Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pengerusi MARA!! jawab sat soalan-soalan Rafizi ni..

Posted: 24 Jun 2015 09:00 AM PDT


Pendedahan eksklusif yang dibuat akhbar Australia The Age yang bertajuk "Corrupt Malaysia money distorts Melbourne market" bukan sahaja memalukan nama baik Malaysia tetapi juga menimbulkan persoalan integriti dan sejauh mana wang amanah rakyat Mara disalahgunakan.

Menurut laporan tersebut, pembelian hartanah The Dudley yang sepatunya berlaku pada harga RM51.5 juta dibeli pada harga RM 65.4 juta yang mana lebihan RM 13.8 juta daripada nilai sebenar diselewengkan.

Siasatan yang dijalankan National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi ini mengesahkan syarikat ini didaftarkan di Kepulauan British Virgin.


Thrushcross dipercayai dikawal Mara melalui anak syarikat iaitu Mara Inc yang mana salah seorang pengarah utama Thrushcross adalah Datuk Mohammad Lan Allani iaitu pengerusi MARA Inc.

Datuk Mohammad Lan Allani adalah seorang pemimpin Barisan Nasional yang merupakan bekas ADUN Sulabayan yang terletak dalam Parlimen Semporna selama dua penggal dan juga bekas pengerusi Kelab Backbenchers Sabah.

Ini menimbulkan pelbagai kecurigaan dan tanda tanya tentang bagaimana wang amanah rakyat terlibat dalam skandal ini.

1. Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini iaitu Thrushcross Land Holding Ltd didaftarkan di Kepulauan British Virgin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung dari cukai? Mengapa ianya tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia?

2. Selain daripada The Dudley, benarkah Mara melalui Mara Inc juga dikatakan mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street?

3. Dan jika benar, adakah jumlah urusniaga 4 hartanah ini menelan belanja RM 244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?
Persoalan-persoalan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu merungkaikan tuduhan berat yang dilemparkan The Age.

Kami juga menyambut baik komitmen yang diberikan Datuk Seri Najib Razak untuk menyiasat skandal pembelian hartanah Mara.

Sekiranya tuduhan penyelewengan dalam pembelian The Dudley mempunyai asas, Perdana Menteri perlu mengarahkan siasatan menyeluruh termasuk pembelian hartanah-hartanah yang lain yang secara keseluruhannya melibatkan ratusan juta ringgit wang amanah rakyat.


Najib kata kenyataan Annuar diputar belit.. tapi cuba dengar rakaman sidang akhbar itu ni..

Posted: 24 Jun 2015 07:00 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, media memutar belit kenyataan pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa sehingga menunjukkan beliau meluluskan pembelian apartmen kontroversi di Melbourne.

"Saya kecewa bahawa kenyataan Tan Sri Annuar Musa diputarbelit oleh sesetengah media. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh majlis ekonomi," kata Najib di Facebook.

Jelasnya, kes melibatkan bayaran lebih sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House oleh MARA Inc itu bagaimanapun akan terus disiasat.

"Sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya lagi.

Annuar hari ini dilaporkan berkata, pembelian blok apartmen di Melbourne, Australia itu dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Najib.


Bekas menteri pembangunan luar bandar itu mengesahkan demikian ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Dalam catatan Facebook lewat hari ini, Annuar seterusnya apabila merungut apabila media melaporkan kenyataannya yang menjuruskan kepada peranan Najib berkaitan urusniaga tersebut.

"Apakah motif TV Malaysiakini dan Malaysian Insider memilih tajuk 'Najib luluskan...', sedangkan saya dengan jelas menyebut kelulusan oleh economic council.

"Ini adalah procedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan wajib diikuti. Tidak berbangkit soal kelulusan oleh mana-mana individu termasuk Dato Seri Najib. Saya harap perkara ini jelas," tulisnya.

Semasa sidang akhbar itu, Malaysiakini secara khusus bertanya kepada pengerusi Mara itu sama ada perdana menteri perlu meluluskan urusniaga itu sebelum pembelian dibuat, yang Annuar menjawab: ".Ya, ia adalah sebahagian daripada prosedur"

Rakaman pengesahan dalam sidang akhbar itu silalah dengar di SINI


Najib luluskan pembelian apartment di Australia yang terlebih bayar itu Pengerusi MARA kata?

Posted: 23 Jun 2015 10:22 PM PDT


Untuk mendapatkan kelulusan bagi pembelian sebuah blok apartment di Melbourne, Australia yang dibayar lebih dari harga pasaran sebanyak RM13.7 Juta itu ianya akan melalui empat peringkat..

Ianya perlu diluluskan oleh MARA Inc dan di bawa ke Majlis MARA untuk dan seterusnya di bawa ke kementerian Wilayah Luar Bandar dan di bawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Najib.

Malangnya dari empat pihak yang terbabit untuk meluluskan itu, satu pun dipercayai tidak menyemak langsung harga sebenar aparment tersebut..

Ataupun.. menyemak tapi buat-buat tak nampak?

Bila dah terbongkar dan dibongkar pula oleh media luar negara, Najib yang meluluskannya mengarahkan siasatan..

Katanya.. "Berkenaan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian hartanah di Melbourne, pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil,"

Kenapa tidak disiasat sebelum meluluskan?


