Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Siri 'Mereka' peruntuh Kerajaan Kedah.

Posted: 01 Jun 2015 06:36 AM PDT


Mereka yang sedang meruntuhkan Kerajaan Kedah (sekarang), adalah dari kalangan mereka yang pernah mendapat laba keuntungan Kerajaan BN terdahulu.

Bila Kerajaan BN baru mengubah stail politik.

Ds Mukhriz melakukan perubahan terus dari dasar politik UMNO di Kedah, dengan tidak mengamalkan sistem 'mengasuh, duit tepi dan duit kopi' semua itu tidak dilakukan, malah mengajak kesemua pemimpin Kerajaan didalam organisasi, untuk mengikuti cara beliau.

Sebab itu Kerajaan Kedah antara Kerajaan paling awal menandatangani perjanjian integriti dan menjemput SPRM masuk ke pejabat dan jabatan, utk menunjukkan bahawa Kedah telus.

Disebabkan tindakan jujur sebegini, orang politik lama (bukan semua) yang suka cara lama, tidak berpuashati dengan beliau dan mencari jalan meruntuhkan kerajaan dan parti BN di Kedah.

Dalam perjuangan untuk melakukan kebaikan, bukan semua orang suka. Tapi percayalah, yang baik selalu menang. Janji ikhlas dalam perjuangan nescaya hasilnya Allah SWT lipatgandakan kelak.

Kami akan membuat pendedahan bersiri 'Mereka Peruntuh Kerajaan Kedah' untuk tunjukan pada rakyat Kedah siapa mereka, jika perkara buruk ini tidak dihentikan.

Pengoperasian Semula Perkhidmatan KTMB Gemas-Gua Musang

Posted: 31 May 2015 08:29 PM PDT


28 Mei, 2015 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil maklum bahawa KTMB telah mengemukakan perancangan pengoperasian semula perkhidmatan tren antara Gemas-Gua Musang serta Kemubu-Bukit Abu; yang dicadangkan akan bermula pada pertengahan bulan Julai 2015, setelah kerja-kerja pemulihan sementara landasan siap dijalankan.

SPAD telah menjalankan pemeriksaan landasan yang terperinci pada 21 Mei 2015. Lanjutan itu, KTMB telah membentangkan kepada SPAD pada 25 Mei 2015 mengenai kerja baikpulih dengan memberi fokus kepada pemulihan sementara landasan di antara Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu, untuk mengembalikan keadaan landasan kepada tahap selamat bagi penggunaan dan operasi tren.

KTMB dengan itu merancang untuk memulakan operasi secara separa sebelum kerja-kerja keseluruhan pembaharuan landasan siap, dengan jaminan bahawa langkah-langkah kawalan yang ketat akan diutamakan. Kerja-kerja pemulihan sementara landasan tersebut merangkumi kerja-kerja seperti pelebaran semula longkang, pengukuhan struktur landasan dan cerun, selipar kayu dan klip landasan yang baru.

Kerja-kerja pembaikan secara keseluruhannya di sepanjang koridor yang terjejas teruk akibat banjir akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Bagi memastikan langkah-langkah kawalan serta persediaan untuk operasi secara separa dibuat dengan rapi, KTMB perlu mematuhi keperluan yang telah ditetapkan Suruhanja

Pengangkutan Awam Darat sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta

Pengangkutan Awam Darat 2010. Sejurus itu KTMB telah diarah oleh SPAD untuk mengemukakan semula permohonan bagi pembukaan separa landasan serta operasi tren tersebut setelah kerja-kerja pemulihan dilaksanakan berserta dokumen sokongan dan pengesahan perunding bebas bahawa keadaan landasan telah diperiksa dan selamat untuk kembali beroperasi.

Oleh itu, tarikh bagi pembukaan landasan dan perkhidmatan tren di sektor Gemas-Gua Musang dan Kemubu-Bukit Abu akan ditentukan oleh SPAD setelah KTMB memenuhi semua kerja pemulihan sementara landasan tersebut serta syarat-syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh SPAD. Sebagai operator yang dilesenkan oleh SPAD, KTMB akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap aspek-aspek keselamatan, penyelenggaraan dan operasi tren.


-Tamat-

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

T: +603 2726 7000 F: +603 2726 7100 http://www.spad.gov.my
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...