Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kepada PKINK, Dr. Zawawi, dan wartawan Harakahdaily... dari mangsa banjir yang dikatakan enggan berpindah tu..

Posted: 09 Jun 2015 05:30 AM PDT

Marah betul nampaknya pembaca Harakahdaily dengan satu laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily mengenai rumah untuk mangsa banjir di Kelantan dengan tajuk "Rumah sudah siap, mangsa banjir enggan pindah".

Menurutnya laporan dari Harakah itu membuatkan dirinya merasa terhina kerana rentetan dari laporan itu rakyat lain yang tidak tahu apa-apa menghina dan menganggap mereka tidak mengenang budi dan tak sedar diri..

 Sedangkan laporan tersebut langsung tidak tepat..

Berikut adalah apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily

KOTA BHARU: "Kami sudah siapkan sebanyak 10 rumah kekal di Desa Rahmat, Machang malangnya mangsa banjir tidak mahu tinggal di situ, sebaliknya mereka ingin kembali ke tapak asal. 
"Hanya seorang yang tinggal di kediaman baru diberi percuma kerajaan negeri, sebaliknya sembilan keluarga lagi balik semula ke tepi sungai. 
"Inilah masalahnya sekarang. Sebaliknya ada pihak pula menuduh kerajaan negeri tidak menyediakan penempatan kepada mereka. Apa yang berlaku rumah sudah siap mereka enggan duduk pula," kata Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dr Wan Zawawi Wan Ismail. 
Beliau berkata antara alasan mereka penempatan baru jauh dari tempat kerja.
Pada Februari lepas kerajaan negeri menyerah kunci 10 unit rumah kekal kepada mangsa banjir yang dipindahkan dari Temangan.
 
Rumah mereka sebelum ini yang dibina menumpang di tanah milik orang lain dan rezab sungai rosak sama sekali akibat banjir akhir tahun lepas. 
Dr Wan Zawawi juga berkata PKINK membelanjakan RM2 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO). - HARAKAHDAILY

Manakala berikut adalah luahan pembaca tersebut..

Kenyataan BoHONG dr PKINK atau Harakahdaily 
Ayah saya, Muhamat Awang Kechik salah sorang pnerima rumah bantuan mangsa banjir di Desa Rahmat, Berangan Mek Nab, Machang... Rumah No. 6... Sejak penyerahan kunci bermula, kami hmpir beratus kali pergi ke.sana utk proses pembersihan... Kesan tinggalan pembinaan yg amat jauh dari sempurna boleh di lihat di merata tempat... Kami tdk.pertikai rumah yg jauh di pedalaman... Bahkan kami syukur diberi bantuan rumah ni... TIADA sorang pun mngsa yg ENGGAN berpindah...

Tp sy nk tny, HINGGA HARI InI, apa status elektrik dan air di 9 buah rumah yg diserahkan ini???? Ya... Kami boleh g tnb utk psg api psg air... Tp kami dinasihatkan utk tdk berbuat apa2... Sy kata sembilan shj krn rumah no.1 kekal sbg rumah contoh dan tdk diserahkn kpd sesiapa...
 
Kenyataan Dr. Wan Zawawi.itu shj sudah salah dgn fakta yg sebenar. Malah, 2 keluarga sudah berpindah dan tinggal dirumah trsebut TANPA elektrik dan air DAN JAUH KEDALAM... Air trpksa diangkut dr luar dan elektrik digunakan "pendawaian haram"... Disambung dr rumah no.1 yg disediakan utk MB tgk ms pnyerahan kunci Feb lepas... Apa status tanah dan rumah ini stakat hari ni??? 
Kami turun naik pejabat tanah apabila mereka call kami utk g tgk.rumah... Kata mereka proses utk tukar nama geran tanah dan rumah masih dilakukan... Kami g jumpa penggawa, mntk izin utk bersihkan rumah dan bersedia bila2 masa utk tambah garaj di depan rumah NaMUN penggawa menasihatkan supaya tdk buat apa2 lagi krn status rumah itu sendiri masih terumbang ambing. Kami juga dikatakan boleh ditarik balik dr senarai penerima bntuan sekiranya "siasatan" yg dilakukan itu meragukan...

Sejak rumah itu dihentikan proses kerjanya slpas pnyerahan kunci Februari lalu, hingga hari ini 8 Jun 2015, begitulah keadaan rumah trsebut... Siasatan demi siasatan kononnya dilakukan...Pejabat tanah datang ke tapak asal kami utk buat siasatan betulke kami ni layak menerima rumah bantuan banjir... Lepas tu isi borang SPRM pulak... Lps tu isi borang utk isytihar kerosakan katanya.... Lps tu pihak MARA pulak dtg mari.jenguk... Isi borang lagi, utk sahkan bhw kami ni penerima rumah banjir.... NI SAJA ambik masa berbulan2... Baru bulan lepas pihak pjbt tanah call utk SAHKAN penama di lot2 rumah...
 
