Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Keputusan Tak Rasmi #PRKRompin "BN Menang"

Posted: 05 May 2015 06:21 AM PDT


Calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 72 peratus.

Jentera MCA dipukul penyokong PR! #PRKPermatangPauh

Posted: 04 May 2015 06:35 PM PDT



Sidang Media Jentera MCA Pulau Pinang:

Perkara :Keganasan Penyokong PR mengacau ceramah wartruck MCA
野蛮民联支持者踩场打人

Tarikh :5 Mei (Selasa)

Masa :10am

Tempat :马华峇东埔选战指挥中心,Bilik Gerakan MCA PRK Permatang Pauh, Sama Gagah, Permatang Pauh



Apa daa.. main pukul-pukul, kempen elok-elok tak boleh ka?

Kita tunggu sidang media pukul 10 pagi ini.

Orang Rompin pilih BN! ‪#‎PRKRompin‬ ‪#‎Rompin4BN‬ Selamat Mengundi!

Posted: 04 May 2015 05:37 PM PDT


Kekalkan BN di Rompin, pastikan perancangan jarak jauh BN di Rompin tidak terganggu. Orang Felda jangan kena tipu, kalau BN kalah di Rompin, segala aktiviti pembangunan disana akan terganggu.

Kekalkan Rompin menjadi milik BN!

PR Terdesak guna nama Tun Dr Mahathir Untuk tarik perhatian pengundi #PRKPermatangPauh #PRKRompin

Posted: 04 May 2015 05:15 PM PDT



PKR buat risalah dan poster seolah sokongan tun dr mahathir pada mereka.

Gini baca hal sebenar.










Pasti pilihannya BN







sumber Unspinneri

Bos #Felda Selar PR Banyak buat fitnah! #PRKRompin

Posted: 04 May 2015 09:29 AM PDT


Pakatan pembangkang terutama Pas sejak dahulu sering melemparkan kritikan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam isu berkaitan Felda.

Walaupun kita tahu Felda ini boleh dianggap dan merupakan 'anak emas' Kerajaan Persekutuan.

Sebabkan perkara demikian, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menerangkan bahawa, sejak Felda ditubuhkan, Pas acap kali, mencanangkan bahawa peneroka tidak akan mendapat surat hak milik tanah.

"Sedangkan sehingga kini seramai 89,196 daripada 119, 635 peneroka asal di 317 tanah rancangan seluruh negara menerima geran masing-masing.

"Kita sentiasa berusaha memberikan suratan hak milik tersebut tetapi perlu melalui proses-proses yang membabitkan beberapa agensi kerajaan sebelum diluluskan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Peneroka Felda Keratong 10, di sini hari ini.

Seramai 308 peneroka menerima geran tanah masing-masing.

Menurut Mohd. Isa lagi, pelbagai fitnah pembangkang tentang isu Felda sehinggakan kebajikan yang dilakukan kerajaan untuk para peneroka juga diputar belit.

"Mereka memberikan alasan kononnya hendak selamatkan Felda seperti membabitkan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang mengalami kejatuhan pada masa kini.

"Semua kena faham bahawa adalah perkara biasa turun naik dalam pasaran saham. Tetapi peneroka tidak rugi kerana tanah mereka tidak langsung terlibat.

"Pas seharusnya pergi selamatkan ladang rakyat di Kelantan sebelum menyebarkan dakyah tidak benar dengan alasan untuk selamatkan Felda," TS Isa menyambung kata-kata beliau kepada pihak pembangkang.

Biasalah Pas, kalah salah orang, bawah kain pun dia nampak. Bahkan kalau takdak salah pun sengaja dicipta satu, untuk menguatkan lagi kata fitnah itu.

Sebab tu penulis harap orang Felda jangan lupa diri. Dari dulu hingga kini, Kerajaan yang banyak membantu.

Bukan nak mengungkit dan mengenang budi, tapi itulah hakikatnya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...