("bail-out") 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji. 
Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan. 
Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya? 
Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB. 
Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya. 
Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu: 
1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau 
2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga "forced sale value" atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu 
Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli. 
Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh. 
Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Seri Tengku Adnan Mansor. 
Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut: 
1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH; 
2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal; 
3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH. 
Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato' Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato' Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB). 
Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini. 
RAFIZI RAMLI  
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Pergh... Tanah dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi kemudian dijual pada harga RM2,779 satu kaki persegi kepada Tabung Haji.

Beratus juta RM untung atas angin... yang bayarnya ialah penyimpan dalam Tabung Haji..


Dr Asri mahu Najib jawab segera isu Tabung Haji dan 1MDB..

Posted: 08 May 2015 03:00 AM PDT


Pendedahan pembelian tanah milik 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) menambahkan lagi kebimbangan rakyat terhadap masa depan negara.

Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, pengakuan TH membeli tanah dengan harga RM188.5 juta itu menambahkan lagi persoalan-persoalan yang gagal dijawab oleh kerajaan dengan jelas.

Katanya, persoalan tentang 1MDB, pengaruh Jho Low dan kemewahan hidup 'wanita tertentu' sehingga kini tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan negara.

"Isu 1MDB yang dibangkit oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri . Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu 'kebal dan utuh'?

"Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu?" katanya.

Asri berkata, beliau juga berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara seperti orang lain juga termasuk isu pembelian tanah oleh TH yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai 'bail out' 1MDB secara kecil-kecilan.

"Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan," katanya.

Asri berkata, beliau membangkitkan isu ini bukan kerana menyokong pembangkang tetapi kontroversi ini melibatkan masa depan rakyat dan negara.

"Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini.

"Kasihanilah kami," katanya lapor Free Malaysia Today


Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, tuntut Azeez letak jawatan

Posted: 08 May 2015 01:13 AM PDT


Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.

"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

Azeez sebelum ini menafikan dakwaan beberapa blog mengenai pembelian itu, tetapi kemudiannya mendakwa kesilapan komunikasi selepas pengesahan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah.

Hilmi berkata tindakannya mengeluarkan wang merupakan signal daripada rakyat Malaysia agar TH tidak dikuasai kelompok yang menjaga kepentingan politik mereka daripada pendepositnya.

Seorang lagi penyimpan, Danial Al-Rashid Haron Aminar berkata beliau hilang kepercayaan kepada TH sejak timbul isu pembelian tanah 1MDB ini.

Danial, yang merupakan anak bekas pelakon Allahyarham Haron Salim Bachik, mahu TH dikembalikan kepada tujuan asalnya dan tidak dikuasai orang politik.

"Sebelum ni ok je. Bagi saya, Azeez kena letak jawatan," katanya yang mengeluarkan RM1,000 daripada akaun yang disimpan atas nama anaknya.

Turut hadir ialah seorang guru, yang mengambil cuti sekejap dari tempat kerjanya bagi urusan mengeluarkan wang simpanannya hari ini.

"Saya memang marah bila dengar berita ini, sebab itu saya ambil keputusan keluarkan wang saya dari Tabung Haji.

"Dia pandai-pandai guna wang kita untuk selamatkan kroni dia," kata guru berusia 29 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad itu.

Rafizal Ali, 36, mengeluarkan RM1,500 hari ini dan menuntut Azeez meletak jawatan.

"Saya hilang keyakinan kepada TH selagi Azeez memimpinnya," kata Rafizal kepada The Malaysian Insider.

Beliau berjanji akan menyimpan semula wangnya selepas Azeez meletak jawatan dan TH membatalkan pembelian tanah 1MDB itu.

Sila sambung bacaan anda di SINI


Kenapa Tabung Haji beli tanah 1MDB soal PAC

Posted: 07 May 2015 11:00 PM PDT


Persoalan utama yang berbangkit mengenai isu pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji ialah kenapa ianya dibayar lebih tinggi dari harga pasaran?

