Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Maritim China ceroboh perairan M'sia, tapi kita tengok dari jauh saja?

Posted: 04 Jun 2015 08:00 AM PDT


Kalau sejarah dijadikan sebagai panduan, nampak gayanya sikit hari lagi terlepas kepada negara Cina lah gugusan Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan ni..

Dah dua tahun kapal China Cost Guard berlabuh disitu tapi negara kita hanya memerhatikan dari jauh saja.. 

Cuba tengok balik macamana kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA (Joint-Development Area) di Teluk Siam.

27.Bagi yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen la..  
28.Awal-awal kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut atas alasan nak buat padang.  
29.Dengan anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.  
30.Masalahnya masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak kita tergadai.  
31.Jadinya bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara) mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah…

Artikel penuh bacalah di SINI

Itu pasal telaga minyak.. asalnya milik negara sepenuhnya tapi kerana leka tepaksa berkongsi pula..

Ni laporan pasal gugusan Beting Patinggi Ali tu.. nak jaga hati Beijing kedaulatan negara dipijak pun tak apa...


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan setakat ini hanya memantau kegiatan agensi maritim China yang berlabuh di gugusan Beting Patinggi Ali.

Pasukan China Coast Guard itu dikesan berlabuh di situ sejak dua tahun lalu, katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Dalam tulisannya di Facebook, Shahidan berkata tindakan pasukan maritim China itu adalah satu pencerobohan ke dalam perairan negara.

"Berhampiran dengan kawasan tersebut terdapat sebuah kapal Coast Guard dari China yang berlabuh.

"Kapal TLDM dan boat APMM juga berlabuh dalam jarak satu batu nautika dari kapal Coast Guard China untuk mengawasi aktiviti kapal tersebut.

"Pulau kecil ini bukanlah tuntutan bertindih tetapi kapal asing yang datang ke sini adalah penceroboh di kawasan perairan negara," katanya.

Katanya, kapal asing hanya dibenarkan melalui kawasan berkenaan dan tidak dibenarkan berlabuh.

Beliau melakukan tinjauan rasmi semalam ke Beting Patinggi Ali yang berada di kedudukan 84 batu nautika dari Sarawak.

Kegiatan pasukan keselamatan China yang semakin aktif di Laut China Selatan dilaporkan menimbulkan kebimbangan negara serantau dan Amerika Syarikat.

Negara itu didapati aktif membina pulau buatan di tiga kawasan utama di laut luas itu, yang bakal membina wilayah baru China.

Laporan Reuters, Selasa lalu menyebut China sudahpun membina kawasan daratan seluas 2,000 ekar yang bakal memberi ancaman kepada kebebasan pelayaran di laluan utama perdagangan itu.

Kawasan daratan baru kini antara lainnya menempatkan lapangan terbang sepanjang 3,000 meter yang boleh menampung operasi pesawat ketenteraan yang besar.

Pembinaan landasan tersebut dilaporkan dibuat di kawasan kepulauan Spratly, yang turut dituntut oleh Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan.

Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak membuat bantahan ke atas kegiatan tersebut, yang dilihat sebagai usaha untuk menjaga hubungan baik dengan Beijing lapor Malaysiakini



Jangan bohong kerana mahu popular di muktamar kata Malik Kasim kepada Hanif

Posted: 04 Jun 2015 05:30 AM PDT


PAS Pulau Pinang menikmati begitu banyak manfaat dan jawatan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng, walaupun parti itu hanya memenangi satu kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu.

Menafikan dakwaan perwakilan ulama PAS Pulau Pinang Mohd Hanif Harun di muktamar Dewan Ulama semalam, Exco Hal Ehwal Islam negeri itu Abdul Malik Kassim berkata dakwaan Hanif itu tidak tepat dan tidak boleh diterima sama sekali.

"Mereka telah diberi lebih banyak jawatan berbanding sepatutnya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng," katanya dilaporkan Malaysiakini.

Hanif justeru diminta memperjelaskan apa dimaksudkannya dengan "PAS dipinggirkan kerajaan negeri".

