Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Apa kena mengena Justo ditangkap kerana ugut PetroSaudi dengan 1MDB pinjamkan AS$1.9 bilion kpd PetroSaudi? tanya Mahathir

Posted: 29 Jun 2015 01:50 AM PDT


Riuh rendah dari macai hingga ke Menteri menceritakan kisah Justo ditangkap kerana mengugut PetroSaudi dan menjual e-mail palsu kepada Sarawak Repot..

Dengan bangganya mereka berkata.. Ini membuktikan segala isu yang berbangkit dan dibangkitkan mengenai 1MDB adalah fitnah.. kerana apa yang telah diterima oleh Sarawak Report itu ialah e-mail yang telah dipinda menurut mereka..

Tanpa usul periksa mereka meminta individu-individu yang menyerang 1MDB supaya memohon maaf..

Tapi Macai-macai dan juga Menteri-menteri terlupa.. kebanyakkan serangan terhadap 1MDB berpunca dari jawapan yang diberikan oleh Najib sendiri di Parlimen mengenai 1MDB yang berbelit-belit bukannya berdasarkan laporan Sarawak Report..

Dan demi memperbodohkan rakyat mereka juga berkata penahanan Justo oleh Polis Thailand itu akan mendedahkan kebenaran tentang 1MDB..

Tapi persoalan yang berbangkit dari cubaan memperbodohkan rakyat ini ialah.. Apa kaitannya penahanan Justo oleh Polis Thailand kerana didakwa mengugut PetroSaudi dengan 1MDB pinjamkan PetroSaudi USD1.9 Billion?


Laporan berkaitan...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis seruan agar pihak yang mengkritik 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf. 
Ini kerana, penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International tidak menjawab persoalan utama dalam isu melibatkan usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi. 
Dalam tulisan di blog chedet.cc, Mahathir merujuk kepada dana AS$1.9 bilion yang dipinjamkan 1MDB kepada PetroSaudi. 
Mahathir berkata, Najib memberitahu Parlimen bahawa 1MDB meminjamkan AS$1.9 bilion kepada anak syarikat PetroSaudi untuk mengurangkan risiko pegangan sahamnya. 
Sepatutnya, pinjaman itu dikembalikan selepas usaha sama 1MDB dan PetroSaudi terbatal, kata Mahathir. 
"Memberi pinjaman kepada rakan kongsi JV (usaha sama) yang tidak sesuai, (langkah itu) hanya akan meningkatkan risiko, bukan mengurangkannya. 
"Apabila JV itu dibatalkan selepas hanya enam bulan dibentuk, tentulah kerana 1MDB menyedari bahawa usaha itu menyusahkan. 
"Apa yang ia patut buat ialah menuntut agar ekuiti dan pinjaman berjumlah AS$1.9 bilion itu dikembalikan. 
"Sebaliknya ia diubah kepada satu pinjaman (murabahah). Selepas diberi pinjaman AS$1.9 bilion, di mana wang ini sekarang?," soalnya. 
Kerajaan setakat ini hanya membayangkan bahawa wang tersebut dilaburkan di Cayman Islands sebelum dipindahkan ke BSI Singapore. 
Kerajaan juga menjelaskan bahawa dana yang disimpan itu dalam bentuk "unit", tanpa menjelaskan maksudnya. 
Penahanan bekas pengarah PetroSaudi itu oleh pihak berkuasa Thailand memberi peluang kepada kerajaan Malaysia untuk mendakwa bahawa kritikan ke atas 1MDB berpunca daripada dokumen yang telah dipinda. 
Justo juga didakwa bertindak demikian dengan tidak amanah. 
Butiran mengenai dokumen yang didakwa telah dipinda itu bagaimanapun tidak didedahkan. 
Polis Thailand juga tidak menyebut mengenai dokumen yang dipinda, dan hanya menyiasat Justo kerana dakwaan mengugut PetroSaudi. 
Mahathir seterusnya berkata, soal itu bagaimanapun tiada kena mengena dengan kawalan 1MDB ke atas pinjaman yang diberikan kepada PetroSaudi. 
"Selepas itu, pelaburan dan pinjaman USD700 juta ditukar menjasi pinjaman kepada seorang rangkan kongsi yang (1MDB) tidak lagi diyakini dapat memberi hasil melalui JV. 
"Anda (hanya) ada sedikit kawalan secara langsung ke atas sesuatu JV, tetapi (tiada kawalan) ke atas peminjam. 
"Jadi apa kena mengenai dengan Justo mengugut PetroSaudi?.. Tiada apa-apa," katanya lapor Malaysiakini


Fitnah 1MDB di bulan Ramadan boleh kurangkan pahala puasa kata Menteri

Posted: 28 Jun 2015 11:57 PM PDT


Ini mungkin membuktikan kebenaran khabar angin yang tersebar mengatakan Najib akan melakukan rombakan Kabinet dalam masa yang terdekat..

