Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kerajaan negeri Pulau Pinang hentikan perkhidmatan Pegawai Penerangan ahli PAS

Posted: 14 Jun 2015 06:25 AM PDT


Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota Pas yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Salah seorang ahli Pas, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

"Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014," petik isi kandungan surat berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meminta kepimpinan baru Pas mengarahkan semua ahlinya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ia susulan penerimaan usul tanpa bahas pada Muktamar Pas ke-61 yang bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) lapor Free Malaysia Today

Mahathir punca nilai Ringgit jatuh kata Ahmad Maslan..

Posted: 14 Jun 2015 12:46 AM PDT


Malang buat pembayar-pembayar cukai di negara kita ini, kerana cukai yang dibayar itu digunakan untuk membayar gaji manusia kurang cerdik macam ni...

Dulu masa Anwar Ibrahim belum disumbat ke dalam penjara, semua perkara buruk yang melanda negara semuanya disalahkan Anwar Ibrahim..

Sekarang bila Anwar Ibrahim dah dipenjara, Tun Mahathir pula dijadikan 'Kambing Hitam' oleh pemimpin UMNO dan macainya.. kejatuhan nilai ringgit kerana kegagalan Najib mentadbir ekonomi negarapun disalahkan Tun Mahathir..

Kata Ahmad Maslan seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini... "Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de¬ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

"Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,"

Rasanya sebelum Tun Mahathir mengkritik 1MDB lagipun nilai Ringgit Malaysia dah mula jatuh.. masa tu Menteri-menteri yang ada berusaha memperbodohkan rakyat kononnya kejatuhan nilai Ringgit baik untuk ekonomi negara..

Memang baik sebenarnya kalau negara kita mampu mengeksport produk yang keseluruhannya dibina atau dibuat dengan bahan-bahan mentah yang 100% dihasilkan dalam negara..

Tapi masaalahnya ialah untuk menghasilkan produk untuk dieksport kita perlu mengimport bahan mentah dari luar negara..

Jadi bagaimana kita hendak mengeluarkan barangan yang murah jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi kerana kejatuhan nilai Ringgit untuk mengimport bahan mentah dari luar?

Kalau benar serangan Dr Mahathir punca ringgit jatuh, itu bermakna Tun Mahathir lebih berpengaruh daripada Najib yang namanya saja Perdana Menteri tetapi tidak ada pengaruh untuk mengukuhkan ringgit.

Jika benar Tun Mahathir lebih berpengaruh daripada Najib, lebih baik serahkan saja jawatan PM itu kepada Tun Mahathir supaya dengan pengaruh Tun Mahathir ini ringgit dapat dipulihkan semula...

Atau upah Tun Mahathir untuk diam dalam masa sebulan atau dua bulan supaya nilai Ringgit boleh kembali pulih..

Bodohlah hang Ahmad Maslan!!

Laporan berkaitan..

Datuk Ahmad Maslan menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengelak penyusutan nilai ringgit berterusan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir sewajarnya berhenti menyerang Najib kerana segala persoalan yang diajukan sudah dijawab presiden Umno itu.

"Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de¬ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

"Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini," katanya seperti dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Ahmad berkata, Najib tidak akan tunduk kepada desakan bekas perdana menteri itu untuk meletak jawatan kerana desakan sedemikian tidak membawa keuntungan kepada negara.

"Rakyat akhirnya akan tahu apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya menjatuhkan imej dan maruah negara di mata dunia," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ketua penerangan Umno itu berkata jika berlaku penyusutan nilai ringgit, maka barangan import akan mengalami kenaikan harga disebabkan urus niaga menggunakan dolar Amerika.

"Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan," katanya kepada akhbar itu.

Semalam, Bernama melaporkan ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.

Bagi tempoh sepanjang minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras terendahnya dalam tempoh 9 tahun pada Isnin lepas berbanding dolar AS berikutan pengukuhannya yang turut mengekang minat terhadap mata wang lain, termasuk ringgit.

Pengukuhan dolar itu turut disebabkan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan serta data jualan yang hanya mencetuskan lagi spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7580/7610 daripada 3.7170/7200 pada Jumaat lepas.

