Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nothing2Hide: Adakah kena 'boo' ancaman keselamatan itu? soal Marina kepada KPN

Posted: 05 Jun 2015 08:41 AM PDT


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdepan kritikan selepas pada saat-saat akhir membatalkan dialog Nothing2Hide dengan Perdana Menteri pada Jumaat.

Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir mempersoalkan di Twitter tentang bentuk ancaman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Well well well...jika @ KBAB51 tidak boleh mengendalikan keselamatan untuk sebuah acara melibatkan @NajibRazak, apa yang bagusnya dia," kata Marina.

"Dan apa jenis ancaman keselamatan itu? Orang 'boo'? Tetapi itulah yang telah berlaku sebelum ini, tidak," tanya beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah berkata di Twitter: "Sejak sekolah, sy tak pernah tarik diri saat akhir bila telah sahkan akn hadir ceramah, dialog, forum, debat."

"Pokok pangkalnya ialah debat atau tak debat. Tak payahlah nak spin spin."

"Ada beza antara yg menerima debat dgn yg tidak. Itu jer."

Bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan menulis di Twitter bahawa sesi Nothing2Hide perlu dinamakan semula kepada sesi Something2Hide.

Khalid berkata polis terpaksa membatalkan dialog antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan kehendak Najib tetapi kerana "keselamatan dan sekuriti."

"Walaupun Perdana Menteri tidak gembira dengan saya kerana membatalkannya, tetapi saya terpaksa. Untuk sebab-sebab keselamatan," kata Khalid kepada The Star.

Beliau enggan mengulas apabila ditanya apakah isu-isu keselamatan di PWTC lapor mStar




Dr M datang tidak dijemput?.. Penganjur #Nothing2Hide kantoi menipu..

Posted: 05 Jun 2015 05:30 AM PDT


Apa motif penganjur mengatakan kononnya Tun Mahathir tidak dijemput ke Majlis #Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO ini entahlah.. mungkin sebab dia takut kena marah dengan Najib kot..

Kata Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. Bekas Perdana Menteri itu hadir ke majlis #Nothing2Hide:

"Dialog PM bersama NGO" tanpa sebarang undangan daripada pihak penganjur.

"Beliau hadir kerana sudah tersebar di media sosial bahawa beliau akan hadir, jadi Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir.

"Pihak penganjur tidak memberikan undangan untuk beliau," katanya dalam satu sidang media selepas program itu dibatalkan.

Cubaannya jelas untuk menggambarkan kononnya Tun tidak dijemput.. apa saja tindakan Tun dalam majlis itu tak ada kena mengena dengan dia.. kononnya lah..

Tapi tindakannya itu terbukti satu pembohongan semata-mata..

Jika dikatakan Tun tidak dijemput ke majlis itu kenapa Tun dibenarkan memberikan ucapan?

Paling menarik ialah Tun dikatakan tidak dijemput tapi telah disediakan satu kerusi khas buat Tun dalam najlis tersebut..

Salah seorang dari AJK Sukaguam sendiri yang telah memaklumkannya melalui Instagram sejak dari semalam..

Ni dari Twitter..


Ni pulak dari Instagram..


Tak nampak?.. tengok yang kat bawah ni.. baca betul-betul nama tu..


Nak bohong pun.. tanya kawan-kawan sendiri dululah.. sekarang kan dah kantoi..


Nak sembunyi memanglah tak muncul.. TMJ sindir Najib

Posted: 05 Jun 2015 02:25 AM PDT


Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Razak tidak hadir dalam sesi dialog dengan NGO di Kuala Lumpur hari ini atas alasan keselamatan.

Pengkritik beliau pula berkata Najib "bacul" untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bagaimanapun, bagi Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lain pula telahannya.

"Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk "Nothing2Hide" dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya? Tentu sekali dia tidak akan muncul. 
"Kepada mereka yang telah diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. 
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Itu adalah apa yang di tulis dilaman Facebook JOHOR Southern Tigers , kenyataan tersebut turut ditulis dalam bahasa Inggeris..

