Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harga petrol RON95 , RON97 naik ketika harga minyak dunia jatuh..

Posted: 30 Jun 2015 07:28 AM PDT


Harga minyak petrol RON95 akan naik 10sen seliter bermula tengah malam ini. Kenaikan berlaku walaupun berlaku kejatuhan harga minyak dunia sejak 10 Jun lalu.

Harga RON97 pula akan naik 20sen seliter manakala harga diesel kekal. Harga baru ini disahkan dengan beberapa pengendali stesen minyak.

RON95 dam diesel sekarang dijual pada harga RM2.05 seliter sementara RON97 pula dijual dengan harga RM2.35 seliter, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dilapor mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan.

Hasan dilapor sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) mengalu-alukan tindakan itu kerana pengumuman awal akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Kerajaan menggunakan kaedah pengapungan terkawal harga minyak dan tidak lagi menanggung subsidi sejak Disember tahun lepas lapor Malaysiakini


Yayasan Patriot Negara ni Kroni punya ke?.. senang-senang saja buat duit ni..

Posted: 30 Jun 2015 01:33 AM PDT


Sepatutnya bidaan dijalankan olej JPJ tapi dalam hal nombor plat 'PATRIOT' ni yang menjalankan bidaan ialah NGO itu sendiri?

Jadi dah tentu kroni-kroni yang punya kerja ni, hinggakan JPJ seolah-olah hilang kuasa buat seketika dalam hal ini..

Seluruh keuntungan hasil dari bidaan nombor plat tersebut boleh dimiliki oleh JPJ sepenuhnya tiba-tiba dalam isu 'PATRIOT' ni.. NGO tersebut dikatatan mengaut hampir keseluruhan keuntungan..

JPJ hanya akan menerima keuntungan kasar RM1 juta hasil lelongan nombor plat istimewa "Patriot", walaupun keuntungan disasarkan sebanyak RM10 juta..

Hmm.. kerana 'PATRIOT' JPJ jadi Pak Turut... kenapa?

Lagi satu.. agak-agak dengan menggunakan nombor plat 'PATRIOT' tu boleh disemai ke perasaan patroitisma dalam diri?

Rasanya tidak.. dengan nombor-nombor yang dibida semuanya melebihi RM1000 bukannya perasaan patriotisma yang timbul.. tapi riak dan sombong yang timbul..

Maklumlah mereka menggunakan nombor plat yang mahal... tentu bangga..


Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) mensasarkan antara RM10 juta dan RM15 juta untung daripada jualan nombor plat kenderaan yang bermula dengan perkataan "Patriot" 
Bagaimanapun, skim itu menimbulkan tanda tanya selepas lelongannya dibuat oleh sebuah NGO dan bukan kerajaan. 
Lagi pula, harga permulaan untuk "Patriot 1" ditetapkan pada RM1 juta – paling mahal dalam sejarah Malaysia. 
Laporan media menyebut bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kebenaran kepada YPN menjalankan bidaan. Nombor plat itu diperkenalkan bagi menyemai semangat patriotisme. 
Timbalan Pengerusi YPN Datuk Nadzim Johan mengakui NGO itu turut mendapat faedah kewangan daripada skim itu, tetapi enggan menghuraikan lanjut bagaimana ia dikongsi dengan JPJ. 
Beliau juga mendedahkan bahawa lima orang sedang mengintai nombor plat "Patriot 1". 
Ketika tulisan ini disediakan, bidaan sudah mencecah angka RM1.3 juta. 
Setakat ini, bidaan nombor plat paling tinggi dibuat oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail yang membayar RM520,000 untuk mendapatkan "WWW 1" pada 2012. 
Dua tahun kemudian, Sultan Ibrahim juga mendapatkan nombor "W1N" dengan bidaan bernilai RM748,000. 
Untuk bidaan nombor plat bermula dengan perkataan Patriot, pembida harus membayar RM20 yuran keahlian menjadi Briged Patriot, menurut laman web YPN. 
Bidaan yang bermula 1 Jun lalu akan berakhir hari ini. JPJ masih tidak menjelaskan kenapa urusan itu diserahkan kepada YPN.

Malaysiakini juga melaporkan..

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya akan menerima keuntungan kasar RM1 juta hasil lelongan nombor plat istimewa "Patriot", walaupun keuntungan disasarkan sebanyak RM10 juta.  
Perkara itu diakui oleh Presiden Yayasan Patriot Negara Malaysia(YPN) Datuk Nadzim Johan kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.  
JPJ tidak akan rugi apa-apa, kata Nadzim, sebaliknya membuat keuntungan.
Beliau berkata projek itu dianugerahkan kepada JPJ melalui rundingan langsung ketika Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi menteri pengangkutan sebelum ini.  
Presiden YPN Brigadier General Datuk Husainay Hashim pula berkata tidak pernah mengeksploitasi perhubungannya untuk mendapatkan projek daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.  
Husainay sebelum ini bertugas sebagai setiausaha kerja Umno.  
Beliau menegaskan tiada apa-apa untuk disembunyikan dan mengalu-alukan perkara sama diajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Entah macam manalah dia kira.. dari boleh peroleh seluruh keuntungan hasil bidaan nombor plat itu sekarang dipaksa berkongsi.. JPJ dikatakan tak rugi apa-apa?


