Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Majoriti ahli Perkasa mengundi PR?.. boleh percaya ke Ibrahim Ali ni?

Posted: 23 Jun 2015 09:00 AM PDT


Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan majoriti ahli Perkasa tidak lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, walaupun 65 peratus ahli Perkasa adalah ahli UMNO, namun kepercayaan mereka terhadap parti yang sudah wujud sejak 50 tahun lalu itu semakin terhakis.

"Keseluruhan mereka tidak berpuas hati dengan UMNO," ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, pada Selasa.

Jelasnya, Perkasa kini mempunyai 300,000 ahli yang berdaftar, namum melalui perjumpaan dari hati ke hati yang dilakukannya, mendapati kebanyakkan mereka mengundi Pakatan Rakyat.

"Kalau ahli UMNO dalam Perkasa mengundi UMNO, kenapa banyak kawasan yang UMNO kalah," kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, tinjauan yang dilakukan Perkasa mendapati UMNO semakin tidak mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu.

Ini disebabkan isu semasa seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai.

"Walaupun UMNO menolong Melayu Bumiputera, tetapi ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Ia tidak mencukupi," katanya.

Ibrahim menyifatkan UMNO kini diibaratkan seperti telur dihujung tanduk. "Dengan penuh kejujuran dan ikhlas, memang telur dihujung tanduk, dan survival UMNO amat kritikal," katanya lapor Free Malaysia Today

.. Rasanya adalah benda yang dia tak dapat tu.. pasal tu dok gempar Najib..


Tak sia-sia dia mempertahankan Najib dari serangan Mahathir..

Posted: 23 Jun 2015 07:00 AM PDT


Pertengahan bulan Mei yang lalu.. Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini menggesa ketua Umno Bahagian menangkis tohmahan dilontarkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, bukan memberikan sokongan secara individu kepada perdana menteri.

Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, beliau bimbang dengan trend sesetengah Ketua Bahagian yang menunjukkan sokongan kepada Najib, tetapi pada masa sama gagal menangkis serangan Dr Mahathir.

"Kami bimbang dengan tindakan sesetengah Ketua Bahagian yang melahirkan sokongan sama ada terbuka atau tertutup kepada Najib, yang akhirnya membawa rebah kepada masa depan parti. 

"Sokongan membabi-buta terhadap mana-mana individu tidak akan menjamin kekuatan parti. 

"Sebaliknya Ketua Bahagian kena menjadi benteng kepada kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam berdepan sebarang tohmahan jahat dilakukan pihak tertentu," katanya dalam blognya.

Semalam...

PETALING JAYA: Perbadanan Nasional Bhd (PNS) has appointed Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al–Habshee as its new chairman with immediate effect. 
Syed Ali replaces Datuk Idris Hashim, who served as PNS' chairman from June 10, 2009 until June 10, 2015. 
"I would also like to take the opportunity to thank Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for giving me his trust to lead PNS," he said in a statement yesterday. 
"I wish to continue the legacy of PNS' good administration and corporate governance and intend to attain greater achievement, which is in line with the Government's aspirations," Syed Ali said. 
Syed Ali, who is currently also a director with Tourism Malaysia, the Companies Commission of Malaysia and the Federal Territory Foundation, expressed his gratitude to Idris for making PNS into what it is today. 
PNS is an agency owned by the Finance Ministry with the mandate to lead the development of Malaysia's franchise industry ~ The Star Online



Amboi Hassan Malek... cepatnya buat kesimpulan tentang Bapa OKU ni...

Posted: 23 Jun 2015 01:39 AM PDT


Pantas sekali Hassan Malek yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah menepis dan membuat kesimpulan tentang bapa tunggal yang juga OKU yang laporang mengenainya tersiar di beberapa media hari ini.

Rosli Hamid, 47, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) menempuh perjalanan sejauh hampir satu kilometer dari rumah sambil membawa ketiga-tiga anaknya, Najma Izzati, 9, Najwa Awatif, 6, dan Najwa Shazrin, 5, yang diletakkan atas kerusi roda, selepas kedua-dua kakinya lumpuh akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu.

"Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.

"Tiga anak perempuan akan dibawa menaiki kerusi roda dengan dua daripadanya duduk di atas riba, manakala seorang lagi berpaut pada besi belakang.


Begitulah ketabahan seorang ayah tunggal yang sanggup mengenepikan kecacatan dialami demi menghantar dan mengambil tiga anak perempuan di sekolah setiap hari dengan menggunakan kerusi roda elektrik bagi memastikan insan tersayang itu selamat pergi dan balik.

Walaupun individu ini dilaporkan berasal dari Kuala Pilah, sepatutnya Hassan Malek tak perlu menjawab dan membuat andaian ikut suka dia saja.. serahkan kepada ADUN..

Kata Hassan Malek.. "Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana.

"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.

"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.

"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.

"Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya.

Hmm.. Takkanlah dalam Parlimen Kuala Pilah tu tak ada ADUN kot??.. biarlah ADUN yang buat kerja tu Hassan Malek..

