Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Adakah ini kemungkinan yang dimaksudkan Ku Li dengan dalam politik segalanya mungkin?

Posted: 16 Jun 2015 08:55 AM PDT


Kata Ku Li, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga,"

Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab:

"Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."

"Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya."

Ha.. ha.. ha.. dalam politik segalanya berkemungkinan...

Komposisi Dun Selangor  mempunyai 56 kerusi, PAS 15, DAP 15,, PKR 13, BN 12 dan Bebas  1..

Bagi Dun Pulau Pinang pula ada 40 kerusi, DAP 19, PKR 10, BN 10 dan PAS 1...

DAP dah tak mahu bekerjasama dengan PAS.. dan PAS juga dah tak mahu bekerjasama dengan DAP.. perkara ini hanya merugikan rakyat yang memilih..

Apa kata kalau di Selangor PKR bergabung dengan BN, 13 + 12 = 25 Kerusi.. dah majoriti dah ni.. nak lebih kukuh lantiklah Bebas yang sorang tu jadi MB..

Di Pulau Pinang pula PKR bergabung dengan BN, 10 + 10 = 20 Kerusi.. majoriti jugak ni..nak pilih CM lambung syiling sajalah..

DAP dengan PAS tu.. lantak pi lah kat depa.. pasai depa nak bergaduh sangat..

Kalau jadilah gabungan ni.. KALAU kata aku.. Padan muka Mahathir, Padan muka TG Haji Hadi, padan muka Guan Eng... dan padan muka rakyat sekelian termasuk aku.. kah..kah..kah...

Segalanya mungkin....


Laporan berkaitan..

Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia "mungkin" menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: "Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."

"Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya."

Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas.

Ditanya masalah siapa lebih besar, sama ada BN atau PR, Razaleigh ketawa dan berkata: "Saya tak tahu, saya tidak terlibat dalam masalah yang satu lagi. Saya cuma tahu masalah yang ini sahaja."

"Jadi, saya tak tahu yang mana lebih besar atau lebih kecil. Tetapi, masalah tetap masalah."

Beliau berkata, langkah PR membubarkan dirinya sesuatu yang "bagus" kerana ia boleh membantu mengukuhkan pembangkang.

"Saya fikir mereka mesti bersedia mengambil tindakan berani untuk memperkenalkan langkah yang selaras. Selaras dengan anak muda, terutamanya," kata putera Kelantan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pagi ini mengumumkan PR tidak lagi wujud dan mengatakan ia akan hanya bekerjasama dengan PKR dan "semua pihak" yang mahu melihat pemerintahan BN berakhir.

Dalam BN pula, Umno terus memainkan peranan yang dominan selepas parti komponen utama lain merosot teruk prestasinya pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

MIC, misalnya, dibelenggu dengan perebutan kuasa dan terdahulu hari ini menyingkirkan presidennya Datuk Seri G Palanivel dan melantik timbalannya Datuk Seri S Subramaniam sebagai pemangku.

Bulan lepas, Razaleigh menggesa agar parti berasaskan agama dan kaum dihentikan dan menggesa negara bergerak ke arah satu sistem terbuka yang menepati keperluan generasi muda Malaysia.

Beliau menambah, konsep yang berasaskan kaum hanya membawa kejatuhan, terutamanya bagi Umno, yang katanya menghadapi masalah melebarkan keahliannya dan menarik golongan belia lapor The Malaysian Insider




Mujahid setuju dengan Lim, Pakatan kini berkubur..

Posted: 16 Jun 2015 07:00 AM PDT


Keputusan DAP yang mengumumkan "pembubaran" Pakatan Rakyat (PR) hari ini dipersetujui bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof yang berkata beliau sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku.

Bagaimanapun, katanya, pembubaran PR bukan membawa maksud tidak baik, sebaliknya melihat perkembangan itu sebagai satu kelahiran semula pakatan pembangkang berusia 7 tahun itu. 

"PR diadakan oleh 3 parti. Jika satu tarik diri, maka PR sudah tidak ada lagi. Saya kira ini satu kelahiran semua yang boleh dilihat dalam pelbagai cara.

"Isinya tetap sama, perjuangan untuk rakyat kekal, cuma sama ada dengan PAS atau tidak dengan PAS," kata ahli Parlimen Parit Buntar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semalam yang bersetuju PR kini tidak lagi wujud.