Kalau media luar tak siarkan tentu tak ada siapa yang peduli hal ni.... RM13.7 Juta dana milik rakyat lenyap begitu saja..

Laporan berkaitan..

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata pembelian sebuah blok apartment di Melbourne, Australia dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
"Urusan pembelian itu bermula pada 2012 dan diluluskan MARA Inc pada akhir 2012 dan di bawa ke Majlis MARA untuk kelulusan dan seterusnya di bawa ke kelulusan kementerian wilayah luar bandar dan di bawa ke Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan dapat kelulusan. 
"Maklumat yang diberi ialah pihak Majlis mempertimbangkan untuk membeli dengan nilai harga pasaran," katanya. 
Annuar yang juga MP Ketereh berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat MARA hari ini. 
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengetahui berhubung bayaran lebih sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House oleh MARA Inc lapor Malaysiakini


Mungkin.. setelah siasatan selesai isu ini akan dianggap sebagai bukan satu kesalahan.. sebab ianya bukan rasuah tapi komisyen...

Australia tahu apa?.. Ini Malaysialah!!.. sikit-sikit dikira rasuah.. kalau banyak macam tu komisyen namanya..


Bekas pakar IT akan kongsi 1MDB dibayar RM15 juta untuk letak jawatan

Posted: 23 Jun 2015 08:15 PM PDT


Seorang eksekutif IT Switzerland yang ditahan pihak berkuasa Thailand atas dakwaan cuba memeras ugut majikannya, PetroSaudi International berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dikatakan menerima bayaran RM15 juta sebagai ganjaran beliau meletak jawatan.

Media Thailand memetik polis negara itu sebagai berkata Xavier Andre Justo, 49, menafikan beliau menuntut hampir RM10 juta lagi bagi tujuan itu.

Isnin lalu, Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai menahan Justo di rumahnya di Koh Samui dan merampas komputer serta cakera keras, menurut The Bangkok Post.


Justo dikatakan menuntut 90 juta baht (RM9.9 juta) daripada PetroSaudi bagi menutup mulutnya daripada mendedahkan maklumat sulit kepada pesaing, menurut Akaradech Pimonsri, pemangku komander Bahagian Pencegahan Jenayah.

Bagaimanapun, Justo menafikan tuduhan itu. Justo bekerja untuk PetroSaudi tetapi dibayar 140 juta baht (RM15 juta) supaya meninggalkan syarikat itu, selepas beliau didapati melanggar peraturan syarikat.

Syarikat tenaga Arab Saudi itu merupakan rakan kongsi 1MDB, syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang sedang dilanda kontroversi dengan hutang mencecah sehingga RM42 bilion dan kini menjalani penyusunan semula.

The Bangkok Post berkata polis Thai percaya Justo membocorkan maklumat mengenai PetroSaudi kepada "laman web berita di UK", yang dikenal pasti sebagai portal Sarawak Report yang berpangkalan di London.

Memetik sumber Malaysia, akhbar itu berkata maklumat dan laporan yang disiarkan laman web itu adalah "sebahagian plot untuk menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Antara laporan itu ada menyebut urusniaga PetroSaudi dengan 1MDB, yang dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada September 2009.

Dalam urusniaga itu, Low didakwa menyeleweng AS$700 juta daripada kerjasama berkenaan dan wang itu dipindahkan ke satu syarikat di bawah kawalannya.

Menurut The Bangkok Post, PetroSaudi menafikan laporan berkenaan manakala 1MDB nafi ada kaitan dengan Low.

Low yang berasal dari Pulau Pinang juga kekal dengan kenyataannya dia tidak bersalah dalam isu 1MDB.

Sementara itu, Sarawak Report dalam surat terbukanya kepada Kementerian Luar Switzerland melahirkan kebimbangan terhadap penahanan Justo dan layanan yang diterima ketika dalam tahanan, tetapi tidak mengesah atau menafikan dakwaan polis Thai mengenai peranan Justo membekalkan maklumat kepada laman web itu.

"Saya sangat percaya warganegara Switzerland itu dijadikan subjek balas dendam dan gangguan berhubung perkara di mana mahkamah Thai tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya," tulis editor, Clare Rewcastle Brown.

Katanya, sebelum ini beliau cuba memberikan butiran "aktiviti penipuan" PetroSaudi yang ada kaitan dengan 1MDB kepada pendakwa Switzerland, tetapi diberitahu bukti tidak cukup untuk inkuiri diadakan.

Brown kini mendakwa mempunyai "3 juta emel dengan butir jenayah itu, di mana PetroSaudi International adalah pihak terlibat" dan mendesak pihak berkuasa Switzerland menyiasat perkara itu. 

"PetroSaudi International kini tahu maklumat daripada pelayan mereka adalah asli, apabila menuduh bekas pekerja sendiri mencurinya," tulis Brown.

PetroSaudi dalam satu kenyataan malam tadi berkata pihaknya lega dengan penahanan Justo dan syarikat itu menjadi "mangsa kecuaian jenayah yang malangnya dipolitikkan di Malaysia".

"Kami gembira akhirnya dapat membetulkan fakta dan kami minta maaf kepada rakyat Malaysia atas kemudaratan yang disebabkan oleh bekas kakitangan kami yang jahat," kata kenyataan itu.

Sementara itu, 1MDB masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selain Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara ~ The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...