Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Selfie selepas solat tarawih boleh hapus semua pahala ibadah' - Nooh Gadut

Posted: 22 Jun 2015 05:30 AM PDT


Perbuatan menangkap gambar sendiri dengan menggunakan telefon pintar atau 'selfie' selepas menunaikan solat atau Tarawih di masjid dan menyiarkannya di media sosial dengan niat riak dan mahu menunjuk-nunjuk disifatkan boleh menghapuskan pahala ibadah.

Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut berkata, penerangan itu sudah jelas di dalam doa Iftitah yang dibaca setiap kali solat dan menyebut fokus ibadah adalah keutamaan dalam keikhlasan seseorang individu.

"Khusyuk dalam solat dan fokus semasa bersembahyang penting dalam ibadah. Semasa beribadah ini kita perlu tinggalkan alam dunia dan bukan menunjukkan kita sudah beribadah kepada seluruh dunia.

"Apa tujuan kita ke masjid? apakah kita hendak memberitahu mahu bergambar 'selfie'? Di situ keikhlasan beribadat sudah tidak ada," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nooh mengulas sikap sesetengah masyarakat yang gemar mengambil gambar di masjid selepas beribadah dan memuat naik di laman sosial seperti Facebook.

Katanya, fokus semasa beribadah juga tidak tertakluk kepada 'selfie' malah isu sejadah.

"Seperti di Johor sendiri, beberapa masjid tidak menggunakan sejadah bercorak berbunga kerama mahu jemaah memberikan fokus 100 peratus semasa beribadat," ujarnya.

Tegasnya, perbuatan selfie selepas beribadah turut membatalkan khusyuk dan keikhlasan.

"Riak dan takabbur ini menghapuskan pahala ibadah. Kita tanya diri sendiri hendak sembahyang ke hendak berselfie?

"Ibadah sama seperti bersedekah, konsepnya jika tangan kanan memberi, tangan kiri tidak sepatutnya tahu.

"Malu apabila dunia lihat sikap orang Islam yang berselfie dan menunjuk di laman sosial. Tidak ada gunanya kalau pergi beribadat di masjid dan pulang tanpa dapat pahala," jelasnya.

Sebelum ini, sebuah portal menyiarkan kenyataan Nooh yang menyifatkan perbuatan segelintir masyarakat yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui pelbagai saluran media amat ditegah oleh agama dan boleh dianggap menempah tiket ke neraka.

Tegas Nooh, tindakan itu boleh menimbulkan kekacauan kepada manusia dan menunjukkan ciri-ciri orang munafik.

Terdahulu sebuah portal melaporkan Nooh memberi tiga garis panduan kepada selebriti tanah air yang telah berhijrah agar dapat menjaga kesucian Islam sesuai dengan penghijrahan yang dilakukan.

Nooh berkata, tiga perkara itu ialah sentiasa menutup aurat, tidak berpakaian ketat dan tidak memakai pakaian jarang agar fesyen yang digayakan tidak memberi ghairah kepada orang ramai ~ AstroAwani


Kenapa struktur haram logo UMNO dirobohkan MBPP?

Posted: 22 Jun 2015 03:00 AM PDT


Menurut Ahli Majlis MBPP, pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu.

Keesokannya didapati struktur logo itu telah siap dinaikkan, pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu.

Hmm.. dah diberikan notis rupanya.. tapi buat tak endah.. bila kena roboh pakat mengelupur riuh rendah..

Ingatkan dah lama ada.. rupa-rupanya baru dibina..

Nak buat apa sekalipun ikutlah undang-undang.. jangan ikut kepala hotak hangpa saja..

Laporan berkaitan..

GEORGETOWN - Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno Negeri di Jalan Macalister di sini Jumaat lepas adalah mengikut undang-undang, kata MBPP. 
Anggota Majlis MBPP, Ong Ah Teong berkata, pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan. 
"Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit. 
"Saya telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu. 
Keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan. Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu. 
"Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ. Diharapkan pihak UMNO tidak mempolitikkan isu ini. 
Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lepas cuba meroboh struktur tulisan Umno di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan. 
Ong yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap MBPP berkata sebarang pembinaan struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu. 
Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP, Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut prosedur undang-undang. 
"Kita telah menurunkan 290 stand alone board di negeri ini. Sesiapa yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan," katanya.  
Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa MBPP seharusnya memberi notis selama 30 hari untuk membuat sebarang tindakan, Ong berkata MBPP boleh mengeluarkan notis serta merta untuk pemunya menurunkan struktur itu. 
"Umno Pulau Pinang perlu menurunkan struktur itu terlebih dahulu dan membuat permohonan untuk mendirikan struktur logo berkenaan," katanya. 
Justeru itu, beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis kepada Umno Pulau Pinang untuk menurunkan struktur itu dalam tempoh seminggu bermula hari ini lapor Sinar Harian



Jabatan Penjara jelaskan kenapa Anwar kelihatan di Wisma Maran..

