Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


"Jangan ingat orang ramai bodoh semuanya Najib.." kata bekas Menteri

Posted: 28 Jun 2015 08:54 AM PDT


Tindakan Datuk Seri Najib Razak berkata wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan untuk pembinaan masjid seperti merendahkan pemikiran orang Melayu, kata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Zainuddin yang juga bekas wartawan mengkritik perhitungan yang dibuat perdana menteri yang dianggapnya tidak logik, iaitu antaranya wang 1MDB digunakan untuk membina Masjid Jamek Kampung Baru.

"Saya lihat yang sedihnya Najib ini terlalu cerdik tapi kadang-kadang perhitungannya tidak logik.

"Seperti pergi cerita bagi wang 1MDB kepada masjid, bukankah itu merendahkan taraf pemikiran orang Melayu dan orang ramai?," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider.

Kritikan Zainuddin tersebut merujuk kepada kenyataan Najib pada Jumaat baru-baru ini mengatakan 1MDB banyak berjasa untuk pembangunan Islam.

Najib memberikan contoh pembangunan semula masjid itu, yang menelan belanja sebanyak RM20 juta adalah sebahagian daripada sumbangan syarikat itu melalui Yayasan 1MDB.

Zainuddin berkata, tindakan Najib itu dilihat seperti cuba menutup dosanya dalam syarikat bermasalah sarat hutang 1MDB.

"Kenapa kamu hendak tutup dosa sendiri dengan 1MDB itu dengan kata duit diberikan kepada masjid.

"Kamu hina orang ramai bila kata macam itu, kamu seolah-olah nak bersihkan dosa," katanya.

Katanya, perdana menteri jangan ingat rakyat semua bodoh dengan alasan yang diberinya semata-mata untuk membela syarikat tersebut.

"Jangan ingat orang ramai bodoh semua," katanya yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia.


Penganalisis Politik dedahkan sebab Najib tangguh Pemilihan UMNO

Posted: 27 Jun 2015 11:00 PM PDT


Keputusan menangguhkan Pemilihan UMNO oleh selama 18 bulan daripada jadual Perhimpunan Agung parti tahun depan seperti yang diumumkan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai usaha memanjangkan hayat politik individu dan parti.

Menurut pandangan penganalisis politik Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin, penangguhan tersebut mempunyai beberapa tujuan selain sebagai usaha mengelakkan perpecahan parti.

"Tindakan yang sama pernah terjadi pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia adalah peluang untuk parti mengatasi konflik dalaman yang boleh membawa perpecahan dalam parti.

"Ini suatu tindakan politik biasa yang kita boleh katakan sebagai taktik penangguhan untuk memungkinkan Najib mengekalkan kedudukannya," ulasnya.

Mengenai tempoh penangguhan tersebut dan kesannya, Shaharuddin berpendapat bahawa semuanya bergantung kepada keadaan.

"Dalam tempoh tersebut, pemimpin parti mungkin sudah tahu siapa yang menyokong atau sebaliknya. Mungkin juga akan berlaku rombakan dalaman," katanya.

Mengambil contoh senario semasa, Shaharuddin memetik beberapa isu kontroversi seperti syarikat pelaburan Negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan juga Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Semua itu, katanya, menimbulkan perdebatan di peringkat akar umbi yang mahukan penjelasan supaya situasi tersebut dapat ditangani.

"Maka penangguhan (pemilihan parti) adalah untuk mengenal pasti arah dan sumber sokongan selain beberapa proses rundingan serta perbincangan dijalankan.

Hadapi pilihan raya

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa dari Majlis Profesor Negara Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berpendapat tujuan utama keputusan penangguhan dibuat adalah bagi memastikan UMNO benar-benar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, UMNO mahu memastikan parti dalam keadaan kuat dan tidak berpecah-belah sebelum pilihan raya tersebut dilangsungkan.

"Ini juga bagi memastikan 'rumahtangga' UMNO tidak mempunyai sebarang masalah dari sudut kerjasama, perpaduan dan kekuatan.

"Semua itu diperlukan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang sekali gus mempertahankan kuasanya," ujar Mohamed Mustafa.

