Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Azeez.. Johan Abdullah itu pun ada percanggahan kepentingan lah!!

Posted: 09 May 2015 09:15 AM PDT


Inilah hasilnya bila yang dilantik memegang jawatan bukannya berdasarkan kebolehan tapi kepandaian membodek pemimpin atasan saja..

Urus tadbir korporat pun langsung dia tak faham, boleh pulak dilantik menjadi Pengerusi sebuah entiti yang punya simpanan lebih dari RM30 Billion..

Betullah orang kata dalam UMNO ni kalau nak kaya tak perlu cerdik cukup sekadar pandai bodek..

... Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan hari ini, tiada percanggahan kepentingan dalam pembelian tanah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana Pengarah Urusan kumpulannya, Tan Sri Ismee Ismail – yang merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB – tidak mengambil bahagian dalam sebarang proses perundingan.

Katanya, timbalan Ismee, Datuk Johan Abdullah, yang mengetuai perundingan dengan 1MDB, oleh itu proses itu berjalan tanpa terkait dengan mana-mana pihak.


Maaflah Tuan Pengerusi, kami rasa anda perlu lebih banyak belajar mengenai tadbir urus korporat.

Johan juga ada percanggahan kepentingan kerana beliau ialah seorang pengarah dan juga pengerusi Edra Global Energy Berhad, yang 100% dimiliki 1MDB.

Percanggahannya sangat jelas.

Tan Sri Abdul Samad Alias dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah – ahli panel pelaburan Tabung Haji – juga ada percanggahan kerana mereka menganggotai panel penasihat 1MDB.

Yang benar-benar tidak mempunyai sebarang percanggahan kepentingan, dan boleh memberi pandangan yang bebas, ialah mereka yang menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Risiko Tabung Haji.

Jawatankuasa itu jelas menyatakan pembelian itu melibatkan risiko yang tinggi – satu hujah yang tidak dihiraukan oleh pengurusan, panel pelaburan dan lembaga penasihat.

Sekiranya Azeez benar-benar hendak membetulkan keadaan, yang memang nyata merupakan satu kesalahan besar, beliau harus membatalkan perjanjian itu dan dapatkan semula wang RM188.5 juta yang dibayar kepada 1MDB.

Kecualilah kalau, beliau hendak katakan yang Tabung Haji tidak mampu berbuat demikian kerana 1MDB perlukan wang itu bagi menyelesaikan bayaran faedah hutangnya yang tempohnya hampir tiba bila-bila masa sekarang.

Kalau begitu keadaannya, Tuan Pengerusi jangan marah apabila rakyat kata, tindakan Tabung Haji ialah bagi menyelamatkan atau "bailout" 1MDB.~ The Malaysian Insider


Polis buru adik pemimpin UMNO berikutan kes tembak di Sabah..

Posted: 09 May 2015 03:30 AM PDT


Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri dari kediaman keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong.

"Tidak ada seorang pun di rumah. Dia telah melarikan diri bersama keluarganya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Lelaki berusia 43 tahun itu, yang dikenali sebagai Mat Malaya, telah digambarkan sebagai bersenjata dan berbahaya selepas menembak seorang pembantu mekanik pembantu selepas pergaduhan pada Rabu.

Lelaki terbabit, dari Selangor, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007, diburu selepas kejadian pada 2.30 petang.

Polis sedang memantau pintu keluar utama di negeri ini.

"Sila maklumkan balai polis yang terdekat jika anda tahu tentang suspek," kata Chandra lapor mStar


Bukan tiga.. tapi empat, 1MDB depa.. Tabung Haji pun depa jugak..

Posted: 08 May 2015 10:30 PM PDT


Skandal meletup pembelian tanah antara Lembaga Tabung Haji dan syarikat bermasalah milik kerajaan 1MDB telah mengundang kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno sendiri.

Malah ia telah digelarkan sebagai satu operasi 'bailout' oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berbilion ringgit.

"Persoalan mengenai konflik kepentingan telah muncul apabila didedahkan bahawa eksekutif senior Tabung Haji juga kebetulan memegang jawatan tinggi dalam 1MDB," ujar Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengulas skandal tersebut.

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato' Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

"1MDB telah menjual tanah ini kepada Tabung Haji, yang nampaknya telah bertindak bertentangan dengan amaran laporan penilaian risikonya,"

"Ini membangkitkan kebimbangan tentang kemungkinan duit para bakal haji disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat dana kekayaan negara yang sedang bermasalah," ujar Zairil dalam satu kenyataan.

Menurut Zairil, apa yang lebih menarik lagi ialah pihak yang menyatakan kebimbangan wujudnya konflik kepentingan berkait empat individu tadi adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri, Dato' Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno yang juga anggota Kabinet, Khairy Jamaluddin.

"Tak sampai sebulan Pemuda Umno menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak, di tengah-tengah dakwaan dan persoalan mengenai skandal 1MDB. Cepat betul keadaan berubah," ujarnya sinis.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu juga menegaskan bahawa keseluruhan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji mesti meletakkan jawatan, bukan sahaja mereka yang bertapak di kedua-dua syarikat.

"Jelas sekali pengurusan tertinggi Tabung Haji telah gagal menjalankan tugas bukan sahaja sebagai pengurus dana rakyat, tetapi juga pemegang amanah tanggungjawab agama umat Islam," kata beliau.

