Kedah Ke KL

Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


MAS akan lebih fokus kepada penerbangan jarak sederhana - Liow

Posted: 25 May 2015 03:40 AM PDT


Kita sering mendengar permasalahan dalam syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines System (MAS). Disebabkan itu MAS cuba mencari jalan untuk bangkit dari permasalahan yang berlaku.

Malaysia Airlines System (MAS) dijangka memainkan peranan penting dalam penerbangan hub transit bagi rantau ini dan menghentikan (atau mengurangkan), penerbangan jarak jauh dan lebih memberi tumpuan lebih kepada laluan serantau.

Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MAS akan mempunyai kelebihan yang kuat untuk penumpang luar terbang ke Kuala Lumpur dan menggunakan ia sebagai transit untuk terbang ke negara lain seperti Australia, China, India dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Thailand.

"MAS boleh memainkan peranan utama untuk transit penumpang, bagi membuat penerbangan ke dalam negara serantau, terutamanya bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh," kata beliau, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Jepun Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Akihiro Ohta di Tokyo, semalam.


Liow berkata, di bawah pelan penyusunan semula MAS, tumpuan akan lebih diberikan kepada laluan jarak sederhana, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu boleh menggunakan keahliannya dalam 'One World Alliance' untuk melakukan lebih banyak transit dan perkongsian kod penerbangan.

"Jika MAS memutuskan untuk menghentikan laluan di Eropah misalnya, kita akan menawarkan (penerbangan tersebut) kepada AirAsia X atau Malindo. Tetapi pengurusan MAS yang baru akan membuat kata putus samaada, ada laluan yang dihentikan atau ditambah" katanya lagi.

Tambah Beliau, ini adalah salah satu sebab Malaysia sudah memohon hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Haneda untuk MAS. Mas dalam operasinya kini terbang 10 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, tiga kali dari Kota Kinabalu dan sekali untuk Kanzai di Lapangan Terbang di Osaka .

Liow juga berkata, AirAsia X terbang tujuh kali seminggu ke Haneda, manakala MAS telah meminta kementerian untuk berunding hak pendaratan sejak dua tahun lalu, tetapi pihak Jepun tidak dapat menampung kerana slot mereka penuh.

Mungkin ini perancangan baru bagi MAS mengurangkan penerbangan jarak jauh yang kurang menguntungkan, dan memberi lebih fokus kepada penerbangan jarak dekat bagi membantu syarikat penerbangan itu pulih semula dan kembali membuat keuntungan bagi mengukuhkan semula kedudukan syarikat penerbangan negara.

YB Romantik PAS Pertikai Airport Kulim Tak Masuk #RMK11?

Posted: 24 May 2015 08:08 PM PDT


YB Romantik atau nama sebenarnya, Amiruddin, Adun PAS Anak Bukit. Dalam kenyataannya menuduh MB Kedah Dato Seri Hj Mukhriz berbohong kepada rakyat Kedah kerana mahu melaksanakan lapangan terbang antarabangsa. Dah nama kata PAS ni, mereka hanya menunggu peluang untuk mencucuk jarum demi kepentingan politik depa.

Cerita YB Romantik ni dasatt.. nak baca boleh klik SINI

Zaman PAS dulu pun, YB Romantik ni Exco Pelaburan. Tapi Kedah punya pelaburan luar tak menambah pun. Kalau ada yang masuk, itu deal kerajaan lama. Mungkin sebab YB Romantik kita ni masa tu sibuk mengayat bini orang untuk dijadikan bini dia. Mana ada masa nak buat kerja betui-betui. Sebab tu Kedah masa zaman PAS Kedah, ekonomi teruk.

Orang dah bagi peluang sekali kat PAS Kedah supaya buat kerja betui-betui ikut cara Islam. Tapi apa yang PAS buat? Tebang balak, tebang balak, tebang balak. Itu yang dia tauu.. dah banyak duit, tambah skandal atau bini.

Pada pengetahuan YB Romantik, lapangan terbang tu pun perancangan baru dari Kedah. Mungkin Kerajaan Persekutuan utamakan yang dah lama dirancang, sebelum boleh luluskan lapangan terbang tu.

Lagipun, RMK ke 11 tu pun hanya perancangan, apa yang dibentang tu yang utama dan masih banyak rombakan boleh dilakukan untuk Malaysia menjadi negara maju. Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu melihat wilayah Utara membangun?

Kita minta PAS selesaikan masalah dalam kain depa dulu, baru sibuk campur hal orang. Kalau kapal sendiri pun tunggang terbalik, jangan dok sibuk komplen kapal orang lain.

Misteri Kubur Besar PATI Jenayah Perdagangan Manusia di Perlis

Posted: 24 May 2015 06:10 PM PDT



Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan penemuan kubur-kubur besar berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit Komando VAT 69 menemui 14 khemah besar dan tiga khemah kecil yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.

Zahid berkata, beliau dimaklumkan tentang penemuan itu oleh unit VAT 69 dan PGA pada minggu lepas.

Terkejut dengan penemuan itu, beliau berkata khemah-khemah tersebut dipercayai telah beroperasi sekurang-kurangnya lima tahun dan ia ditinggalkan ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

"Hari ini, ketua polis negara dan timbalannya berada di sempadan Malaysia dan Thailand untuk melakukan pengecaman dan pengesahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempersoalkan penguatkuasaan yang longgar di kawasan Gunung Perlis di Wang Kelian di sini, kira-kira dua kilometer dari Thailand, sehingga menjadi bukan sahaja laluan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi juga penempatan mereka sejak sekian lama.

Gunung Perlis yang mengambil masa sejam setengah perjalanan mendaki dari kaki gunung tersebut di hutan simpan Taman Nege­ri di sini, turut berkongsi puncak dengan negara jiran itu di sebelah kanan.

Shahidan yang meluangkan masa selama setengah jam untuk meninjau kawasan kaki bukit di situ ternyata berang kerana penguatkuasaan yang lemah sehingga gagal mengesan penempatan PATI di kawasan tersebut.

"Seharusnya penguat kuasa seperti renjer meninjau kawasan itu sekurang-kurangnya sebulan sekali, namun apa yang berlaku ia menjadi penempatan PATI sejak sekian lama.

"Di situ juga saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa kita menemukan kubur-kubur besar mengandungi lebih 100 mayat warga asing. Mayat-mayat dicampak begitu sahaja (dalam lubang)," katanya di sini, hari ini.

Shahidan seterusnya percaya kegiatan itu turut melibatkan 
rakyat tempatan dan kemungkinan juga membabitkan pihak penguat kuasa, sekali gus menggesa golongan tersebut diambil tindakan sekiranya terbukti bersalah.

"Saya kesal kerana ini merupakan satu bentuk kezaliman manusia dan malangnya berlaku di negeri ini. Mereka meninggalkan kesan buruk yang cukup dalam kepada Perlis," katanya yang enggan mendedahkan lokasi penemuan penempatan dan kubur lain.

Menurut beliau, maklumat lanjut berhubung penemuan kubur berkenaan akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan melawat kawasan tersebut esok.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung penguatkuasaan yang lemah di kawasan itu bagi mengelak perkara berkenaan berulang.






-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...