Pemimpin progresif PAS itu yang baru-baru ini tewas dalam pemilihan parti berkata, yang paling penting ialah isi perjuangan sesuatu parti itu, bukan pada namanya.

"Siapa pun boleh tubuh parti selagi ada akar umbi yang bagus. Prinsipnya, terpulang pada parti itu untuk selari dengan ideologi pemerintah, sama ada hendak pergi kepada BN atau PR," katanya. 

Ditanya adakah parti baru yang mungkin akan ditubuhkan itu serpihan dari PAS, Mujahid berkata, beliau lebih senang sekiranya kewujudan parti tersebut memenuhi ruang kosong yang ditinggal PAS. 

"Kalau serpihan, ia seperti satu keadaan terdesak. Bagi saya, parti baru mesti terdiri daripada pelbagai lapisan rakyat yang mahu mengisi kekosongan PAS.

"Saya tidak setuju sekiranya ia serpihan dari PAS," katanya merujuk kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ketika ditemui pemberita tetap mempertahankan pendiriannya yang beranggapan PR sudah tiada.

Lim berkata keputusan tersebut berdasarkan pendirian PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan ia tidak perlu menunggu kelulusan Ketua Umum PR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

"Tidak (tak perlu tunggu Dr Wan Azizah umum). Jika parti buat resolusi, maka itu yang anda perlu hadapi," katanya.

Beliau juga berkata keputusan tersebut tidak memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam PR untuk mengumumkan pembubaran itu lapor The Malaysian Insider


Rakyat Johor demo tuntut Nazri Aziz letak jawatan..

Posted: 16 Jun 2015 04:08 AM PDT


Beratus-ratus rakyat Johor menuntut agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meletak jawatan.

Ahli-ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Bukit Serene, Selasa, bagi menunjukkan kasih sayang dan sokongan mereka terhadap Sultan Johor dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Hidup Rakyat Johor'.

Penyokong menggesa Nazri meletak jawatan sebagai menteri kerana membuat kenyataan biadap terhadap institusi Diraja. 

Kumpulan tersebut dijangka menyerahkan memorandum kepada pegawai-pegawai istana bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Sultan dan kerabat diraja Johor.

Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata Nazri tidak mempunyai hak untuk mencabar kerabat diraja.


Ketua Biro Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata Nazri tidak mempunyai hak untuk mencabar kerabat diraja.

"Kami rakyat Johor berasa bahawa beliau (Nazri) perlu memahami hak-hak institusi Diraja dan dia perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Johor.

"Nazri perlu meletakkan jawatan sebagai menteri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan istana sini.

Beliau juga berkata bahawa lebih ramai orang dijangka akan berhimpun di kawasan itu dalam tempoh beberapa jam akan datang untuk menunjukkan sokongan mereka lapor mStar


Akhirnya Pakatan Rakyat dikuburkan di Pulau Pinang...

Posted: 15 Jun 2015 11:47 PM PDT


Roketkini melaporkan.. dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada hari ini, Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.

Kata Guan Eng, Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh DAP, PKR dan PAS untuk memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia berikutan tsunami pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

Katanya, dengan sokongan daripada rakyat Malaysia, parti-parti pembangkang memenangi lebih satu pertiga daripada kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri.

"Ia mendorong pimpinan DAP, PKR dan PAS untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama," katanya.

"Namun, ekoran beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabuli keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan mengakibatkan muafakat sedia ada hampir lumpuh.

"Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Abdul Hadi membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Menurut Guan Eng, Pakatan Rakyat terus lumpuh apabila Abdul Hadi memungkiri janji peribadinya dalam mesyuarat Majlia Pimpinan pada 10 Februari untuk membincangkan cadangan undang-undang hudud PAS terlebih dahulu sebelum ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan atau dibawa ke parlimen.

Pengkhianatan Abdul Hadi, kata Ahli Parlimen Bagan itu, berterusan apabila pada 6 Jun lalu muktamar PAS menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.

"Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat.

"Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

"DAP akan bekerjasama dengan PKR dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat," katanya.