Dokumen dan e-mail 1MDB diubah hanyalah andaian kata Timbalan Menteri

Posted: 29 Jun 2015 11:05 PM PDT


Tanggapan bahawa dokumen yang dibocorkan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo, telah diubahsuai dibuat berdasarkan andaian yang logik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya tidak dapat membuat andaian lain selain ianya telah diubahsuai kerana dokumen perjanjian antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu datang dari Justo sendiri.

"Mudah sahaja... individu yang ditahan ialah Xavier Justo, dan dokumen dilihat bersamanya. Jadi kita tak dapat buat andaian lain selain dia yang membuat pengubahsuaian itu," kata beliau pada sidang media selepas pelancaran pameran GPEC Asia 2015, pada Isnin.


Bagaimanapun katanya ianya masih tertakluk kepada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Thailand, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pada bila-bila masa membantu mereka dalam membuat siasatan tersebut.

Katanya, sudah tentu pihak berkuasa Thailand tidak akan terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa dokumen itu telah ditokok tambah kerana ianya masih dalam siasatan dan mereka yang menjalankan siasatan tersebut.

Namun, kata Wan Junaidi, segala hasil kertas siasatan akan hanya dikemukakan di mahkamah demi menjaga kredibiliti siasatan itu sendiri.

"Dan sudah tentu apa yang kami (kerajaan) lakukan dan katakan adalah berdasarkan andaian logik bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku," katanya.

Selain itu, katanya semua pihak akan mengetahui kebenaran di sebalik isu 1MDB hanya selepas ianya selesai disiasat Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata kerajaan tidak ada kuasa untuk menghalang terus media daripada membuat spekulasi.

"Orang masih membuat tuduhan terhadap kerajaan sepanjang masa pun, termasuk spekulasi. Media arus perdana, media sosial masih berjalan. 

"Saya tidak rasa kerajaan ada kuasa untuk untuk betul-betul menghalang media dari membuat spekulasi tentang apa yang mereka hendak katakan. Ia masih berjalan dan kerajaan tidak akan melarang media... itu janji kerajaan pada 1993 dan dasarnya tetap sama," katanya.

Ditanya mengenai amaran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik balik lesen percetakan akhbar The Edge kerana didakwa menyiarkan berita palsu, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan kementerian berdasarkan siasatan.

Beberapa akhbar pada Rabu melaporkan Justo ditahan polis Thailand atas tuduhan memeras ugut PetroSaudi, dan membocorkan emel di antara PetroSaudi dan 1MDB.

Selain itu, KDN juga difahamkan berdasarkan siasatan forensik, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan di portal Sarawak Report sudah diubah atau disunting selepas dicuri dari pengkalan data Petrosaudi.

Tanggapan itu dibuat selepas siasatan awal oleh firma sekuriti siber, Protection Group International (PGI) lapor AstroAwani


Tahniah Najib!! Kehebatan anda sebagai Menteri Kewangan terserlah.. Ringgit menjunam paras terendah dalam 10 tahun...

Posted: 29 Jun 2015 09:13 PM PDT


Mula-mula kita kena tahu apa pendapat Menteri Kewangan yang juga Presiden UMNO yang mengulas mengenai sama ada keruntuhan kewangan Greece akan memberi kesan kepada Malaysia.. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata krisis kewangan di Greece tidak akan memberi sebarang kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia.

"Kita akan melihat kesan global tetapi saya mahu melihat perkembangan dalam tempoh sehari dua ini. Faktor utama Greece kekal sama ada ia sebahagian dari zon Eropah atau mereka akan menarik diri darinya. Kita (Malaysia) perlu melihat perkembangan ini.

"Kita juga perlu memantau dan melihat sentimen global dan bagaimana ia memberi kesan," katanya..

Itu kata Menteri Kewangan yang dibawah pentadbirannya hutang luar negara hingga Mac tahun ini telah mencecah RM768.1 bilion dan nilai ringgit juga berjaya dijadikannya paling rendah dalam masa 10 tahun..

Manakala ketika berkongsi pandangannya, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata butiran rundingan penyelesaian antara Greece dan pemberi pinjaman asing ternyata turut menjejaskan sentimen di seluruh dunia selain memberi kesan ke atas pasaran saham serantau.

Hmmm... Menteri Kewangan kata tak ada kesan.. Penganalisa pula kata memberikan kesan.. entahlah Najib..


Laporan berkaitan...

