Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


JKM Buka Kem memantau kawasan Gempa Sabah!

Posted: 11 Jun 2015 02:15 AM PDT


Disebabkan kejadian gempa bumi di Sabah, pelbagai pihak sudah turun memberikan bantuan kepada mangsa gempa termasuklah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Gampa Sabah merupakan satu perkara yang sangat pelik disebabkan Malaysia bukan berada disekitar lingkaran api pasifik dan negara beriklim khatulistiwa amat susah nak dilanda gempa bumi.

Demi untuk berjaga-jaga dan menghantar bantuan, Kementerian wanita melalui Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun memberitahu, bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan tiga pusat mudah alih di kawasan yang dilanda gempa bumi di Sabah iaitu Kem Bina Negara, Helipad dan Taman Negara. Setiap pusat-pusat ini yang dikendalikan oleh 60 anggota dan dikendalikan dalam tiga syif, dengan 20 setiap syif.

Beliau telah diberi taklimat oleh Ng Mei Tee dan juga telah melawat bencana yang terjejas di SJKC Pai Wen, sebuah sekolah dengan 23 guru, 405 pelajar dan 12 buah bilik darjah. 4 bilik darjah dan 10 pejabat terjejas, termasuk bilik komputer, pejabat utama, bilik kaunseling dan dewan yang baru siap dibina tetapi belum disempurnakan.



Keadaan amat teruk dengan retak dilihat di merata struktur bangunan dengan 'fail bertaburan di atas lantai dan siling bilik guru pun runtuh.

Turut bersama Chew ialah Pengerusi Wanita MCA Sabah Datuk Agnes Shim dan MCA Bahagian Penampang Datuk Paul Kong Sing Chu. Chew, yang juga Naib Presiden MCA dimaklumkan bahawa pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pendidikan telah menjalankan pemeriksaan dan merasakan bahawa empat bilik darjah masih boleh digunakan.

Tetapi disebabkan soal keselamatan, sekolah mungkin hanya mahu mewujudkan sesi petang untuk pelajar terbabit  belajar di bilik darjah tidak terjejas langsung.

Dalam pada itu beliau menghubungi, Presiden MCA Dato 'Sri Liow Tiong Lai dan mengumumkan peruntukan dana kecemasan dari CRSM MCA sebanyak RM30,000 dan RM20,000 untuk SJKC Pai Wan dan Sheng Zu Gong,

Pengunjung Bangga Dan Teruja Dengan Mural Tun Mahathir Di Alor Setar

Posted: 10 Jun 2015 11:12 PM PDT


Bangga dan teruja, itu antara reaksi pengunjung-pengunjung yang datang untuk bergambar di lukisan mural bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terletak berdekatan Pekan Cina dan Pekan Melayu di sini.

Tinjauan Bernama hari ini, mendapati semakin ramai pengunjung yang datang silih berganti dan tidak melepaskan peluang mengabadikan memori di situ, malah ada yang melakukan sesi penggambaran untuk praperkahwinan.

Ida Ashikin Abdullah, 19, dari sini berkata, beliau mula mengetahui kewujudan lukisan tersebut melalui laman sosial Facebook, sebelum memutuskan untuk membawa rakannya mengabadikan kenangan di sini.



Ida yang menjadikan Dr Mahathir sebagai idolanya, berasa bangga dengan pemilihan Dr Mahathir di dalam lukisan mural yang disifatkannya sebagai pemimpin terkemuka seluruh dunia.

"Pertama kali nampak cantik, nanti saya nak muat naik kat Facebook, supaya kawan-kawan yang jauh-jauh boleh pergi sini," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Mohammad Farhan Mohd Salleh, 19, pula berkata, kini dia tidak perlu lagi ke Penang Street atau Ipoh untuk mencari seni lukisan mural, memandangkan ianya sudah ada di sini.

"Ini boleh tarik ramai pelancong dalam dan luar negara, sebab 2016 kan Tahun Melawat Kedah, tapi patut buat lebih banyaklah," menurutnya.

Bagi seorang guru dari SMK Mergong, Mohd Syazwan Hamdi Mohamad Sharif,24, beliau dan tiga lagi rakannya sanggup mencari hampir sejam lokasi lukisan tersebut yang terletak di belakang Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Katanya, lukisan berkenaan secara tidak langsung menghargai Dr Mahathir yang menjadi kebanggaan anak Kedah dengan kepimpinan unggul beliau yang terkenal di seluruh dunia.

Lukisan mural berkenaan yang siap pada Sabtu, dihasilkan tiga anak muda dari Medium Touch, Kuala Lumpur bersempena Majlis Pelancaran Bulan Pelancongan Legenda Kedah yang dirasmikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, semalam.

Belajar Pun #Felda Tolong Bayarkan

Posted: 10 Jun 2015 09:08 PM PDT



Bertuah badan anak Felda bila Kerajaan sering mengambil berat tentang mereka. Dalam soal pelajaran pun Felda akan menampung sebahagian daripada kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda.

Felda akan memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama, malah Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN.

Semua anak FELDA yang mendapat pinjaman PTPTN mulai 1 Januari 2014 (tarikh surat tawaran PTPTN) di universiti terpilih akan menikmati pemotongan diskaun sebanyak 30% daripada jumlah pinjaman yang diterima sepanjang tempoh pengajian sekiranya berjaya menamatkan pengajian.

Mungkin dah ada pembaca yang tahu mengenai ini, tapi saya rasa, ramai lagi yang tak tahu macam saya.


Untuk keterangan tambahan, boleh rujuk grafik Lampiran 1 di bawah :

Bagi yang ingin mengetahui bagaimana permohonan proses pengurangan 30% PTPTN boleh rujuk Lampiran 2 seperti di gambar bawah :


Bawah ini pula adalah borang permohonan pengurangan 30% bayaran PTPTN khas untuk anak Felda, rujuk gambar Lampiran 4 seperti di bawah :
Surat permohonan pembayaran 30% ini boleh dihantar ke alamat di seperti tertera di Lampiran 3 di bawah :

Pengecualian diskaun ini diberikan kepada anak Felda merupakan satu inisiatif Felda dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka. 30% dari pinjaman pelajaran itu akan dibayar oleh Felda, setelah pelajar berjaya menamatkan pelajarannya.

Walaupun ada kalanya Felda mengalami sedikit kejatuhan, namun sebagai satu badan induk yang besar dan mempunya asas yang kuat. Felda tak akan terjejas, malah terus membantu peneroka sedaya yang mungkin.

Jika Felda yang dikatakan nak bankrup, masakan ianya boleh terus berbudi bagi membayar 30% pinjaman anak Felda yang berjaya menamatkan pelajaran kann?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...