Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MAS hantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya..

Posted: 01 Jun 2015 03:00 AM PDT


Pada 12 Oktober 1937, sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini.

Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke Kuala Lumpur, bukan Pulau Pinang.

Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.

Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.

Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963.

Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines.

Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang.

Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS).

Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa.

Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.

Malangnya kini Singapore Airlines terus berkembang tapi Malaysia Airlines System jatuh terkangkang.. kenapa?

Laporan berkaitan..

SEPANG 1 Jun - Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya pada Isnin dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd). 
MAS akan kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukan sebagai syarikat penerbangan serantau. Ia juga akan mengekalkan semua laluan domestiknya.

MAS Bhd akan dibahagikan kepada tiga divisyen iaitu operasi, fungsi sokongan dan pembangunan dan pelajaran menerusi 12 anak syarikat.
 
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller dalam taklimat pada Isnin berkata, divisyen operasi turut membabitkan MAS Wings, Firefly dan MAS Kargo. 
Di bawah divisyen fungsi sokongan, terdapat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, MAS Holiday dan Enrich. 
Bagi divisyen pembangunan dan pembelajaran, ia melibatkan Akademi Penerbangan Malaysia, latihan kejuruteraan, latihan penerbangan dan laithan operasi. 
MAS Bhd mencatatkan jualan sejuta tiket penerbangan setakat ini. 
Di bawah tiga fasa pemulihan syarikat penerbangan itu, peringkat pertama akan mulai 2015 sehingga 2017/2018 dengan perkembangan dijangka bermula pada 2017/2018 ~ RakyatNews

Pakej yang ditawarkan kepada pekerja menurut Utusan..

KUALA LUMPUR 28 Mei - SERAMAI 4,500 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) ba­kal meninggalkan syarikat itu pada 31 Ogos, dan kira-kira 1,500 lagi secara berperingkat-peringkat mengikut tempoh tamat kontrak masing-masing. 
Semua mereka akan mene­rima surat penamatan kerja pada 1 Jun ini beserta pakej pampasan pada 1 Jun ini. Pekerja yang menerima surat tawaran kerja akan me­nyambung kerjaya mereka di Malaysia Airlines Bhd. (MAB). 
Menurut surat pe­keliling yang ditandatangani Ketua Pe­­gawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller, notis pemberitahuan mengenai pakej berkenaan telah dihantar kepada seluruh pekerjanya pa­da 26 Mei lalu. 
Pakej pampasan yang disediakan untuk kakitangan MAS adalah berlandaskan prinsip keadilan dan keprihatinan terhadap kebajikan kakitangan seperti digariskan dalam Pelan Pemulihan MAS. 
Menurut sumber terdekat, ia termasuk faedah perubatan selama 12 bulan di samping bayaran khas tambahan kepada golongan memerlukan bantuan lebih seperti kakitangan orang kurang upaya (OKU) yang tidak mendapat tawaran pekerjaan bersama MAB. 
Selain pakej itu ujarnya, Pusat Pembangunan Korporat (CDC) telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan latihan serta bantuan mendapatkan pekerjaan baharu secara percuma buat kakitangan yang akan meninggalkan MAS. 
"Kesemua ini di­sediakan bukan disebabkan tekanan dari mana-mana pi­hak, tapi atas dasar kemanusiaan. 
"Pakej ini memperlihatkan penghargaan syarikat terhadap sumbangan kakitangan yang terlibat membina MAS sebagai ikon kebangsaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
CDC berperanan sebagai pusat latihan selain dapat membantu mereka terlibat untuk merancang kerjaya bagi fasa seterusnya. 
Antara intipati pakej tersebut adalah pembayaran asas yang akan diberi kepada semua pekerja MAS berdasarkan tempoh perkhid­matan didarab dengan kumpulan gred masing-masing. 
Selain bayaran asas itu, kakitangan yang tidak menerima surat tawaran ke MAB akan diberi pembayaran Ex-Gratia dengan jumlah berbeza. 
Bagi mereka yang berkhidmat sehingga 10 tahun akan menerima satu bulan gaji asas untuk setiap tahun perkhidmatan. 
Kakitangan yang bekerja lebih 10 tahun manakala menerima satu bulan setengah gaji asas bagi setiap tahun perkhidmatannya. 
Pekerja yang sedang mempunyai kontrak pekerjaan jangka tetap tidak layak bagi pembayaran Ex-Gratia. Kakitangan pengurusan kanan syarikat termasuk Naib Presiden dan yang lebih tinggi adalah tertakluk kepada pakej pampasan berbeza. 
Pekerja MAS yang tidak ditawarkan jawatan kekal di MAB akan terus menerima faedah perubatan bagi tempoh 12 bulan dari tarikh mereka keluar atau sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu, yang mana lebih awal.




