Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib tak lalu makan kerana sedih memikirkan nasib mangsa gempa di Sabah?

Posted: 07 Jun 2015 08:10 AM PDT


Tengok betul-betul gambar kat atas tu.. lihat betapa murungnya Najib walaupun di hadapannya terhidang berbagai jenis lauk-pauk untuk ditelan..

"Saya berasa sedih membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum dijumpai," katanya..

Dulu masa banjir di Kelantan dia pergi main golf dengan Obama.. sekarang bila gempa bumi pula dia ada di Jeddah.. rajin betul dia melawat luar negara ya..

Tapi hasilnya apa?

Laporan berkaitan..

Meskipun dalam kesibukan jadual padat sempena lawatan ke Arab Saudi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap mengikuti perkembangan insiden gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah.

Najib, dalam catatan terbaru di Facebook beliau hari ini, berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, kini berada di Sabah untuk memantau situasi dan mengurus tadbir operasi di negeri itu.

"Walaupun saya kini berada di Jeddah untuk lawatan rasmi, menteri-menteri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi kerajaan yang terlibat dengan kerja menyelamat dan pemantauan keadaan di Sabah sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada saya.

"Insya-Allah, bersama-sama mereka yang ada di sini, solat hajat akan diadakan malam ini. Moga Allah SWT memelihara rakyat Malaysia terutamanya di Sabah dan memudahkan usaha menyelamat," katanya.

Najib tiba di Jeddah pada Sabtu malam dan diberi sambutan rasmi oleh perwakilan Arab Saudi yang diketuai Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Naif al-Saud di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz al-Saud.

Najib turut memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamat semua yang masih terkandas di kawasan pergunungan (Gunung Kinabalu).

"Saya berasa sedih membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum dijumpai," kata Najib.

Beliau turut menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam gempa bumi Jumaat lepas.

Mengenai 23 bangunan sekolah dan infrastruktur seperti jalan raya yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi, Najib berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Sabah akan memantau, menyediakan laporan dan mengambil tindakan segera untuk memastikan kesemua ini diperbaiki secepat mungkin demi keselesaan masyarakat terutamanya pelajar di Sabah.

Menurutnya, anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia berada pada keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat juga digerakkan bagi membantu dalam apa bentuk sekalipun.

"Saya harap semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama akan terus berdoa untuk keselamatan rakyat Sabah," katanya.Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dalam kejadian pada 7.15 pagi Jumaat lepas iaitu gempa terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu disusuli gegaran kecil yang turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud lapor The Malaysian Insider



Eh.. eh.. depa dah nak 'U' Turn pulak ka ni?

Posted: 06 Jun 2015 11:00 PM PDT


Dewan Ulama PAS terkejut dengan respons Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengalu-alukan peletakan jawatan wakil parti Islam itu dalam kerajaan negeri susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar hari ini.

Ketuanya Datuk Mahfodz Mohamed berkata, usul itu pada asalnya diluluskan tanpa bahas pada muktamar itu bagi mengurangkan kesan buruk yang mungkin dihadapi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

"Dia (Lim) cepat sangatlah, bergopoh buat keputusan itu, sedangkan keputusan PAS belum muktamad lagi.

"Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit.

"Tetapi tiba-tiba, Lim pula respons, sedangkan dia yang mula serang PAS," katanya sewaktu ditemui wartawan selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 ditangguhkan hari ini.

Mahfodz berkata, Dewan Ulama dari awal lagi tahu yang usul tergempar itu tidak akan dimuktamadkan walaupun ia diterima muktamar hari ini.

"Masa kita buat keputusan itu dulu, bukan nak suruh putus serta-merta. Kita nak suruh rujuk pada Majlis Syura," katanya merujuk usul yang dibawa sayap parti itu ketika muktamarnya pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi ahli Dewan Ulama PAS, Nasrudin Hassan yang sebelum ini berikrar 'melutut' dan 'menyiku' DAP, juga mengelak mengulas kesan usul tergempar itu.

"Keputusan muktamar ini diserahkan kepada Majlis Syura dan kita tunggu keputusannya," katanya.




The Malaysian Insider juga melaporkan PAS tanggung akibat usul putus hubungan dengan DAP..

PAS sekarang faham yang "anda tidak boleh minta cerai tapi masih hendak tinggal di rumah yang sama", kata seorang pemerhati ketika parti Islam itu kini merasa kesannya akibat daripada niat mereka berpatah arang dengan DAP.

Pemimpin PAS Selangor khususnya, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti agar tidak meneruskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang diluluskan muktamar parti itu tanpa bahas, menimbulkan kemarahan beberapa perwakilan.

Akibat daripada usul itu mula dirasai apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri dan agensinya dengan segera tanpa sebarang soalan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau percaya mereka "tiada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan" selepas usul itu diluluskan kerana "suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik" bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuainya.

Pemimpin PAS kemudiannya dengan segera cuba memperbetulkan keadaan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, usul itu walaupun diterima pakai, bukan satu keputusan muktamad dan masih perlu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Tetapi, pemimpin PAS Selangor bimbang jika parti itu meneruskan hasrat Dewan Ulama yang konservatif melaksanakan usul itu, kerajaan negeri akan jatuh.

PAS mempunyai 15 daripada 43 kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu dan 3 wakil rakyat yang menjadi exco kerajaan negeri.

Apa yang terjadi merupakan isyarat tidak baik bagaimana barisan kepimpinan konservatif yang baharu mahu menguruskan PAS dan bagaimana ia berfungsi dalam pakatan pembangkang PR.

