Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Pas Semakin Menikus Dengan Dap?

Posted: 23 May 2015 06:12 AM PDT



DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka Presiden Pas itu sanggup menggunakan alasan menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.

"Dia (Abdul Hadi) tidak jujur dan ikhlas apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus PR yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.

"Abdul Hadi secara unilateral dan sewenang-wenangnya mengabaikan keputusan majlis pimpinan, atau membatalkan pandangan pemimpin Pas yang mewakili beliau," katanya.

Menurutnya, perbuatan tidak jujur Abdul Hadi berlaku sewaktu PRU12 apabila beliau memberi kuasa kepada calon-calon Pas untuk bertanding di enam kerusi Dun yang diperuntukkan kepada PKR, mengakibatkan pertembungan tiga penjuru serta kekalahan bagi PR di kerusi berkenaan.

"Kedua Abdul Hadi membatalkan keputusan Majlis Pimpinan pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri pimpinan utama DAP, PKR dan Pas (walaupun Abdul Hadi tidak hadir) tentang cadangan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Kit Siang berkata, Abdul Hadi memungkiri komitmen beliau sendiri kepada majlis pimpinan dalam mesyuarat pada 8 Februari 2015, bahawa sebarang pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 dan sebarang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan pelaksanaan hudud mestilah terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis pimpinan.

"Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2015 dibentang dan diluluskan Dun Kelantan pada 19 Mac, tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan selain Abdul Hadi sendiri mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan hudud dalam sidang Mac/April, tanpa merujuk majlis pimpinan, " katanya – Sinar Harian

Malaysia Tempatkan Pelarian Rohinga di Kem PLKN?

Posted: 23 May 2015 04:18 AM PDT


Kerajaan Malaysia akhirnya mengeluarkan kenyataan akan membantu pelarian Rohinga dengan menempatkan mereka di dua buah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dua buah kem itu dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara pelarian Rohingya yang mendarat di Malaysia. Cuma lokasi kem PLKN tersebut belum dinyatakan.

Kenyataan ini dipetik dari twitter Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan dengan pihak berkuasa Majlis Keselamatan Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan turut sama terus membantu bagi tangani pelarian Rohinga yang semakin banyak membanjiri sempadan kita.

Tambah Hishammuddin lagi, perbincangan dalaman akan diadakan bagi mencari penyelesaian jangka pendek bertujuan menangani jumlah pelarian yang dijangka bertambah dari hari ke hari.

Tindakan Kerajaan ini menunjukan bahawa Malaysia juga prihatin keatas nasib pelarian Rohinga yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman di tanah air mereka.

Lagi pula kem PLKN kini sedang tidak digunakan, jadi rasanya tidak masalah jika kem yang lengkap dengan kemudahan itu digunakan sementara waktu bagi mereka berlindung.

Cuma tindakan Kerajaan berhati-hati dalam kes ini, supaya ianya tidak menjadi beban pada negara, sekaligus menganggu rakyat Malaysia sendiri.

Sebelum ini ada arahan dari YAB Perdana Menteri, mahu pasukan tentera Malaysia, memantau disekitar perairan negara bagi mengelakan sebarang perkara yang tidak diingini.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...