Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


HOT! Allah tak suruh Pas lawan UMNO? - Pemuda Pas Perak

Posted: 03 Jun 2015 07:29 PM PDT


Dalam video diatas seorang pembahas Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berucap menyentuh perjuangan Pas menentang UMNO.

Kata beliau, perjuangan PAS lebih untuk menegakkan syiar Islam dan bukan semata-mata kerana perbedaan politik dengan DAP mahupun Umno.

"Maka sama-sama kita jaga ketulenan perjuangan kita, sebab itu tuan-tuan, saya hendak menyebut, jangan sekali-kali mudah mengatakan kita lawan kerana apa? kerana Umno? Kita tentang kerana apa? Kerana Umno?

"Kita lawan DAP kerana apa? kerana Umno? Islam tidak mengajar kita lawan kerana Umno tetapi Allah mengajar kita melawan kerana Allah SWT, dan apa yang kita perjuang hari ini, kita mesti lawan dan berjuang kerana Allah, kita tidak lawan Umno sekiranya selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya dalam rakaman video itu.


Tapi kata-kata Syakirin telah dimanupulasikan oleh Wartawan TMI.

Laporan TMI itu memetik Syakiran sebagai mendakwa PAS tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh menentang parti berkenaan.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno,"

TMI tidak memaparkan kenyataan penuh, Syakirin semasa sesi perbahasan Pemuda PAS pagi semalam.

"Jangan tuduh konflik 1MDB kerana Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," Syakirin dilaporkan berkata dalam portal TMI.

Syakirin berkata akibat laporan itu, beliau dikecam dan dihina oleh pelayar internet.

Nampaknya bukan hanya Umno jadi mangsa TMI. Tapi Pas pun mula terasa, permainan portal pro yahudi ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...