Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Video Samseng PKR bergaduh dengan Pas! #Hudud #PRKPermatangPauh

Posted: 06 May 2015 09:13 AM PDT


Dah jelas wajah sebenar puak PKR yang begitu hebat menentang hudud. UMNO boleh terima hudud, tetapi bukan PKR dan Dap yang menentang keras perlaksanaannya.

Ayahanda Mahathir Tidak akan Sertai Pembangkang - @MukhrizMahathir

Posted: 06 May 2015 06:08 AM PDT


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bapanya tidak akan menyokong pembangkang walaupun sering memberikan pandangan yang mengkritik kepimpinan Umno.

Beliau yang juga bekas timbalan menteri berkata pandangan yang diberikan Tun Dr Mahathir adalah demi kebaikan Umno dan bukan melemahkan parti tersebut.

"Tak timbul langsung isu di mana Tun menyokong pembangkang. Tapi saya tengok pembangkang nakal juga, ada poster kata dia (Mahathir) akan datang berkempen untuk Pakatan di Rompin dan Permatang Pauh, pergi demonstrasi di depan Sogo untuk himpunan anti-GST. Itu karut.

"Dia ada pandangannya tapi pandangannya untuk kekuatan parti, tidak sesekali untuk kelemahan parti. Jadi jangan harap dia akan sokong Pakatan," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Tanah Liat, Permatang Pauh.

Mukhriz ditanya tentang kritikan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang menyebabkan pakatan pembangkang menganggapnya sebagai "De facto Opposition Leader".

Admin:
Tegur kerana sayang.

Mukhriz Gempur #PRKPermatangPauh

Posted: 06 May 2015 01:12 AM PDT


Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz semalam mengambil kesempatan melawat beberapa kawasan di Permatang Pauh bagi membantu kempen PRK Permatang Pauh. 

Dato Seri Mukhriz juga bersama penduduk sekitar dalam majlis Kenduri Rakyat anjuran Barisan Nasional Kedah. 

Beliau juga melawat beberapa rumah penduduk bertanyakan khabar dan memberi sumbangan.

Gambar menarik dibawah, 













Undi Cina Kepada BN Meningkat, MCA Terus di FITNAH!

Posted: 05 May 2015 10:33 PM PDT



Disebabkan jentera MCA kali ini agak garang dan menunjukkan keberkesanan untuk menarik undi pengundi cina. MCA terus ditekan dengan pelbagai isu dan fitnah bagi melemahkan semangat mereka di PRK Permatang Pauh.

Pada PRU ke 13, di Parlimen Rompin, Barisan Nasional telah kalah dengan teruk di dua Pusat Daerah Mengundi (PDM), di mana majoriti pengundinya kaum Cina. Ini berbeza dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin semalam, BN menang dengan majoriti yang selesa di kedua-dua PDM yang dikuasai oleh kaum cina.

Atas sebab demikian, kali ini jentera MCA diserang berulang kali, hingga mereka sanggup membuat fitnah terhadap pada Ketua Wanita tentang isu GST.

Baca laporan dari akhbar China Press, kemudiannya mereka telah mengambil kenyataan tersebut untuk dijadikan billboard untuk memfitnah!



Namun setelah beberapa jam akhbar tersebut telahpun mengeluarkan permohonan maaf dan membuat pembetulan ke atas artikel berkenaan, baca di sini.

Permainan politik perkauman ini memang sering kali digunakan oleh pihak PR untuk melaga-lagakan jentera parti.

Dibawah kenyataan akhbar dari Ketua Wanita MCA

6 May 2015

Press statement by Wanita MCA Chairman Datuk Heng Seai Kie


DAP and  PKR: Stop twisting my words and playing racist politics

I am saddened that my remarks on the goods and services tax (GST) during an interview with China Press were spun out of context by DAP and PKR whereby Pakatan has stooped to racialise my comments merely to recoup votes as evidently, even PKR's survey indicates confidence lacking in retaining Permatang Pauh.

