Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Pahlawan Bugis' tidak muncul jelas isu 1MDB semasa penggulungan Dewan Rakyat

Posted: 15 Jun 2015 09:00 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke Dewan Rakyat untuk sesi penggulungan Kementerian Kewangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat menanti untuk menyoal mengenai syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menggantikan beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Husni semasa penggulungan memberi penerangan mengenai aset dan langkah penstrukturan melibatkan 1MDB, khususnya langkah untuk mencairkan aset bagi menampung hutang.

Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menyindir Najib dengan bertanya mengapa "pahlawan Bugis" tidak hadir ke Dewan walhal mengatakan sebelum ini beliau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan Kedua kerana berani, ini berbeza dengan pahlawan Bugis yang mengatakan 'nothing to hide'," kata Hanipa.

Sementara itu, beberapa ahli Parlimen PR lain juga aktif menanyakan soalan kepada Husni, termasuk wakil rakyat DAP Kluang Liew Chin Tong yang menyoal sama ada skandal 1MDB merupakan punca kejatuhan mata wang negara.

Sementara itu, ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin juga bangkit mempersoalkan beberapa isu mengenai transaksi melibatkan 1MDB, menggesa Husni menjawab dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai skandal di Terengganu ~ The malaysian Insider

Dalam masa yang sama 1MDB dilaporkan membayar bunga RM2.7 bilion setahun ..

Syarikat pelaburan strategik 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu, menurut Kementerian Kewangan hari ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.

"Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun," katanya.

Hanipa mengemukakan soalan mengenai jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu.


Raja Melayu tidak berpihak kepada parti politik, kata Sultan Pahang?.. jadi maknanya Najib dah berbohong laaa...

Posted: 15 Jun 2015 06:30 AM PDT


Dalam perutusan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia pada hari ini kepada media rasmi.

Baginda bertitah Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.

Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri hanya ingin memelihara kepentingan rakyat secara adil dan terhormat dan tidak berasaskan kepada musim-musim pilihan raya... laporan penuh sila baca di SINI

.. Jadi maknanya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tu dah bohonglah bila mencanangkan kepada seluruh rakyat Pahang dan Malaysia amnya bahawa baginda Sultan Pahang menyokong beliau pada 23 Mei lalu..

Lapor The Malaysian Insider mengenai ucapan Najib..


Dalam usahanya meyakinkan rakyat yang beliau masih perlu kekal sebagai perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu orang ramai beliau mendapat kepercayaan dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk terus memimpin negara.

Katanya, sokongan Tuanku di samping sokongan penyokong kuatnya di Pahang, menguatkan iltizam beliau untuk terus memimpin negara walaupun berdepan tindakan "meracun akarnya" di Pahang.

"Kita jaga kawasan kita. Kita hendak Pahang ini terus jadi kubu. Ada orang hendak mengancam kita. Ada orang hendak meracun akar kita, pastikan pokok kita terus tegap teguh.

"Alhamdulillah semua sokong kita," katanya sewaktu bercakap kepada penyokongnya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Tuanku Sultan Ahmad Shah pun dah buat kenyataan awal lagi. Tuanku cakap apa? Titah Tuanku, Pahang sokong sepenuhnya, daripada Raja sampai rakyat biasa.

"Terima kasih, saya rasa amat terharu. Percayalah dengan mandat ini saya akan buat yang terbaik untuk Pahang dan negara kita yang tercinta.

"Terima kasih atas sokongan yang cukup mengkagumkan ini," beliau berucap di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan.. laporan penuh bacalah di SINI

Hmmm.. nasib kita lah.. kena kencing sepanjang masa dengan Presiden UMNO ni..


Mesej untuk rakyat Malaysia termasuk Nazri Aziz dari TMJ

Posted: 15 Jun 2015 03:00 AM PDT


Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.

Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat.

Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.


DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


Zuraida berang Bung kata mukanya macam 'Mak Lampir' (Video Inside)

Posted: 15 Jun 2015 12:55 AM PDT


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaluddin bertikam lidah di Dewan Rakyat pagi Isnin berhubung isu hujah seksis.

