Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Kisah Ahli Parlimen di PUKUL Kayu Besbol!

Posted: 15 May 2015 01:05 AM PDT



Ahli Parlimen Miri yang juga Pengerusi PKR Cabang Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng, ditemui cedera di hadapan kliniknya di Jalan Sri Dagang, pagi tadi. Beliau dikatakan telah dipukul oleh individu yang tidak dikenali dengan menggunakan kayu baseball. Ahli Parlimen Miri ini dikhabarkan mengalami patah tulang dan suspek yang memukulnya telah melarikan diri dengan sebuah kereta.

Sambung baca blog CTS <-- b="" klik="" sini="">

#SPAD Bakal Perkenalkan Teksi 1Malaysia yang baru

Posted: 15 May 2015 12:40 AM PDT



Dalam meningkatkan perkhidmatan teksi di Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang untuk meningkatkan lagi Perkhidmatan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) yang telah lama diwujudkan.

Dulunya TEKS1M ni sinonim dengan kenderaan model Proton Exora berwarna putih coklat keemasan. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, pengurusan TEKS1M memperkenalkan kenderaan baru 'Toyota Innova'.

Setakat ini, TEKS1M yang bermodelkan Proton Exora hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 unit di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Ianya jauh untuk mencapai sasaran 7,500, bagi memenuhi sasaran Toyota Innova dicadangkan sebagai ganti.

Mengikut info yang dipetik dari portal otomatif Pautan.Org. SPAD bercadang untuk memenuhi keperluan TEKS1M sebanyak 7,500 bagi mencapai sasaran menjelang akhir tahun ini.



Jangkaan harga bagi TEKS1M-spec Toyota Innova akan bermula pada harga RM 73,288 bagi manual, dan RM76,011 teksi automatik. Kita perlu tahu, jenama Toyota merupakan kenderaan yang berkualiti tinggi dan tidak banyak ragam jika diguna secara terus, terutamanya seperti kenderaan awam ini.

Selain Toyota, SPAD juga turut melakukan rundingan dengan jenama lain seperti Nissan.


Kenapa Nissan?

Untuk pengetahuan pembaca, syaraikat kereta Nissan sekarang sedang mengembangkan model NV200 sebagai model teksi 'dunia' dalam usaha syarikat itu menjadi kuasa teksi dunia. Jadi, kemungkinan besar, perkhidmatan dan kepakaran yang terbaik Nissan didalam bidang teksi, akan digunakan oleh SPAD bagi meningkatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada sekarang.

Gambar di bawah ini, ialah model Nissan NV200 yang digunakan di bandaraya besar dunia termasuk New York dan Paris.


Penambahan model teksi ini, selain meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Malaysia. Pengguna juga akan ada lebih pilihan teksi, untuk dinaiki. Jika sasaran SPAD tercapai, perkhidmatan TEKS1M akan setanding dengan negara-negara maju dunia.

Ini bermakna, SPAD sudah pun bersedia untuk merubah terus perkhidmatan teksi, bukan hanya membaik pulih dan mencegah salahlaku pemandunya, bahkan jentera awam ini juga ditukar ganti bagi memastikan kepuasan maksimum penguna diutamakan.

Presiden Pas Bakal di Cabar!!

Posted: 14 May 2015 05:59 PM PDT


Akhirnya terbukti bahawa, kedudukan Hadi Awang didalam Pas tidaklah sekukuh mana. Apabila beliau dicabar oleh Haji Ahmad Awang.


Saya diberitahu, akan ada pihak 'lain' lagi yang mahu mencabar jawatan Presiden Pas. Bukan hanya Haji Ahmad. Malah ada yang kata Haji Ahmad ni upahan Hadi supaya mencabarnya, bagi menghalang pencabar lain.

Sama-sama kita lihat drama muktamar Pas pada kali ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...