Lebih baik jika Hassan Malek mengarahkan Pegawai dari Pusat Khidmatnya sendiri yang turun menjejaki Bapa tunggal ini..

Jangan mudah membuat kesimpulan...


Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal. 
Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas. 
Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini. 
"Anak ada tiga, seorang darjah tiga, seorang darjah satu dan seorang lagi pra-sekolah.
"Mereka mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan, jadi tiga anak ini akan berkongsi RM300 untuk wang belanja serta keperluan sekolah sehari-hari," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini. 
Rosli terlibat dalam satu kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah pada tahun lepas. 
Sejak itu, dia hanya terbaring di atas katilnya setelah seharian mencari rezeki ala kadar dengan kerja-kerja kampung. 
Rosli kini tinggal di rumah sewa selepas beberapa kali berpindah dan menetap bersama ibunya yang berusia 77 tahun. 
Kata Rosli, paling menyedihkan apabila dikatakan ketua kampungnya tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lepas. 
"Dia (ketua kampung) tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Dia seolah-olah tidak mahu melayan saya. 
"Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan. Saya sudah memohon namun sehingga kini masih tidak ada sebarang maklum balas. 
"Kenapa jadi begini? Saya rasa benar-benar layak untuk mendapat zakat dan keperitan hidup dengan bergantung kepada wang bantuan persekolahan, JKM dan kerja-kerja kampung dengan keadaan diri yang tidak sempurna benar-benar memeritkan," katanya. 
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek berkata, Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya. 
Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan, Rosli juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya. 
"Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana. 
"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan. 
"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya. 
Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil. 
"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri. "Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya. 
Menurut laman Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), agihan zakat di negeri itu pada tahun 2013 adalah RM76,833,689.98. 
Ia merangkumi agihan antaranya kepada amil, miskin,muallaf, fakir dan fisabillilah lapor AstroAwani

Atau... Hassan Malek ni pun sama bangangnya dengan macai-macai yang tak tahu beza tugas ADUN dengan MP tu kot?


Berang papan tanda UMNO diroboh, hampir 3,000 Pemuda UMNO menyerbu Komtar..

Posted: 22 Jun 2015 10:56 PM PDT


3,000 orang?..  tu cuma propaganda bagi macai macai yang baca tajuk tu seronok sikit ketika sedang letih berpuasa di tengahari ni..

Menurut laporan dari The Malaysian Insider, 30 orang yang menyerbu Komtar itu kerana berang bila papan tanda yang memaparkan tulisan 'keramat' kononnya dirobohkan MBPP baru-baru ini..


Tapi kalau kira dalam gambar di atas tu.. tak sampaipun 30 orang.. yang bagi ramai tu SB yang bertindak sebagai pengawal Pemuda UMNO, pemberita-pemberita dan orang ramai yang lalu lalang kehairanan..

A group Umno members and supporters stormed into the Penang government's administrative office in Komtar today in retaliation to the Penang Island City Council's (MBPP) decision to tear down a signboard at Menara Umno. 
The rowdy crowd of about 30 gathered outside a bank on the ground level of Komtar and waited for Penang Umno liaison secretary Datuk Musa Sheikh Fadzir to arrive. 
They then proceeded to level three where the entrance to the state government's office is located and caused a scene when security personnel pulled down the shutters. 
Angry, the group shouted and banged on the shutter and door demanding the officers to allow Musa to hand over a memorandum against the tearing down of the sign to the authorities. 
After the leaders were allowed entry, Penang Umno Youth chief Rafizal Abdul Rahim shouted: "Mana wakil? Bila nak roboh cepat!" (Where is the representative? When you want to demolish, you are fast.) 
An officer of Chow Kon Yeow, the state local government exco, Lai Hon Meng then approached the group and asked who they wanted to see. 
Musa told him they did not want to deal with him and would only talk to a rep from the city council's administration. 
"I respect you but I want to deal with the 'pentadbir' (administrator)," Musa was heard telling Lai. 
Shortly, MBPP security officer Mohd Feroze Md Noor approached Musa and accepted the memorandum. 
Feroze then told the press that mayor Datuk Patahiyah Ismail was at a council meeting and not in the building. 
At the lobby later, Musa said MBPP had not been fair to Penang Umno over the issue.
He also took offence to the "samseng" term allegedly used by a DAP councillor who spoke about the enforcement yesterday. 
"Under Section 72 of the Street, Drainage and Building Act, an immediate stop work can be ordered but not an immediate demolition. The council can demolish if the owner of the structure is unable to do it. 
"It is also stated that a 30-day notice is given but in this case, why was the sign removed immediately?" 
Musa said an appeal was made to the council at 2pm on June 19 but the enforcement unit was deployed two hours later. 
He added that Penang Umno was making another application through the building's owner JKP Sdn Bhd on the sign but was given the runaround. 
"Today, we want to make an application but was rejected...all sorts of bureaucracy. The system is troublesome." ~ The Malaysian Insider

Kah.. kah.. kah.. dah EXCO yang turun nak jumpa nak jual mahal, nak jumpa administrator konon.. akhirnya Pak Guard saja yang terima memo itu..


