Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nothing2Hide: Akhirnya Najib dedahkan sebab beliau tidak hadir..

Posted: 10 Jun 2015 05:30 AM PDT


Akhirnya Perdana Menteri yang mendakwa dalam dirinya itu ada darah Pahlawan mendedahkan juga sebab sebenar beliau tidak muncul dalam Majlis 'Dialog PM bersama NGO, Nothing2Hide' baru-baru ini..

Malangnya dalam pendedahannya beliau langsung tidak menyebut tentang faktor keselamatan dan juga kononnya beliau sudah bersedia untuk menghadiri dialog tersebut.

Jadi ianya membuktikan alasan yang disediakan oleh KPN dan juga Shahidan tak lebih dari satu alasan untuk menyembunyikan hakikat bahawa Najib takut untuk berdepan dengan Mahathir.

Dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat KPN mendakwa ada ancaman keselamatan yang cukup serius untuk Najib disitu..

Katanya..

"Arahan pembatalan ini saya keluarkan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah selepas mendapat maklumat terdapat ancaman keselamatan, walaupun keputusan itu tidak disenangi Perdana Menteri pada awalnya," 
"Setelah mengkaji maklumat ini, pihak kami mengesahkan memang terdapat ancaman yang cukup serius," 
"Tidak payahlah saya bagi tahu siapa tetapi memadai kami ada maklumat sahih mengenai perkara ini dan kita akan pantau kumpulan ini...Dan jika perlu ambil tindakan tindakan, kita akan ambil,"

Tapi.. Mahathir mendedahkan ancaman itu hanyalah Ali Tinju yang mencetuskan kekecohan di hadapan pintu masuk dewan.

Rentetan dari alasan yang dicipta KPN itu.. menyahutlah Menteri yang kerjanya membodek Rosmah dan Najib, Shahidan Kassim..

Katanya..

"Apa yang berlaku bukan silap ahli Parlimen Pekan (Najib). Memang beliau bersedia, tetapi ini arahan ketua polis negara, kerana dasar keselamatan,"

Semoga kedua-dua mereka dinaikkan pangkat dan gaji.. kalau tak naik pangkat atau gaji.. pencen nanti dilantik jadi Pengerusi mana-mana GLC yang ada..

Berikut adalah sebab Najib tak hadir ke forum tersebut...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alasan menjaga nama baik Umno bagi mempertahankan tindakannya tidak muncul pada satu dialog terus terang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 Jun lalu. 
Alasan itu dinyatakan dalam tulisan terbaru di blognya hari ini selepas beliau dikritik ramai kerana tidak hadir program di ibu pejabat Umno sendiri selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir pada majlis yang sama. 
"Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri, dan dari parti politik yang sama. 
"Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). 
"Saya sebagai perdana menteri dan presiden Umno, bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti," tulisnya dalam rencana bertajuk "Dialog PM Bersama NGO-NGO", hari ini. 
Najib turut menyalahkan perubahan format majlis itu yang dakwanya, akan memburukkan lagi pertembungan politik di antara beliau dan Dr Mahathir. 
"Majlis ini bertukar format; daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka. Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka antara Tun Mahathir dengan saya," katanya. 
Namun, Najib menegaskan beliau masih tidak gentar dan sedia berdepan dengan Dr Mahathir. 
"Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau.

"Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan," katanya lapor The Malaysian Insider

Ha.. ha.. ha.. Cakap besar lagi dia.....


Benarkah Pengerusi Amanah Raya ditukar kerana enggan lulus RM2Billion pinjaman kepada 1MDB?

Posted: 10 Jun 2015 01:11 AM PDT


Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), katanya bekas Pengerusi Amanah Raya sebelum ini, Datuk Dusuki Ahmad dikatakan dipaksa bersara pada 29 Disember 2014 atas sebab berkaitan 1MDB.

Sebelum ini Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh yang menyandang jawatan itu selama lapan tahun meletak jawatan pada 14 Mac 2012.

Beliau berkata, perletakan jawatan Dusuki dan Ahmad Rodzi disebabkan keengganan mereka memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB.

Berikut adalah laporannya..

