Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Bila Mukhriz Cerita Tentang Rubber City?

Posted: 31 May 2015 06:12 AM PDT


YAB Dato Seri Hj Mukhriz merasmikan 'Planters Tea Talk' 'Rubber City Leading to Nurturing Downstream Industry" di Swiss In Sg Petani anjuran Lembaga Getah Malaysia.

Dalam ucapan YAB MB, Negeri Kedah dan Wilayah Selatan Thailand dikenali sebagai antara kawasan pengeluaran getah. Maka Kerajaan Negeri Kedah mengambil kelebihan ini dengan mewujudkan satu Bandar raya Getah yang akan menjadi pengeluarutama produk berasaskan getah.

Walaupun tidak dinyatakan dalam RMK 11, Komitmen Kerajaan Pusat begitu positif dalam hal ini. Mungkin ianya akan dinyatakan dalam bajet yang lebih umum.

Dengan wujudnya Bandaraya Getah ini, kerajaan yakin akan dapat menjana ekonomi setempat dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kedah, khususnya dan rakyat Malaysia




Ramai yang tertanya berkenaan status perancangan Kedah didalam membangunkan projek Rubber City di Padang Terap dalam...

Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, 26 May 2015

Lagi Cubaan Lagakan Ds Mukhriz dan Ds Najib

Posted: 30 May 2015 11:12 PM PDT




Pagi tadi Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Perlis Indera Kayangan, Oleh kerana tidak ada Lapangan Terbang di Perlis, Perdana Menteri turun di Lapangan Terbang Alor Setar. Sejak dari dulu sebagai jiran terdekat, umpama adik dan abg, Lapangan Terbang Alor Setar juga adalah Lapangan Terbang untuk Perlis. 

Perlis menghantar rombongan beberapa Pemimpin mereka menjemput Perdana Menteri di Alor Setar untuk dibawa ke Perlis. Malangnya sebelum PM tiba di Perlis, sudah ada beberapa fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh 'penyokong-penyokong tegar ' PM di media maya, kononnya MB Kedah dan Exconya biadap kepada Perdana Menteri kerana tidak hadir menjemput di Lapangan Terbang Alor Setar. 

Antara yang terawal memperjuangan hal itu adalah EN TUAN Asri Baling dan PAK EN TUAN Mohd Ali Bin Baharom atau lebih dikenali sebagai ALI TINJUUU. Mereka bercakap dan menfitnah seolah berada di Lapangan Terbang menyambut PM. 


Oleh kerana kesibukan tugas harian sebagai Exco kerajaan Negeri, Exco Kanan Kedah, Dato' Ku Abdul Rahman yang mewakili Menteri Besar Kedah lewat sikit memuat naik status di facebooknya untuk memberitahu akan beliau mewakili Menteri Besar untuk menjemput Perdana Menteri 

Walaupun program Perdana Menteri di Perlis bukannya di Kedah namun sebagai menghormati Presiden dan Perdana Menteri, YAB Menteri Besar tetap menghantar wakil kanannya dan beberapa pemimpin Kedah untuk ke Lapangan Terbang kerana beliau bersama Tunku Intan Syafinaz bagi menghadiri program anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah yang telah diatur lama.  





Gambar diatas adalah bukti jelas YB Exco, Dato Ku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Kedah berada di Lapangan Terbang untuk menjemput Perdana Menteri tiba bagi lawatan ke Perlis. Jadi dimana buktinya tuduhan yang dilemparkan oleh mereka-mereka ini terhadap MB Kedah dan Exconya. 

Pada sebelah petangnya pula, beberapa Exco Kedah seperti YB Datuk Mohd Tajudin dan Dato Mohd Rawi dan beberapa orang lagi pemimpin Kedah turun menghantar Perdana Menteri untuk pulang ke Kuala Lumpur. 





l

Gambar dibawah ini menunjukan Menteri Besar , YAB Dato' Seri Haji Mukhriz hadir bersama Tunku Intan Syafinaz ke program anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah di Stadium Darulaman yang telah lama dirancang. Mana mungkin MB Kedah tidak menghormati Perdana Menteri yang turun di Lapangan Terbang Alor Setar, jika tidak punya program besar sudah tentu Menteri Besar akan turun menjemput Perdana Menteri seperti selalu. 