Akhbar Australia dedah rasuah oleh Pegawai Tinggi Kerajaan Malaysia dan bekas Ahli Politik Malaysia di Australia..

Posted: 22 Jun 2015 08:25 PM PDT


Buat malu bangsa dan negara saja mereka ini, sudahlah baru-baru ini isu 1MDB dilaporkan oleh media-media US, kemudiannya Bloomberg pula melaporkan perkara negatif tentang ekonomi negara kita.. Ini pula media Australia pula dedahkan rasuah yang melibatkan Pegawai Kerajaan.

Akhbar Australia, The Age, mendakwa pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan RM65 juta dana awam untuk membeli sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan membayar harganya RM13.7 juta lebih tinggi, yang kemudiannya didakwanya untuk membayar sogokan.

The Age, yang membuat dakwaan itu dalam laporan eksklusif hari ini, juga mendakwa penglibatan MARA, sebuah agensi pelaburan kerajaan, yang membeli hartanah itu pada 2013.

Laporan penyiasatan The Age itu mendakwa sekumpulan pegawai Malaysia, dengan menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, membida harga untuk blok apartmen di Melbourne, daripada A$17 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juta (RM65 juta).

Akhbar itu mendakwa, tambahan A$4.75 juta (RM13.7 juta) itu kemudiannya didakwa dibawa keluar dari Australia melalui pengubahan wang haram dan didakwa dibayar sebagai sogokan di Malaysia.

The Age mendakwa firma Malaysia yang menerima sogokan yang dikatakan itu, berkait rapat dengan seorang tokoh kanan di agensi pelaburan kerajaan Malaysia, MARA.

Seorang lagi yang didakwa akhbar itu terlibat, ialah seorang pegawai kanan Malaysia dan bekas ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang menteri kabinet Malaysia.

Corrupt overseas buyers ramp up property price, burn locals 
The first hard evidence has emerged of Australian property prices being inflated as real estate is used as a safe haven or money laundering hub by corrupt foreign nationals. 
The alleged criminal conduct is linked to multimillion-dollar property transactions which drove a group of small Australian tradesmen to the wall and which implicates top Malaysian officials and businessmen. 
Fairfax Media can reveal that a group of super-rich Malaysian officials, spending their own government's investment funds, have bid up the price of a Melbourne apartment block from $17.8 million to $22.5 million. The extra $4.75 million was then laundered out of Australia and allegedly paid as bribes in Malaysia. 
Despite the huge amounts involved, about 150 Australian creditors, including Melbourne tradesman John Bond and several other builders, have been left out of pocket or are facing bankruptcy after a company linked to the deal collapsed. 
"This deal has ripped off Australians and involve serious corruption but no one has been held to account," Mr Bond told Fairfax Media. 
About $80 million worth of Australian property, including office or apartment blocks in Swanston, Queen and Exhibition streets in Melbourne's CBD, are implicated in dealings by the same group of high-ranking Malaysians. 
While the Abbott government has been publicly warning about foreign owners breaching Australian laws and inflating property values in Sydney and Melbourne, Fairfax Media's investigation provides the first hard evidence of criminal conduct.

Leaked emails reveal how some of those behind one of the property deals sought to conceal their involvement from the Australian Foreign Investment Review Board by falsely understating the size of their investment. 
The revelation raises serious questions for the government about the relative ease with which overseas nationals are moving dirty money into Australia without detection, as well as the involvement of foreign officials. 
Fairfax Media uncovered the alleged criminal scheme by tracing the purchase of tens of millions of dollars of Australian properties via tax haven shelf companies in the British Virgin Islands and Singapore.

The Dudley House apartment block in the Melbourne suburb of Caulfield is at the centre of the transactions. It was bought in 2013 by a Malaysian government agency called MARA. Those allegedly involved include top Malaysian government officials and Chinese-Malay businessmen. 
According to property records and confidential emails, the Malaysian figures demanded a $4.75 million bribe in return for guaranteeing that the funds would flow from the Malaysian government to buy the building. 
An Australian property developer involved, Peter Mills, last year conceded before a civil court that the $4.75 million was "paid to grease palms to get the deal done".

Another developer, Chris Dimitriou, described the artificial inflation of the property price to $22.5 million as "overcharging". 
The bribe was paid via sham invoices issued to the Australian developers from Malaysian companies. The invoices demanded payment for non-existent services, including "professional advice" and "consultancy and advisory fees".

The Malaysian firms that received the alleged kickbacks are closely linked to a senior figure at the Malaysian government investment agency MARA. 
Another figure involved is a senior Malaysian official and former politician with close links to a Malaysian cabinet minister.. please continue yours reading HERE

MARA ini terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kan?.. Hang jawabla Shafie Apdal..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...