Ringgit turut rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.7806/7843 daripada 2.7568/7601 Jumaat lepas dan lemah berbanding yen kepada 3.0368/0399 daripada 2.9793/9822, minggu lepas.

Unit tempatan itu turut merosot berbanding pound British kepada 5.8166/8235 daripada 5.6885/6946 dan susut berbanding euro kepada 4.1962/1007 daripada 4.1842/1887, pada Jumaat lepas lapor The Malaysian Insider



Media Antarabangsa lapor Najib akan berdepan undi tak percaya..

Posted: 13 Jun 2015 08:30 PM PDT


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.

Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.

Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Tun Daim Zainuddin, rakan baik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.

Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber.

Laporan itu menyebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan menggantikan Najib sebagai Presiden UMNO bagi memperkukuhkan parti yang terjejas teruk akibat skandal 1MDB.

"Razaleigh akan diterima semua. Sebelum ini beliau akan keberatan kerana menjaga isterinya yang sakit. Kematian isteri beliau baru-baru ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya kepada negara," tulis laporan itu lagi.

Portal berita yang berpangkalan di Hong Kong itu mendakwa, Ku Li, Ahli Parlimen UMNO paling lama, telah lama menjadi pilihan menggantikan Najib tetapi tidak mendapat sokongan sepenuhnya ahli parti.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi politik tidak menentu yang turut menjejaskan ekonomi negara, pemimpin UMNO akan menerima Ku Li.

Menurut laporan 12 Jun itu, kejatuhan nilai ringgit telah merisaukan pelabur asing ditambah pula skandal 1MDB telah mendorong pemimpin UMNO berbelah bahagi untuk terus menyokong Najib.

Mereka bimbang ketidak tentuan politik dalaman akan menyebabkan UMNO dan BN kalah pada pilihan raya akan datang lapor FreeMalaysiaToday


Najib yang khianati rakyat kerana cuba sembunyi kenaikkan tol..

Posted: 13 Jun 2015 05:30 PM PDT


Kata Najib..Pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet.

"(Kabinet) membincangkan isu ini (semalam) tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang.

"Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad. "Malangnya berlaku kebocoran melalui media sosial dan perkara ini digembar-gemburkan," katanya.

Najib juga kecewa apabila ada pihak tertentu yang dianggap tidak beretika serta mengkhianati kepercayaan kerajaan kerana membocorkan maklumat berkenaan.

Itu kata Najib.. dia kata yang bocorkan maklumat pasal cadangan menaikkan harga tol itu pengkhianat.. tapi dalam masa yang sama Najib juga adalah pengkhianat kerana cuba menyembunyikan kenaikkan harga tol dari pengetahuan rakyat..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkhianati rakyat apabila cuba menyembunyikan berita kenaikan‎ harga tol, kata Sim Tze Tzin.

Penga‎rah strategi PKR itu berkata, hakikatnya Putrajaya selama ini mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kerajaan seharusnya telus dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol.

"Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib semalam dilaporkan berkata, ‎pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya mengkhianati kepercayaan diberi kabinet kerana ia masih belum dimuktamadkan.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi, katanya perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, syarat kontrak tol amat ‎memihak kepada syarikat konsesi yang kebanyakannya terdiri daripada kroni Umno dan BN sehingga menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol setiap 2 tahun.

Beliau juga meramalkan Putrajaya akan menggunakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk dibayar kepada syarikat tol bagi mengelakkan kemarahan rakyat.

Katanya, ‎Putrajaya perlu berterus terang kepada rakyat sama ada hasil kutipan GST yang melebihi RM6 bilion sejak dua bulan lalu akan dibayar kepada syarikat konsesi tol.

"Janji perdana menteri adalah berterus terang tentang penggunaan wang kutipan GST," katanya.

Katanya, Putrajaya juga perlu mendedahkan kontrak konsesi jika mahu menggunakan wang GST.

"Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan, di mana dan bagaimana.

"Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan cukai GST," katanya.

Laporan akhbar tempatan sebelum ini menimbulkan spekulasi kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini lapor The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...