Beliau berpendapat, jika ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal daripada 2018, pihak Majlis Tertinggi UMNO mahukan keadaan parti bebas daripada pergeseran atau perpecahan.

"Kaedah pemilihan paling baik adalah yang dapat menterjemahkan hasrat akar umbi UMNO ke peringkat atasan, termasuk siapa yang dimahukan untuk memimpin parti.

"Pemilihan itu mestilah bersifat demokratik, iaitu suara akar umbi diambil kira dan menjadi suara yang menentukan pucuk pimpinan UMNO. Selagi prinsip itu dipertahankan, apa juga kaedah tak menjadi masalah," ujarnya lapor Malaysiakini


Bukan bincang masa depan Pakatan di Selangor tapi sekadar berbuka puasa laaa...

Posted: 27 Jun 2015 08:13 PM PDT


Laporan dari The Malaysian Insider menyebut.. PAS-DAP-PKR Selangor akan mengadakan pertemuan Ahad ini bagi membincangkan masa depan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu selepas kerjasama gabungan itu diisytiharkan berakhir.

Pertemuan itu merupakan inisiatif Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mengadakan satu majlis berbuka menteri besar Selangor bersama semua wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) PR Selangor, ahli majlis,dan ketua kampung di kediaman rasminya di Shah Alam.

"Mesyuarat PKR Selangor akan diadakan petang itu pada pukul 4 petang sebelum majlis berbuka puasa," kata Setiausaha Politik MB Selangor, Shuhaimi Shafiei..

Itu lapor The Malaysian Insider.. tapi menariknya laporan tersebut telah dinafikan oleh Setiausaha Politik MB Selangor sendiri..

"Saya tidak pernah sama sekali berkata seperti itu" tegasnya.

"Memang kita menjemput semua pimpinan negeri yang juga adalah terdiri dari kalangan orang politik, namun ia bukanlah bagi membincangkan isu dalaman PR sebaliknya sekadar majlis berbuka puasa biasa," katanya.

Ini laporannya...

SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih berfungsi seperti biasa kerana kerajaan yang mentadbir negeri masih tetap memegang teguh semangat PR dan dasar bersama yang diasaskan oleh ketiga-tiga parti komponen.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Haji Shafiei berkata, kerjasama dalam PR masih kekal wujud di peringkat negeri, cuma Majlis Presiden di peringkat nasional sahaja tidak lagi berfungsi seperti biasa yang membawa maksud tiada lagi mesyuarat rasmi melibatkan ketiga tiga pimpinan utama gabungan komponen pakatan itu.

"Semangat kerjasama PR masih wujud di peringkat kerajaan negeri, hanya di peringkat Majlis Presiden sahaja ia tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya. Namun dalam berdepan situasi ini, tidak ada mana-mana pihak daripada PKR, PAS dan DAP yang berhak untuk mengumumkan PR sudah mati atau tidak lagi wujud. Pada saya, pembubaran PR hanya boleh dilakukan dengan persetujuan mejoriti gabungan"

"Di Selangor contohnya PKR, PAS dan DAP masih menjalankan tugas bersama dalam hal ehwal pentadbiran negeri dan juga dalam menyelesaikan isu rakyat. Sebab itu saya tegaskan semangat kerjasama PR masih wujud," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pada Ahad ini akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di kediaman rasminya.

"Majlis berbuka puasa ini adalah rutin tahunan dalam kalendar Pejabat Dato' Menteri Besar yang akan dihadiri Ahli Parlimen, Adun, Ahli Majlis, Penyelaras Dun, Penghulu, Ketua Kampung dan juga nazir masjid. Ia bukanlah pertemuan bagi membincangkan masa depan PR seperti dilaporkan beberapa portal berita.

"Saya tidak pernah sama sekali berkata seperti itu" tegasnya.

"Memang kita menjemput semua pimpinan negeri yang juga adalah terdiri dari kalangan orang politik, namun ia bukanlah bagi membincangkan isu dalaman PR sebaliknya sekadar majlis berbuka puasa biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas kekeliruan laporan beberapa portal berita online yang telah membuat tafsiran sendiri berhubung majlis berbuka puasa ahad ini di kediaman rasmi menteri besar



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...