Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Operasi Mencari MH370 Diteruskan Lagi

Posted: 24 Jun 2015 12:38 AM PDT


Tragedi MH370 antara peristiwa pahit yang amat memilukan rakyat Malaysia. Satu kejadian yang akan terpahat didalam sejarah Malaysia sebagai satu titik hitam didalam industri penerbangan.

Sehingga kini, tiada tanda-tanda kapal tersebut akan dijumpai, namun rakyat Malaysia masih lagi terus mengharap agar ada sesuatu berita positif tentang pesawat tersebut..

Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia akan teruskan misi pencarian yang mana akan menambah lagi keluasan zon pencarian kepada 60,000 kilometer persegi.

Ini berdasarkan nasihat daripada pakar-pakar antarabangsa yang telah secara kolektif memutuskan untuk lanjutkan carian tambahan dikawasan kebarangkalian jika pesawat itu tidak terletak di dalam kawasan carian 60,000 kilometer persegi semasa.

Sehingga kini, Malaysia telah membelanjakan lebih AUD$60 Juta atau RM 174 Juta dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat pesawat malang MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu.

Operasi mencari akan lebih menumpukan di selatan kawasan carian untuk memanfaatkan keadaan cuaca yang lebih baik di kawasan itu, sebelum jangkaan cuaca buruk yang berterusan semasa musim sejuk bermula. Keselamatan krew carian tetap diutamakan, khususnya pada bulan-bulan musim sejuk.

Pasukan mencari pasti akan menghadapi cabaran luar biasa dalam operasi kali ini, kerana lokasi yang jauh ketengah laut dan keadaan cuaca buruk dengan kedalaman laut diketahui lebih daripada 6,000 meter. Bimbang akan ada gelombang dengan ketinggian 15 hingga 18 meter, yang pasti boleh membahayakan pasukan keselamatan.

Walaupun bahaya dan berdepan dengan segala kesulitan. Namun pasukan mencari Malaysia tetap komited untuk meneruskan usaha tambahan bagi mencari dikawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Isu Pemerdagangan Manusia Bukan Isu Remeh - @MukhrizMahathir

Posted: 23 Jun 2015 07:20 PM PDT


Dalam sidang media YAB MB Kedah semalam, beliau memberitahu, seramai 28 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang Pokok Sena pada 29 Jun ini.

Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sebanyak 21 jenazah telah di sempurnakan hari ini yang terdiri dari 19 lelaki dan 2 wanita dalam dua liang lahad. Sebanyak 28 lagi jenazah akan dikebumikan pada 29 jun ini.

Kesemua mangsa jenayah pemerdagangan manusia berjumlah 106 mangsa, ditemui di kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian dalam satu kawasan kubur besar.

Kesemua jenazah ini dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah dan dikebumikan secara berperingkat bermula 22 Jun dan dijangka berakhir sebelum raya puasa.

Semasa sidang media, Dato' Seri Mukhriz mahu semua pihak tidak memandang remeh isu ini dan buktinya 106 mayat mangsa sindiket ini ditemui dalam keadaan menyanyat hati.



Sidang media YAB MB semalam selepas pengkebumian 21 jenazah Rohingya di Kg Tualang Pokok Sena
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, June 22, 2015
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...