Hanif Harun sendiri telah dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah KITAB.

Menurut Adun PKR Batu Maung itu, pemimpin PAS Pulau Pinang telah dilantik ke pelbagai jawatan di sektor berbeza, termasuk di kedua-dua pihak berkuasa tempatan (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai), serta Majlis Agama Islam Pulau Pinang, selain Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK).

Hanif Harun sendiri telah dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Adun tunggal PAS Permatang Pasir Datuk Haji Salleh Man pula dilantik sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Jawatan bagi pimpinan PAS di kedua-dua MBPP dan MPSP juga telah ditambah, malah pimpinan tempatan PAS turut memegang 50 peratus jawatan JKKK di banyak kawasan.

Selain itu, ahli-ahli PAS turut dilantik sebagai penyelaras di lima kawasan yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya lepas.

"Jangan berbohong hanya kerana mahu popular di muktamar.

"Beritahu kita apa lagi yang patut diberi kepada PAS," soal Malik. – Roketkini.com



Risalah Wajah Perosak PAS Disebar!!

Posted: 04 Jun 2015 03:00 AM PDT


Kempen pemilihan PAS semakin agresif pada saat-saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti.

Ditemui diletakkan secara meluas di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan cuba membezakan antara kumpulan 'pendukung fahaman liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'.

Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015.

Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'.

Kumpulan ini dikatakan cuba menghapuskan dominasi ulama yang menjadi tunjang dalam PAS. 

Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'tuan politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.

Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.

Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.

Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis.

Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat lapor mStar

Najib istihar dirinya punya darah Pahlawan..

Posted: 04 Jun 2015 01:00 AM PDT


Ni mesti Najib nak gempar Mahathir ni.. tak pasal-pasal dia istihar dalam diri dia ada darah pahlawan, jangan main-main dengan dia..

Najib dalam ucapan di Kuching mengisytiharkan dirinya sebagai seorang pahlawan dengan "darah yang bukan sebarang darah".

Dalam ucapan itu, Najib turut menegaskan bahawa beliau akan menyelesaikan krisis 1Malaysia Development Bhd secepat mungkin.

Beliau tidak akan berundur hanya disebabkan oleh kritikan Mahathir, tambahnya.

Beliau juga mengungkit kepada kira-kira 10,000 yang hadir, betapa beliau sebelum ini sangat setia kepada perdana menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan berkaitan..

KUCHING: Declaring he has warrior spirit, Datuk Seri Najib Tun Razak (pic) says he will fight to stay on as Prime Minister, telling a crowd of 10,000 on Thursday, "Do not underestimate me". 
"I will work harder. The blood in me is not any blood. Sometimes I might look very diplomatic. But I have warrior spirit," Najib said at the "Sarawak for Najib" rally held at Stadium Perpaduan here. 
"On 1MDB, we will solve it soon, and all other problems. My heart is with you Sarawak, we see what problems we can solve together." 
Najib also repeated that he had strongly supported Tun Dr Mahathir Mohd when the former PM came under attack. 
"When there are no problems, everyone supports. Right? It's easy. But when there are bit of problems, I believe the problems can be solved. 
"During the other PM's era, there were lots of problems too. Bigger problems sometimes. 
"But I strongly supported him for 22 years. I was very loyal (and) because of leaders like me, he stayed on for 22 years. 
"This is my era as Prime Minister. I will not step down because of one person." 
Chief Minister Tan Sri Adenan Satem gave Najib ringing support, saying this Prime Minister had done more for Sarawak than all five previous Prime Ministers combined.
Adenan said Barisan Sarawak would support Najib because "this is the right thing to do".
 
Adenan added he was in discussion with the Federal Government to empower the Sarawak Government and for more oil and gas royalties ~ The Star Online


Pahlawan pun Pahlawan lah Najib..  tapi lain kali suruhlah orang lain yang angkat hang sebagai Pahlawan.. bukannya angkat diri sendiri..

Sementara itu Bernama melaporkan..

"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam diri saya," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya," katanya.

