Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Malaysiakini portal Yahudi kata Ku Nan

Posted: 25 Jun 2015 09:00 AM PDT


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berang dengan laporan Malaysiakini dan menuduh portal itu sebagai Yahudi dan Nasrani.

Menerusi twitternya, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mendakwa, portal tersebut cuba memutar-belitkan berita yang disiarkan.

"Ingat-ingatlah laman-laman web yg putar belit. Salah kita kunjungi mereka. Ini kerja Yahudi Nasrani dan pengitipan CIA terhadap kita," katanya.

Kenyataan itu dikatakan merujuk kepada laporan portal berkenaan mengenai gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di perkarangan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara yang tidak kelihatan.

Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan mendakwa portal itu sengaja mahu mencetuskan provokasi.

Katanya, secara realiti kesemua wajah Presiden UMNO disimbahi cahaya lampu lapor FreeMalaysiaToday


Shafee Abdullah diminta tak masuk campur urusan PAC

Posted: 25 Jun 2015 06:59 AM PDT


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamad meminta supaya peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah supaya tidak masuk campur dengan urusan jawatankuasa itu.

Nur Jazlan berkata Shafee juga tiada hak untuk meminta MP Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya meletakkan jawatannya dalam PAC kerana menjadi terlalu kritikal terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Beliau (Shafee) tidak mempunyai hak untuk meminta ahli PAC yang merupakan ahli badan perundangan, cabang ketiga daripada kerajaan serta dipilih oleh rakyat.

"Secara peribadi saya fikir dia (Pua) telah membantu untuk mengetengahkan isu 1MDB yang mana majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa PAC akan menolak isu ini dan memihak kepada kerajaan.

"Kami bekerja dengan baik sebagai satu pasukan," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini.

Menurut Nur Jazlan lagi, Pua tidak pernah menggunakan sebarang maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB dalam mana-mana kenyataannya dan kebanyakkannya daripada jawapan Parlimen dan sumber lain.

"Pua melakukan dua peranan iaitu sebagai ahli parlimen untuk Petaling Jaya Utara dan ahli PAC. Dan sejauh mana yang saya tahu, dia tidak menggunakan apa-apa maklumat daripada perbicaraan PAC mengenai 1MDB di dalam kenyataannya.

"Apa sahaja maklumat yang digunakan dalam kenyataannya itu diperolehi daripada jawapan Parlimen dan sumber-sumber lain," katanya lagi.

Nur Jazlan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Shafee dalam laporan akhbar Berita Harian yang meminta Pua meletakkan jawatan sebagai ahli PAC bagi memastikan penyiasatan 1MDB dilakukan secara adil.


Polis Persekutuan Australia lancar serbuan siasat penipuan hartanah MARA

Posted: 24 Jun 2015 10:22 PM PDT


Polis Persekutuan Australia hari ini melancarkan beberapa serbuan di bandaraya Melbourne ekoran penyiasatan ke atas pembelian sebuah hartanah di Australia yang didakwa melibatkan seorang pegawai tinggi Majlis Amanah Rakyat (MARA), seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik Malaysia.

Menurut laporan The Age, pihak polis telah merampas beberapa komputer dan fail dari sebuah rumah di Vermont South dan beberapa hartanah lagi telah disasarkan untuk serbuan lain.

Operasi yang dinamakan Carambola itu, dilancarkan susulan penyiasatan oleh Fairfax Media mengenai satu skim penipuan hartanah yang didakwa membabitkan berjuta-juta dolar Australia.


Laporan itu berkata ini adalah kali pertama pihak polis melancarkan operasi besar-besaran seumpama ini.

Siasatan itu turut mendapat perhatian di negara ini apabila laporan The Age sebelum ini mendakwa ia turut membabitkan beberapoa individu dari Malaysia termasuk mengaitkannya dengan pembelian hartanah oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata siasatan akan dilakukan terhadap laporan terbabit dan berkata sekiranya ada pihak yang didapati menipu atau cuba memperdaya ahli-ahli mesyuarat Majlis Ekonomi dengan butiran yang tidak tepat atau lengkap, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam sidang akhbarnya pada Rabu pula berkata pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne oleh anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) mematuhi tatacara perolehan yang di tetapkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Annuar berkata Mara Inc juga telah mula disiasat oleh unit audit Mara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak dua bulan lepas.

Beliau turut memberikan masa tujuh hari untuk Mara Inc mengemukakan ulasan bertulis mengenai perkara itu dan dalam masa 14 hari lagi, sebuah mesyuarat khas Mara akan diadakan untuk membincangkan perkara itu.

Akhbar Australia The Age sebelum ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" bagi Dudley International House, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah lapor AstroAwani


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...