Posted: 22 Jun 2015 01:32 AM PDT


Ni apa yang dilaporkan oleh seorang Blogger UMNO beberapa hari yang lalu.. mengenai kehadiran Anwar Ibrahim di Wisma Maran.

Tulisnya "Seorang saksi ternampak konvoi kereta Jabatan Penjara muncul di parking tingkat bawah Wisma Maran, Medan Pasar Jalan Tunku Abdul Rahman TAR pada lebih kurang pukul 10 pagi.

Sebaik saja pintu masuk ke tingkat bawah ditutup, saksi tersebut nampak Dato Seri Anwar Ibrahim keluar dari kereta.

Saksi yang berada di tingkat itu telah dapat mengambil gambar-gambar lalu ianya sampai ke tangan Unspinners.

Menurut saksi, beliau nampak pegawai penjara mengarah pihak polis yang mengiring memberi keselamatan tidak mengikuti Anwar.

Anwar telah dinaikkan melalui lif bomba ke tingkat 8 yang mana ada ada pejabat firma guaman. Pegawai penjara mengawasi supaya tidak ada gambar Anwar diambil.


Kemudian dalam pukil 11 pagi, Anwar bertemu ahli keluarga di tempat perbincangan Tingkat 8 Wisma Maran hingga dia pulang ke penjara Sungsi Buloh pada pukul 12.15.

Suatu perkara yang pelik untuk Anwar keluar dari penjara Sg Buloh untuk hadiri perbincangan.

Beberapa persoalan:

1. Adakah pegawai penjara berhak memberi arahan kepada polis di tempat awam?

2. Bila berada di kawasan Dang Wangi adakah pihak penjara lebih berkuasa dari polis?

3. Adakah pegawai penjara telah di "kautim" untuk iring Anwar untuk keluar haditi mesyuarat dan perbincangan sesuka hati?

4. Apakah keistimewaan Anwar sehingga boleh berjumpa peguamnya di luar penjara ?


Berikut adalah penjelasan dari pihak penjara..

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara hari ini menafikan dakwaan yang tersebar meluas di media sosial kononnya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi kebebasan keluar masuk penjara. 
Hal ini tercetus berikutan laporan beberapa media sosial berkenaan pengiringan Anwar bagi menghadiri penyiasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara yang bertempat di Wisma Maran di sini pada 18 Jun lalu. 
Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim, berkata pengiringan berkenaan dilakukan setelah Komisioner Jeneral Penjara mempertimbangkan notis oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Peguambela dan Peguamcara berhubung aduan yang dibuat oleh Anwar di bawah Akta Profession Undang-Undang 1976. 
"Anwar telah dikawal oleh pegawai penjara dengan kerjasama berterusan pihak polis sepanjang tempoh berada bersama jawatankuasa berkenaan di Wisma Maran. 
"Bagaimanapun, kami tidak berupaya untuk mengawal sepenuhnya mana-mana pihak untuk mengambil gambar dan seterusnya menggunakan gambar tersebut bagi apa-apa maksud," katanya dalam satu kenyataan di sini. 
Supri turut menegaskan bahawa pengiringan Anwar ke wisma berkenaan mematuhi peruntukan undang-undang dan bukan satu keistimewaan seperti digembar-gemburkan~ Berita Harian



Penolong Kanan ‘nasihat’ murid bukan Islam supaya minum air kencing sendiri jika tak bawa bekal air ke sekolah?.

Posted: 21 Jun 2015 11:03 PM PDT


Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa 'menasihatkan' murid bukan Islam supaya minum air paip atau air kencing sendiri jika tidak membawa bekal air ke sekolah.

Guru itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berucap pada perhimpunan rasmi sekolah itu pada 21 Jun lalu.