Berikut adalah kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 16 Jun 2015 di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 2015 telah memutuskan seperti berikut: 
Tidak wujud lagi 'Pakatan Rakyat' 
Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memenuhi aspirasi perubahan politik rakyat Malaysia berikutan tsunami pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. 
Dengan sokongan hebat daripada rakyat Malaysia, parti-parti pembangkang memenangi lebih satu pertiga daripada kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri. 
Pimpinan DAP, PKR dan PAS telah bersetuju untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama, dengan harapan untuk menyatupadukan kesemua usaha anti-Umno/Barisan Nasional demi mengusung era baru politik dan pentadbiran penuh integriti, akauntabiliti dan demokrasi dalam sebuah negara Malaysia yang progresif. 
Juga telah dipersetujui bahawa proses membuat keputusan dalam Pakatan Rakyat haruslah berasaskan konsensus dan kepercayaan bersama di peringkat Majlis Pimpinan. 
Di Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada Disember 2009, Dasar Bersama Pakatan Rakyat telah dikemukakan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti sebagai asas kerjasama tiga parti komponen Pakatan Rakyat. 
Muafakat Pakatan Rakyat bukanlah diniatkan sebagai muafakat demi kuasa semata-mata, tetapi sebagai sebuah muafakat yang berpandukan idea, prinsip dan nilai-nilai sebuah negara Malaysia yang baru. 
Pakatan Rakyat tampil sebagai alternatif yang mampan bagi menggantikan Barisan Nasional pada PRU ke-13 dan memperolehi 52 peratus undi popular. 
Namun, dalam beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan telah dicabuli oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengakibatkan muafakat Pakatan Rakyat hampir lumpuh. 
Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Hadi untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak, walaupun telah didedahkan bahawa dana Lembaga Tabung Haji telah digunakan untuk membeli hartanah daripada 1MDB pada harga RM2,773 satu kaki persegi, di Tun Razak Exchange (TRX), yang telah dibeli oleh 1MDB pada harga hanya RM64 satu kaki persegi. 
BN dan Hadi tidak mempersoalkan kenapa Tabung Haji tidak dibenarkan membeli tanah TRX daripada kerajaan pada harga RM64 satu kaki persegi, dan sebaliknya membeli tanah tersebut daripada 1MDB pada harga RM2,773 kaki persegi. 
Perbuatan Hadi memungkiri janji peribadinya di mesyuarat Majlis Pimpinan pada 10 Februari untuk membincangkan cadangan undang-undang hudud PAS terlebih dahulu bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat di peringkat Majlis Pimpinan sebelum ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan atau sebelum rang undang-undang persendirian oleh Hadi dikemukakan di Parlimen tambah melumpuhkan lagi keseluruhan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. 
Pengkhianatan Hadi ini diikuti keputusan besar pada 6 Jun 2015 apabila Muktamar PAS, perhimpunan agung yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam parti tersebut, menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan.
CEC DAP menerima usul Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. 
Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat. Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat. 
DAP akan bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat. 
Kesan daripada hal ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor pula adalah sokongan DAP bagi kepimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri dengan sebuah muafakat yang mampan berasaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor 2013 yang telah menerima mandat lebih 60% undi popular di negeri itu. 
DAP akan berusaha ke arah sebuah muafakat baru yang berprinsip dan lebih meluas yang akan muncul bagi mengisi kelompangan politik serta mampu menyalakan semula harapan ke arah perubahan bagi menjadikan Impian Malaysia kita sebuah realiti, serta masa depan yang lebih baik untuk semua.

Lim Guan Eng




'Dead man tells no tales' kata anak bekas Agong kepada Mahathir

Posted: 15 Jun 2015 08:56 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mempergunakan sultan Johor sebelum ini Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk menyingkirkan Tun Salleh Abbas sebagai ketua hakim negara pada 1988.

Anak sultan itu yang juga Tunku Bendahara negeri Tunku Abdul Majid Idris Iskandar berkata demikian di Facebook beliau.

"Mahathir gunakan bapa saya untuk singkirkan Salleh, titik. Salleh orang baik dan bapa saya iktirafnya.

"Baginda (Sultan Iskandar) sudah berbaik-baik dengan Tun Salleh. "Mahathir, tolong jangan salahkan pihak yang tidak dapat pertahankan dirinya lagi," kata Tunku Majid.

Mahathir pada 13 Jun lalu mendakwa beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan itu walaupun Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, yang mahu Salleh disingkirkan. 

Mahathir, pemecatan itu berpunca daripada tindakan Salleh menulis surat kepada semua sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

Mahathir membuat dakwaan terhadap Sultan Iskandar selepas berdepan soalan mendakwa beliau melemahkan badan kehakiman negara, dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Pemecatan Salleh pada 1988 dilihat meluas sebagai serangan balas Mahathir selepas mahkamah memutuskan pengharaman Umno sebagai parti politik ketika itu lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...