Since China Press has already explained, given a clarification and apologised for misquoting me, it is absolutely unbecoming of the Opposition to twist and add 'salt and pepper' to my comments

There should be no racial profiling related to GST, and it is despicable of DAP and PKR to play up the racial card by linking GST to ethnicity to score political mileage.

We have since filed a complaint with the Election Commission besides lodging a police report on this matter.

We also appeal to the Election Commission and the police to take stern action against any political party who play up the racial card in any form or material during any election.

To readers who might have been affected by the misrepresentation of my comments by DAP and PKR, I humbly express my deep regrets.

It is time to put the issue to rest. What is the ulterior motive of DAP and PKR to still harp and twist my comments to center on race?

Datuk Heng Seai Kie
Wanita MCA National Chairman
Saya diharapkan Barisan Nasional (BN) dan MCA akan memfailkan aduan rasmi kepada Suruhanjara Pilihan Raya (SPR) serta membuat laporan dengan Polis dengan segera kerana kandungan tersebut adalah jelas bersifat perkauman dan menghasut.

Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Patut bertindak segera.

Dalam BN Tiada Nepotisme Seperti PKR! - Mukhriz

Posted: 05 May 2015 10:33 PM PDT


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata amalan nepotisme tidak pernah berlaku pada keluarganya sewaktu bapa beliau Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Berbeza dengan pembangkang, Mukhriz mendakwa amalan tersebut bukan sahaja berlaku dalam parti pembangkang malah turut di bawa ke pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

"Benda ini (nepotisme) tak pernah berlaku pada keluarga saya, pada zaman bapa saya (selama) 22 tahun menjadi perdana menteri.

"Beliau (Mahathir) haramkan anak dia terlibat secara aktif dalam politik lebih lagi dalam kawasan dan peringkat nasional.

"Kami nak kena tunggu bapa bersara dulu pada 2002 baru boleh sertai. Sekarang kalau tengok, di pembangkang paling banyak berlaku amalan nepotisme.

"Dulu tuduh kita. Sampailah ke hari ini, sampai ke Permatang Pauh," katanya yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Beliau mengulas ucapan seorang pemimpin akar umbi Umno di Pusat Daerah Mengundi Tanah Liat sebelum itu yang mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengamalkan nepotisme, dalam majlis kenduri rakyat di Tanah Liat, Permatang Pauh hari ini.

'Larang urus niaga'

Dalam sidang media kemudiannya, Mukhriz berkata, bapanya bukan sahaja tidak membenarkan anggota keluarganya terlibat secara aktif dalam politik semasa beliau menjadi perdana menteri.

Malah, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata Dr Mahathir turut melarang anggota keluarganya membuat urus niaga yang melibatkan kerajaan.

"Itu sebab ayah saya sendiri tak benarkan anggota keluarga aktif dalam politik. Malah kalau nak berniaga pun jangan libatkan kerajaan.

"Saya sendiri kena tunggu ayah saya bersara baru tawarkan diri untuk bertanding dalam parti dan kemudian baru dalam pilihan raya," katanya.

Walaupun Mukhriz mendakwa beliau dan adik-beradiknya tidak terlibat secara langsung dalam politik, namun ada kritikan yang mendakwa bapanya menggunakan jawatan perdana menteri ketika itu untuk membantu menaikkan ahli keluarganya.

Maksud Mukhriz, ketika bapanya menjadi PM selama 22 tahun. Beliau dan abangnya dihalang untuk menyertai politik. Selepas bapanya bersara barulah beliau dapat menyertai politik dan menjawat jawatan dalam parti.

Ini berbeza dengan Anwar, Azizah dan Nurul Izzah (PKR) Guan Eng, Kit Siang, Betty (DAP) Karpal dan Gobind (DAP) yang menyusun anak beranak dan adik beradik didalam parti peringkat tertinggi.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...