Zuraida pada mulanya bangun membacakan Peraturan 36(4) yang melarang ahli-ahli parlimen menuturkan perkataan kurang sopan di dalam Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa Bung Moktar ketika mencelah perbahasannya pada 9 Jun lalu berhujah dengan perkataan seksis dan mahu Bung Moktar dikenakan tindakan.

Bung Moktar yang bangun mempertahankan tindakannya itu berkata, beliau ikhlas mahu menegur Zuraida kerana jika sikap agresifnya dalam Dewan berterusan di rumah boleh menyebabkan suami ahli parlimen PKR itu menderita.

Ahli Parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh turut bangun mempertahankan Zuraida dan mahu Bung Moktar menarik balik perkataannya.

Malah ketika mempertahankan hujahnya, Bung Moktar terus memanaskan perbahasan dengan mengaitkan Zuraida sebagai Mak Lampir seperti dilaporkan media lapor BNBBC

Ikuti pertikaman lidah Bung, Zuraida dan Fuziah serta timbalan speaker Datuk Seri Ronald Kiandee berhuhung isu ungkapan seksis di Dewan Rakyat..


Berikut pula video sidang media Zuraida mengenai isu ini..


Kah.. kah.. kah.. tak patut sungguh Bung Mokhtar ni..


Siapa Pensyarah Universiti Malaya yang didedahkan Mat Sabu bersama PAS ni?

Posted: 14 Jun 2015 11:00 PM PDT


Menarik persoalan yang Mat Sabu bangkitkan ini, sebabnya dalam persoalan ada satu lagi persoalan yang perlu kita fikirkan..

Soalnya "Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack, kenapa tidak orang Islam,"

Persoalannya siapakah yang dimaksudkan oleh Mat Sabu sebagai Pensyarah Universiti Malaya itu, yang dari persoalan yang ditanya oleh Mat Sabu itu menggambarkan beliau adalah seorang Ulama dari PAS..

Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dikenakan pelbagai tekanan oleh pihak Kerajaan bila banyak ulasan-ulasannya tidak memihak Kerajaan..

Hingga pada akhirnya beliau bertindak untuk meninggalkan UIA, dan akhirnya menyertai PKR..

Tapi kenapa langsung tidak kedengaran sebarang tekanan atau tindakan diambil terhadap Pensyarah UM yang bersama PAS itu?

Beliau bukannya ahli biasa tapi Pengarah Operasi.. kalau tak silap..

Baca ni ...

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, akidah dan akhlak Islam kini terbahagi dua dan tidak lagi dilihat di negara Islam sebaliknya negara bukan Islam. 
Beliau berkata, mengambil contoh isu kemiskinan dan alam sekitar di negara ini, rakyat Malaysia tidak mencari ulama, tetapi bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. 
"Di dunia Islam sekarang pertahan akidah beli kereta. Ertinya, akidah lain, akhlak lain. Kita tak mahu orang mengatakan, nak melihat akhlak Islam kena pergi England, nak melihat orang Islam pergi timur tengah. 
"Kenapa misalnya, bila kita bercakap soal kemiskinan membela orang miskin kita cari Arutchelvan, kenapa tak cari ulama, pensyarah Universiti Malaya, kenapa soal membela alam sekitar kita cari Wong Tack, kenapa tidak orang Islam," katanya dalam ceramah pertamanya di Kuala Lumpur malam tadi selepas kalah dalam muktamar lalu. 
Klip video ceramah ini turut dimuat naik ke laman sosial Facebook. 
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas kepada bekas penceramah Forum Perdana, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor, awal bulan lalu. 
Sehubungan itu, Mat Sabu berkata, perjuangannya hari ini adalah untuk mengembalikan akidah dan akhlak umat Islam. 
"Kita bercakap syariat, bercakap hudud, kaya miskin paling ketara di Pakistan, negara Arab. Sedangkan agama kita amat menitik beratkan soal keadilan sosial. 
"Sebab itu perjuangan abang Mat, bersama kita semua, kita perjuangkan akidah dan akhlak. Barulah orang Islam boleh pimpin dunia semula," katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sekitar 300 orang. 
Mat Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu. 
Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan. 
"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya. 
"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang. 
"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama'," katanya. 
Mat Sabu berkata, beliau hairan melihat pimpinan parti terang-terangan membuang undi berpandukan satu senarai nama yang membariskan semua golongan ulama atau pro ulama lapor The Malaysian Insider



