Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dr. sahkan Pakatan Rakyat dah mati...

Posted: 17 Jun 2015 08:30 AM PDT


PKR hari ini turut mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal tetapi status quo di Selangor dan Pulau Pinang kekal.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata atas "semangat dan permuafakatan" gabungan itu sebelum ini PKR juga akan terus memberikan sokongan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Azizah juga mengakui mereka kesal dengan sikap dua sekutunya – PKR dan DAP – sebelum ini.

"(PKR) menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan yang kami anggap tindakan tergesa-gesa.

"Ekoran dari itu, gabungan politik Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal," katanya lagi.

KENYATAAN MEDIA

Pakatan Rakyat ditubuhkan pasca Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 atas initiatif Sdr Anwar Ibrahim bersama pimpinan utama dengan membawa tiga parti pembangkang terbesar dalam negara sebagai bergabung menentang Barisan Nasional.

KEADILAN yakin bahawa sokongan padu kepada Pakatan Rakyat (KEADILAN, DAP dan PAS) selama ini dipacu oleh arus rakyat yang benar-benar dahagakan perubahan. Satu harapan yang besar digalaskan kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional.

Harapan rakyat itu berpaksikan kepada prinsip-prinsip bersama yang dipersetujui dan diperjuangkan bersama oleh Pakatan Rakyat selama ini seperti yang dimeterai di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, termasuklah:

1. Keterangkuman semua kaum, kumpulan dan setiap rakyat dalam membina Persekutuan Malaysia yang adil dan sejahtera;

2. Mempertahankan kedudukan agama Islam, kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputra, institusi raja-raja dan bahasa Melayu mengikut peruntukan Perlembagaan dengan menjamin hak kaum dan agama lain;

3. Menyuburkan sebuah negara bertatakelola baik dan berlandaskan prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang;

4. Mensejahterakan ekonomi negara yang berkepedulian rakyat, berdaya saing dengan membanteras gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

KEADILAN sangat menghargai permuafakatan yang digembleng bersama dengan PAS dan DAP sebelum ini dan dukungan padu rakyat yang melonjakkan Pakatan Rakyat sehingga mendapat sokongan 52% pengundi dalam PRU13.

Mengambil kira perkembangan terkini Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada 16 Jun 2015 telah memutuskan:

1. Menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan Rakyat yang kami anggap tindakan tergesa-gesa. Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal;

2. Namun, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semangat dan permuafakatan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar Sdr Azmin Ali, dan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng terus kekal. Dan dalam semangat yang sama, dan tertakluk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, KEADILAN akan terus memberikan sokongan kepada Dato' Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob;

3. KEADILAN akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan Barisan Nasional.


Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

17 Jun 2015



Mak aih!! Ganasnya Bung.. tapi ini ugutan kan?

Posted: 17 Jun 2015 07:22 AM PDT


Sepatutnya apa yang berlaku dalam Dewan tu.. selesaikanlah dalam Dewan.. bukannya heret keluar Dewan tak cukup luar dewan ceroboh privasi orang pulak..

Setahu akulah, Bung kutuk Zuraida.. katanya muka Zuraida macam Mak Lampir.. yang Zuraida tu pulak pi heret Wanita dan Ahli KeAdilan buat demo kerana pertelingkahan dia dengan Bung tu apa hal?

Laporan berkaitan..

Berang dengan satu protes yang diadakan di luar kediamannya di Ampang, Ahli Parlimen Umno Bung Moktar Radin berkata "mungkin ada yang mati" jika beliau berada di rumah ketika insiden itu.

Katanya, sekumpulan wanita dari Ampang telah menceroboh rumahnya hari ini, sambil memegang sepanduk dan antara lain melaungkan 'reformasi'.

Bung Moktar berkata laporan polis telah dibuat sambil menambah bahawa apa yang berlaku dalam Dewan hendaklah diselesaikan di Dewan. "Jangan biadap," katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015.

Bung berkata, protes itu, yang diadakan sebagai tindak balas terhadap kenyataannya yang didakwa 'seksis' terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, merupakan satu bentuk gangguan terhadap keluarganya.