Sedikit kata-kata saya buat mereka-mereka yang suka melemparkan tuduhan dan fitnah jijik seperti ini agar, janganlah dihitamkan lagi hati yang sudah hitam, sebelum menulis tu ingatlah Allah, orang yang tidak pecaya Allah ni hanya orang KAFIR sahaja. jangan jadi seperti orang kafir. 


Ini firman Allah , bukan firman saya, kerana saya tidak layak , pecayalah pada firman Allah. 


Selamat Beramal dan lapangkan dada anda dan ingat Allah selalu.. saya percaya kamu juga Islam seperti saya . Nak jadi panglima PM pun jadilah tapi jangan sampai membusukkan nama PM . wallahualam ... 


sumber Apj blog

Meludah Punca Nazmi dibuang padang

Posted: 30 May 2015 08:08 PM PDT



Singapura - Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, Nazmi Mansor, meludah ke arah salah seorang pemain Timor Leste dikritik orang ramai setelah dia dilayangkan kad merah diatas tindakan tersebut.

Di media sosial, orang ramai memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu. Komen-komen itu mula dilontarkan setelah satu "screenshot" dimuat naik di laman Facebook HarimauMalaya. Kebanyakan pendapat yang diberikan mempersetujui tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi.



Selain kritikan dari pengguna media sosial, tindakan Nazmi juga disifatkan bodoh oleh portal berita Berita Harian Online.

Di dalam laporan yang bertajuk "Persembahan hambar walaupun atasi Timor Leste" itu, tindakan Nazmi itu disifatkan bodoh dan susulan kad merah dari tindakan itu menjejaskan rentak permainan pasukan kebangsaan.




Pasukan kebangsaan menang tipis keatas Timor Leste dengan keputusan 1-0 hasil jaringan dari oleh D. Saarvindran pada minit ke 11.


Dah la permainan pun teruk, skill taklah hebat mana. Berlagak umpama superstar. pehh..

Adi Putra Budak Genius Matematik disisihkan?

Posted: 30 May 2015 06:40 PM PDT



Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan



Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.



"Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

"Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik," katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

"Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

"Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.

"Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

"Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi," katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

"Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

"Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh," katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

"Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

"Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya," katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

"Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

"Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?" soalnya. – 24 Mei, 2015.

Itu cerita yang dikeluarkan oleh TMI. Dah tentu Kerajaan saja yang salah.

Dibawah ni jawapan pada cerita Adi Putra ni, dan kenapa dia disisihkan.

Baca cerita dan kisah sebenar.




Nampaknya isu pelajar genius Malaysia ini semakin hangat diperkatakan. Ramai orang ramai terutaman pengguna laman sosial menyalahkan kerajaan sehingga mendakwa kerajaan mengambil pandang serius genius yang ada seperti Adi Putra.

Isu berkenaan Adi Putra ini pernah disiarkan oleh portal berita terkenal mStar Online pada 3 Mac lalu yang bertajuk "Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf". Artikel itu telah membuatkan cerita Adi Putra kembali bermain di media.

Baru-baru ini pulak Adi Putra dikatakan membuat luahan kecewa dan dilaporkan oleh TheMalaysian Insider yang mengatakan dia disisihkan kerajaan.

Berikutan dengan luahan itu, Pengarah Permata Pintar, Professor Noriah Mohd Ishak, telah tampil memberi penjelasan keadaan yang sebenarnya berlaku di antara pihak Adi Putra dan Kerajaan.

"Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.




Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League."

Apapun harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik, jangan disia-siakan permata yang kita ada ini. - Siakapkeli.my
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...