Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Video Cara Terbaru Mencuri Kereta! #Spad #Jpj

Posted: 30 May 2015 06:12 AM PDT


Cara terbaru mencuri kereta. Diajar sendiri oleh pencuri kereta yang berjaya diberkas.

Bahanyanya.. macam-macam cara nak buat jenayah ni, makin moden.


Hati-hati cara baru untuk mencuri kereta! #Spad #Kereta #Jpj #Pencuri #Video
Posted by Hafiz Azmi on Friday, May 29, 2015

Anwar Sakit Punggung Berdarah?

Posted: 30 May 2015 02:12 AM PDT


Selepas hampir empat bulan meengkok di dalam penjara, kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda-tanda semakin merosot dengan tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah.

Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, Anwar kini telah kehilangan kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada Februari lalu.

"Terdapat juga simptom kesan darah pada sampel najis beliau yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir tiga orang anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha (gambar) dan Nurul Hana.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, mengenai tekanan darah bekas timbalan perdana menteri itu, pemeriksaan menunjukkan kadarnya tidak menentu.

Katanya, ada ketika bacaan tekanan darah Anwar setinggi 163/108 dan ia berlaku walaupun sedang menjalani rawatan perubatan.

Ditanya apakah punca najis Anwar berdarah, Johari berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

Bahu Kanan Cedera
"Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin usus Datuk Seri berdarah. Mungkin disebabkan pemakanan, saya pun tak pasti," katanya kepada pemberita selepas sidang media.

Selain itu, Johari berkata, kecederaan pada bahu kanan Ketua Umum PKR itu kini semakin serius sehingga memerlukan pemeriksaan ujian saringan resonan magnetik (MRI).

Walaupun permintaan Anwar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dilengahkan dan tidak diendahkan selama beberapa minggu, namun bekas ketua pembangkang itu akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa depan untuk pemeriksaan, pemerhatian dan rawatan perubatan.

Menyatakan kekesalan atas kelewatan itu, Johari berkata, permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan MRI ke atas bahu Anwar tidak diendahkan untuk beberapa minggu.

Sehubungan itu, Johari bersama ahli keluarga Anwar menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjamin kesihatan Anwar dan membenarkan bekas timbalan perdana menteri itu berada di hospital selama mana diperlukan.

"Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama," kata Johari lagi.

P/s: Ohh.. ingat kena liwat ke apa ka.. he he he..

Felda Menang Kes Saman Mazlan Aliman

Posted: 30 May 2015 12:43 AM PDT


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd., yang menerbitkan buku bertajuk 'Felda ... Dulu tolong Sekarang Ah Long,' diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu tanpa kehadiran Mazlan dan wakil pihak penerbit buku berkenaan mahupun peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili mereka.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Felda selaku plaintif menamakan Mazlan, Anak dan Angkatan Edaran sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Namun begitu, tindakan saman terhadap Anak telah ditarik balik oleh Felda pada 9 Mei lalu 2013.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan, tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah 'ah long' atau pemberi pinjaman wang haram dengan mengenakan kadar faedah yang terlampau tinggi .

Dakwa Felda , pernyataan fitnah itu menggambarkan, pihak plaintif bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...