Sarawak menjadi negeri terkini (selepas Sabah dan Perlis) bagi Najib yang akan membolehkan beliau tidur dengan nyenyak, selepas melihat sokongan padu Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui beliau.

Berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching hari ini, katanya beliau yakin di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satem, BN akan terus mendapat mandat besar di Sarawak, menjadi pembuka tirai kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang memuji kehebatan Adenan menerajui Sarawak berkata: "Dia (Adenan) hanya minta satu penggal saja (Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22 tahun".
 
Najib berkata Perdana Menteri sebelum ini turut mengharungi pelbagai masalah besar dalam pentadbiran, dan disebabkan sokongan setia sebagaimana yang dicurahkan beliau kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini, membolehkan perdana menteri sebelumnya kekal berkuasa, ada sehingga 22 tahun. 
"Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang. Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai 'Apai Besai'. Saya nak tanya orang Sarawak... nak lagi saya jadi PM ke tidak?" kata beliau dengan disambut dengan sorakan gemuruh "nak".
"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.

Katanya BN mahukan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang, kemenangan yang cukup meyakinkan, dan apabila menang nanti pula, mereka perlu bersikap merendah diri.

"Eksyen sikit tak apa, tapi jangan berlebihan dan perlu merendah diri, jangan malukan orang, merendah diri dan rakyat akan menghargai kamu, kita teruskan perjuangan ke hadapan. Insya-Allah BN akan berjaya pilihan raya akan datang kalau kita bersatu," katanya.


Eh?. Dah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif KITAB pun kata PAS disisihkan lagi?

Posted: 03 Jun 2015 11:00 PM PDT


Betul-betul aku tak faham.. apakah makna 'PAS disisihkan' sebagaimana yang dinyatakan oleh Wakil Ulama Pulau Pinang, Mohd Hanif Harun dalam ucapannya semalam.

Katanya seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.. "PAS di Pulau Pinang menyokong sepenuhnya kepimpinan tertinggi perlu menilai semula tahaluf siyasi berdasarkan pengalaman yang mereka lalui di negeri ditadbir DAP.

"Pulau Pinang sebuah negeri yang diperintah Pakatan Rakayat (PR), parti PKR dan PAS disisihkan," katanya semasa permulaan perbahasan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamad di Taman Melewar Gombak.

Katanya lagi.. "Tahaluf siyasi itu sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti sendiri.

Beliau turut membidas segelintir pemimpin dan ahli PAS yang dilihat terlalu mengagungkan tahaluf siyasi dengan membelakangi parti sendiri.

"Keadaan kita sekarang ini seolah-olah melebihkan parti lain. Seolah wala (taat) kita kepada parti lain selain memberi wala kepada presiden sendiri. Perkara ini jelas bila PAS bawa isu hudud ada kalangan kepimpinan sendiri tidak setuju dengan apa dibawa PAS.

"Kerana itu kami setuju bahawa adanya perbincangan dan tindakan diambil untuk menentukan bagaimana status kita dalam tahaluf siyasi kalau ke-6 syarat yang dikatakan mursyidul am PAS tidak dipatuhi maka tidak sah tahaluf siyasi," katanya lagi.. sepenuhnya bacalah di SINI


Disisihkan tu apa maksud sebenarnya?..

Kalau benar PAS disisihkan, aku yakin tak akan ada satu jawatan dalam GLC yang dikuasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diserahkan kepada PAS..

Beratus jawatan lantikan kerajaan negeri dipegang oleh PAS. Drp jawatan YDP MAINPP sehinggalah JKKK.  
Tiba-tiba wakil Pemuda PAS, ust Hanif Harun yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif KITAB ( Kolej Islam Teknologi Antarabangsa P.P) berkata dalam muktamar PAS, bahawa parti itu dianaktiri di P.Pinang. Maka, PAS perlu kaji hubungan dlm PR.  
Saya buntu memikirkan, jenis pemikiran golongan ustaz sebegini .....

Sebagaimana buntunya sahabat aku yang namanya Cikgu Zul yang menulis itu .. begitulah juga buntunya aku..




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...