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Kontroversi 1MDB semakin panas apabila syarikat pelaburan itu didapati bukan sahaja gagal membayar wang Lembaga Tabung Haji tetapi turut membuat tindakan sama ke atas RM2 bilion milik Amanah Raya Berhad (ARB).  
Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata sebelum itu bekas Pengerusi Amanah Raya, Datuk Dusuki Ahmad dikatakan dipaksa bersara pada 29 Disember 2014 atas sebab berkaitan 1MDB.   
"Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik menjadi Pengerusi Amanah Raya bagi menggantikan Datuk Dusuki Ahmad. Ng-Wei-Aik" 
Mengikut sumber yang saya perolehi, Datuk Dusuki Ahmad dipaksa bersara atas sebab berkaitan 1MDB.  
"Sebelum ini Pengarah Urusan Amanah Raya Berhad, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh yang menyandang jawatan itu selama lapan tahun meletak jawatan pada 14 Mac 2012," kata Wei Aik dalam sidang medianya di lobi Parlimen, di sini, hari ini.  
Beliau berkata, perletakan jawatan Dusuki dan Ahmad Rodzi disebabkan keengganan mereka memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB.  
"Wang itu difahamkan hanya dilepaskan kepada 1MDB selepas ARB diterajui Datuk Seri Reezal," katanya. Selain itu, 1MDB juga menjanjikan faedah empat peratus setahun melalui 'IOU bill' yang dikeluarkan kepada ARB lapor SelangorKini

Rentetan dari pemberian pinjaman tunai itu kepada 1MDB sebanyak RM2Billion itu, Amanah Raya dikatakan kini menghadapi masaalah aliran tunai..

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Amanah Raya Berhad (ARB) menghadapi masalah aliran tunai selepas syarikat terbabit terpaksa memberi pinjaman tunai RM2 bilion kepada 1MDB.  
Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik (DAP), berkata ARB memiliki rizab wang tunai kira-kira RM2.6 bilion atau 35 peratus daripada keseluruhan aset yang dimiliki sebelum memberi pinjaman kepada 1MDB.  
"Aset bersih yang dimiliki ARB sebelum pinjaman dilepaskan kepada 1MDB adalah RM7.5 bilion iaitu rizab wang tunai sebanyak 35 peratus iaitu lebih kurang RM2.6 billion  
"Sementara itu, hartanah 20 peratus, bon dan pulangan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%).  
"RM2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB adalah rizab wang tunai RM2.6 bilion yang dimiliki ARB. Pinjaman itu menyebabkan aliran wang tunai ARB mengalami masalah.  
"Keadaan ini menyebabkan ARB terpaksa menjual banyak bon dan hartanah Real Estate Investment Trust (REIT) supaya rizab wang tunainya dapat dikekalkan.  
"Nilai bon yang dimiliki ARB hanya lima peratus daripada jumlah aset syarikat itu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.  
Wei Aik turut menuntut penjelasan menteri terbabit kerana menurut tindakan itu menjejaskan reputasi ARB sebagai syarikat peramanahan dan perwarisan utama yang dimiliki Kerajaan Persekutuan di bawah Menteri Kewangan (diperbadankan).. juga dari SelangorKini

Apa pulak lepas ni?.. Lembaga Tabung Angkatan Tentera dah kena atau belum?


Cabar Guan Eng bubar DUN, Blogger PAS anggap Pemimpin PAS Terengganu sebagai BANGANG!

Posted: 09 Jun 2015 11:00 PM PDT


Ini pendapat seorang Blogger Pro PAS.. walaupun namanya tak terdapat dalam senarai AJK PAS Pusat tapi apa yang dinyatakannya ada kebenarannya..

.... Takkan kut dia ingat komposisi pengundi di Penang sama macam di Terengganu yang pengundi melayunya seingat aku cuma 1 Dun saja iaitu Dun Bandar saja yang kurang dari 70%, yang lain semua lebih 80% malah majoritinya lebih 90%.

mStar melaporkan:

Perbalahan antara dua sekutu pakatan pembangkang semakin tidak terkawal apabila PAS mencabar supaya DAP membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, pembubaran DUN Pulau Pinang adalah wajar bagi mengukur kemampuan DAP yang disifatkan sombong dan angkuh.

mStar Juga dilaporkan:

"DAP jangan terlalu angkuh. Jika benar mahu tahu kekuatan sebenar DAP tanpa sokongan PAS, cubalah bubarkan DUN Pulau Pinang sekarang dan tengok jawatan mana yang DAP boleh pegang dalam kerajaan yang baharu nanti. "Masih boleh angkuh? Masih boleh sombong? Masih boleh tamak?" katanya pada Selasa. Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook rasmi Dewan Ulama PAS Pusat.

Itu isu penting yang dilaporkan akhbar mStar. Untuk berlaku adil hangpa kena baca teks penuh "Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Kualaa Terengganu" di facebook rasmi Dewan Ulama PAS Pusat.