"Nasib baik saya tidak ada. Kalau saya ada, mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya," tegasnya.

Memetik Peraturan Mesyuarat 36, Bung menuntut Dewan Rakyat merujuk Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan untuk tindakan disiplin.

Berikutan itu, Hee Loi Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) bangun memprotes kata-kata Bung itu yang seterusnya mencetus perang mulut lapor Malaysiakini




Adik Najib nafi akan tubuh parti Politik..

Posted: 17 Jun 2015 03:00 AM PDT


Portal berita Asia Sentinel melaporkan, Nazir sering mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah supaya beliau mengetuai parti yang dijangka bakal ditubuhkan itu.

"Sahabat Nazir menasihatkan tentang perlunya beliau muncul sebagai penggerak utama atau ia akan gagal," kata laporan itu.

Asia Sentinel turut mendakwa, walaupun Saifuddin merupakan pemimpin yang dihormati kerana pendirian sederhananya, namun pengaruhnya belum cukup besar bagi mendapatkan sokongan.

Pengerusi Kumpulan CIMB itu juga sering mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh perniagaan di United Kingdom dan Kuala Lumpur bagi membincangkan rancangan itu dalam usaha menamatkan "politik perkauman yang memecah belah" masyarakat.

"Nazir dikatakan bertemu golongan sederhana termasuk pemimpin Cina dalam kempen tersebut, bagi merangka parti baharu yang sekiranya berjaya boleh melakarkan semula lanskap politik negara dan mengubah susunan parti yang dibuat ketika penjajah British menyerahkan semula Malaysia kepada orang tempatan pada 1957," kata laporan itu.

Bagaimanapun... 

"This is not true," the chairman of CIMB group said in a statement today.

Instead, he had been in talks about setting up a non-governmental organisation, but this was merely an idea, he said.

Nazir was commenting on a report by portal Asia Sentinel today which said the banker had been in meetings with business leaders and "moderates" to form a new, non-partisan political party to end Malaysia's "divisive racial politics".

The report added that Nazir had approached Global Movement of Moderates chief Datuk Saifuddin Abdullah to lead the new party.

"I refer to recent news reports that I am setting up a new political party. This is not true.

"I have been growing increasingly concerned about the socio-political environment as well as its impact on the economy.

"In this context I have had conversations with like-minded friends, including Saifuddin, about the need to better enable moderate Malaysians to voice their views, concerns and suggestions.

"We have discussed setting up an NGO but it remains just an idea at this moment," said Nazir in a brief statement.

A separate statement by Saifuddin also confirmed talks to set up an NGO to promote moderation.

"With reference to the statement by Datuk Seri Nazir Razak, I wish to confirm that there have been conversations by him and friends, including me, on the current socio-political and economic situation.

"We are thinking of forming an NGO as a platform for moderate voices," the former Umno minister's one paragraph statement said.. please continue yours reading HERE

Berapa banyak NGO daaa...


Seorang lagi Ahli Majlis PAS Pulau Pinang letak jawatan

Posted: 17 Jun 2015 12:35 AM PDT


Seorang lagi ahli majlis kerajaan tempatan dari PAS di Pulau Pinang meletak jawatan hari ini berikutan putusnya hubungan di antara DAP dan parti Islam itu yang mengakhiri Pakatan Rakyat (PR).

Dahalan Fazil, ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), meletak jawatan berkuat kuasa hari ini, menurut ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Chow Kon Yeow. Chow berkata, beliau menerima peletakan jawatan Dahalan yang dihantar ke pejabatnya di Komtar petang semalam.

"Bagi pihak kerajaan negeri, kami mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya dan jasanya kepada Pulau Pinang sebagai ahli majlis."

Dahalan dilantik ahli MPSP atas cadangan PAS awal tahun ini. Beliau mengangkat sumpah pada Januari.

Beliau merupakan ahli jawatankuasa pelesenan dan penguatkuasaan, jawatankuasa lalu lintas dan infrastruktur dan jawatankuasa perancangan, pembangunan dan pengindahan majlis itu lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...