Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemuda UMNO Pulau Pinang nak mengamuk sebab struktur tulisan UMNO diroboh MPPP?

Posted: 19 Jun 2015 08:01 AM PDT


Melaporlah seorang Blogger UMNO tentang tindakan meroboh struktur tulisan UMNO yang ada di hadapan menara UMNO Pulau Pinang oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang siang tadi..

Katanya.. "Berlaku kekecohan siang tadi di Menara UMNO Pulau Pinang apabila pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hadir untuk merobohkan struktur tulisan UMNO yang didirikan dihadapan jalan masuk ke bangunan tersebut.


"Menurut beberapa saksi yang berada di tempat kejadian , tidak ada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak MBPP sebelum itu sehinggalah kedatangan para pegawai terbabit dan berlaku pertikaian apabila struktur tulisan itu dikatakan mengganggu lalu lintas.

"Malah sebahagiannya turut mempertikaikan tindakan MBPP itu memandangkan kewujudan gerai-gerai di seberang jalan dan di sekitar kawasan terbabit yang jelas mengganggu lalu lintas tidak diambil tindakan.

Itu antara laporan Blogger UMNO itu.. ini pula notis untuk merobohkan struktur haram itu..


Rentetan dari itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang , Saudara Rafizal Abdul Rahim tampil mengutuk tindakan MPPP itu yang menurutnya telah dipergunakan oleh DAP..

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERHUBUNG TINDAKAN MPPP MEROBOHKAN STRUKTUR TULISAN UMNO DI IBU PEJABAT UMNO NEGERI

Satu lagi tindakan kurang ajar dan biadab Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guang Eng yang mempergunakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang tadi.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan ini dan sengaja 'mencari pasal 'di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tanpa sebarang makluman malah perbincangan dengan pihak pengurusan UMNO Pulau Pinang struktur tersebut terus dirobohkan.

Pembinaan struktur tersebut sebenarnya terletak dalam kawasan tanah JKP Sdn Bhd. Apa salahnya sebelum tindakan diambil berbincanglah terlebih dahulu dengan pihak pengurusan UMNO.

Saya sendiri berada di lokasi kejadian, melihat dan berunding tetapi kesimpulannya, betapa zalimnya Ketua Menteri Pulau Pinang memperkudakan Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk merobohkan struktur tersebut dan sememangnya beliau takut pada bayang-bayang sendiri.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini ingin mengingatkan Lim Guang Eng agar jangan terlalu kerap bermain dengan api. Cubaan merobohkan struktur tulisan ayat keramat 'UMNO' di Ibu Pejabat UMNO Negeri seperti mencabar kami ahli-ahli UMNO. Kami bimbang kemarahan ahli UMNO akan sampai kemuncaknya.

Salam hormat dari saya

RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang


Pergh.. ayat kearamat tu.. ha.. ha.. ha...


Benarkah Felda bayar RM2.8 Bilion untuk 'bailout' kroni Najib di Indonesia?

Posted: 19 Jun 2015 01:43 AM PDT


Felda Global Ventures Bhd, syarikat perladangan tersenarai paling besar di Malaysia, menggambarkan pembelian aset gula bernilai AS$746 juta (RM2.8 bilion) milik ahli perniagaan Indonesia, Peter Sondakh sebagai bukti integrasi ekonomi di kalangan 10 negara anggota Asean. 

Bagaimanapun, pelabur dan ahli bank mempersoalkan perolehan itu, dengan berkata pembelian itu terlalu mahal bagi Felda dan berupa usaha menyelamatkan Sondakh yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pembelian itu berlaku ketika masih hangat isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan ia menimbulkan kebimbangan mengenai tadbir urut syarikat melibatkan syarikat berkait kerajaan (GLC) yang mendominasi ekonomi Malaysia, serta penggunaan dana awam oleh kerajaan.

Saham Felda mencatatkan rekod kejatuhan minggu ini berikutan pengumuman pembelian ekuiti majoriti bukan-kawalan dalam kumpulan perladangan PT Eagle High Plantations dan 95% projek gula di kepulauan Papua, kedua-duanya dimiliki Rajawali Group milik Sondakh.

Di bawah pembelian itu, Felda bercadang membayar AS$679 juta bagi 37% kepentingan dalam Eagle High dan AS$66.5 juta lagi bagi aset gula.

Harga sedemikian terlalu tinggi, menurut penganalisis pelaburan yang memerhatikan syarikat perladangan Malaysia itu yang pada pertengahan 2012 menyenaraikan sahamnya di pasaran saham tempatan, tetapi kini antara saham yang paling rugi di kalangan GLC.

Dan ini sebabnya.

Menurut pembelian itu, setiap saham Eagle High dinilai pada 72% lebih tinggi daripada harga yang diniagakan sebelum pengumuman pembelian FGV dibuat.

Ini kerana Felda membayar kira-kira AS$17,535 se-hektar bagi bagi aset Eagle High, lebih daripada purata harga ladang kelapa sawit di Indonesia iaitu antara AS$8,000 dan AS$13,000 se-hektar, menurut CIMB Research.

