Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Rumah Generasi Kedua, bertuah jadi warga #FELDA

Posted: 17 May 2015 06:42 PM PDT


Bertuahnya jadi warga Felda, seperti anak emas Kerajaan Persekutuan kerana sering kali diberi pelbagai peluang atau imbuhan yang bakal merubah gaya hidup dan cara hidup mereka.

Sudahlah ada elaun bulanan, kini diberi pula rumah pada generasi kedua (generasi baru) Felda. Ternyata susah payah peneroka ketika membuka tanah dulu berhasil dan ianya dirasai hingga ke anak cucu.

Rumah generasi kedua ini, mempunyai rekabentuk moden yang sesuai mengikut peredaran zaman. Ruang dalaman juga selesa dan lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Berita baik tentang rumah ini juga berterusan apabila Kerajaan mengumumkan penurunan harga bagi rumah di bawah projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) melibatkan semua kawasan Felda di seluruh negara.

Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mahu mengikat kepada harga yang sama kerana pada masa akan datang, kos akan berubah kepada lebih tinggi atau rendah.

Untuk pembaca mendapat pandangan lebih jelas mengenai rumah generasi baru ini, penulis sempat menemubual Datuk Razali Ibrahim, kerana beliau yang bertanggung jawab menjaga portfolio Felda bahagian perumahan ni.

Ketika disoal kepada beliau, apakah keperluan generasi baru juga kemungkinan berubah, dan lebih bersedia untuk memiliki rumah yang asas berbanding rumah mewah.

Beliau menjawab,

"Yang penting ada rumah… dan kita akan bincang dengan semua pihak berkepentingan, berapa harga rumah yang mereka mampu untuk bayar dan apakah keperluan mereka.

"Tak guna buat rumah yang terlalu besar jika akhirnya mereka tak mampu memilikinya," kata Razali

Jika mengikut penjelasan dari Razali, pengurusan Felda mahu rumah generasi baru atau kedua ini, mampu dimiliki oleh generasi Felda.


Selain itu, beliau juga menggesa sesetengah pihak agar tidak membandingkan rumah PGBF dengan rumah-rumah yang dijual di bawah Felcra, SPNB dan Baitulmal kerana kemudahan yang disediakan tidak sama.

Ditanya siapakah yang akan menanggung kos prasarana rumah PGBF sedangkan RM90,000 itu adalah harga kos, Razali berkata pihak kerajaan dan Felda akan menanggungnya.

"Kerajaan yang (akan) tanggung… banyak yang kerajaan tanggung dalam bab-bab ini.

"Selama ini pun banyak perkara tetapi sebab pengiktirafan kepada sokongan mereka, tak salah untuk Felda tanggung prasarananya sekali," kata beliau lagi.

Malah sebelum ini, Datuk Seri Hishamuddin juga telah memaklumkan bahawa, harga sebuah rumah hanya RM90,000 bagi rumah generasi kedua, berbanding harga asal sebenar RM125,000.  Rumah terbabit, akan dilaksanakan ke kawasan Felda seluruh negara.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan itu berkata, perkara itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan, termasuk Razali sendiri.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah (harga asal) tersebut dikaji semula.

Setakat ini sebanyak 8,570 buah unit sudah ditenderkan, di mana 2,150 buah unit akan disiapkan dalam tahun ini.



Ternyata Felda tidak melupakan jasa, bukan hanya pada peneroka juga pada generasi mereka yang akan datang.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...