Mana-mana Menteri yang tak perform atau under perform (yang sebenarnya tak pandai bodek Rosmah dan Najib) akan digantikan..

Jadi untuk kekal dalam Kabinet Najib berebut-rebutlah Menteri-menteri dan Timbamal-timbalan mengeluarkan kenyataan membela dan membodek Najib dalam masa yang sama menunjukkan kesetiaan tak berbelah bagi kepada Rosmah dan Najib..

Tak ketinggalan Jamil Khir yang suatu masa dulu pernah didakwa menggunakan duit zakat untuk kepentingan peribadinya, bagaimanapun beliau mendakwa telah membayar kembali duit tersebut setelah isu mengenainya terbongkar.

Katanya hari ini jangan jadi "Keyboard warrior" sebar fakta tak benar mengenai 1MDB.. nanti kurang pahala puasa...

Mana dia tahu fakta yang disebar itu benar atau tidak?..

Masyarakat Islam dinasihatkan ‎supaya tidak menjadi "keyboard warrior" dengan menyebarkan fakta tidak benar di laman sosial kerana melakukan fitnah di hujung jari juga dianggap berdosa terutamanya di bulan Ramadan, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merujuk kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila pengguna laman sosial kebelakangan yang ghairah "menyebarkan cerita dan maklumat yang tidak sahih" mengenai syarikat dibebani hutang RM42 bilion itu.  
Namun, katanya ramai yang berdiam diri dan tidak membuat spekulasi tentang penahanan bekas pekerja IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo minggu lalu.  
"Sebab itu dalam konteks Ramadan … apa lagi kalau cakap benda tak betul, cakap tentang 1MDB, asyik cerita dan buat ulasan sendiri.  
"Tetapi bila Justo ditahan, semua pakat nak lepas diri," katanya dalam ucapan perasmian program sumbangan Aidilfitri kepada pesakit di Auditorium Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, hari ini.  
Katanya, perbuatan itu akan mengurangkan pahala mereka yang memberikan respons di laman sosial. 
"Ini akan menghilangkan pahala, bab mengata, dia bubuh 'like' saja kena dah saham (kurang pahala) dia, apatahlah lagi dia 'forward', apatahlah lagi dia komen pula," katanya lapor The Malaysian Insider

Pasal penahanan Xavier Andre Justo tu baca ni..

Akhbar Thai, Bangkok Post memetik polis Thai sebagai berkata, Xavier Andre Justo yang berusia 49 tahun dibayar bersamaan 140 juta baht (kira-kira RM15.51 juta) untuk meninggalkan PetroSaudi International setelah didapati "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan".

Dia juga didakwa menuntut 90 juta baht (kira-kira RM9.98 juta) lagi daripada PSI untuk tidak membocorkan maklumat seterusnya kepada syarikat-syarikat yang bersaing dengan PetroSaudi International.

Buat Salah Dapat Pampasan? Logiknya, mana-mana kakitangan yang "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan" disingkir tanpa pampasan dan, kalau ada unsur jenayah, dilaporkan kepada polis.

Tapi Xavier Andre Justo yang dituduh "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan" syarikat dibagi pampasan RM15.51 juta.


Tak tahulah pula kalau itu amalan PetroSaudi International atau syarikat pak Arab di mana kakitangan yang "bertindak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan" dibagi pampasan lumayan... seterusnya bacalah kat SINI

Harga ayam dijangka akan meningkat

Posted: 28 Jun 2015 09:45 PM PDT


Memandangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, peniaga berkata harga ayam akan meningkat disebabkan kenaikan kos makanan serta peningkatan permintaan walaupun bekalan kurang, lapor The Star hari ini.

Pengerusi Persatuan Ayam Perak Datuk Ding Thong Chow memberitahu akhbar bahasa Inggeris itu harga ayam meningkat kepada RM5 sekilogram daripada RM4.80.

Perak membekalkan 20% daripada pengeluaran ayam di seluruh negara.

Ding berkata, terdapat kekurangan bekalan ayam sebelum Ramadan, tetapi permintaan untuk ayam kekal tinggi sepanjang bulan puasa.

Beliau juga mendakwa ayam kini mengalami pertumbuhan terbantut.