Utk setelkan geran katanya, pihak pjbt tanah baru nmpk on the go sikit... Lps smgu, kami pergi lagi pejabat tanah, nk mtk izin utk teruskn niat utk bersihkan dan buat garaj di depan rumah... SEKALI lagi kami dinasihatkan utk tdk lg menetap di rumah tersebut krn air dan elektrik yg masih belum ada... Dikatakan status air pon masih dibincangkan samada mahu diamvil dr Kuala Krai atau x krn dikatakan air di Machang "X CUKUP".... 
Kami x pertikai segala ketidak sempurnaan dlm mnyiapkan rumah ni... Tangki najis yg tenggelam akibat tanah mendap.... Tiada saliran.dan perparitan di skitar rumah ini.... Tinggalkan besi cerucuk dan paip yg terjojol dari bawah.... Tombol pintu yg dah jahanam dgn 3 4 kali bukak hingga kami trpksa ganti sendiri... Tu x kira rumah sebelah yg merekah hingga boleh dimasukkan jari....

JADI, kpd yg x berada di tmpat kami, please... Jgn buat statement menghina kami... Hingga saat ni, kami masih tertanya2 bila akn siap kr puasa hny 10 hari sahaja lagi.... Bila kami pergi tny, kami di"nasihatkan" supaya tdk berpindah lgi.... Bila kami diam, kami dikatakan ENGGAN berpindah.... Jgn anggap kami anjing jalanan atau pengemis... Berbelas kali turun naik pjbat tanah... Berbelas kali turun naik junpa D.O... Berbelas kali turun naik jmp penggawa... Akhirnya "mangsa banjir enggan pindah"....

Kami tidak berharap smua disediakan kerajaan negeri scr lgkap... Krn kami sdri tau dan a diberi kebenran, kmi akn masuk... Air api kami bolh g uruskan dgn tnb... Sekrang ni isunya BUKAN kami mgsa bnjir yg komplen psl rumah.... Tp mereka yg kata kami enggan pindan.... Kmi skang berteduh di rumah, tonggang terbalik pon masih boleh dibuat berteduh.. Dan kmudahan api air pon sudah sedia ada... Kpd yg lain.. Jika blom mrasa perit jgn mudah gelakkan orang.
 
Kepada PKINk, Dr. Zawawi, dan wartawan Harakahdaily...

Please... Be responsible of your own.actions... Jika tiada info, tiada maklumat....tny kami atau badan2 kerajaan tmpatan yg uruskan hal ni.... Bukan buat sttement based on assumptions... Anda buat kami rasa terhina.... Rakyat yg lain yg x tau apa2 menghina kami dgn.pnggilan x kenang budi... X sedar diri.... TAPi, apa daya kami???
 
Mohon sebarkan kenyataan aku, Mohd Shah Mizam Muhamat. Aku akn sertakn sekali lagi gambar2 keadaan rumah tu lepas ni.... Tunggu pendedahan aku.... Korang nk main kasar, then i'll play ur game with ur own rythm...

Kenapalah terus menyusahkan hidup mereka tu??


Najib dakwa pentadbirannya serabut kerana Mahathir

Posted: 09 Jun 2015 03:08 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan "berserabut" yang dikatakan wujud di bawah pentadbirannya ialah tindak-tanduk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Najib berkata, keadaan "berserabut" yang dirujuk Tun, sebahagian besarnya adalah akibat serangannya sendiri dan mengulangi dakwaan fitnah dan pembohongan pembangkang. 

"Tuduhan-tuduhan ini telah diperbesarkan lagi melalui internet," kata Najib dalam satu set soalan lazim yang dipaparkan diblognya malam tadi.

Malah Najib berkata, bekas pemimpin negara selama 22 tahun itu juga telah mempercayai pembohongan di talian.

"Hanya kerana satu pembohongan disebarkan seribu kali, itu tidak bermakna ianya benar," katanya.

Menurut Najib lagi, dengan adanya serangan yang dilakukan di talian, tidak hairan jika Mahathir merasakan wujud keadaan berserabut yang lebih besar hari ini.

Najib berkata demkian sebagai menjawab dakwaan Mahathir yang mendesak ahli parlimen Pekan itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri berikutan dakwaan keadaan negara yang begitu 'berserabut" berbanding sewaktu perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, Najib tidak menyentuh dakwaan Mahathir mengenai gaya hidup mewahnya. Najib berkata serangan yang dihadapinya sekarang tidak seperti apa yang Mahathir terpaksa hadapi semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Ini adalah sesuatu yang Tun tidak perlu berdepan semasa beliau menjadi perdana menteri," katanya sambil menambah, pada waktu itu, Mahathir tidak perlu menghadapi tuduhan yang tiada akhirnya yang dikitar semula berulang-ulang dan dikongsi selaju kilat.

"Perkataan 'viral' hampir tidak wujud semasa pentadbiran beliau," kata Najib. Najib menyalahkan media dalam talian yang menurutnya 'mempunyai agenda tersembunyi yang memutarbelit tajuk utama dan memuat naik pembohongan yang begitu cepat dikongsi'.


