Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sebelum tampil bela Farah Ann tu.. Khairy patut baca apa Harussani kata ni..

Posted: 13 Jun 2015 08:30 AM PDT


"Dalam gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi memperoleh emas kerana berjaya mengagumkan juri dengan persembahannya.

"Dalam perbuatannya, hanya Tuhan saja yang akan menghakimi beliau. Bukan kamu. Jangan ganggu atlet kami," tulis Khairy dalam Twitter malam tadi...

Nak pertahankan pun tengok keadaanlah Khairy.. kita ni orang Islam.. kalau semua nak dibiar Allah menghakimi tak perlulah ada undang-undang dalam dunia ni..

Jangan sampai dilihat kurang bijak dan jahil kerana mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama Islam tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang.

Itu kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria..

Ni laporan penuhnya..

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu beragama Islam tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum menunjukkan aurat kepada bukan muhrim yang sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan Hadis termasuk larangan membuka aurat di dalam isu sukan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, isu itu seharusnya sudah jelas sejak berzaman dan tidak terlalu terikut-ikut dengan konsep serta cara pemakaian yang diperkenalkan negara Barat.

"Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka. Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bolasepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Harussani mengulas sikap pengguna media sosial yang menyelar gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi selepas gambarnya dimuat naik di laman Facebook sebuah stesen televisyen dengan dengan penampilan pakaian ketat gimnastik yang dikatakan menampakkan lurah faraj.

Aurat merupakan bahagian badan yang tidak boleh dilihat oleh orang ramai (seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan bagi perempuan dan di antara pusat dgn lutut bagi lelaki) menurut hukum Islam.

Sebelum ini, Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM) Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor meminta masyarakat bersikap adil terhadap gimnas berusia 21 tahun itu yang dikatakan memuat naik gambar menunjukkan lurah farajnya setelah memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Singapura baru-baru ini.

Kata Dr. Mariani, sifat menghentam dan suka melihat keburukan orang lain dilihat satu fenomena biasa yang berniat sengaja untuk tujuan sensasi.

Dalam pada itu, ketika ditanya reaksi pengguna media sosial yang mempertikaikan pemakaian Farah, ini kata Dr Harussani;

"Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang." lapor AstroAwani



Jangan campuri politik atau kena 'belasah'?.. Nih dari TMJ kepada Nazri Aziz

Posted: 13 Jun 2015 06:11 AM PDT


"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Selang beberapa jam kemudian,  Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar..

Lapor Malaysiakini.. Dalam klip video dimuat naik pada akau Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers, beliau dilihat sedang berehat di atas bangku dan menoleh ketika kamera berada di kirinya.

Menggunakan tangan kiri, Tunku Ismail membuat isyarat memanggil.

Klip video sepanjang 17 saat itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Tunku Ismail adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberi amaran supaya Tunku Ismail tidak mencampuri politik.

Kata Nazri tindakan Tunku Ismail boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika kerajaan memberi reaksi kepada komennya.

Pos berkenaan juga pantas mendapat reaksi daripada pengguna Facebook.

Sehingga jam 8.15 malam ini lebih 2,000 orang menekan butang Like dan sekurang-kurangnya 541 akaun lain berkongsi pautan berkenaan.

Pos berkenaan juga mengundang banyak komen. Pemilik akaun Facebook Nasrulhadi Noh misalnya menulis: "Setengah Menteri sekarang dah tiada rasa hormat dgn Kerabat di Raja. Mintak Tunku halau jek menteri mcm ni dari masuk ke Johor dengan Ahmad Maslan sekali."

Syahriman Paparock pula menulis: "Nazri jp lg mkn kayu hoki koottt".

Bagi Hakeem Neils, video itu mendorongnya menulis: "ape lagi..dah panggil tu..jgn x dtg pulak mcm sorang lagi tu...xD"

Ashhabu Rayati Suud: "Senyum lebar tgok video ni, kerajaan nk belasah kerabat johor, ingt kami anak johor batang pisang."

Video sila lihat di SINI


Kerana Najib, TMJ pun masuk campur politik kata Mahathir

Posted: 12 Jun 2015 05:30 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerabat diraja tidak sepatutnya mengulas mengenai isu politik.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir disebabkan cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) dilihat menjengkelkan, ia menyebabkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbuat demikian.

"Dia (Tunku Ismail) tidak sepatutnya membuat apa-apa komen tentang politik tetapi kadang-kala apabila terdapat perkara yang menjengkelkan, kita perlu menegur sedikit," katanya pada sidang media.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.

Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senang secara terbuka dalam isu itu, sekali gus dilihat tamparan hebat kepada pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...