Yang pertama sekali, aku tak pernah jumpa lagi kut "Kenyataan Media" jenis macam tu, tak berapa nak nampak macam Kenyataan Media tapi lebih kepada "kenyataan luahan perasaan bengang".

Yang keduanya, memang ada relevannya jugak gesaan dia suruh DAP bubar Dun Penang untuk nak nak ukur kekuatan sebenar semasa DAP. Kita akan boleh tengok berapa kerusi yang DAP boleh menang dah berapa undi popular yang DAP boleh dapat.

Cuma yang BANGANGnya gesaan "kenyataan luahan perasaan bengang" tu bila dia dakwa:

"Seolah2 kemenangan mereka sehingga dapat dengan megahnya berpangkat besar sebagai ketua kerajaan negeri bukan hasil pengorbanan ribuan ahli2 PAS yg berkempen untuk mereka, puluhan ribu yg meramaikan sesi sesi propaganda mereka, menampal poster, mengiringi dan menjaga keselamatan mereka ke kawasan kawasan melayu malah jentera jentera PAS yg membuka pondok pondok dan bilik bilik gerakan, khas untuk membantu mereka."

Takkan kut dia ingat komposisi pengundi di Penang terutama kerusi-kerusi yang DAP bertanding tu sama macam di Terengganu yang pengundi melayunya seingat aku cuma 1 Dun saja kurang dari 70%, yang lain semua lebih 80% malah majoritinya lebih 90%.

Yang ketiganya dan paling BANGANG sekali, aku yakin dia langsung tak terfikir yang kalau DAP bubarkan DUN Penang yang akan paling akan merosot sekali adalah undi calon PAS. Hasilnya PAS yang akan dapat malu besar nanti.

Takkan kut dia yakin pengundi cina yang undi calon PAS masa PRU13 dulu akan undi lagi calon PAS dengan berbagai persepsi negatif hasil berperang dalaman PAS sesama sendiri yang 'gila babi' sempena pemilihan baru ni.

Takkan dia tak terfikir akan ada sebahagian pengundi tegar PAS sendiri yang akan boikot calon PAS kalau pun mungkin tak buat sabotaj hasil perang dalam 'gila babi' tu..

Ditambah pulak dengan sebahagian besar undi dari ahli dan penyokong PKR kalau pun tak semua yang takkan undi calon PAS sebab kecewa dengan tindakan PAS yang jadi punca Pakatan Rakyat jadi cempera.

Masa bersama Pakatan Rakyat masa PRU13 sebelum ni pun PAS cuma mampu menang 1 kerusi saja, takkan bila ada pilihanraya dalam masa terdekat ni kerusi PAS akan bertambah.

Realitinya yang PAS menang 1 kerusi tu pun aku yakin hasil saki-baki kesan kerja buat allahyarham Hj Hamdan dan jentera di bawah dia yang sungguh-sungguh buat kerja 'tambah undi PAS' di Dun Permatang Pasir tu.

Dan harus diingat, Dun Permatang Pasir tu di dalam Parlimen Permatang Pauh yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim.


.... Itu hanya sebahagian dari penulisannya.. untuk mengetahui siapakah Blogger Pro PAS yang kurang ajax sangat ni dan membaca seluruh artikel sila klik di SINI


Huih!! Ramai rupanya Ahli PAS yang ada jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang...

Posted: 09 Jun 2015 08:29 PM PDT


Ingatkan sikit.. rupa-rupanya ramai ahli-ahli PAS Pulau Pinang yang berada dalam agensi-agensi dan GLC-GLC milik Kerajaan Negeri..

Jika di Selangor terdapat sekurang-kurangnya 5,000 ahli PAS yang memegang jawatan dalam agensi-agensi dan GLC-GLC milik Kerajaan Negeri.. di Pulau Pinang pula jumlahnya melebihi 1,000 orang..

Jumlahnya boleh dikatakan memang besar jika dibandingkan dengan jumlah Kerusi DUN yang pas kuasai di Pulau Pinang iaitu hanya 1..

Dan dalam masa yang sama ianya menunjukkan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menghargai sumbangan PAS di negeri ini..

Selain itu dalam masa yang sama ianya menunjukkan kebodohan pemimpin PKR yang ada dalam negeri ini.. biarpun menguasai l0 Kerusi DUN.. jumlah ahli PKR yang berada dalam GLC tak seramai jumlah Ahli PAS..