Ringgit jatuh ke paras terendah bagi tempoh 10 tahun hari ini dalam dagangan berhati-hati susulan kebimbangan isu hutang Greece, kata peniaga. 
Pada 5 petang, nota tempatan itu diniagakan pada 3.7825/7855 berbanding dolar AS, daripada 3.7660/7690 pada Jumaat.

Kebimbangan akan kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan Malaysia turut mempengaruhi mata wang tempatan. 
Seorang peniaga berkata dolar AS meneruskan momentum aliran menaik dengan perbelanjaan pengguna AS bagi Mei mencatat peningkatan tertinggi dalam tempoh hampir 6 tahun dan ini disokong oleh unjuran kenaikan kadar faedah AS dalam tahun ini juga. 
Nota tempatan turut ditutup rendah berbanding mata wang utama lain kecuali euro.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8004/8045 daripada 2.7996/7020 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding yen kepada 3.0762/0799 daripada 3.0516/0543. 
Ringgit lemah berbanding pound British pada 5.9400/9459 daripada 5.9318/9369, namun mengukuh berbanding euro kepada 4.2016/2061 daripada 4.2194/2235 Jumaat lepas. 
Sementara itu, kelemahan prestasi ringgit serta pasaran saham tempatan ketika ini adalah reaksi spontan terhadap kebimbangan melibatkan hutang Greece yang tertunggak serta kemungkinan pihak Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia. 
Ketika berkongsi pandangannya, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata butiran rundingan penyelesaian antara Greece dan pemberi pinjaman asing ternyata turut menjejaskan sentimen di seluruh dunia selain memberi kesan ke atas pasaran saham serantau. 
"Kami menjangkakan kesan terhadap pasaran saham tempatan ini selepas rundingan (Greece) itu gagal. Malah, pasaran sememangnya membuat jangkaan awal akan berlakunya tunggakan bayaran oleh Greece terhadap pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak €1.6 bilion, yang dijadualkan esok," katanya kepada Bernama, hari ini. 
Bagaimanapun, jelas Nazri, kesan terhadap Malaysia dijangka minimum kerana pendedahan langsung negara ini terhadap Greece adalah kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan perdagangan. 
"Bursa saham tempatan dijangka kembali pulih dalam masa satu atau dua minggu lagi dan pelabur digalakkan membeli saham-saham yang memiliki asas baik pada harga yang murah," katanya. 
Jelasnya lagi, jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang terhadap kelemahan ringgit. 
"Unit tempatan itu mencecah paras 3.78 bagi setiap dolar AS iaitu yang paling lemah dalam tempoh 10 tahun yang disebabkan gabungan pelbagai faktor," katanya. 
Namun, Nazri tetap berkeyakinan pihak Fitch Ratings tidak akan menurunkan penarafan kredit negara ini biarpun Ketua Bahagian Penarafan Negara Asia Pasifik firma penarafan itu, Andrew Colquhoun, pada Mac lalu berkata kemungkinan penarafan Malaysia akan diturunkan adalah sebanyak 50%. 
"Penurunan itu akan menjadi yang pertama untuk negara sejak tahun 1998 dan akan hanya berlaku jika kerajaan tidak mengurangkan pembiayaan awam. Kerajaan sebaliknya menunjukkan komitmen dengan mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan hutang serta mengubah ekonomi menjadi lebih pelbagai dan berdaya tahan," katanya lapor The Malaysian Insider



Adik Najib kata rakyat kini tertekan...

Posted: 29 Jun 2015 07:25 PM PDT


Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak berkata beliau bimbang kerana masyarakat Malaysia kini tertekan kerana tidak mendapat maklumat yang benar berhubung isu yang dihadapi negara.

Lebih buruk lagi, keadaan ini malah menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat, katanya dalam satu tulisan di Instagram.

Dalam tulisan itu, Nazir turut memuatkan gambar dan tajuk sebuah buku motivasi tulisan Michelle M Paiva yang menekankan peri penting kebenaran, bertajuk 'Truth, Next Exit'.

"Institusi kita perlu membawa kita ke sana dengan cepat. Rakyat Malaysia tidak mendapat kebenaran – yang memecah belah dan menekan.

"Apabila timbul kebenaran, kita boleh mencari penyelesaian," katanya di laman tersebut.

Beliau turut menjawab soalan pengunjungnya, sama ada rakyat Malaysia perlu keluar di susur lebuhraya di hadapan, seperti digambarkan dalam foto yang dikongsi Nazir.

"Di hadapan sana jalan menuju masyarakat Orwellian!," jawabnya.

Jawapannya itu merujuk kepada latar dalam novel popular '1984' karya George Orwell berhubung kawalan kerajaan totalitarian ke atas masyarakatnya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sekiranya Nazri merujuk kepada pentadbiran abangnya, Datuk Seri Najib Razak.

Namun Nazir sememangnya kritikal ke atas 1MDB, projek yang dicetuskan perdana menteri itu lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...