How can you have a dialogue called "Nothing2Hide" featuring a person who has everything to hide? Obviously he won't show up.  
For those who have been entrusted with the responsibility, do not blame the people for losing confidence and trust in you, but think of why they no longer have the confidence and trust in you.  
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor




Bagaimanapun.. Semakan Malaysiakini lewat petang ini mendapati tulisan itu telah tiada di Facebook itu.

Malaysiakini sudah menghubungi pengelola akaun itu melalui pesanan Facebook dan masih menunggu reaksinya.

Panggilan telefon ke Pengelola Bijaya Diraja Johor, Jabatan Diraja Johor sebentar tadi juga tidak berangkat.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam Nothing2Hide, dialog terus terang bersama aktivis NGO, dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur lapor Malaysiakini




#Nothing2Hide : Najib PENAKUT! kata bekas pemimpin UMNO

Posted: 04 Jun 2015 11:00 PM PDT


Semalam di Sarawak bukan main lagi hebat dia berucap, siap kata jangan main-main dengan dia sebab dia ada darah pahlawan..

Tapi hari ni bila Tun muncul dalam 'Dialog PM bersama NGO' dengan tajuk #Nothing2Hide batang hidung dia pun tak nampak..

Alasannya ialah KPN telah menasihatinya supaya tidak hadir atas faktor keselamatan.. kah..kah..kah..

Dia nak perbodohkan siapalah agaknya..

Orang tua-tua kata.. berani kerana benar, takut kerana salah.. nampaknya #Nothing2Hide tu dah bertukar jadi #Nowhere2Hide...

Darah pahlawan pun dah bertukar jadi darah haid bila tahu Tun tiba-tiba hadir... macam ni punya orangpun macai masih nak sokong bermati-matian...

Betullah kata orang UMNO ni pasal Najib..

The former Umno man who lodged a police report against 1Malaysia Development Bhd (1MDB) last year has called Prime Minister Datuk Seri Najib Razak a "coward" for not showing up at a forum on the controversial state investment firm. 
Former Umno Batu Kawan deputy division chief Datuk Khairuddin Abu Hassan also said Najib, who is also finance minister and chairs the firm's advisory board, was not fit to be prime minister. 
Najib did not attend the event called "Nothing to Hide" which was supposed to be a dialogue session between him and NGOs, after the police cited security concerns and halted it. 
But former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib's fiercest critic, showed up after the organisers SukaGuam gave him an open invitation. 
"There is no other security reason, Najib is a coward and is not qualified to be PM," said Khairuddin, who was sacked from Umno earlier this year for being a bankrupt. He has said that his sacking was due to his criticism of Najib and 1MDB. 
"What security concern? Everything was peaceful today."

Video tengoklah kat SINI


#Nothing2Hide : Pahlawan takut nak datang hantar Hulubalang halang Tun Mahathir..

Posted: 04 Jun 2015 08:41 PM PDT


Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.

Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Keadaan mula tegang di Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu.

Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.

Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.

Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.

Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.

Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu.


Sementara itu Malaysiakini melaporkan..

Polis telah mengarahkan dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan NGO di PWTC hari ini dibatalkan atas alasan keselamatan.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy PDRM mengarahkan Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan," tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter.

Catatat Twitter IGP itu muncul pada sekitar jam 8.55 pagi - kira-kira lima minit sebelum program itu djadualkan bermula.


Di PWTC, tidak ada tanda-tanda majlis itu dibatalkan dan kira-kira 1,500 orang sudah memenuhi dewan.

Pada masa laporan ini ditulis, Najib masih belum tiba, tetapi beberapa VIP hadir, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa.

Tetapi yang paling penting ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah tiba.

Pada sekitar jam 10.20 pagi, pengacara majlis memberitahu hadirin bahawa pihak urusetia ingin meneruskan majlis itu tapi IGP batalkan.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih berunding dengan IGP dan meminta hadirin supaya bersabar.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...