Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib bakul sampahkan cadangan Shahidan Kassim mengenai Restoran 24 Jam

Posted: 27 Jun 2015 07:43 AM PDT


Kan aku dah kata.. tak akan boleh diterima oleh pemimpin UMNO yang sedar akan cadangan Shahidan supaya operasi Restoran 24 jam yang kebanyakkannya terdiri dari kedai mamak dihadkan hingga jam 12 malam saja..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai berkata bahawa mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) akan membincangkan cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.

Langsung tak masuk akal cadangan Shahidan itu dan dalam masa yang sama ianya menyusahkan penyokong-penyokong tegar UMNO yang menguasai majoriti premis kedai makan 24 jam itu..

Hari ini Najib telah membakul sampahkan cadangan kurang bijak dari Shahidan Kassim itu dengan mengekalkan tempoh operasi kedai-kedai mamak itu..

Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat bagi mengelak kebimbangan dalam kalangan peniaga bahawa kerajaan menyekat waktu perniagaan.

"Keadaan yang diguna pakai sekarang ini nampaknya memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai, dan mereka yang berniaga pun mendapat rezeki yang sepatutnya diterima oleh mereka.

"Kalau kita menyekat waktu-waktu pembukaannya, ia akan menimbulkan banyak kesulitan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini laporan penuh bacalah di SINI



Rambut bukan aurat?.. gila apa depa ni..

Posted: 27 Jun 2015 03:59 AM PDT


Sisters In Islam (SIS) dibidas kerana memberi pandangan bahawa rambut bukan sebahagian daripada aurat wanita.

Pegawai Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Firdaus Zalani berkata, perjuangan SIS bahawa rambut wanita bukan aurat bukanlah perjuangan demi mendapat kebenaran syariat Islam yang sebenar.

Sebaliknya, ia hanya perjuangan bertunjangkan kepada hawa nafsu samata-mata yang dihiasi kononnya dengan hujah akademik dan syarak.

"Kalaulah benar mereka pendokong al-Quran seperti yang ditunjukkan dalam kes ini, maka dalam kes hudud merekalah yang sepatutnya paling hadapan menyokongnya kerana kesemua hukuman hudud disebut jelas lagi terang di dalam Al-Quran.

"Kalaulah mereka benar ingin memenuhi seruan al-Quran, tidak mungkin mereka akan pertikai hak pewarisan isteri,anak perempuan yang selama ini dilaungkan kerana al-Quran menyebut dalam masalah ini jelas satu persatu. Kita kenal siapa mereka dan apa mereka perjuangkan walaupun mulut mereka cuba berkata sebaliknya," katanya seperti yang disiarkan di laman web muis.org.my.

Muhammad Firdaus berkata, hujah SIS kononnya mereka berpandukan kepada hujah Syiekh Albani dan Syiekh Thariq Iwadullah adalah tindakan yang langsung tidak jujur dalam mencedok pandangan ulama.

Ini kerana, katanya, kedua-dua ulama itu membincangkan hadis tersebut pada perspektif perkara yang memang sedia menjadi khilaf di kalangan ulama, iaitu aurat muka dan tapak tangan, bukan berkenaan aurat rambut kerana aurat rambut adalah suatu perkara yang sudah jelas tanpa pertikaian.

"Bukalah mana-mana kitab ulama silam atau semasa jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup rambut adalah wajib.

"Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka,tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka bersepakat akan pengharamannya. Jelas! sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pensyariatan- al-Quran, Hadis dan ulama," katanya lapor Free Malaysia Today


Penganjur #Nothing2Hide letak semua jawatan dalam UMNO

Posted: 26 Jun 2015 11:30 PM PDT


Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang sebelum ini menganjurkan program #Nothing2Hide, meletakkan semua jawatannya dalam parti itu "bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma" milik beliau.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Khairul yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian berkata keputusan berkenaan diambil selepas mendapat restu daripada ibu serta mengadakan perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.

"Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak," katanya.

Selain memegang jawatang Ketua Pemuda Umno Kluang, Khairul juga adalah Naik Ketua Umno bahagian itu, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.

Peletakan jawatan Khairul Anwar pada mulanya diumumkan Unit Komunikasi Korporat syarikatnya, Khairul Group, sebelum beliau sendiri kemudian mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkembangan tersebut.

Sokong TMJ

Serentak itu juga, kata kenyataan kumpulan berkenaan, Khairul Group mengumumkan rancangan mereka meneruskan operasi firma itu ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh disebabkan pengerusinya masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.

"Semoga langkah terbaru ini dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi antarabangsa," kata kenyataan itu.

Sebelum ini Khairul Anwar - seorang peguam - bertanggungjawab menganjurkan program wacana Nothing2Hide yang sepatutnya menjadi tempat untuk Datuk Seri Najib Razak mengadakan dialog bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun program itu tergendala dan dibatalkan selepas mendapat arahan daripada polis.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang ke majlis itu untuk bertanyakan soalan mengenai 1MDB kemudian sempat berucap beberapa minit sebelum diminta berhenti oleh polis.

Kelmarin, Khairul Anwar menyatakan sokongan kepada peringatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya anggota politik mendahulukan khidmat untuk rakyat lapor Malaysiakini


Bila Najib dah kecut perut.. inilah jadinya..

Posted: 26 Jun 2015 09:49 PM PDT


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun depan.

Najib berkata, pemilihan itu ditangguhkan selama 18 bulan.

Laporan Astro Awani menyebut, Najib berkata ia bagi memberi peluang kepada Umno untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.

"‎Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT (majlis tertinggi) mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.

"‎Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya Umno lebih mantap bagi menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang," kata Najib seperti dipetik laman itu.

Menurutnya lagi, penangguhan pemilihan itu juga pernah dilakukan semasa presiden parti sebelum ini. ‎

"Zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga sama.

"Bukan Umno tidak demokrasi dan mengamalkan keterbukaan, kita amalkan peluang untuk adakan pemilihan berdasarkan Perlembagaan Umno," katanya lagi.

Najib bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majls tertinggi parti itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak tahun lalu lagi berharap agar pemilihan tersebut tidak ditangguhkan. Muhyiddin yakin Umno tidak akan berpecah jika pemilihan tetap dilangsungkan pada tahun depan.

"Pemimpin Umno sudah cukup matang untuk menghadapinya," kata timbalan perdana menteri seperti dipetik dalam laporan Bernama, November lalu


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...