Isyarat pertama akibat retorik parti itu ialah apabila bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu berkata beliau akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Beliau juga menyindir kepimpinan parti dan usul menolak DAP itu, mengatakan PAS pasti boleh hidup sendiri.

Pengumuman itu dibuatnya sebaik muktamar di Kuala Selangor itu menyedari kenyataan dibuat Lim semalam mengenai wakil PAS dalam kerajaan negeri itu.

Selepas ucapan Mohamad, pemimpin PAS Selangor Sallehin Mukhyi membuat ucapan yang penuh perasaan bagaimana parti itu selama ini bekerjasama rapat dengan DAP dan PKR dalam kerajaan negeri, yang digambarkan sebagai model pentadbiran PR di Malaysia satu hari nanti.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, juga bersungguh-sungguh meyakinkan media selepas muktamar itu yang mereka di Selangor akan bekerja seperti biasa dan PAS tidak berhasrat meninggalkan pentadbiran negeri.

"Usul itu bukan pendirian muktamad PAS. Saya tahu kepimpinan kita adil dan akan mendengar semua pandangan dan saya akan memberitahu mereka bagaimana baiknya kerjasama dalam kerajaan negeri Selangor," katanya yang baru dipilih sebagai naib presiden itu.

Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP itu diluluskan sayap ulama parti pada Rabu. Ia sebagai tindak balas kepada keputusan DAP pada Mac memutuskan hubungan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menentang hudud di bawah Enakmen Syariah Kelantan.

Usul itu kemudiannya diluluskan tanpa bahas pada muktamar utama, satu keputusan yang dibuat pemimpin kanan tetapi dikritik hebat perwakilan.

Ini kerana ia memberi gambaran semua ahli PAS di akar umbi juga bersetuju dengannya.

Sesetengah ulama yang bersetuju dengan usul itu dan cenderung berperang dengan DAP bungkam apabila ditanya mengenai implikasinya, terutama berhubung kenyataan kerajaan negeri Pulau Pinang itu.

"Saya serahkan kepada Majlis Syura untuk memutuskannya," kata Nasrudin Hassan, pemimpin Dewan Ulama, ketika ditemui pemberita selepas muktamar itu.

Nasrudin pada Jumaat membuat ucapan berapi-api tentang bagaimana usul itu merupakan "satu tamparan di muka" untuk DAP.

Mereka yang lain terkejut dengan kenyataan Lim.

Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamad mengecam ketua menteri Pulau Pinang itu kerana terburu-buru menjangkakan wakil PAS dalam kerajaan negeri akan meletak jawatan.

Tetapi, pemimpin DAP Selangor Charles Santiago membidas mereka, mengatakan kepimpinan baharu PAS sebenarnya tidak berfikir masak-masak apabila memaksa muktamar itu menerima usul itu.




"Itu bukan caranya menguruskan hubungan, dan kini ia menyerang mereka kembali," katanya, sambil menambah, ia isyarat bagaimana golongan konservatif mahu menguruskan parti itu.

"Jika ini yang mereka mahu, maka semua ahli PAS perlu meletakkan jawatan masing-masing di Selangor. Anda tidak boleh nak bolot semua," katanya.

Ulasan panjang lebar mengenai isu ni.. bacalah di SINI


Nothing 2Hide: Bila dah kantoi Penganjur salahkan Pegawai Najib pula..

Posted: 06 Jun 2015 08:56 PM PDT


Kumpulan sukarelawan guaman SukaGuam, yang menganjurkan Dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibatalkan semalam, tampil mempertahankan diri hari ini, mendakwa program itu diganggu pegawai kanan Najib.

Presidennya Datuk Khairul Anwar Rahmat mendakwa, SukaGuam menjadi mangsa keadaan apabila pegawai kanan perdana menteri itu, yang sebelum itu bersama mereka menguruskan dialog tersebut, memberi maklumat salah kepada Najib.

"Namun demikian, pegawai kanan berkenaan, dan yang sekutu dengannya, yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini bertindak berlebihan dalam beberapa perkara.

"Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul mendakwa, pegawai tersebut menghantar laporan kurang tepat kepada Najib, termasuk disifatkannya cuba menokok tambah cerita menghalang Najib dari menghadiri dialog yang bertema "Nothing2Hide" (Tiada apa hendak disembunyikan) itu.

"Malangnya, pegawai berkenaan berusaha menghalang kehadiran perdana menteri menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita kepada Najib kononnya perdana menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC.

"Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program itu ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Dr Mahathir sudah bersedia untuk bertemu Najib, ia tidak sewajarnya dihalang.

"Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup," katanya.

Semalam Najib dijadualkan memberi penerangan mengenai skandal 1MDB pada forum itu tetapi ia dibatalkan pada saat akhir oleh ketua polis negara atas alasan keselamatan.

Kegagalan Najib muncul di program tersebut menyaksikan Dr Mahathir mengambil alih dengan berucap di depan hadirin sebelum beliau dihalang pihak polis.

Khairul berkata, beliau sudah berjumpa dengan Najib bagi menjelaskan situasi sebenar dan perdana menteri itu menerima baik penjelasannya.

Beliau turut memberi amaran kepada pegawai khas perdana menteri tersebut untuk berhenti dari terus memfitnah SukaGuam, jika tidak, pihaknya akan mendedahkan bukti mengenai perkara tersebut.

"Kepada individu berkenaan dan sekutunya - anda tahu siapa anda, hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam. Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.

"Jika masih berterusan, terutama melalui agen anda, kami tidak teragak-agak mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi hidup.

"Kerana, apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak yang berbeza pandangan dalam isu yang berlaku dalam negara," katanya lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...