Pembelian yang akan dibantu pinjaman dan rezab dalam Felda, akan menghapuskan sejumlah besar rezab tunai Malaysia, yang kini berada pada RM2.87 bilion.

Bagi Rajawali Group, ia merupakan durian runtuh.

Walaupun membayar harga premium bagi 37% ekuiti dalam Eagle High, Felda tidak akan dapat mengawal syarikat berkenaan, kerana kumpulan Rajawali, yang sahamnya akan turun kepada 31.6%, masih kekal mengawal.

Penganalisis bank dan pelaburan di Jakarta dan Kuala Lumpur berkata, pembelian itu penting sebagai talian hayat kewangan Sondakh, yang bergelut menyelesaikan hutangnya dalam sektor perladangan dan perlombongan ekoran kejatuhan harga komoditi.

Rajawali diasaskan pada tahun 1984 dan mempunyai kepentingan dalam pertanian, perlombongan, telekomunikasi dan produk kepenggunaan.

Jualan perniagaan selular Indonesia kepada syarikat milik kerajaan, Telekom Malaysia pada hujung 2004 membuka laluan buat Sondakh mengembangkan perniagaannya masuk ke Malaysia.

Beliau mendapat beberapa aset hartanah di Kuala Lumpur dan resort peranginan di Langkawi pada tahun 2006, dan mula menjalinkan hubungan dengan pertubuhan politik Malaysia.

Sondakh, 62, mula rapat dengan Omar Mustapha Ong, ahli perunding perniagaan yang berada dalam kelompok kecil penasihat Najib yang dulunya timbalan perdana menteri.

Sondakh merupakan antara ahli perniagaan luar yang hadir semasa Najib diangkat menjadi perdana menteri pada April 2009 oleh Yang di-Pertuan Aging dalam satu majlis tradisi di istana Kuala Lumpur.

Beliau sudah lama cuba menggabungkan aset perladangannya dengan syarikat minyak kelapa sawit Malaysia. Beberapa tahun lalu, Sondakh membuat tawaran dengan Sime Darby Bhd untuk mendapatkan salah satu syarikat konglomerat komoditi yang berpusat di Perancis, Loius Dreyfus. Namun perjanjian itu tidak berjaya kerana percanggahan harga, kata eksekutif kewangan yang rapat dengan situasi itu.

Ketika hubungan Sondakh dengan parti politik Malaysia mendatangkan keuntungan kepadanya, penganalisis berkata perjanjian Felda yang bakal diperkukuhkan itu menimbulkan kebimbangan tentang prospek ekonomi Malaysia.

Pasaran saham tempatan dan ringgit dipukul oleh aliran keluar portfolio asing ekoran kebimbangan umum terhadap kemunculan pasaran baru.

Skandal pelaburan 1MDB dengan tanggungan hutang RM42 bilion juga menjadi pertimbangan terhadap sentimen pelabur.

Perjanjian Felda itu tidak akan membantu kerana caranya sama seperti terlebih bayaran aset di kalangan anak syarikat kerajaan (GLC) lain.

1MDB misalnya dikritik kerana secara kasarnya terlebih bayar untuk aset tenaga daripada 2 kumpulan perniagaan Malaysia yang mempunyai hubungan secara politik dan urusan dengan Eagle High Plantation milik Sondakh hanya akan menambahkan lagi kritikan terhadap Najib, diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertubi-tubi mempersoalkan penyalahgunaan ekonomi kerajaan.

Perjanjian Felda juga membuktikan masalah politik buat Najib. Lebih 300 penempatan Felda seluruh negara dengan peneroka sekeluarga mewakili sokongan kuat kawasan luar bandar untuk kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib.

Penganalisis politik berkata, prestasi muram Felda sejak disenaraikan dalam bursa saham dan kejatuhan harga komoditi menimbulkan rasa kecewa dalam situasi politik yang tidak menentu. – The Edge Review




Cubaan Ahmad Maslan perbodohkan rakyat dikantoikan Bank Negara..

Posted: 18 Jun 2015 11:00 PM PDT


Kini jelas kepada semua, apa yang Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan gunakan sebagai alasan untuk menjelaskan sebab nilai ringgit jatuh hanyalah satu lagi alasan bodoh darinya untuk memperbodohkan rakyat..

Ahad lalu Ahmad Maslan dengan menggunakan nama Gabenor Bank Negara untuk menyakinkan rakyat dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata

"Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de¬ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

"Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,"

"Rakyat akhirnya akan tahu apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya menjatuhkan imej dan maruah negara di mata dunia,"

"Jika keadaan itu berlaku, keadaan ekonomi negara bertambah sukar, biarpun pada dasarnya ia tidak akan berlaku dengan adanya asas ekonomi yang kukuh, namun dibimbangi perkara itu tidak dapat dielakkan," katanya kepada akhbar milik UMNO itu..

Bagaimanapun cubaan memperbodohkan rakyat oleh Ahmad Maslan itu kantoi hari ini bilamana Bank Negara menafikan kenyataan Ahmad Maslan itu..

Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan situasi ringgit Malaysia sekarang adalah disebabkan kesan pembangunan ekonomi global dan domestik, menyangkal dakwaan menuduh kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara faktor matawang itu susut. 
Dalam satu kenyataan, BNM menegaskan ia neutral politik dan "tidak akan terlibat dengan agenda politik". 
"Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berkaitan polisi kewangan bank utama dan kecenderungan trend harga minyak mentah dan gas. 
"Faktor domestik termasuk kebimbangan entiti berkaitan kerajaan dan isu membabitkan rating," kata BNM, dalam satu kenyataan. 
BNM berkata, ketidaktentutan dalam beberapa isu tersebut menyumbang kepada kedudukan kewangan negara. 
"Faktor luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi pasaran terbuka, usaha perlu digembleng untuk menyelesaikan isu domestik yang melibatkan ekonomi kita. 
"Sebaik sahaja isu ini diselesaikan, prestasi matawang dijangka konsisten dengan prinsip asas ekonomi dan prospek perkembangannya," katanya. 
Kenyataaan bertajuk "Salah Lapor terhadap Ringgit" itu dilihat mengkritik dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa BNM menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tiga faktor utama penurunan nilai ringgit. 
Ringgit berada di kedudukan lemah berbanding dolar AS dengan 1.29% didagangkan pada 3.7090 semalam. Sehingga hari ini, ringgit semakin lemah dengan penyusutan sebanyak 6.08%. 
BNM berkata, ia akan kekal fokus debgan peranannya mengekalkan kestabilan kewangan bagi menyokong kestabilan ekonomi.

Ahmad Maslan oiiiii!! Bodoh tu simpanlah sikit.. jangan tunjukkan semua..


Kru MT Orkim Harmony selamat, perampas dah lari

Posted: 18 Jun 2015 07:50 PM PDT


Semua kru kapal MT Orkim Harmony dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) seperti dilapor Bernama.

Seorang daripada mereka dilaporkan cedera ringan.

Ia turut memetik panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai berkata perampas kapal tangki yang sarat dengan minyak petrol RON95 itu melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal itu. 

TLDM juga berkata krew kapal akan diiring ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba pukul 2 pagi esok.

Sebelum itu, Orkim Harmony yang dicat semula dan ditutup namanya oleh perampas dilaporkan belayar ke timur Indonesia menuju Kepulauan Natuna dalam cubaan perampas melepaskan diri. 

Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid memberitahu Bernama, perampas juga merayu disediakan bot ketika sampai di Pulau Natuna.

"Proses rundingan masih berjalan...apabila sampai di Pulau Natuna, mereka (perampas kapal) meminta disediakan sebuah bot untuk mereka melepaskan diri, sementara pihak TLDM masih mengiringi kapal tangki itu ke sana," katanya semalam


Mahathir cuba burukkan pentadbiran Najib melalui media antarabangsa dakwa Anifah

Posted: 18 Jun 2015 05:50 PM PDT


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman membidas kecaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran negara dan parti politik dalam surat terbuka kepada editor akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times.

Anifah kesal melihat Dr Mahathir cuba untuk merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai sebahagian daripada dendam politik peribadi.

"Ia adalah tidak bertanggungjawab bagi mana-mana warga negara, apatah lagi seorang bekas perdana menteri, untuk menyebarkan pembohongan dan memutarbelit mengenai kedudukan syarikat-syarikat milik negara," kata beliau dalam surat terbuka itu, yang dikirim kepada Bernama semalam.

Anifah mengkritik serangan Dr Mahathir terhadap 1MDB, Umno dan tuduhan terhadap perdana menteri yang masih berkhidmat, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini ialah beberapa petikan surat Anifah mengenai 1MDB.

"Contohnya dengan menyatakan bahawa RM42 bilion lesap dari 1MDB untuk menimbulkan kebimbangan awam sedangkan hakikatnya ini hutang yang diaudit bersandarkan aset bernilai RM51 bilion. Dakwaan-dakwaan melulu ini memberi kesan kepada sentimen pasaran terhadap Malaysia.

 "Selain itu, beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

"Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir tidak berminat kepada jawapan dari pihak berkuasa berkenaan yang sah. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak."

Mengenai pandangan Dr Mahathir terhadap Umno yang menjadi 'lubuk untuk ahli politik bernaung', Anifah berkata: "Tun Mahathir yang mengetuai parti selama 22 tahun. Beliaulah semasa pemerintahannya berusaha untuk memupuk budaya "yes men" (Pak Turut) dan mengukuhkan kedudukannya."

Mengenai tuduhan Dr Mahathir terhadap Najib, Anifah berkata ia semata-mata keterlaluan, dan tidak benar sama sekali.

Beliau berkata ia adalah hasil daripada langkah pembaharuan yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang membolehkan Tun Mahathir mempunyai kebebasan untuk bersuara begitu kritikal terhadap parti dan kerajaan yang beliau pernah memimpin.

"Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka melihat Dr Mahathir bersara secara hormat daripada terus merosakkan kedudukan negara sendiri untuk kepentingan politik peribadinya," katanya lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...