'Nasihat itu dipercayai dibuat oleh guru itu supaya murid bukan Islam menghormati murid Islam yang sedang berpuasa.

"Murid-murid bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air di dalam kelas tetapi minum air di tandas sekolah.

"Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun air kencing sendiri," kata guru itu seperti yang didakwa oleh ahli keluarga salah seorang murid bukan Islam sekolah itu menerusi surat yang menjadi viral di laman sosial.

Surat aduan berkenaan ditulis kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

" Ucapan yang disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ini tidak beradab dan tidak sopan serta menimbulkan sentimen perkauman di kalangan pelajar dan masyarakat bukan Islam.

"Adalah juga jelas bahawa beliau sebagai seorang guru tidak menghormati perasaan pelajar, guru dan waris-waris bukan Islam," antara isi kandungan surat itu.

Salinan surat yang dikongsi dalam laman sosial itu bagaimanapun tidak bertanda tangan dan kesahihan surat itu diragui.


Namun begitu, ia telah menjadi perbahasan hangat di laman sosial lapor Free Malaysia Today


Yayasan Rakyat 1Malaysia ni milik siapa?

Posted: 21 Jun 2015 08:34 PM PDT


DAP hari ini mempersoalkan siapa pemilik Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak serta menggesa perdana menteri mendedahkan sama ada yayasan berkenaan dimiliki organisasi kebajikan swasta atau kerajaan Malaysia.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan syarikat yang berkepentingan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu memberi sumbangan kepada "kebajikan" yang dikawal perdana menteri.

Pua berkata, akhbar kewangan antarabangsa itu mendedahkan, YR1M menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya.

"Sebelum ini, kita mengetahui semua keputusan 1MDB perlu melalui kebenaran bertulis perdana menteri tanpa pengecualian.

"Sumbangan syarikat seperti Genting Bhd menerima manfaat untuk asetnya yang dipindah milik kepada entiti dikawal perdana menteri dengan harga begitu tinggi menimbulkan konflik kepentingan yang jelas.

"Ini sempadan kepada rasuah dan salah guna kuasa yang jelas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan semakannya, Pua mendedahkan, laman web YR1M menyatakan yayasan itu dipengerusikan Najib tanpa menamakan mana-mana individu terlibat dalam kapasiti rasmi.

Semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati yayasan berkenaan adalah syarikat terhad dengan jaminan, dianggotai 4 ahli lembaga pengarah termasuk Najib selain Datuk Azlin Alias, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.

Pua berkata, Azlin adalah ketua setiausaha sulit perdana menteri yang maut dalam nahas helikopter bersama bekas ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis di Semenyih baru-baru ini.

Manakala, Wan Ahmad merupakan pegawai khas Najib sejak 2004, dan Che Lodin tidak bekerja untuk Jabatan Perdana Menteri.

"Perdana menteri bagaimanapun melantik Che Lodin sebagai pengerusi 1MDB," kata Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

"Daripada maklumat berikut dan dokumen berkenaan, jelas menunjukkan YR1M ialah unit kebajikan yang dikawal selia sepenuhnya perdana menteri," katanya.

Pua berkata, YR1M boleh dikatakan sebagai "yayasan" yang dananya digunakan atas kehendaknya.

"Seperti didakwa, dengan bukti oleh WSJ, sumbangan itu kemudiannya disalurkan kepada aktiviti berkaitan kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN)," katanya.

Sehubungan itu, katanya rakyat Malaysia perlu mengetahui sema ada berlaku pecah amanah atau amalan korupsi dalam transaksi yang didedahkan sebelum ini.

"Keseluruhan pembiayaan dan struktur perbelanjaan YR1M diburukkan lagi dengan kegagalan mereka menyerahkan penyata kewangan kepada SSM yang tamat pada Disember 2014 sejak ditubuhkan pada Januari 2013.

"Tidak masuk akal perdana menteri melanggar undang-undang negara ini,' katanya.

Sehubungan itu, Pua menggesa Najib menyerahkan penyata kewangan YR1M untuk membuktikan yayasan berkenaan tidak melakukan kesalahan.

"Kegagalan melakukan perkara itu akan menyaksikan perdana menteri dilihat bersalah dalam aspek salah laku kewangan oleh rakyat, kerana beliau ada segalanya untuk disembunyikan," katanya lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...