Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nak musnahkan warisan saya? letupkan lebuhraya PLUS, KLIA dan KLCC kata Mahathir

Posted: 12 Jun 2015 09:00 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa agar projek yang menjadi warisan beliau dalam pentadbiran negara 'diletupkan' jika benar warisan beliau mahu dihapuskan.

Ini termasuk Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Beliau berkata demikian mengulas tulisan terbaru bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin di blognya hari ini.

Zainudin mendakwa TV3 diarahkan menyerang Perusahaan Otomobil Nasional (Proton), satu projek diilhamkan Dr Mahathir sewaktu pentadbirannya.

"Nak musnahkan warisan saya? Jadi, letupkan lebuh raya Plus," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu kepada wartawan di Kuala Lumpur petang ini.

"Bukan itu sahaja, letupkan juga KLIA dan KLCC (Menara Berkembar Petronas) juga. "Semua (projek ini) tidak bagus," katanya sinis.

Zainudin mendakwa arahan itu dibuat untuk memburukkan Proton sebagai balasan kepada kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, portal Malaysiakini melaporkan penafian TV3 berhubung siri rancangan yang menyerlahkan masalah pemandu teksi berkaitan kereta nasional negara itu.

Menurut stesen TV itu, rancangan itu dibuat bagi menyampaikan suara pelbagai lapisan masyarakat lapor The Malaysian Insider


A. Samad Said akan sertai DAP

Posted: 12 Jun 2015 07:13 AM PDT


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengesahkan spekulasi bahawa dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok.

"Itu betul," kata Samad ringkas ketika dihubungi portal The Malaysian Insider.

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu hanya akan mengulas lanjut tentang pendiriannya dalam sidang media bersama pemimpin tertinggi DAP di Kelantan, esok.

"Kita akan mengadakan sidang media, jadi di sana akan dijawab," ujarnya yang menambah sidang media itu belum ditetapkan waktunya, sama ada pada tengah hari atau sebelah petang.

Laporan itu turut memetik kenyataan daripada Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, bahawa pada pagi esok, Samad akan menyertai para pemimpin DAP tertinggi dalam program anjuran Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Difahamkan antara yang terlibat ialah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Persoalan sama ada keputusan Samad, 80, menyertai parti itu merupakan usaha pujukan DAP ataupun atas kerelaan sendiri, juga akan terjawab esok.

Samad sebelum ini banyak membuat kemunculan dalam perhimpunan dan protes anjuran Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan (NGO), selain memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut perubahan dalam proses pilihan raya lapor AstroAwani


Tol naik sehingga RM1 di 16 lebuh raya Ogos ini?

Posted: 12 Jun 2015 01:00 AM PDT


Sebanyak 16 lebuh raya utama di seluruh negara dijangka menaikkan kadar tolnya sebanyak 20 sen hingga RM1 pada Ogos ini jika cadangan kenaikan itu diluluskan Kabinet, lapor Berita Harian hari ini.

Ia memetik Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mengikut perjanjian konsesi, tol semua lebuh raya tersebut sudah lama dinaikkan.

"Kalau ada keputusan nanti, kita akan maklumkan," katanya.

Difahamkan, ekoran penangguhan kadar kenaikan tol itu, semua syarikat konsesi yang terbabit diberi pampasan berjumlah RM558.9 juta.

Antara kadar tol yang dijangka meningkat secara mendadak ialah Lebuhraya Besraya yang dijangka naik 70 sen, daripada RM1.30 kepada RM2.

Kadar tol Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bakal meningkat sebanyak 60 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.20, Lebuhraya Damansara -Punchong (LDP) akan dinaikkan 50 sen, daripada RM1.60 kepada RM2.10.

Manakala Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (Latar) turut akan mengalami peningkatan sebanyak 50 sen, daripada RM2 kepada RM2.50, dan Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) naik 60 sen, daripada RM1 kepada RM1.60.

Lebuh raya lain yang bakal mengalami peningkatan drastik ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Kulim-Butterworth, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Pantai Timur 1.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan beliau tidak boleh mendedahkan isu berkaitan kenaikan tersebut sama ada ia akan dibahaskan di mesyuarat Kabinet atau tidak.

"Apa boleh saya katakan ialah, ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu," katanya.

Pada November tahun lalu, kerajaan memutuskan menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 20 lebuh raya di seluruh negara yang sepatutnya dinaikkan tahun ini lapor The Malaysian Insider


Ahli Parlimen BN berang harga barang naik kerana GST

Posted: 11 Jun 2015 11:00 PM PDT


Jawapan seorang timbalan menteri hari ini, berhubung laporan peningkatan dan penurunan harga barangan asas yang dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), membangkitkan kemarahan seorang ahli Parlimen Barisan Nasional.

Wakil rakyat Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyifatkan jawapan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Seri Ahmad Bashah Hanifah berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai 'syok sendiri' kerana tiada pendekatan turun padang dilakukan beliau.

"Kita sekarang ini ada isu serius, jangan kita jadi syok sendiri sahaja...

"Bila kita turun padang, sebelum kita sampai, jangan umum seluruh dunia mana kita nak pergi, memang kedai akan turun harga," katanya di Dewan Rakyat hari ini, mencelah Bashah yang sedang membuat ucapan penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi pihak kementeriannya.

Tiong marah kerana katanya, laporan yang diberikan KPDNKK tersebut berhubung harga barangan itu tidak selari dengan dakwaan Putrajaya ketika mahu melaksanakan GST sebelum ini yang menyatakan rakyat akan menyaksikan penurunan harga.