Jika hanya sampah menyokong maka Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah kata Bekas Menteri

Posted: 01 Jun 2015 01:03 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak akan dapat mengetahui siapakah anggota kabinet yang sebenarnya tulin,tulus ikhlas menyokongnya menangani 1MDB dengan mencabar mereka meletak jawatan.

Mustahil mereka akan berbuat demikian.

Sebaliknya beliau mestilah mencabar mereka supaya tampil kehadapan menyerang balas Tun Dr.Mahathir di TV3 dan di akhbar - akhbar seperti yang dilakukan oleh Pengerusi BNBC Sharir Abdul Samad atau Presiden Mubarak Abdul Aziz Abdul Rahman.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Afadal sepatutnya telah mendahului Sharir Samad dalam berbuat demikian dan dengan itu tidaklah Najib berada dalam krisis keyakinan diri yang amat runcing.

Anggota-anggota sepatutnya sedar serangan balas Sharir Samad tidak bagitu berkesan kerana beliau diketahui umum sebagai sedarah,sejiwa, sebulu dengan Musa Hitam menyimpan dendam kesumat sekian lama terhadap Tun Mahathir.

Dan sokongannya juga tidak dilihat sebagai sokongan generasi muda seperti sokongan yang terlihat kepada Tun Mahathir sekalipun beliau sudah tua.

Yang jelas kerana terpampang di akhbar-akhbar perdana dan di TV 3 menjadi suara berani menyerang balas Tun Dr.Mahathir bagi mempertahankan kepimpinan Najib dalam masalah IMDB terdiri dari orang-orang yang sudah hilang authoriti dan integriti, yang menyeleweng dari parti asal atau dari parti yang sudah bengkrap,orang yang tidak lagi diterima bukan sahaja oleh rakyat biasa tetapi dipandang serong oleh orang UMNO sendiri.

Juga menjadi persoalan besar mengapakah Ahmad Zahid Hamid Naib Presiden No1,eorang yang paling popular dalam parti tidak jelas pendiriannya.

Jika hanya sampah-sampah yang jelas menyokong maka akhirnya Najib akan tenggelam dalam timbunan sampah. Maka itu eloklah dari meletakan jawatan yang akan memecahkan belahkan parti dan kerajaan maka seorang demi seorang menteri kabinet muncol di TV3 menyerang balas Tun Dr. Mahathir.

Janganlah biarkan Najib kelihatan oleh rakyat kesaorangan dalam perjuangan mempertahankan diri sekalipun beliau telah mendakwa di Perlis beliau tidak kesaorangan ~ Zamkata


Blogger UMNO dedahkan IPIC mungkin dapat 49% saham Edra Energy kerana tolong 1MDB bayar hutang..

Posted: 31 May 2015 11:00 PM PDT


Datuk A Kadir Jasin mendedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah pun mendapat banyak maklumat sulit berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia lebih buruk daripada apa yang diketahui sebelum ini.

Wartawan veteran itu berkata, mungkin atas sebab itulah Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menangguhkan pertemuan bersama PAC sebaliknya bergegas bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

"Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB.

"Termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tangan.

"Agaknya kerana sebab itulah Arul tergesa-gesa memberi taklimat kepada Shahrir yang pernah jadi pengerusi PAC. Shahrir adalah antara penyokong kuat (Datuk Seri) Najib (Razak)," kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu menerusi kiriman terbaru di blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Arul dalam menjelaskan pertemuannya bersama Shahrir pada Rabu berkata beliau tidak sempat menghadiri pendengaran PAC yang diadakan sehari sebelum itu kerana masih dalam penerbangan pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, Arul enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara, walaupun ahli PAC Tony Pua mendesak supaya beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menjelaskan keberadaan mereka.

"Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti.

"Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti," kata Arul kepada The Malaysian Insider.

Mengulas mengenai pelan rasionalisasi 1MDB, Kadir berkata ia merupakan satu pelan yang membolehkan syarikat bermasalah itu untuk terus berhutang.

Katanya, syarikat petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic) dan unit pelaburannya, Aabar Investments tidak akan menyuntik RM16.4 bilion secara membuta tuli jika tidak mendapat cagaran berharga atau saham yang berbaloi.

"Maklumat tepi jalan kata, IPIC/Aabar mungkin mendapat hingga 49% saham Edra Energy apabila disenaraikan atau dijual melalui pengeluaran persendirian.