Tapi.. orang kata.. macam mana nak ramai.. balik-balik muka depa tu yang dok dalam GLC, awat depa ingat depa hebat sangat ka?..

Ada apa jawatan semua depa saja nak sapu.. bila nak buat kerja serah kat orang bawah semuanya.. kerja depa.. membodek saja..

Tengok masa PRK Permatang Pauh baru-baru ni sudahlah.. semua nak jadi Pengarah, pakat nak tunjuk pandai kat Kak Wan..

Semua nak bagi arahan.. nak tunjuk pandai lah konon.. paling lawak.. bertanding kat tempat sendiri pun kalah mai Permatang Pauh nak ajar kami pulak..

Ini Permatang Pauh Lah!!.. dah lebih 8 PRU dan PRK jentera Pilihanraya PKR Permatang Pauh kami tempuh.. kalau setakat baru sepenggal jadi ADUN atau MP tu.. tak payah mai ajar kami lah..

Padahal masa PRU dulu.. depa menang bukannya sebab depa yang buat kerja.. orang bawah ni yang buat kerja.. tiba-tiba nak jadi Pengarah Jentera Pilihanraya pulak.. kah.. kah..kah...

Orang kata.. bukan aku kata... he..he..he..

Laporan berkaitan..

Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. 
Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang. 
Menurut Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon, Pulau Pinang telah melantik kira-kira 1,100 ahli PAS dalam 290 jawatankuasa kampung di negeri itu. 
Walaupun jawatankuasa kampung cenderung mempunyai campuran anggota dari DAP, PKR dan ahli PAS, tetapi terdapat 56 jawatankuasa yang hampir eksklusif dianggotai ahli PAS. 
"Jika terdapat kira-kira 16 orang dalam setiap jawatankuasa, itu kira-kira 900 orang," katanya. 
Setakat ini, 15 ahli jawatankuasa kampung tertentu telah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka, katanya. 
"Saya telah menerima surat peletakan jawatan mereka dan setiausaha yang berkaitan mengendalikannya sebelum menyerahkannya kepada jawatankuasa saya untuk tindakan seterusnya. 
"Peletakan jawatan belum muktamad. Ia akan dibincangkan oleh kabinet negeri," katanya. 
Jawatankuasa masjid 
Sementara itu, ahli exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan dari ahli PAS yang menganggotai 200 jawatankuasa masjid di negeri itu. 
Jawatankuasa masjid juga dilantik oleh kerajaan negeri. 
Dalam muktamar PAS pada hujung minggu lalu, parti itu memutuskan untuk meminta jawatankuasa pusat dan majlis syura pusat memutuskan hubungan dengan DAP. 
Walaupun beberapa pemimpin PAS mendakwa perkara itu belum muktamad, yang lain berpendapat bahawa ia adalah fait accompli, kerana majlis syura dikuasai oleh pemimpin-pemimpin dalam Dewan Ulama, yang meluluskan resolusi yang sama. 
Setakat ini, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hub Halal Pulau Pinang. 
Berikutan itu, bekas ahli jawatankuasa pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB). 
Senarai panjang 
Ahli PAS juga memegang jawatan penting lain dalam kerajaan Pulau Pinang. Ini termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man, setiausaha Mohd Fadzil Kemi, ketua pilihan raya Rosidi Hussain, Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden, dan timbalan ketua muslimat Aida Yusof Rawa. 
Mohd Salleh, yang juga ADUN Permatang Pasir dan wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri, mempunyai sekurang-kurangnya empat jawatan dalam kerajaan negeri. 
Beliau mempengerusikan Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAIPP) dan Zakat Pulau Pinang. Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah bagi Hub Halal Pulau Pinang dan Yayasan Islam Pulau Pinang. 
Mohd Salleh tidak memberi respons terhadap pertanyaan yang dihantar oleh Malaysiakini. Beliau sedang mengerjakan Umrah. 
Mohd Fadzil merupakan ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang dan dilantik sebagai pegawai media di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun lepas, menggantikan Rosidi Hussain, seorang lagi ahli PAS. 
Rosidi, seorang peguam, kini menjadi ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan menjadi ahli lembaga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).
Afnan adalah ahli MAIPP dan menganggotai lembaga KITAB.
 
Aida adalah ahli lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.
PAS mempunyai dua orang ahli yang menganggotai Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dua lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai.
 
Empat lagi ahli PAS adalah penyelaras bagi pembayaran dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihan raya BN di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Bayan Lepas ~ Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...