"Kita tahu GST sememangnya satu sistem percukaian yang baik. Kita juga tahu dalam negara ini ada lebih kurang 2 juta pembayar cukai. Itu pun banyak orang curi ayam... tapi sekarang ini berlaku kekeliruan.

"Dahulu ada timbalan menteri kata, kalau laksana GST, harga barangan akan turun, tapi sekarang sudah lain, ini timbul kekeliruan," katanya.

Oleh itu, beliau berpendapat, kerajaan seharusnya mempertimbangkan untuk menurunkan kadar GST 6% sekarang kepada 2% atau 3% sebagai tempoh permulaan bagi rakyat menyesuaikan diri dengannya.

Beliau juga turut memberi amaran sekiranya kerajaan terus bertindak menekan rakyat dengan GST sebanyak 6%, tidak mustahil BN akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam kertas memang cantik, tapi bagaimana dengan pelaksanaan, kawalannya, kordinasinya? Kerana itu saya cadang agensi kementerian terlibat berbincang untuk turunkan GST ini sebanyak 2% hingga 3%.

"Kita beri rakyat faham dulu. Walaupun hasil memang kurang, tapi rakyat boleh faham.

"Kalau kita tekan habis rakyat dengan 6% ini, kita terbang dalam pilihan raya, memang tidak ada gunanya," katanya.

Tiong juga mendakwa, ramai pegawai KPDNKK yang masih tidak faham pelaksanaan GST, menyebabkan para peniaga juga tidak memahaminya.

"Kalau tidak faham, kita terangkan, bukan menghukum. Ini semua nak guna kuasa... Kalau semua nak guna kuasa, nanti rakyat pun akan guna kuasa mereka tukar kerajaan," katanya.

Terdahulu, Bashah memberitahu Dewan Rakyat, hasil laporan harga kenaikan dan penurunan barangan berdasarkan pemantauan dan analisa KPDNKK bagi 446 barangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyaksikan peningkatan sebanyak 1 sen hingga RM4.44 sen.

"Bagi Semenanjung, sebanyak 122 barangan menyaksikan penurunan harga berbanding 228 harga barangan yang naik.

"Di Sabah, peningkatan harga membabitkan 206 barangan dan turun 115 barangan. Manakala di Sarawak, sebanyak 130 barangan turun harga dan yang naik harga ialah 267," katanya.

Timbalan menteri itu juga mengakui walaupun berlaku kenaikan harga barangan di pasaran, ia juga menyaksikan penurunan pada sesetengah barangan lapor The Malaysian Insider


Ahmad Maslan gembira 'periuk dan belanga' turun harga

Posted: 11 Jun 2015 08:09 PM PDT


Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan hari ini gembira kerana peralatan pekakas rumah turun harga selepas perlaksaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Di tangan saya ada senarai 376 barangan harga sewaktu SST dan GST. Selepas GST semuanya turun harga", katanya ketika merasmikan promosi GST di Houz Depot Petaling Jaya.

Tambahnya lagi, jika tidak kerana perbezaan matawang, hampir kesemuanya akan turun harga.

"Tetapi apa yang penting saya nak sebutkan di sini ialah pihak peniaga perlu mengamalkan etika peniaga yang baik.

"Kalau kita ambil MBA di mana-mana universiti, ada beberapa subjek yang menekankan tentang etika bisnes.

"Ini disebabkan kebanyakkan barangan keperluan rumah sebelum ini dikenakan sebanyak 10 peratus dan apabila diganti dengan GST ia menjadi enam peratus. Maka harga barangan diturunkan.

Beliau menberi contoh barangan di rumah seperti katil, almari,sofa dan kerusi meja yang dahulunya mahal tetapi sekarang sudah murah.

"Antara lain barang yang turut turun harga ialah barang elektrik seperti kipas, mesin basuh, peti sejuk cerek elektrik, periuk elektrik, dan televisyen.

"Satu lagi yang turun harga ialah pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garpu dan peralatan membersihkan rumah.

Tambahnya, senarai barangan itu boleh dilihat dalam web Kastam, KPDNKK atau Twitter @Ahmad Maslan.

"Twitter saya macam GST 101", katanya sambil ketawa.

Tegasnya lagi, pihak pembangkang tidak suka dengan apa yang saya cakap ini.

Sebab pembangkang kata kerana GST semua harga barang naik.

"Tetapi saya bagitahu semua harga peralatan rumah tidak naik seperti yang didakwa pembangkang lapor BeritaDaily


Saham Jatuh Teruk: FGV mohon dagangan digantung

Posted: 11 Jun 2015 05:30 PM PDT


Apa khabar agaknya Makcik dan Pakcik di Felda yang dah diperbodohkan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini ya..

Dulu bila Pakatan Rakyat bantah, Makcik dan Pakcik tak percaya.. Makcik dan Pakcik kata ini semua fitnah..

Makcik dan Pakcik percaya sangat auta si Najib tu..

Sekarang tunggu sajalah.. untung sabut timbul.. untung batu tenggelam.. tapi nampak menghala ke arah tenggelam dah ni.. kalau tenggelam kelam lah masa depan..

Tanah Makcik, tanah Pakcik nak tergadai atau apa.. apa Iso Samek tu peduli.... dio dah kayo dah..

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memohon dagangan sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia digantung mulai 9 pagi esok, sehingga satu pengumuman penting dibuat.

Bursa Malaysia dalam pengumumannya hari ini berkata, sehubungan itu dagangan dalam waran berstruktur berkaitan FGV juga akan digantung pada masa sama.

Saham FGV ditutup pada RM1.86, turun 6 sen dengan 3.37 juta saham bertukar tangan hari ini lapor Bernama



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...