Letak Jawatan: Selepas Mujahid, Salleh Man akan turut letak?

Posted: 08 Jun 2015 11:00 PM PDT


Keputusan Mujahid ini dilakukan selepas bekas timbalan presiden PAS, Mohamad mengatakan akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Penang International Halal Hub (PIHH).

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga menyindir kepimpinan PAS dan usul memutusan hubungan dengan DAP, mengatakan parti Islam itu "lebih kuat" apabila berseorangan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

"Ya. Saya akan meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah Yayasan Islam dan lembaga pengarah kolej di bawah MAIPP dengan serta merta," kata Mujahid. 
Katanya, peletakan jawatan itu sebagai menghormati usul dikemukakan Dewan Ulama PAS. 
"Tidak kira bagaimanapun usul itu ditafsirkan, untuk berlaku adil, semua jawatan kerajaan yang dilantik parti harus dilepaskan secara serta-merta, termasuk di Selangor. 
"Saya seorang lelaki bermaruah, saya menghormati keputusan perwakilan," kata Mujahid.

Kata Bekas ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula, kepimpinan baharu parti Islam itu perlu mengotakan janji mereka sebelum muktamar bagi mengelak ia dilihat sebagai satu gimik dan memalukan kepimpinan parti.

"Mereka sewajarnya membawa PAS keluar daripada PR kerana visi dan misi yang mereka perjuangkan tidak selaras dengan misi dan visi PR. 
"Jika mereka sebaliknya terus ingin menjaga kepentingan PAS di Selangor dan dalam masa yang sama cuba mempertahankan prinsip perjuangan dan reda Allah, ia menampakkan mereka tidak ikhlas dan tidak konsisten. 
"Dengan lain perkataan, mereka mungkin akan dituduh hipokrit," 
Hanipa mendakwa, slogan "keredaan Allah" mempengaruhi ahli PAS dan perwakilan sehingga mereka boleh dikatakan hilang kerasionalan dalam berfikir dan bertindak. 
Katanya, disebabkan perkara itu, keputusan muktamar memihak kepada golongan agamawan dan mengenepikan sama sekali tokoh dari golongan progresif dalam PAS. 
"Slogan itu juga mempromosi tema berikut, iaitu kemenangan dalam pilihan raya bukan segala-galanya. 
"Yang penting adalah keredaan Allah. Apa guna PAS melalui PR dapat menawan Putrajaya jika Islam tidak dapat ditegakkan." 

Bagaimana pula dengan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, Salleh Man yang memegang beberapa jawatan penting dalam GLC milik Kerajaan Negeri?

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man tidak dapat memberi jawapan sama ada akan mencontohi bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri pada masa ini.  
Dalam jawapannya melalui pesanan ringkas (SMS), beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, beliau kini berada di tanah suci. 
"Saya di tanah suci dan sedang mengerjakan umrah," katanya sebagai menjawab pertanyaan Sinar Harian.

Bersamalah kita nantikan.. adakah beliau akan menghormati keputusan perwakilan sebagaimana yang dilakukan oleh Mujahid dan Mat Sabu itu.....


Jahat sungguh DAP kata Khalid Samad

Posted: 08 Jun 2015 08:49 PM PDT


Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad 'menempelak DAP kerana melantik begitu ramai ahli mengisi jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam tulisan terbaru Khalid dalam blognya, Khalid berkata beliau berharap usul daripada Dewan Ulama PAS yang mahu memutuskan hubungan parti itu dengan DAP dilaksanakan

"Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk kepada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.

"Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima – walaupun tanpa bahas – oleh muktamar PAS.

"Maka biarlah tindakan tegas dan berani meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar," tulis beliau dalam rencana bertajuk 'Pascamuktamar PAS ke-61 dan pembaharuan yang diidamkan'.

Khalid adalah salah seorang pemimpin kumpulan progresif yang diketepikan oleh perwakilan PAS dalam muktamar tahunan mereka di Kuala Selangor minggu lalu.

Selain Khalid, antara pemimpin sederhana yang kalah ialah MP Sepang, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Mohamad Sabu.

Khalid yang juga MP Shah Alam untuk penggal kedua berkata, tindakan Mohamad meletakkan jawatannya dalam agensi kerajaan negeri di Pulau Pinang adalah tepat kerana ia bersifat lantikan atas kapasiti parti.

"Ramai juga wakil PAS yang dilantik walaupun PAS hanya menang satu kerusi. Dilantik pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang hampir kesemuanya DAP.

"Jahat sungguh DAP kerana melantik begitu ramai wakil PAS! Menyulitkan. Ujian dan dugaan.

"Sepertimana Mat Sabu dilantik, dia boleh juga dipecat. Tidak perlu tunggu dipecat. Lebih berprinsip letak jawatan.

"Lebih-lebih lagi apabila PAS yang menyerang DAP dan ingin memutuskan hubungan dengan mereka," katanya lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...