"Biasanya selepas 38 hari, ayam yang berat kira-kira 2.5kg dan sedia untuk disembelih tetapi kini ia hanya mempunyai berat kira-kira 2kg pada peringkat itu. Ia mengambil masa lebih lama untuk ayam membesar.

"Kami rasa ini disebabkan kualiti jagung kering yang rendah diimport dari Argentina. Terdapat mogok dalam kalangan pekerja, penghantaran ditangguhkan," beliau dipetik sebagai berkata.

Di Johor, peniaga ayam berkata harga makanan ayam meningkat, memaksa mereka untuk memindahkan kos tambahan itu kepada pengguna, lapor The Star.

Mereka menyalahkan ringgit yang lebih rendah berbanding dolar AS sebagai punca.

"Kami tidak menetapkan kadar ini tetapi kita perlu menaikkan harga untuk membuat keuntungan yang minimum," kata seorang peniaga di pasar basah Larkin dipetik sebagai berkata.

Peniaga Pasar Kampung Melayu Faaiz A. Rahman, 29 berkata, harga ayam akan meningkat kepada RM7.50 daripada harga semasa RM6.40 perkilogram, sehingga kerajaan melaksanakan mekanisme kawalan harga untuk Hari Raya.

Di Petaling Jaya, seorang pemilik rangkaian restoran India Muslim memberitahu The Star harga ayam meningkat sejak dua bulan yang lalu.

"Kami mendapat SMS setiap hari dari pembekal memaklumkan harga tersebut. Ada hari yang ianya meningkat sebanyak 60 sen dan 70 sen. Jika harga turun, ia hanya sebanyak 10 sen dan 20 sen.

"Pembekal katakan tiada stok yang mencukupi," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Presiden Persekutuan Persatuan Penternak Ayam Malaysia Jeffrey Ng, menafikan terdapat kekurangan bekalan.

"Setakat ini, sepatutnya tidak ada apa-apa masalah dalam bekalan untuk Hari Raya," beliau dipetik sebagai berkata.

Ng menambah harga makanan ayam bukanlah yang tertinggi dalam tempoh 2 tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek sebelum ini mengatakan tiada masalah dalam bekalan ayam menjelang Aidilfitri.

"Penternak memberi jaminan kepada kita akan ada bekalan yang mencukupi, jadi peniaga tidak boleh memberi alasan," beliau dipetik sebagai berkata.


Nak desak tu jangan sampai nampak terdesak Khalid oiii...

Posted: 28 Jun 2015 05:30 PM PDT


Sepatutnya sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai isu air di Selangor ni, Tan Sri Khalid berdiri dulu depan cermin tanya imej yang ada dalam cermin tu.. "kenapa semasa anda menjadi MB Selangor isu air ini tidak berakhir..?

Selain itu tanya juga imej yang ada dalam cermin tu.. "Enam tahun anda menjadi MB Selangor anda gagal untuk menyelesaikan isu air ini.. adakah adil jika anda mendesak MB Selangor yang sedia ada sekarang iaitu Azmin Ali menyelesaikannya dalam tempoh kurang dari setahun?

Kata Khalid dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Malaysiakini ..

Sejak mengetuai pentadbiran negeri itu sehingga kini, Khalid mendakwa Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal mengambil pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu tersebut.

Susulan itu, Khalid berkata beliau difahamkan ada pegawai yang sebelum ini bertungkus-lumus menyempurnakan penyusunan semula industri air kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Azmin.

"Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan.

"Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu,"

Khalid berkata rakyat terkejut dengan "ancaman" tindakan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) mahu membatalkan perjanjian jual beli dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Selain itu, katanya PNHB juga mahu mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak kerajaan Negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

Jika kerajaan negeri gagal memuktamadkan Perjanjian Utama dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor, Khalid berkata tidak mustahil ancaman PNHB itu bertukar realiti.

Ini kerana, katanya, "imuniti" yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Sehubungan itu, Khalid menggesa kerajaan negeri segera memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan penduduk di negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2).

"Saya yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu.

"Sekiranya Datuk Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Degeri Selangor sebelum ini.

"Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini," katanya.

Jawab Azmin pula...

"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri besar) sembilan bulan,"

Kalau Azmin sudah menjadi MB selama 6 tahun sama dengan tempoh Khalid jadi MB Selangor, wajarlah kalau Khalid keluar kenyataan supaya Azmin berundur dari jawatan MB tu..

Tapi masaalahnya sekarang Azmin baru 9 bulan jadi MB.. bukannya dah 9 tahun..

Nak desak tu jangan sampai nampak terdesak Tan Sri....


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...