Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jangan lawan UMNO selagi Allah tak suruh? Betul ke? .. tengok video nih..

Posted: 03 Jun 2015 04:36 AM PDT


Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein mendakwa beliau di hina oleh pelayar Internet selepas portal The Malaysian Insider (TMI) melaporkan beliau sebagai mendakwa PAS tidak menentang Umno kerana belum mendapat wahyu daripada Allah.

Beliau berkata laporan itu menggambarkan seolah-olah beliau mendapat wahyu daripada Allah SWT yang jauh tersasar daripada intipati ucapannya pada sidang perbahasan pagi tadi.

Laporan TMI itu memetik Syakiran sebagai mendakwa PAS tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh menentang parti berkenaan.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno,"

TMI memetik Syakirin sebagai berkata semasa sesi perbahasan Pemuda PAS pagi tadi.

"Jangan tuduh konflik 1MDB kerana Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," Syakirin dilaporkan berkata dalam portal TMI.

Syakirin berkata akibat laporan itu, beliau dikecam dan dihina oleh pelayar internet.

"The Malaysian Insider kena bertanggungjawab dengan apa yang mereka laporkan termasuk komen-komen yang ada serta penghinaan kepada agama dan sebagainya. Contohnya, seolah-olah saya mendapat (wahyu) daripada Allah SWT...sedangkan apa yang saya katakan itu jauh berketepatan dengan apa yang dilaporkan.

"Itu satu manipulasi yang biadap dan tidak dapat diterima.

"The Malaysian Insider mesti meminta maaf kepada saya kerana mencemar kesucian," katanya ketika ditemui pemberita.

Rakaman video Antarapos menunjukkan Syakirin hanya menegaskan bahawa perjuangan politik PAS adalah kerana Allah.

Justeru, kata beliau, perjuangan PAS lebih untuk menegakkan syiar Islam dan bukan semata-mata kerana perbedaan politik dengan DAP mahupun Umno.

"Maka sama-sama kita jaga ketulenan perjuangan kita, sebab itu tuan-tuan, saya hendak menyebut, jangan sekali-kali mudah mengatakan kita lawan kerana apa? kerana Umno? Kita tentang kerana apa? Kerana Umno?

"Kita lawan DAP kerana apa? kerana Umno? Islam tidak mengajar kita lawan kerana Umno tetapi Allah mengajar kita melawan kerana Allah SWT, dan apa yang kita perjuang hari ini, kita mesti lawan dan berjuang kerana Allah, kita tidak lawan Umno sekiranya selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya dalam rakaman video itu.

Ketika sesi perbahasan, Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi berkali-kali mendesak agar TMI memohon maaf dan menarik balik laporan itu.

"Tarik balik..kita minta TMI tarik balik berita tersebut...tarik balik...tarik balik..tarik balik...," desaknya di dalam Dewan Muktamar.

Perwakilan yang hadir turut meluahkan rasa marah dan mengherdik wartawan TMI yang sedang membuat liputan sidang perbahasan berkenaan.

Keadaan kembali reda seketika kemudian selepas campurtangan Unit Amal lapor AntaraPos

Ni video dari Malaysiakini..




Rosmah tak akan benar Najib berundur dakwa Blogger UMNO

Posted: 03 Jun 2015 01:00 AM PDT


Sekali baca nampak macam dia kata Perdana Menteri sekarang yang juga Presiden UMNO tu tak sedar diri.. dah tak berapa disokongpun masih nak jadi Perdana Menteri.. 

"Kita sudah mempunyai lima PM sebelum Mohd Najib. Kita mempunyai masalah dengan dua daripada mereka - Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kedua-dua meletakkan jawatan secara baik apabila mereka sedar bahawa mereka tidak lagi mendapat sokongan daripada parti mereka.

Lagi dia tulis.. "Masalah kita bukan dengan perlembagaan, (masalah itu) bukan mengenai jawatan PM.

"Masalahnya, kita ada (Datuk Seri) Najib Razak sebagai PM kita, yang tidak mahu meletak jawatan kerana percaya beliau masih dapat sokongan majoriti...

"Beliau tidak akan dibenarkan untuk menyerah dan meletak jawatan oleh orang di sekelilingnya, terutama isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor)," kata Kadir.

Dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com itu, Kadir juga menjelaskan bahawa Tengku Razaleigh tidak bermaksud bahawa pemilihan perdana menteri itu mengikut cara sebuah negara republik.

Beliau juga memberi peringatan kepada pihak yang mengulas isu tersebut supaya berhati-hati kerana ia boleh menyentuh ruang hasutan.

Berikut adalah petikan sebahagian dari tulisan A. Kadir Jasin..

Our problem is not with the Constitution. It is not even with the post of PM. We have had five PMs before Mohd Najib. We had issues with two of them – Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra and Tun Abdullah Ahmad Badawi. Both resigned amicably when they realised that they no longer enjoyed the support of their party. 
So it is not the way we elect a PM that is the problem. The problem is we now have Mohd Najib as our PM. He does want to resign because he believes he has the support of the majority and he will never be allowed to give in and give up by the people around him, starting with his wife. 
As for the rumours that Jho Low and his Abu Dhabi associates met Mohd Najib in Kuala Lumpur last Thursday to chart the future direction of 1MDB, only Ahmad Husna Hazadlah can confirm or deny. 
But the following day (Friday) May 29, Ahmad Husni confirmed that the Abu Dhabi-based International Petroleum Investment Co (IPIC) and its subsidiary Aabar Investments PJS would lend 1MDB US$1 billion (RM3.6 billion) to settle its US$975-million syndicated loan from the Deutsche Bank-led consortium. 
In the meantime, the country continues to suffer a serious confidence deficit as reflected by the economy and the marketplace. In the American political parlance, our PM is a lame duck.