Menurut Zairil Khir Johari, MP Bukit Bendera, 1MDB mendapat tanah asal pada harga RM64 per kaki persegi pada 2011 dan dijual kepada Tabung Haji RM2,773 per kaki persegi dengan keuntungan RM184 juta.

Sedangkan laporan penilaian risiko dalaman TH sendiri mendedahkan transaksi setanding dalam kawasan itu menunjukkan tanah dijual antara RM649.49 per kaki persegi hingga RM2,266..

Dibayar lebih RM500 setiap kaki persegi bagi nilai maksima tanah menurut penilaian risiko Tabung Haji sendiri..serta lebih daripada transaksi setanding lain yang terkini...

KENAPA??

Perkara ini turut dipersoalkan PAC...

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membuat pembelian tanah bernilai RM188.5 juta milik syarikat sarat menanggung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi tanda tanya memandangkan firma bermasalah itu kerap dikecam kerana mengumpul hutang begitu banyak. 
Beliau terkejut dengan keputusan TH kerana 1MDB yang merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu sedang dikecam berikutan memiliki jumlah hutang lebih RM42 bilion. 
"Terdapat banyak peluang pelaburan lain yang boleh diterokai Tabung Haji terhadap wang pendeposit untuk membuat keuntungan. 
"Mereka tidak sepatutnya memilih pelaburan seperti ini. 
"Isunya ialah mengenai profesionalisme dan integriti jawatankuasa pelaburan serta lembaga pengarah TH yang meluluskan pelaburan itu, adakah terdapat tangan ghaib yang mengarahkan mereka. 
"Bagi pembelian itu, tanah berkenaan terletak di lokasi utama tetapi perjanjian itu dilakukan berdasarkan nilai pasaran semasa," katanya. 
Ahli Parlimen Pulai daripada Umno itu berkata, PAC tidak bercadang untuk menyiasat mengenai pembelian tanah yang dibuat TH pada waktu ini kerana terlalu sibuk. 
PAC dijangka memulakan pendengaran ke atas 1MDB akhir bulan ini ketika Parlimen bersidang semula. Sesi pendengaran itu membabitkan siapa yang terbabit dalam penubuhan, pengurusan dan mengawal selia 1MDB. 
Sumber memberitahu The Malaysian Insider pegawai Bank Negara mungkin turut akan dipanggil bagi memberi keterangan di hadapan PAC. 
"PAC mempunyai banyak kes yang perlu disiasat sekarang, termasuk menyiasat kes yang diketengahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan 1MDB. 
"Tetapi kami terbuka untuk menerima maklumat lanjut mengenai perkara itu," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Insider melalui kiriman WhatsApp semalam. 
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan memanggil TH pada masa akan datang, jika diperlukan. 
TH semalam mengesahkan badan pengelola dana simpanan bagi umat Islam untuk ke tanah suci Mekah itu membeli sebidang tanah daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur bernilai RM188.5 juta. 
Pembelian tanah itu didakwa mendapat "potongan" harga berbanding nilai pasaran semasa. 
Badan pengelola dana simpanan itu merancang untuk membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd - berpengalaman luas dalam bidang hartanah dan pembinaan termasuk pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
"Pelaburan itu adalah berdasarkan kepada keputusan komersial yang sesuai dengan risiko Tabung Haji dan melalui semua proses sewajarnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji Datuk Johan Abdullah dalam satu kenyataan semalam. 
Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog "The Benchmark" yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta. 
Bagaimanapun, ahli Parlimen pembangkang Zairil Khir Johari menegaskan TH sudah membayar nilai hartanah itu jauh lebih mahal berbanding nilai yang dibayar 1MDB pada kadar RM64 sekaki persegi 4 tahun lalu. 
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif syarikat hartanah Zerin Hartanah Previndran Singhe merasakan nilai RM188.5 juta itu adalah "harga berpatutan" selepas mengambil kira nisbah plot yang lebih tinggi, keluasan tanah dan insentif cukai bagi projek TRX. 
Berdasarkan kepada produk, saiz dan kualiti, beliau menganggarkan harga potensi unit kondo bagi pengambilalihan terbaru TH itu boleh mencecah "hingga RM2,000 kaki persegi". 
Previndran terus yakin walaupun terdapat kebimbangan terhadap kelembapan pasaran hartanah dan lebihan bekalan kondominium mewah di Lembah Klang sambil menyatakan harganya akan terus meningkat selagi ia mempunyai aspek 4P iaitu produk, harga, tempat dan promosi. 
"Ya, saya rasa pasaran boleh berkembang, tetapi produk yang dihasilkan mestilah baik," katanya menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS). 
TH enggan mendedahkan saiz pengambilalihan hartanah itu tetapi sebuah blog yang tidak dikenali mendakwa keluasannya 1.56 ekar. 
Bulan lalu, syarikat konglomerat Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) membelanjakan RM259.16 juta atau RM3,188 sekaki persegi untuk membeli 1.8661 ekar tanah pegangan bebas di sepanjang Jalan Kia Peng daripada Kedutaan Jerman. 
Menurut MRCB, harga berkenaan kira-kira 6% lebih tinggi daripada nilai pasaran tanah itu, berdasarkan penilaian oleh CH Williams Talhar & Wong dan Home International Zaki & Partners. 
Akhbar mingguan perniagaan The Edge Mac lalu melaporkan tanah pegangan bebas seluas 7.98 ekar di Jalan Ampang milik kedutaan Perancis dijual hampir RM700 juta. 
Tanah Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang pula dijual pada Disember 2012 kepada pemaju SP Setia Berhad pada harga RM294.96 juta untuk tanah seluas 3.07 ekar dengan nilai mencecah RM2,200 sekaki persegi. 
Akhbar mingguan itu juga melaporkan pada 2013, sekurang-kurangnya 2 bidang tanah di kawasan Jalan Kia Peng sudah dijual. 
City View Ventures Sdn Bhd membeli tanah seluas 63.089 kaki persegi yang dipajak daripada Tropicana Kia Peng Sdn Bhd dengan nilai RM2,099 sekaki persegi. 
Kemudian diikuti, Kuala Lumpur Cosmopolitan Sdn Bhd membeli sebidang tanah pegangan bebas seluas 39.828 kaki persegi dalam kawasan Changkat Kia Peng dari Hatayu Corp Sdn Bhd dengan nilai RM2,799.88 sekaki persegi lapor The Malaysian Insider