"Kita tidaklah mahu berburuk sangka dengan berkata mungkin duit RM16.4 bilion itu sebenarnya sebahagian daripada hutang 1MDB yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata tidak dapat dikesan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan 1MDB akan dipecahkan kepada tiga, iaitu projek Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan penjanaan elektrik di bawah Edra Global Energy Sdn Bhd.

Arul hari ini menafikan bayaran AS$1 bilion diterima daripada Ipic merupakan pinjaman atau "bailout".

Katanya, wang itu adalah urus niaga antara dua syarikat tersebut, dan ia tidak menambahkan hutang 1MDB.

"Merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami dapati dan prihatin dengan kenyataan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran AS$1 bilion daripada Ipic Abu Dhabi adalah pinjaman, ataupun akan membawa hutang lagi kepada 1MDB.

"Ia langsung tidak benar. Ini merupakan satu urus niaga, bukan pinjaman, bukan sebarang hutang dan bukan bailout.

"Ia merupakan sebahagian bayaran awal daripada perjanjian luas menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB, dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Arul dalam satu kenyataan.

Wang tersebut akan dibayar menjelang 4 Jun dan digunakan membayar balik AS$975 juta bagi pinjaman bank diketuai Deutsche Bank yang matang akhir bulan September, kata Kementerian Kewangan pada Jumaat.

"Perjanjian tersebut juga termasuk langkah-langkah untuk menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara dua pihak tersebut dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Perjanjian ini menampakkan langkah yang penting ke arah mengurangkan hutang keseluruhan 1MDB, dan adalah bahagian yang penting dalam pelan rasionalisasi I yang dibentangkan kepada Kabinet sebelum ini, di mana kami jangka akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan."

Pada Jumaat, Husni membentangkan pelan rasionalisasi dana pelaburan tersebut kepada Kabinet. Pada 13 Mei, Business Times Singapura melaporkan 6 bank "cemas" kerana pinjaman AS$1.103 bilion tersebut dijamin oleh Brazen Sky yang dimiliki sepenuhnya oleh 1MDB – di mana wangnya disimpan buat masa ini di BSI Singapore, cawangan bank persendirian Swiss.

Akhbar perniagaan tersebut memetik sumber, mengatakan dokumen cagaran bagi pinjaman tersebut kini dianggap "tidak lengkap", kerana salah satu perjanjiannya tidak dipenuhi.

Ini bermaksud peminjam boleh menuntut bayaran semula daripada 1MDB pada bila-bila masa sebelum tarikh akhirnya hujung bulan Ogos.

"Apa yang sebelum ini dilihat sebagai pinjaman berkolateral ketat kini mencemaskan pihak bank, memandangkan kontroversi yang timbul ini," kata sumber dalam laporan akhbar tersebut.

Bagaimanapun, pada 22 April, Sarawak Report mengatakan akaun 1MDB di BSI Bank hanya mengandungi "aset kertas" dan nilai sebenarnya tidak dapat dikenal pasti.

Dalam jawapan Parlimen kepada Tony Pua (DAP–Petaling Jaya Utara), Putrajaya baru-baru ini mendedahkan baki pelaburan tersebut ditebus dengan aset 1MDB dalam mata wang dolar AS.

Kritikan semakin memuncak terhadap pelaburan yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan itu yang ditubuhkan pada 2009, dan kini berhutang hingga RM42 bilion.

Pengawasan kini lebih hebat berikutan pendedahan Sarawak Report baru-baru ini, menambah tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengakibatkan ahli politik pembangkang, pemimpin Umno dahulu dan kini, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan badan anti-rasuah, menuntut penyiasatan menyeluruh terhadap dana tersebut.

Ketua Audit Negara kini sedang meneliti rekod 1MDB, dengan laporan awal yang dijangka akan dihantar ke Parlimen menjelang Jun, sementara Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) memulakan siasatannya sendiri terhadap syarikat tersebut dua minggu lalu lapor The Malaysian Insider


Berang dipersalahkan dalam isu 1MDB, Najib mahu anggota kabinet yang tak sokongnya letak jawatan?

Posted: 31 May 2015 08:19 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber Kabinet, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Hal sama yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet itu turut dilaporkan portal berita, Malaysia-today.net.

"Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian (menyatakan tidak bersama)," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, menggesa menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan.

Shahrir yang bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama.

Pada Jumaat pula, Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

Jelas Menteri Kewangan II itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian terbabit, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa lapor Utusan


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...