In the northern slang, a lame duck is called "itik mantah." It cannot not walk and quacks faintly. My mother's cure for that deadly avian affliction is feed it with the smelly but highly nutritious "belacan".

Sepenuhnya silalah baca di SINI


Najib diramal letak jawatan?.. jangan haraplah!!

Posted: 02 Jun 2015 11:00 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak diramal akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) .

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu berdasarkan pengamatannya dan analisis terhadap penganalisis politik yang lain.

"Pengamatan saya dan beberapa terbitan buku penganalisis politik yang saya nilai. Kebanyakan penganalisis politik mengatakan untuk menyelamatkan UMNO, maka perubahan kepimpinan perlu dibuat.

"Jika tidak sukar bagi UMNO untuk meraih sokongan. Apabila perubahan kepimpinan itu, maknanya Presiden yang perlu berubah," katanya ketika dihubungi.

Atory berkata, sekiranya Perdana Menteri tidak mahu berhenti, maka Najib perlu merubah banyak perkara atau beliau sendiri meletakkan jawatan.

"Kebanyakan penganalisis politik mengatakan perubahan kepimpinan itu sangat perlu untuk UMNO. Jika tidak parti lain akan mengambil alih atau UMNO akan berdepan kepimpinan dan masalah kepercayaan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Atory turut ditanya mengenai persetujuan bersyarat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang sanggup meletakkan jawatannya.

Beliau berpendapat terdapat konflik yang berlaku dalam Kabinet terutama isu yang melibatkan 1MDB.

"Saya nampak memang berlaku konflik dalam ahli-ahli kabinet. Kalau Datuk Seri Hishamuddin sendiri yang berkata demikian, memang dia tidak bersetuju dengan Datuk Seri Najib.

"Itu memang satu kenyataan yang memberi tamparan kepada Najib. Hishamuddin seorang menteri kanan dan seorang Naib Presiden. Apa yang dikatakannya itu seolah-olah memberikan ancaman kepada Najib," katanya.

Beliau turut hairan kenyataan daripada Hishamuddin itu seolah-olah senada dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

"Saya amat terkejut dengan kenyataan seperti itu. Tak sepatutnya dia keluarkan kenyataan sebegitu sebab dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Najib.

"Tetapi itulah dunia politik. Dunia politik tak mengenal saudara mara. Kalau menjejaskan kepentingan masa depan seseorang, memang politik itu akan berlaku konflik," katanya lapor Free Malaysia Today


Mesyuarat tergempar mengenai 1MDB diadakan malam tadi?

Posted: 02 Jun 2015 08:45 PM PDT


Satu mesyuarat tergempar dipercayai bagi mendengar penjelasan mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadakan malam tadi menjelang mesyuarat Kabinet hari ini dan dihadiri hampir kesemua menteri, lapor akhbar milik Umno.

Menurut Utusan Malaysia, mesyuarat tertutup itu diadakan selama kira-kira 3 jam bermula jam 9 malam di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selaku jurucakap isu 1MDB enggan mengulas mengenai perkara tersebut ketika ditemui Utusan Malaysia.

The Malaysian Insider bagaimanapun difahamkan, pertemuan malam tadi bukanlah mesyuarat tergempar, tetapi sudah dijadualkan sebelum ini untuk menteri Kabinet.

Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan turut berada di hotel sama menyertai majlis makan malam yang dihadiri pemimpin-pemimpin agama dari seluruh negara.

Dua hari lalu Utusan Malaysia melaporkan Najib memberikan kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan 1MDB untuk meletakkan jawatan. 

Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, Najib membuat kenyataan itu sejurus selepas Husni selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada anggota Kabinet pada mesyuarat Kabinet Jumaat lalu.

Utusan Malaysia turut melaporkan tiada seorang pun anggota Kabinet berani tampil menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib walaupun diberi peluang berbuat demikian.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagaimanapun berkata kepada The Malaysian Insider, Najib tidak memberikan kata dua, sebaliknya beliau mengamalkan keterangkuman dan mahukan konsensus daripada rakan Kabinetnya.

"Dalam mesyuarat itu, perdana menteri kata: 'Jika sekiranya, ada antara anda yang tidak selesa dengan perkara ini, sila serahkan atau tulis (surat peletakan jawatan), dan saya akan faham.'

"Jika kamu berada di sana, tidak akan terasa seperti beliau memberi kata dua," kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu.

Nazri berkata, Kabinet turut memutuskan Husni sebagai jurucakap rasmi dalam mana-mana isu yang berkaitan 1MDB untuk menyelaraskan sebarang kenyataan yang dikeluarkan dan memastikan ia tepat.

Baru-baru ini satu klip video menjadi viral menunjukkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu ucapannya pada satu majlis tertutup dengan ahli Umno di Janda Baik, Pahang menggesa semua ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat berhubung masalah dihadapi syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Bagaimanapun, apabila ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang daripada percutian di luar negara semalam, Muhyiddin hanya mendiamkan diri dan melambaikan tangan apabila ditanya mengenai kata dua Najib kepada anggota Kabinet. 

Sejurus beliau tiba di kenderaannya, penyokongnya melaungkan "Hidup Tan Sri!" dan "Selamatkan Malaysia", sambil memberikan tepukan gemuruh lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...