Lepas ni duit apa lagi yang depa nak guna untuk selamatkan 1MDB yang diilhamkan oleh Najib tu agaknya??


Terima Kasih Permatang Pauh!!

Posted: 07 May 2015 09:27 PM PDT


Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung 7 Mei 2015.

Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.

Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.

Menerusi Pilihan Raya Kecil ini menterjemahkan manifestasi kepada kekecewaan rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dipenuhi dengan pelbagai ketirisan, kemewahan pemimpin dan pelbagai skandal, terutamanya skandal 1MDB, yang terkini terpaksa menggunakan dana dari Tabung Haji.

Pilihan Raya Kecil ini adalah pencetus dan pemberi inspirasi kepada sebuah gerakan rakyat yang lebih besar untuk menuntut suatu perubahan yang total, bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta pendukung Pakatan Rakyat, daripada KEADILAN, PAS dan DAP yang sejak awal-awal lagi bertungkus lumus membantu kita memenangi pilihan raya ini.

Walaupun saya, Saudara Anwar dan KEADILAN difitnah menerusi media arus perdana setiap hari, walaupun mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan.

Terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikan Pilihan Raya Kecil ini berjalan lancar.

Bagi pihak KEADILAN, insya Allah segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, akan kami tangani seberapa segera. Untuk itu juga kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu kita di Permatang Pauh ini.

Terima kasih rakyat Permatang Pauh yang sudi menerima Kak Wan untuk kembali berbakti. Reformasi! Hidup Rakyat!

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Permatang Pauh.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...