Nazri Aziz kurang ajar kata Ketua UMNO Parit Sulong

Posted: 14 Jun 2015 08:44 PM PDT


Kalaulah ayat yamg keluar dari mulut Pemimpin UMNO yang namanya Nazri Aziz tu.. keluar dari mulut sesiapa saja pemimpin PR.. rasanya tak sampai 24jam dah kena cekup dah..

Tak cukup dengan tindakan Polis, NGO-NGO pun tentu riuh rendah buat laporan Polis dan demo mengutuk tindakan pemimpin PR itu..

Tapi disebabkan ianya keluar dari mulut pemimpin UMNO, maka pihak berkuasa pun buat tak nampak sajalah..

Dah dua atau tiga hari berlalu belum muncul seorang pun dari mereka membuat laporan Polis.. Inilah Malaysia!!

Laporan berkaitan..

Jangan kurang ajar! Demikian kenyataan tegas, Ketua Umno Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan yang ditujukan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 
"Saya teramat kesal dengan kenyataan menteri itu. Semua orang perlu sanjung tinggi kedaultan institusi istana, termasuk pemimpin di peringkat pusat. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) hormatkan istana, inikan pula menteri. Kena hormatlah juga. 
"Jawatan menteri bukan lesen untuk hina institusi yang sudah wujud sekian lama ini," katanya. 
Zulkurnain berkata, kenyataan Mohamed Nazri bukan sahaja melampau tetapi dibimbangi akan mencetuskan kemarahan rakyat Johor sekali gus menjejaskan keharmonian rakyat keseluruhannya. 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan menteri itu, kelmarin yang membidas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara. 
Ini berikutan Tunku Ismail pada 5 Jun lalu dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, "orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul..." yang dipercayai merujuk kepada tindakan perdana menteri tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO, Nothing2Hide. 
Menurut Mohamed Nazri, kenyataan anakanda Sultan Johor itu berhubung isu-isu politik negara akan menyebabkan beliau dikecam. 
"Saya rasa beliau (Tunku Ismail) harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia. Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu jadi ahli politik, dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik. 
"Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," demikian kata Mohamed Nazri dipetik. 
Zulkurnain berkata, kenyataan menteri itu yang merujuk kepada Tunku Mahkota Johor amat dikesali. 
"Saya cukup kesal dengan tindakan sesetengah pemimpin yang semakin kurang ajar hingga sanggup mengeluarkan perkataan yang begitu sekali menghina institusi raja," katanya. 
Zulkurnain bagaimanapun yakin pendirian Mohamed Nazri tidak mewakili pandangan kepimpinan Umno atau rakyat kerana beliau bukan anggota majlis tertinggi parti. 
"Saya sarankan beliau muhasabah diri, cermin diri dahulu apabila mahu buat kenyataan berkaitan institusi raja," katanya. 
Zulkurnain juga percaya, bukan sedikit rakyat Johor yang marah dengan kenyataan menteri itu. 
Menurutnya, sejak dahulu lagi rakyat Johor akan bangun menentang sesiapa juga yang cuba menghina institusi raja yang boleh merosakkan perpaduan rakyat. 
"Orang luar yang tidak suka 'Cara Johor' tidak perlu cerca atau hina, mereka boleh mencari tempat lain tetapi bukanlah di negeri Johor ini yang sudah cukup aman selama ini," katanya. 
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi berkata, Tunku Ismail berhak menyalurkan pandangan sebagai seorang warganegara Malaysia yang prihatin. 
Katanya, baginda mempunyai hak khususnya dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan awam. 
"Oleh itu, adalah tidak wajar bagi sesiapapun untuk menafikan hak ini. Malah adalah agak keterlaluan bagi mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan dan boleh mencemarkan nama baik institusi diraja Johor khasnya," katanya lapor Sinar Harian



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...