Justeru katanya, tanggungjawab harus dipikul oleh individu yang bukan sahaja merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, tetapi juga turut berperanan melantik kakitangan di kedua-dua Tabung Haji dan 1MDB, iaitu Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

"Tidak ada pilihan lain. Perdana Menteri mesti bertanggungjawab penuh dan meletakkan jawatan dengan serta merta," tegas beliau. – Roketkini.com

Ahmad Maslan antara punca kekalahan BN di Permatang Pauh dakwa Pemuda UMNO

Posted: 08 May 2015 07:30 PM PDT


Tiga perkara telah disenaraikan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai faktor yang menyebabkan BN masih gagal menawan Permatang Pauh dari PKR dalam PRK baru-baru ini..

Selain dari isu 1MDB dan pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji nama Ahmad Maslan juga dikaitkan sebagai punca mereka mengekalkan kekalahan mereka..

Berikut adalah kenyataan media dari Pemuda UMNO Pulau Pinang yang tersebar melalui WhatsApp..

Keputusan PRK Permatang Pauh pada 7hb Mei 2015 telah menyaksikan pengundi muda telah menolak secara 'total' calon Barisan Nasional. Selepas pelbagai program sukan , santai dan keagamaan yang di rancang khusus mengikut acuan orang muda , undi mereka tetap tidak bersama kita. Secara umum, isu Nasional merupakan punca utama BN tumbang di Permatang Pauh. BN tewas bukan kerana mereka kebal tapi kita memberi peluru untuk mereka menyerang kita.

Secara khusus nya, antara isu yang masih membelenggu mereka ialah :

1. 1MDB- walaupun berulang kali di beri penjelasan oleh pelbagai pihak termasuk YAB Perdana Menteri , rakyat masih melihat ianya bukan sebagai jawapan tetapi lebih kepada memberi alasan. Auditan oleh Jabatan Audit Negara masih belum sampai ke pengetahuan rakyat. Tidak ada kah satu keperluan untuk menetapkan satu tempoh yang khusus kepada Jabatan Audit Negara agar mereka membentang hasil Auditan kepada rakyat?

2. GST- Kenyataan dari masa ke semasa oleh Timbalan Menteri Kewangan , YB Dato Ahmad Maslan juga sering di persendakan oleh rakyat. Keputusan ' Top up ' yang sering ' U-Turn ' amat memalukan seolah-olah Kerajaan Pusat tidak mempunyai ' Bargaining Power ' berdepan dengan Syarikat Telekomunikasi.

Pemuda UMNO Negeri bersetuju bahawa GST merupakan satu sistem percukaian yang baik, teratur dan telah di kaji dalam tempoh yang agak lama sebelum di implementasikan pada 1hb April yang lalu. Rakyat keliru dan gelisah apabila di khabarkan bahawa mereka tidak akan dibebani dengan kenaikan kos saraan hidup dengan perlaksaan GST ini tetapi pada hakikatnya harga barang dan perkhidmatan secara keseluruhannya naik tanpa sebarang kawalan. Kita boleh menyalahkan peniaga yang tamak haloba menaikkan harga barang sesuka hati tetapi dimanakah tindakan penguatkuasaan serta pemantauan? Pihak kementerian tidak sewajarnya menunggu aduan daripada pengguna untuk mengambil tindakan, tetapi perlu menambah keanggotaan penguakuasaan untuk mengambil tindakan kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab.

3. Sehari sebelum PRK Permatang Pauh sekali lagi rakyat di kejutkan pula dengan pembelian sebidang tanah oleh TH bernilai RM 188.5 juta di Tun Razak Exchange daripada 1MDB. Kami amat faham bahawa TH perlu membuat perlaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan para pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah pembelian ini adalah satu strategi menyelamatkan 1MDB. Ini adalah kerana tanah ni di jual oleh Kerajaan Pusat kepada 1MDB dengan harga RM 60 sekaki tetapi di jual pula kepada TH dengan harga RM 2860 sekaki. Jawapan segera amat lah di pohon untuk meredakan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya pendeposit TH kerana mereka berhak mengetahui bagaiman wang yang mereka depositkan ini di laburkan. Kami berterima kasih kepada pembocor maklumat sulit pembelian tanah ini. Jika bukan dengan tindakan beliau, rakyat tidak akan tahu menahu hal ini.

Akhir sekali kami merayu dan meminta yang Y.A.B Presiden dan Perdana Menteri Malaysia dapat memberi jawapan segera kepada isu yang telah di bangkitkan oleh rakyat. Kami tidak mahu BN dan UMNO terus menerus di tolak kerana tindakan dan keputusan oleh pemimpin peringkat Nasional. Pemuda Umno Negeri tetap menyokong dan berdiri teguh di belakang Y.A.B Presiden tetapi Y.A.B Presiden perlu tampil memberi jawapan segera kepada rakyat.

Salam Hormat Daripada Saya

Rafizal Abd Rahim 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO 
Negeri Pulau Pinang


Mengaku pun depa dah bawak badut mai kempen di Permatang Pauh.. kah.. kah.. kah...


3 'Pegawai TH' dikenal pasti ada kaitan dengan 1MDB.. bakal di 'kambing hitam' lah ni..

Posted: 08 May 2015 03:30 PM PDT


Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat langsung dengan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang terpalit kontroversi berkaitan beban hutang.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.

Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.

Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah berbanding nilai pasaran.

Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu itu.

Tan Sri Ismee Ismail - Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.

Datuk Johan Abdullah -Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn Bhd. Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.

Datuk Abdul Samad Alias - terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...