Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Lagenda Kedah Pupuk Kembali Semangat Majmuk antara kaum

Posted: 25 Jun 2015 02:15 AM PDT


Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah Tahun 2015 Peringkat Negeri ini merupakan satu usaha transformasi komuniti oleh Kerajaan Negeri. Kedah Darul Aman merupakan antara negeri yang tertua dalam Kepulauan Melayu yang mengandungi sejarah menarik yang boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan.

Bulan Pelancongan Lagenda Kedah ini telah dirasmikan oleh YAB MB Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz bersama Exco Mewakili Kaum Cina, Dato Dr Leong yang juga AJK MCA Kedah.

Program ini merupakan langkah kerajaan untuk berganding bahu dengan belia dan sukarelawan demi pembangunan sektor pelancongan negeri Kedah. Transformasi dalam sektor pelancongan amat memerlukan kerjasama komuniti setempat kerana gabungan fikiran yang berbeza dari pelbagai lapisan dapat mencetuskan idea yang luar biasa untuk pembangunan dan kemajuan industri pelancongan.

Di antaranya, Pekan Cina dan Pekan Melayu yang hanya dibahagikan dengan satu jalan utama di mana masyarakat majmuk di sini sudah sekian lama hidup dalam suasana aman dan damai. Usaha-usaha pemahaman dan toleransi antara kaum merupakan satu identiti dan budaya yang dapat ditonjolkan kepada komuniti lain.

Selain itu, kawasan ini suatu ketika dahulu merupakan pelabuhan utama, pusat aktiviti perdagangan di Kedah yang menjadi sumber ekonomi kepada masyarakat setempat. Program Transformasi Komuniti bertujuan untuk menjadikan Pekan Cina dan Pekan Melayu sebagai tumpuan pelancongan sejarah dan sekali gus menjadikan Bandaraya Alor Setar sebagai Bandar Seni dan Kreatif yang pertama di negeri Kedah.

Program Transformasi Komuniti setempat ini telah mendapat sambutan baik dari golongan belia dan penggiat seni dalam pengenalan bazar seni dan kreatif serta berjaya menarik perhatian orang ramai. Ia telah memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan komuniti.

Buat pertama kalinya program transformasi komuniti ini diperkenalkan kepada masyarakat setempat sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah menerima idea dan konsep berlainan daripada belia dalam pembangunan sesuatu komuniti. Kami amat yakin idea baru seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri kita.

Tambahan lagi, industri pelancongan pada abad ini bukan sahaja tertumpu kepada tempat-tempat pelancongan sahaja malah ia juga merupakan akiviti yang boleh menyatupadukan masyarakat majmuk dan meningkat perpaduan antara kaum.

Penulis juga difahamkan Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah ini juga mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sama-sama mengindahkan dan menceriakan kawasan pesekitaran Tanjung Chali.

Program ini mendapat kerjasama dan sokongan padu dari semua demi pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri Kedah. Selain itu, tahun 2016 merupakan Tahun Melawat Kedah, tepat lagi Discover Kedah.

Difahamkan Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menggalakkan masyarakat menganjurkan aktiviti yang kreatif dan inovatif,nyang dapat menarik ramai pelancong. Kerajaan juga bersedia untuk menerima sebarang idea dan pandangan daripada masyarakat yang ingin bersama-sama untuk memajukan ekonomi negeri Kedah.












Felda Residence Special Ramadhan Promotion!

Posted: 24 Jun 2015 11:51 PM PDT


Sempena bulan puasa yang mulia ini, Felda Residence‬ Hot Springs, di beberapa cawangan yang terpilih membuat Promosi Ramadhan, dari 22 Jun hingga 15 Julai 2015.

Pelbagai juadah disediakan untuk anda. Antara menu utama Buffet ialah, Nasi Arab, Kambing Panggang dan Sup Tulang Rawan. Pelbagai juadah lagi disediakan mengikut kesesuaian lokasi dan masyarakat disana.

Boleh juga membuat tempahan khas pada mereka yang mahu berbuka puasa secara berkumpulan. Untuk keterangan lanjut boleh lawati http://www.feldatravel.com.my/

Untuk tempahan awal pulak boleh hubungi 05-438 8803.

Harga yang dipaparkan, amatlah berpatutan dengan apa yang ditawarkan.

Jangan lepaskan peluangg!!



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...